CITARASA RINDUAN

Sunday, January 31, 2010

ahad

Hari ramai sedunia
pelanggan tak putus2x...
alhamdullilah rezeki.......

tak ada apa2x yang aku nak syer dengan ko yuyu
apapun....karen di kawasan aku out dari jam 5petang hinggan 9.30 malam

aku dah letih sangat.....
tidurlah penyembuh segalanya
esok umai sekolah....pakaiannya dah siap digosok
layan novel Norzalina Nordin Cinta 365 Hari...best ooooo
sebab
aku tak minat bola......

salam yuyu,,,,,
semoga yang baik-baik sahajakan akan berlaku
amin...

Saturday, January 30, 2010

sabtu (30hb januari 2010)


salam
hai yuyu...mood aku kurang baik...penat atau kekenyangan makan banyak semalam kot....ikutkan aku ada 2 kenduri yang wajib aku pergi 1 di pasir raja dan satu lagi potong jambul cucu kepada cikgu nur umairah,aku mohon minta maaf kepada mereka,ikutkan nak juga aku meraikan majlis-majlis seperti itu.,...memandangkan mak mertuaku kurang sihat maka aku memasak seperti biasa....

menu hari ini ikan sembilang,selar papan masak asam pedas...ayam kari dan lain-lain..nak tulis banyak2x sah2 korang boring nak membaca,,,


siap sahaja semua menu dihidangkan, tiba-tiba aku menerima tetamu iaitu Dato Adham Baba...disini banyak juga aku rakamkan gambar2x yang aku curi dari tempat aku lepak (chasier)...heheheeh,banyak gambar belakang....nasib aku baik kerana pemandu dato membantu aku menyenangkan proses menangkap gambar dato dan ahli kampungku...

ini lah hasilnya...







terima kasih.....
semoga dato sentiasa mengunjungi kampung kami....
maklumlah jika dato turun ke kampung kami memang dia tak segan silu untuk menjamah semua menu,,,,
hari ini dia makan kepala ikan sembilang,telur puyuh,sayur bayam dan air fresh orange suam...

telatah dato yang menganggap kami seperti kawannya amatlah kami hormati.....

Friday, January 29, 2010

jumaat



yuyu
salam jumaat, memandangkan hari ini hari cuti....maka selepas hantar umai ke sekolah aku telah mencipta idea untuk mengemas rumah...lagipun kenduri adik hampir tiba....kalau nak kemas satu rumah memang tak larat....aku panggil pekerjaku untuk membantu menyiapkan proses menyemas.....

nak dikemas sorang-sorang gerenti lambat siap,nak ambil umai dalam jam 11.30pagi lagi...nak memasak untuk suami lagi...sudahnya 2 orang pekerja aku membantu dengan rela hati

Zali dan anak saudaraku ke kedai untuk pemasangan mesin tapisan..sebelum ini aku mengunakan produk bio aura,memandangkan tekanan air amatlah lembab,,,,maka ayahku menukarkan dengan yang lain....

okeylah yuyu,,,,aku sambung dengan aktiviti aku hari ini....semasa sibuk aku mengemas stor...
hubby layan karoker dengan anak saudaraku.....
aku apa lagi tumpang sekaki....
ilang sedikit tekanan kat kepala.....
yang penting aku happy.....


hahahah, muka anak saudaraku yang baru bangun tido....dah mandi pun.rupa mcm orang belum basuh muka...wawawawawa...marah dia kalau baca statment aku...




semua harta benda umai dan barang2x yang aku dah keluarkan....nasib ada ika dan asnik...terima kasih kerana membantu aku......muah2x untuk kamu berdua



gambar selepas stor siap dikemas pada jam 11.15pagi..ada masa lagi aku nak ambil umai.....
nasi belum masak........macamana nie

bila hubby balik dari pemasangan mesin air di kedai, dia ajak aku makan luar...............
aku tanya boleh ker
dia kata....boleh....sayang tak payah masak yer.....
hah................
suka2x.....
senang hati....tukang masak dapat cuti kerja dan cuti masak dirumah........horrey.....


