CITARASA RINDUAN

Wednesday, March 31, 2010

BUDAYA KITA KAH?

SETIAP kali muncul tarikh 1 April, rakyat negara ini termasuk umat Islam beriya-iya menyambut ‘April Fool’ dengan menggemparkan sanak saudara dan rakan taulan.

Selain `Hari Valentine’ yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam negara ini tetapi lebih kepada soal berkasih- sayang, `April Fool’ pula menjurus kepada berseloroh.

Bagaimanapun, ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik `April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya.


Adalah dipercayai sambutan `April Fool’ mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.

Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian.

Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah.

Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.

Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.

Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.

Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.

Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool’s Day’.

Apa yang pasti setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang Islam begitu taksub dengan budaya `pandang ke Barat’ menjadi begitu sibuk sekali dengan kepala mereka penuh dengan senarai mangsa untuk dipermain-mainkan.

Kepala mereka juga ligat merangka bentuk ‘penganiayaan’ yang bakal dilakukan demi memastikan mereka puas melihat muka mangsa gurauan `April Fool’ mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, kadang kala lawak `April Fool’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.

Malah, mengikut e-mel yang diterima penulis, seorang suami yang jahil mengenai agama, telah mengucapkan, “Aku ceraikan kau dengan talak tiga” pada isterinya dengan niat untuk melawak.

Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan `April Fool’.

Selepas itu, giliran suami pula meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan secara bergurau itu sebenarnya sudah pun jatuh dan dikira sah.

Apa yang menyedihkan ialah umat Islam di negara ini mudah mengingati sambutan pelik masyarakat bukan Islam terutama Barat tetapi lupa mengenai hari kebesaran hari di dalam Islam.

Berapa ramaikah antara kita menyedari kita sebenarnya baru memasuki tahun Islam yang baru pada 15 Mac lalu. Kita kini di tahun 1423 Hijrah!

PERGINYA SEORANG WANITA

Salam takziah untuk keluarga kami,mak long Zalie meninggal dunia kira-kira jam 4petang bersamaan 31hb Mac 2010, aku mendapat berita ini disebabkan cucu lelaki (arwah) berkerja di kedai makan kami..Arwah berusia dalam lingkungan 60an, anak perempuan sulung dari adik beradik ayah mertuaku.Anak arwah semuanya sudah berpindah, yang bungsu iaitu Juliana belum mendirikan rumahtangga tetapi bekerja di bandar Johor. Arwah meninggalkan suaminya yang tercinta .Aku terpaku apabila mendengar berita kehilangannya...

Teringat gelagat dan tingkahlaku arwah yang menyayangi kami (anak2 saudaranya) seperti tidak ditukar ganti dengan sesiapapun...pelukkan dan ciuman darinya masih kurasakan hingga saat kini....tiap kali lebaran atau kunjungan kami ke rumahnya di f Air tawar 5, arwah pasti gembira dan menangis apabila kami hendak pulang..

Kali terakhir arwah datang ke rumah kami, ketika majlis perkahwinan adik..arwah seperti biasa..tidak menunjukkan sebarang petanda. Hanya bacaan Yasin dan Al-Fatihah dapat kusedekahkan keatas rohnya....kami sekeluarga akan menziarah jasadnya untuk kali terakhir pada petang ini.

Kepada kawan-kawan semua...sedekahlah al-fatihah keatas rohnya.........semoga arwah termasuk dalam golongan orang2 yang beriman...amin

TERBABAS

Apa kena agaknya dengan aku pagi nie, bukan je lambat bangun..subuh pun kantoi,...alahai...nasib mmg tak leh solat...(alasan pompuan nie, tapi mmg betul dah...) , jogging pun tidak..

Asalnya aku dah bangun jam 5pagi..si umai minta susu..lepas tu..rancang nak siapakan paking paste bandung..ada 5 order dari sahabat-sahabat di kedah nun.perak nun, kajang nun, dan rawang nun..dan jb marilah....tapi.kalau dah sejuk je..mata pun mau tutup balik..kepala pun dah pikir tilam king koil ku yang empuk tu jer...so apa lagi terbabas ler pagi nie...

Bila sedar2 jer dah kul 7 setengah pagi...apa lagi...umai nak kesekolah, bajunya aku lum gosok...alahai.............Wahai ibu Ayu!...jangan diulang lagi perbuatan tu..malu kat umai...So, pagi nie aku terkejar-kejar buat semua aktiviti harian, nasib ada adik yang rajin membasuh baju...Thanks adik...sayang kau.....

okeylah nak pi pejabat pos nie, tahniah utk adik yang nak konvo bulan mei nanti...aku bantu beli wang pos dulu ya.....

DIN BERAMBOI

Salam, sebelum aku tarik selimut...aku pun dah rasa letih benor nie...mata dah kuyu sangat. Aku nak kongsi sesuatu ttg cerita terkini seorang pelawak kat Malaysia...info nie pun aku dapat dari kawan fb..dia dapat maklumat nie pun dari blog kawanya..kiranya sampai menyampai lah nie...

Kepada Din Beramboi yang sedang koma aku doakan kau cepat sembuh...sekarang nie dia memerlukan darah jenis O, kalau lah jb ke Hosp. Selayang dekat sah2 aku dermakan darah kat dia...sebab aku pun darah jenis O

Aku harap dia kembali dengan lawaknya dan aktif semula di radio ERA...amin..

nak tahu lebih lanjut korang pi lah ke sini...

Tuesday, March 30, 2010

SALAH AKU KER?

Kalau korang nak tahu..aku nie jenis yang tak suka nak cari pasal, apa tah lagi nak buat orang marah ker, geram ker, risau ker, atau sewaktu dengannya....Kalau boleh aku nak semua orang yang rapat dan kenal aku tahu, betapa seronoknya mereka menjadi kawan aku...biar keluarga aku tak selalu risau tentang diri aku. (teringat zaman dulu2 akulah anak kesayangan mak, tapi mengaji Quran yang paling sengal....hu3x..memory sungguh)

Pada mulanya aku memang malas nak pikirkan masalah nie, nak biorkan jer...lagipun bagi aku bukan masalah nie rumit atau mendatangkan musibah kat aku....selagi masih okey..aku guna jer..

Namun, makin lama makin menjadi-jadi pulak...lain yang aku rancang lain yang timbul...sah nie dah dikategorikan sebagai masalah besor...

Mana tak nyer, semua dah tunding jari kat aku, macam-macam tomahan yang dilemparkan...alahai...aku nie bukannya fames sangat pun, lagipun bukan salah aku, bukan silap aku, bukan suka-suka aku nak buat kat korang macam nie...

Korang sabar lah eik..karang bila poket dah penuh, aku pecahkan tabung ayam kesayangan aku ker...tak pun aku pi rompak bank ker, pinjam along ker (bukan abg long suami kak long aku)..nie along yang caj bunga banyak kat peminjam..samada bunga ros ker, bunga orkid ker, atau bunga taik ayam....Eik...sambung balik apa yang aku citerkan tadi....lalalaalal..jangan marah dah...

Aku akan ikut kata korang, walaupun budget aku tak cukup bulan april nanti, walaupun aku dah rancang nak ke Putrajaya nak bawa Umai jalan-jalan...aku akan tunaikan dulu permintaan korang..akan ku pastikan sebuah hanset yang bermutu tinggi berada digengamanku..walaupun tak canggih..tapi menyenangkan korang..handset lama tu aku nak buat harta karun, bateri yang sering `kong` tu aku campak kat sungai buat umpan ikan keli...tak pun aku masukkan dalam tong sampah merah yang cute tu..