tepat jam 5petang aku keluarga pergi ke Restoran Remaja, di Kota Tinggi.....
menu kami nasi putih,kailan, siakap stim, telur bungkus,sop cendawan dan sirip ikan yu...
aku dah lah diet.....
memandangkan abang dah belanjer....aku on jer....memang aku pun amggap jumaat hari diet aku hancus....maklumlah...kalau dah berkeluarga...mesti nak layan keluarga....so,friday no diet2x..hahahahah..poyo diet ku....



umai yang suka makan nasi, semua makanan dia panggil nasi lemak....bolehlah nak......ibu tak kisah janji umai makan...


hubby dah mula lemah semangat..........banyak sangat menu...last2x kami tak larat makan...nasib ada anak saudara yang perabiskan makanan...

ini lah rupa sop cendawan....memang macam kuah bening,halia pun banyak.......bagus untuk orang yang badannya banyak angin....
alhamdullillah,semua makanan rm59.00....
kekenyangan kami sekeluarga......
aduh....dah mengantuk nie...

yuyu......
ko pun kenyang dengan cerita aku ker....
layan jerlah tuan ko nie...
hahahahaha
selamat malam yuyu

Thursday, January 28, 2010

khamis (28 hb januari 2010)


seperti biasa kedai aku menerima tempahan, kali ini daripada makmal pejabat felda bukit besar,kulaijaya, seawal pagi kami sibuk dengan menyediakan bahan-bahan untuk memudahkan tempahan disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan

alhamdullilah, selepas siap sarapan pagi, aku mengantar umai kesekolah...
masa memang amat berharga pada aku.....
dengan skill pemanduan yang ada....senang aje aku atasi...hehehehe.....biasalah area kampung aku tak lah jem seperti dibandaraya.....
hidup kampung felda sungai sayong...

ini aku rakamkan untuk pembaca blogku....semua sajian makanan setiap hari pelbagai jenis.... dan bertukar menu...sekiranya berminat untuk merasai air tangan aku...jemputlah ke kedaiku
masa operasi ; 7pagi-11malam
setiap hari dibuka kecuali hari jumaat.
lokasi seperti tetera di halaman blog..





inilah aku...alahai.kenapa aku tak pandang kamera eik...tak sempat posing ini...alahai...poyo



manja sungguh si sina nie.....inilah hubungan aku dengan pekerjaku....sama2x memerlukan....terima kasih kepada semua pekerjaku


kuah asam pedas, bersama ikan-ikan yang sedang dimasak....inilah kerja2x ku harian...orang pegang pen,aku pegang sudip...








okeylah yuyu....
esok aku bercuti....kemanakah destinasi aku dengan hubby...tunggu sahaja entry akan datang
salam yuyu

Wednesday, January 27, 2010

rabu (27hb januari 2010)


salam yuyu
hari ini,aktiviti ku seperti biasa,
siap sahaja masak sarapan pagi,terus aku siapkan umai ke sekolah
balik ke kedai semula untuk masak tenghari,memandangkan pekerjaku ada 6 orang,mereka menyiapkan memotong,membasuh segala bahan-bahan. Aku akan menyiapkan rempah dan memasak kesemua menu....alhamdullilah, pekerjaku kebanyakkanya menyiapkan kerja tanpa rungutan. lagipun aku jaga baik hati mereka...siap ada pelbagai aktiviti untuk mereka...

yuyu....
petang ini aku dah janji nak jogging dengan kawan baikku (kak ida), dah 4 hari aku cuti jogging
ini berkaitan dengan kemangkatan Sultan yang aku sayangi...aku masih berkabung lagi... berikutan dengan kesedihan ini, aku amatlah dukacita dengan pelbagai blog orang-orang yang tidak bertanggungjawab...bermacam2x spekulasi yang timbul....
siapalah aku ini yuyu...rakyat jelata johor yang hanya berdoa satu hari nanti mereka akan menerima balasan yang setimpalnya.