Aku tahu korang semua sayang kat aku,..selalu nak sms aku, nak call aku....nak buat macamana akukan comel..lalalalal

AKU DIKEJAR ENTITY

Selamat pagi, hari nie aku nak kongsi dengan korang tentang diri aku waktu pagi..yang buat special tu sebab aku dah bertenaga..ala2 dapat kuasa tambahan gitu, ikutkan malam tadi dah rasa nak demam...mai baca kisah aku..(mulanya aku malas nak update blog pagi nie, tapi rasanya macam tak lengkap idup nie)..so, korang bacalah entry aku nie.

Lepas bangun tido aku rasa sejuk yang amat, aku syak zalie on aircon.tapi bila aku perhatikan aircon, suiz tertutup.alahai takkan hujan lagi..aku dah gelisah sebab aktiviti lepas solat aku mesti jogging.., yang buat aku syak ujan sebab dari petang semalam ujan tak henti-henti sampai malam tadi , nampak gayanya aku tak jadi jogginglah. aku dah rancang nak tarik selimut semula, boleh lena sampai
siang, tapi.....jeng2 (ada tapi tu...) apakan daya..semangat untuk sihat paling diutamakan..aku nak buat workout jer lah..dapat gak keluar peluh.

Bila aku dah ikat kasut, aku jenguk kat tingkap luar..kabus tebal nyer, aku tukar plan ke luar rumah sambil tu aku buat senaman ringan..lama-lama peluh dah membasahi seluruh badan aku...aku dah mula jalan perlahan-lahan..em....kalau dah ketagih jogging tak boleh buat apa....
terus aku berjogging dalam kabus yang tebal..ala2 salji...macam dalam filem....

Memang pagi nielah aku dapat tenaga lain dari hari yang lain. Sedang elok aku buat larian secara perlahan...aku dah rasa something, macam ada makhluk memerhatikan aku.....aku dah mula `seriau`(bahasa orang kedah nie,orang johor kata bulu roma dah meninggi)..toleh kiri tak ada orang, toleh kanan tak ada orang gak..aku hentikan larian...aku toleh belakang.....

alamak..

4 ekor anjing follow aku jogging.........aduss....aku lari sampai tak ingat diri...

Monday, March 29, 2010

KENAPA AKU SUKA JOGGING

Malam nie, aku nak syer dengan korang tentang jogging...
aktiviti yang amatlah digemari oleh aku selain melayari internet... aku tahu ada antara korang yang suka berenang, poco-poco, sauna, dan lain-lain aktiviti yang mengeluarkan peluh..pada mulanya, aku suka-suka jer buat aktiviti ni dengan kawan rapat di kampung aku...lama kelamaan aku dah mula ketagih...selain buat workout dan gym aku memang tak akan tinggalkan aktiviti berjogging.

Sebelum aku memanjangkan tulisan aku nie, baik aku terangkan kat korang apa yang dimasukkan dengan jogging,..buat pengetahuan korang jogging nie bahasa orang putih, kalau bahasa melayu maksudnya ialah aktiviti larian yang boleh membakar kolori dan memberi kebaikan kepada kesihatan kardiovaskular.



Bagi aku lebih banyak kebaikan yang aku perolehi daripada aktiviti jogging, mai aku kongsi kat korang..
  1. Badan aku lebih bertenaga (sebelum nie, kalau aku sibuk dengan kerja-kerja di kedai...besok confirm aku tak bangun awal, bila aku dah start berjogging nak bangun 5 pagi pun badan masih segar).
  2. Mengurangkan tekanan dan memperbaiki emosi ( kalau aku berjogging aku akan melalui kawasan hijau...time nielah otak rasa lega...selesa, tak sakit kepala...).
  3. Membakar lemak kat area perut, pinggang, punggung dan kaki, (korang percaya tak berapa cm lemak boleh cair dek hentakan dengan berjogging...3-4 cm lemak confirm cair...tak caya?...korang cubalah).
  4. Jogging boleh mengepam aliran darah dengan sempurna, selain fungsi jantung lebih teratur(korang perhatikan apabila 3bulan aktiviti jogging dilakukan..denyutan jantung korang mesti teratur..malah dengkuran juga berkurangan).
  5. Untuk jangka panjang,dapat mengawal berat badan, mengurangkan risiko penyakit darah tinggi, kencing manis, sakit janting dan strok