Ini lah suasana kedaiku, kami masih berkabung....
namun menjalankan aktiviti seperti biasa....rezeki perlu dicari.....



Monday, January 25, 2010

Pendatfaran Adik ke Sek.Men.Teknik pada 25 january 2010

hai yuyu
hari ini, aku datang memberi sokongan kepada adik tunggalku mohamad shahrul Nizam Ab rahman untuk mendaftar ke sek.men teknik Kota Tinggi dalam aliran kimpalan. Alhamdullilah,dapatlah peluang adik untuk berdikari dan mengasuh diri untuk melakukan aktiviti dan persekolahan tanpa bantuan keluarga
orang kata anak lelaki kena kuat semangat...tak boleh mengaku kalah....semoga adik berjaya...kak doakan adik boleh membawa diri ke tempat orang, berjaya dan belajar bersungguh-sungguh untuk masa hadapan..amin

ibunda tercinta (Puan Jumiah Ramli),nampak diraut wajahnya yang sedang kepenatan

ayahanda tercinta (En Ab,Rahman Dollah) sedang sibuk menguruskan pendaftaran adik, abis akaunnya pun surut....rm800.00 baru yuran2x belum duit barang keperluan....


Aku dan umai yang sentiasa happy walaupun sebenarnya amatlah kepanasan,dewan penuh,kami duduk di luar bersama pelajar-pelajar baru yang daftar lewat....memag ramai gile
yuyu.....kalau ko nak tahu,nie baju kebaya tahun 2005...nampaknya aku dh berjaya memakainya
yahoooooooo





inilah rupa adik kesayangan ku.... nie rambut sebelum dia potong...sekarang dah tak ada lagi..aku dah suruh mamak kasi zup................


umai....kalau ambil gambar nombor satu....


Inilah suasana diluar...memang panas,hangat.....





Sunday, January 24, 2010

Riadah





Salam yuyu
Pada hari jumaat yang lalu aka hari cuti untuk kedai makanku
Kami sekeluarga dan kesemua pekerja telah menjalankan aktiviti riadah ke wet world kota tinggi,Johor Bahru


Aktiviti ini diadakan idea dari suamiku tercinta
Mohamad Razali Bin Hamis
memandangkan ibu bapa ku baru sahaja beriadah kesini pada penghujung bulan 12 2009 iaitu puan Jumiah Bte Ramli dan Ab. Rahman Bin Dollah serta sahabatnya puan Sal. Mereka pergi untuk mengubati penyakit...memang ramai yang berkata, air terjun adalah penawar untuk penyakit, terutamanya air yang turun dari gunung, sebelum ini aku pernah pergi ke wet world batu bahat pada 1 January 2010
tapi memang kurang elok,kerana air yang terhasil dari mesin
tak ori...


maka kami pun begerak selepas aku jogging. Jam 8.00 pagi kami begerak seramai 11 orang yang mengikuti, maka 2 biji kereta kami gunakan,mulanya suamiku dah berangan nak bawa motor kesayangan nya,nasib tak elok kerana cuaca dah mula gelap
felda sungai sayong ke Wet World kota tinggi mengambil masa 1 jam setengah,semasa dalam perjalanan hujan dah turun dengan lebatnya
aku harap-harap cuaca di sana baik- baik sahaja

Alhamdullilah tiba ke sana, cuaca cerah seperti yang aku harapkan
selepas membayar tambang dewasa rm7,50 aka rm 40.50 termasuk caj kereta
kami lepak sarapan dahalu
pengujung pun tak ada..
alhamdullilah,niat kami termakbur,dapatlah kami buat kawasan ini seperti tempat kami...
huhuhuhuuhhu

sejuk gile air gunung nie,
aku memang tak sabar,.....peeh.sejuk-sejuk pun aku tahankan jer...