Keburukan berjogging pun ada juga.,ingat apa juga aktiviti yang dilakukan terdapat kesan buruk, mai baca entry aku seterusnya:
  1. Korang perasan tak, ada sesetengah individu minum air masak selepas berjogging, perbuatan tu silap..kerana jogging mengeluarkan galian dan air dalam badan korang, confirm korang rasa loya,nak pitam atau pengsan..itukan salah satu perbuatan yang menakutkan, jalan terbaik minum air isotonik seperti 100plus...insyallah korang akan bertenaga semula kerana galian masuk semula ke badan korang.
  2. Bagi yang nak kurus tu korang jangan amalkan jogging jer, buat workout atau gym. Kata kawan aku Ben Ashaari, jogging tak membakar lemak hanya air sahaja, jadi buat aktiviti lain yer.
  3. Pemilihan kasut juga amatlah diutamakan, selain selesa atau sesuai, ianya mengelakkan risiko korang cedera pada anggota kaki korang lagi satu ada yang tak suka pakai stokin..maaf jer perbuatan yang silap..bahaya kat kaki korang tu, pilih yang tebal yer, nanti tak melecet.
  4. Elakkan, berjogging dikawasan bukit, bagi aku risiko untuk cedera amatlah tinggi, sama juga dengan jogging di sepanjang jalan raya...kadang kala kita terhidu asap hitam dari pelbagai kenderaan, kan nyaya jer korang dapat sakit yang lain, selain tu korang elakkan berjogging di tempat yang sunyi,.molek korang jogging di taman permainan, taman rekreasi..ramai orang kurang risiko korang nak diapa-apakan oleh penjahat


Akhir kata, kalau korang rasa fakta aku nie silap silalah komen yer...sebab apa yang aku tulis pun berlaku pada aku...lagipun kadar metabolisma seseorang amatlah berbeza...kadangkala ada yang cemburu kata aku cepat turun, mungkin berbeza pada setiap individu.

Bagi aku lebih elok aku berjogging dari berkumpul atas tangga citer tentang hal orang lain,...(buat tambah dosa jer)


BINATANG YANG PALING AKU TAK SUKA


Apa pandangan korang tentang ular...mai aku kongsi dengan korang tentang spesis binatang yang paling aku tak suka a.k.a geli. Sebelum panjang lebar aku becerita baik aku jelaskan kat korang tentang jenis ular yang terdapat di Malaysia. Pelbagai jenis ular yang ada seperti ular tedung(terdapat di kawasan paya,tanah lapang, kawasan perumahan), ular kapak(terdapat di kebun), ular laut(terdapat di pesisiran pantai dan muara sungai) dan banyak lagi jenis ular yang aku tak ingat namanya yang dikategorikan sebagai merbahaya...

Tapi ada satu spesis ular yang paling aku gerun iaitu ular sawa....yang buatkan perut aku kecut kalau memandangnya, kasi free ambil gambar dengan spesis nie pun aku tak mahu..dalam kotak ker, dalam cermin ker...aku tak akan pegang atau toleh...mahu cabut lari lagi molek dari menghampiri spesis binatang nie...

Walaupun ular sawa tak berbisa, namun mempunyai deria mengesan haba berdarah panas iaitu manusia, itulah yang paling aku gerun sebab apa yang aku tahu risiko ular sawa nak telan manusia amatlah tinggi...dengan sekali belitan dan pelukan mangsa boleh mati, bayangkan ular sawa sepanjang 6-10 meter yang terdapat di seluruh Malaysia kalau ditelannya ayam, kambing, anak lembu dan itik tak apa ini manusia...alahai..selisih 44 minta dijauhkan...