cantikkan permandangan air terjun ini
aku memang berhajat nak buat ubat untuk sakit seperti masalah batuk, lendir dan lain-lain
jua,untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan


posing gile.


syok gak naik menatang nie....aku memang bab ini tak pernah lepaskan
leh jerit2x..........pusing2x atas nie
kalau lah kat umah ada alat nie..sah3x
aku duk atas tu hari-hari....poyo sungguh
hahahahah

heheheh.aku rasa pic nie dah menunjukkan aku dah kurus sikit
heeheheheh, perasan sungguh

adik aku punya lah penat layan tube ini,
aku pulak layan dok berangan
hahahah
siannya dia
time ini aku memang rilek..malas nak pikir masalah kat kepala
yang penting aku happy



main bola sampai aku dah lupa dunia seketika
kitaorang main sampai lupa yang perut nak diisi
kejar mengejar bola..
macam budak2x


wajah-wajah kesejukkan kami,gigil gak berendam hampir 4 jam dalam air nie



inilah wajah keluarga dan pekerja ku yang menjayakan pogram riadah





semoga ada rezeki dan masa yang terluang, kami akan beriadah ke tempat yang lain....semua perbelanjaan di tanggung oleh suamiku dan ayah mertuaku En Hamis Bin Abu....terima kasih sayang.........terima kasih abah.........sayang keluargaku..........

Saturday, January 23, 2010

Mee Bandung


selamat malam yuyu
aku teringin sangat nak cerita betapa enaknya makanan yang dipanggil mee bandung
selalunya, orang akan kata mee bandung muar
ada juga yang kata mee bandung batu pahat

tapi
dikedaiku memang ada menjual mee bandung
bukan mee bandung muar atau daerah lain
paste nie,di masak oleh aku,
idea sebenarnya adalah ibu mertuaku yang tersayang
Puan Rusliah Bte Bakar

selalunya pelanggan yang selalu singgah
pasti akan merasai juadah ini

yuyu, kalau ko nak tahu aku akan sediakan sekuali besar paste mee bandung
bukan sikit-sikit aku sediakan
selalunya paste nie tahan dalam 2bulan

namun,dikedai aku
3 hari jer sekuali besar
pasti habis
nak sediakan paste mee bandung bukannya mudah
nak tunggu masak pun sampai 9jam
selalunya kalau aku buat
sah2x suamiku tak aku layan
dia boring betul
hehehhe
nak buat lagu mana dah kerja wajib aku
kenalah dia jaga chasier sorang-sorang
siannya abang
hehehheh

okeylah yuyu
aku nie bukannya pandai sangat nak promote
nampak macam aku banyak idea
bila aku start menulis
sah...
hancur......
macam semua bahan2x mee bandung tu aku blander kasi lumat

pada sesiapa yang berminat untuk membeli
paste mee bandung...
silalah
tinggalkan komen or email aku

disini aku sediakan cara-cara dan bahan untuk membuat mee bandung
(sebungkus paste untuk 3 orang makan)

bahan-bahannya
  1. paste bandung
  2. ayam @ udang @ sotong @ daging
  3. mee setengah kilo (di rebus dengan air panas)
  4. garam 1 sudu
  5. ajinamoto 1 sudu
  6. sawi,kobis
  7. telur 3 biji
  8. air 1.5liter
cara membuatnya
  1. masukkan paste mee bandung kedalam periuk bersama air
  2. didihkan kesemua bahan2x bersama ayam @ udang @ sotong @ daging
  3. masukkan garam dan ajinamoto
  4. apabila mendidih,perlahankan api. Masukkan telur satu persatuan
  5. di akhirkan dengan sayuran yang dipotong keci-kecilan
  6. hias mee kuning dengan kuah bandung dan hiaskan dengan daun sop dan bawang goreng, siap untuk dimakan

ini pula respon dari kawan baikku selaku photografer
thanks ipin
pic ko memang best

aku copy dari blog dia
(kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan gambar untuk majlis pertunang,perkawinan dan lain-lain boleh klik ke http://ariffinkamil.com/blog/ )