Cara paling mudah nak elakkan spesis nie, baik lari sekuat hati....tak pun jangalah korang pi tempat yang berisiko tinggi yang ada spesis ular sawa nie...

korang caya tak? Aku selalu risau kalau tiba-tiba kena kat aku atau korang....

>
>
>
>
>
>
>
>

(gambar nie aku ambil dari blog seorang kawan..pinjam yer sis)

apa korang nak buat?......

TERINGAT DULU-DULU

Bila hati aku dah sejuk sikit, (lepas geram tentang gelagat pelanggan aku),..aku layan tv sekejap..tekan remote aku tengok info...alih mana yang best, ada movies kat chaneel 411(HBO) aku malas nak tonton..sah2x kalau aku dah minat kat citer yang best aku akan tido lewat, alamatnya......(esok umai nak ke sekolah, mana aku nak berjogging lagi, nak pos semua pesanan paste bandung dari kawan-kawan)...tebabas waktu solat subuh
opss...panjang pula mukadimah aku nie...

Sambung semula.., tiba-tiba jari aku tak nak beranjak dari chaneel 2, alahai...KRU....kumpulan peberet aku time sekolah rendah...nostalgia sungguh bila depa menyanyi, lagi2 menari (nasib umai dah tido kalau tak mesti dia hairan ibu dia terkinja2)......dianggotai oleh 3 orang adik beradik Norman, Edry dan Yusri time 90 an mereka kurus sungguh, beza sekarang dah matang..maklumlah jadi bapa orang. Aku nak kongsi tentang penyanyi popular nie kat korang, sebab apa aku suka kat kumpulan nie.

Era 90an adalah era pembaharuan industri tempatan Malaysia, tak silap aku masa tertubuhnya kumpulan nie, kita dikejutkan dengan fenomana konset bergerak...time nie lah bermula edisi jelajah kumpulan (band popular remaja) ke seluruh Malaysia dan negara..

Aku ingat lagi, setiap gaya dan trend yang dibawa oleh mereka menjadi ikutan remaja macam aku...ditambah lagi dengan gaya Feminin dimana GAYA pakaian mereka menjadi ikutan..., kalau nak diikutkan mereka menjadi duta pakaian, buku tuala dan lain-lain...walaupun masa kebangkitan era rap ada kumpulan yang lain seperti 4U2C, nico dan lain-lain(aku dah lupa nama kumpulan yang lain, mungkin aku dah berumur kot....)

time tulah aku nak bergaya sikit..bila aku minta duit nak beli t-shirt atau topi..sah2 ibu aku kasi nasihat a.k.a bebelan pedas..aku dah tahu jawapan dari ibu aku tu, baik tak payah minta dari dia..Masa ini, mak saudara aku dah bekerja...dengan dialah aku sering pinjam barang-barang yang dia beli..nasib dia baik hati....bolehlah aku bergaya sekejap...

Sekarang nie, aku dah malas nak layan semua kumpulan yang ada, lagi-lagi penyanyi yang menang dari pertandingan realiti, dari aku layan depa..baik aku layan internet dan blog..Bagi aku, penyanyi sekarang muncul macam biskut..sekejap timbul sekejap hilang...so...pikir-pikirkanlah.........

Sunday, March 28, 2010

MELUAT

Malam nie, sajer aku nak kongsi cerita tentang gelagat pelanggan kedai aku, kalau nak diikutkan semuanya nak dilayan dengan baik...sampaikan botol sos cili, tisu depan mata pun,,sanggup panggil pekerja aku yang sibuk dengan kerja mereka, bukan susah sangat pun..angkat jer kaki, selangkah dah dapat benda yang dikehendaki...ini, sanggup panggil pekerja aku macam tertelan besi dalam nasi,buat suspen jer..

Aku nie buka suka nak kongsi cerita yang buatkan korang menyampah nak baca..tapi sekurangnya dapat juga aku lepaskan perasaan yang menyeksa jiwa,.

Aku pun pelanggan juga, suka lepak makan kat kedai orang lain, suka merasa air tangan orang lain...tapi tak lah sampai nak buat pekerja kedai makan sakit hati atau makan hati...(dapat makan hati ayam okey juga,.sedap kalau dapat masak ungkap)..lalalal..sambung balik..kalau zalie nak tisu, aku bangun ke chasier, kadang-kadang sesetengah kedai makan tak sediakan tisu atas meja, nak `save` letak tisu yang keras atas meja chasier..

Rasa meluat kadangkala wujud dalam benak aku, rasanya nak jer aku lepaskan kata-kata nista...(wow kalah kak Engku)...tapi, bila dipikirkan balik..akibat atau kesan mendatang...baik aku pendam jer, buat baik jer, walaupun aku menyampah yang amat................

MOULOD NABI



PART 2

Hari nie aku nak sambung lagi citer berkenaan majlis maulod nabi...walaupun aku sibuk dengan kerja-kerja di kedai..(maklumlah dah lama tak buka)..wajah kedai pun dah berwajah baru..pekerja pun bertambah comel dengan kasut dan appron baru..pink colour lagi...semua pelanggan pun bertambah-tambah masuk ke kedai..alhamdullilah rezeki malam minggu...

okeylah aku sambung semula bab majlis maulod nabi semalam yer...(27hb 3)..ustaz MOHD RASHID BIN MD SALLEH..merupakan penceramah yang diundang dari Parit Sulong,Batu Pahat..ustaz nie memang sempoi gile...walaupun tajuk ceramahnya amat berat, namum dah adat melayu, anak jawa, makan belacan dan ubi getok(salah satu makanan jawa,tak tahu apa tu..tanya mat gebu, satu daerah dengan aku)...abg mat, kasi 1 mangkuk antik...siap promote mat lagi...hehehe)...membawa ceramah dengan lawak jenaka yang amat ringan..sampai aku khusuk mendengar tak pandang kiri kanan...umai pun entah ke mana..agaknya main dengan kawan-kawannya lah tu...

sambung balik bekenaan ceramah dari ustaz Rashid, beliau banyak menekankan masalah anak-anak remaja masa kini, kaun bapa dan kaum ibu. Beliau memuji sifat kaum ibu yang ada semangat yang tinggi untuk belajar mengaji, belajar solat dan lain-lain...banyak juga info yang amat aku gemari seperti sifat segelintir masyarakat yang solat main ikut suka, bak katanya,..

`kalau lah guru silat seMalaysia, janganlah solat ikut macam langkah silat...`siap buat gerakan tangannya lagi...

(aku gelak tak tahan sampai menitis air mata)..para tetamu pun pakat gelak dengan ceramah beliau...banyak faedah dan manfaat yang aku di perolehi dari kata-kata Ustaz Rashid...semoga tahun depan beliau dapat diundang sekali lagi untuk memberi ceramah kepada kampung f Sg Sayong...

ada lagi beberapa keping gambar yang belum aku tunjukkan kat korang, alahai aku nie main taip jer, korang tak suka baca..aku tak kisah..janji aku suka luahkan semua pengalaman yang aku lalui...
jom...jenguk gambar-gambar selanjutnya

>
>
>
>



oh....anak aku kat sini, dengan geng2 upin nyer....hahahah



sedara mara aku nie...comel2 gak depa bila kena tangkap pic candid



siap posing gak aku dengan gengku, yang buat tak tahan tu...tekak haus, air pula depan mata macam-macam warna..berais pula...alahai....aku tak leh minum...nasib bawa air masak dari rumah..tahan jer lah nafsu..



penceramah dari parit sulung USTAZ MOHD RASHID B. MD SALLEH.. ustaz terima kasih atas ceramah anda.(MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH)