Alhamdulilah syukur kpd Allah atas rahmatnya. Setelah 10 tahun menamatkan pengajian di PSP (Politeknik seberang Perai) pada tahun 99 inilah buat pertama kalinya reunion diadakan hasil dr group yg diwujudkan melalui Facebook setelah lebih kurang 3 bulan perancangan yg dilakukan.

Ajaib jugalah FB ni coz kwn2 lama yg mmg dh lama sngt tak jumpa kita boleh berjumpa,tahniah pd anda semua krn ada FB..hehehe

Terima Kasih kpd Kamal & family yg meng offer kan rumah beliau utk dijadikan tapak perjumpaan,harap kami semua tak menyusahlan anda ye kamal.Insyaallah utk yg akan dtg kita akan buat ditempat yg lebih bagus lg dgn jumlah komuniti yg lebih besar lg.

Terima Kasih pada yg sudi membantu utk persedian hari tersebut terutama sekali Ayu yg sanggup dtg dr Kulai utk menyediakan menu mee bandung,pada Bed yg sudi menyediakan tempat BBQ & terima kasih pada semua sekali krn tanpa kerjasama korang semua sudah tentu majlis ni tak dpt dilaksanakan.

Yang dtg dr jauh dr Kemaman,Kuantan,Melaka & Johor tu korang mmg hebat & bersemangat. Cayalah…

p/s: dlm seumur hidup aku ni lah mee bandung paling sedap pernah aku mkn..rugi plak aku tak makan bnyk…hehehe…thanks ayu mee bandung ko mmg ada kelas berbaloi-baloi.

Mohd Ariffin Kamil

Photographer 013-3361028 email: admin@ariffinkamil.com


takziah kepada keluarga Al-Mahrum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

AL-FATIHAH-Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail


Sultan of Johor dies
Submitted by muzli on Saturday, January 23rd, 2010
LocalSultan Johor
Bernama
Saturday, January 23rd, 2010 00:18:00
JOHOR BAHARU:The Sultan of Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, died tonight after ruling the state for almost three decades.

The Sultan breathed his last at 7.15pm at the Puteri Specialist Hospital after he was admitted to the hospital earlier following an illness.

The death of the sultan was announced by Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, here tonight.

The ruler left behind his wife, the Sultanah of Johor Sultanah Zanariah and 10 children.

Sultan Iskandar was born in Istana Semayam, Johor Baharu on April 8, 1932, and was made the Sultan of Johor on May 11, 1981.On Nov 15 1984, he was installed as the 8th Yang di-Pertuan Agong on Nov 15,1984.

Earlier today, his eldest son, Tunku Mahkota of Johor Tunku Ibrahim Ismail was appointed the Regent of Johor and the sworn-in ceremony was held at the Istana Besar Johor Baharu.

The Head of the Johor Council of the Royal Court, Tunku Osman Temenggong Ahmad, announced that Sultan Iskandar had been admitted to the Puteri Specialists Hospital at 5pm today.

Sultan Iskandar was the third son of the late Sultan Ismail Sultan Ibrahim and the great grandson of the Father of Modern Johor, the late Sultan Abu Bakar.

He received his early education in Johor Baharu, before pursuing his studies in Australia and united Kingdom. He was also the Colonel-in-Chief of the Malaysian Special Service Regiment (Commando) and was always seen clad in a military uniform during official events due to his passion for military service.

His name was associated with many schools in Johor, as well as sports events like the Iskandar Johor Open Golf Tournament and southeren Johor development corridor, the Iskandar Malaysia.

Friday, January 22, 2010

khamis

yuyu,,,,
apa ko rasa bila orang tak sedar diri

aku bukan nak kutuk orang tu bagus atau tak
sebaliknya aku cukup hormat

malam nie yuyu kena dengar luahan aku berkenaan pelanggan
selalunya kalau aku suka atau tak suka aku tetap layan
buat-buat tak kisah
cuma malam ini
aku betul-betul
diuji

kalau lah ada pelanggan yang tak berpuas hati
aku mmg tabik spring
tak semua peniaga tu betul
dan tak semua masakan boleh dibuat dengan rencah dan bahan yang menghasilkan masakan yang sama
kadang kala,hari ini mee goreng memang sedap,siap pelanggan jilat pinggan
esok kadangkala,mee tergoreng dalam rasa yang pedas...maklumlah tak semua tangan sama

yuyu.......
kalau ko tak puas hati pun ko kenalah sound baik-baik
jangan suka kata belakang
tuhan tak suka tau
tuhan laknat hambanya yang suka berbelah bagi
mulut lain,dihati lain

sepeti seorang makcik yang terkenal dengan kereknya
dah tahu diri tu ada sakit darah tinggi
yang ko pi order makanan yang penuh dengan kolestrol buat apa
orderlah sop2x ker, tomyam ker

siap sound kat pekerja yang membawa makanan lagi
berani,mai ke meja chasier
boleh lah aku ganti dengan yang menepati citarasa kau

yuyu........
ingat pesanan aku nie
jadi manusia kena berterus terang

tak semua orang sempurna
lagipun kau customer tetap aku
aku kenal kau

semoga menjadi iktibar kepada semua orang
tak ada manusia di dunia
di lahirkan dengan cukup sifat
ada yang cantik namum mudah marah
ada yang muka sederhana cantik namun perangai mengalahkan mak datin
dan ada yang muka biasa2x..tetapi berwajah mulia

selamat malam yuyu
esok pagi aku nak jogging
nak swiming at air terjun kota tinggi

semoga yang indah-indah sahaja akan berlaku
aku maafkan kesemua kesilapan yang orang buat terhadap aku
dan aku memohon maaf sekiranya ada yang terasa dengan tingkah lakuku.
amin

Thursday, January 21, 2010

nasi Ambeng





Yuyu
aku ambil masa untuk menghasilkan menu nasi ambeng ini ke dalam blog...
entahlah idea ada tapi nampaknya aku kurang sihat
kadang-kala buntu untuk menulis
walau bagaimana pun aku tetap menulis untuk kawan-kawanku..
janji mesti ditunaikan







Nasi ambeng tempahan yang siap aku bunkus (harga rm3.50)


nyami...........tempahan nie,untuk kenduri arwah, orang yang tempah makanan inihanya minta 70 bungkus sahaja..


inilah urap pucuk ubi yang dah siap aku masak...


urap ini daripada pucuk ubi,kacang panjang dan tauger...untuk menyedapkan bahan aku bubuh cengkur....baunya sangatlah mengharumkan aka membuatkan air liur orang yang menghidunya meleleh2x..heheheh



selalunya orang buat nasi ambeng dengan mengunnakan ayam masak merah,kalau aku pula suka ayam masak kicap, maklumlah ayamkicap ini taklah berapa pedas. malah kanak-kanakJajarkan ke Tengah mengemarinnya


ini pula sambal goreng, sebenarnya bahan-bahanya terdiri daripada kentang,temper,soon hoon,tahu kering,udang basah dan kacang tanah



Inilah rupa tukang masak yang dipanggil Puan Siti Ruhayu Ab Rahman
time ini tempahan untuk kenduri arwah oleh En Arman perlu dihantar ke masjid jam 6.30 petang
Oleh kerana aku sentiasa sibuk dengan masakan, aku telah membuat sambal tumis untuk sarapan pagi untuk keesokkan hari..


azan maghrib dah berkumandang
aku stop dulu
karang-karang aku tulis lagi