Kaum ibu yang sanggup meluangkan masa meraikan maulod nabi...(susah nak lihat kaum bapa dengar ceramah atau datang ke majlis seumpama ini) bila lah depa nak buka mata dan hati...ikhlas menghadirkan diri..kan dapat pahala



kumpulan nasyid dari SEKOLAH AGAMA F SUNGAI SAYONG, KULAIJAYA



masa untuk gotong royong pembahagian makanan(nasi kawah), berkat makan ramai2...amin

Eh, geng aku nie tak ajak makan pun...alahai...tertinggal ler aku, asyik snap pic jer...wawawawa


orang kuat...bahagian dapur..agaknya para bapa nie, suka memasak mengantikan kaum ibu yang syok mendengar cermah....(agaknya)

Alhamdullilah, semua urusan dah selesai..aku pun dah kumpulan aku dah siap mengemas barang-barang yang telah digunakan...jam 11pagi majlis selesai...jam 12.30tengahari aku dah pulang....umai kepenatan terus tidur....

Saturday, March 27, 2010

part 1 moulod nabi

Alhamdullilah, akhirnya menjadi juga pogram maulod nabi di kampungku selepas beberapa mesyuarat dan gotong royang yang dilakukan oleh penduduk kampung f sungai sayong,sebagai ahli ajk majlis, aku diamanahkan untuk menyambut tetamu dan mengatur agihan makanan kepada para tetamu

aku bangun seawal jam 6pagi, selepas menyiapkan Nur Umairah aku terus ke Dewan Sri Sayong f Sungai Soyang untuk berkumpul bersama-sama penduduk kampung,, seronok melihat semangat jiran-jiran aku yang rata-rata membawa anak-anak mereka..umairah pun seronok dapat jumpa kawan-kawan tabikanya...

korang layan dulu gambar-gambar dibawah ini





GENG UMAI, DIA SORANG JER 2 TAHUN LEBIH, LAIN-LAIN DAH SEKOLAH RENDAH..




GENG AKU, BERSAMA BAJU CELORENG AKA HARIMAU (AJK MAJLIS)


PERARAKAN BERMULA..., SELAWAT RAMAI-RAMAI

PETUGAS RELA


TERIMA KASIH KEPADA RELA YANG MEMBANTU LALUAN PERARAKAN KAMI LEBIH MUDAH

GENG-GENG BERZANZI DAN MARHABAN

aku dah letih sangat nie, karang aku sambung balik pogram maulod ini yer...tido sat, nak ke kedai petang ini...selagi boleh kerja, kerjalah.....


Friday, March 26, 2010

MOULOD NABI

Esok pagi seawal 7pagi aku akan berkumpul didewan f sungai sayong untuk berarak ke masjid f sungai sayong...
kepada semua penduduk kampung, marilah kita mengeratkan ukhwah, bersama2x mengembalikan zaman Rasullulah...dengan berarak sambil berselawat keatas junjungan Rasullulah...

sesungguhnya setiap ilmu yang dipelajari adalah satu amal jariah untuk diperolehi bersama
selain mendekatkan hubungan sillaturahim adalah pahala buat bekalan kita di SANA,

Ayu, mengharapkan kita memperolehi keberkatan hasil keikhlasan yang kita tunaikan. janganlah asyik mengharapkan makanan dan minuman, sehingga kita lupa dan lalai bahawasanya kita hanyalah dalam golongan orang yang kerugian

OPERASI SEMULA

ALHAMDULLILAH, SETELAH MENDAPAT KELULUSAN DARI KKM
AKHIRNYA PADA JAM 5 PETANG CITARASA RINDUAN AKAN BEROPERASI SEMULA SEPERTI BIASA

7.00 PAGI-11.00 MALAM

SEMOGA PELANGGAN CITARASA RINDUAN
DAPAT MENIKMATI MAKANAN DAN MINUMAN SEPERTI BIASA

SEKIAN, UNTUK MAKLUMAN
TERIMA KASIH

SEMOGA SIHAT

salam petang kawan-kawan
selepas aku bincang secara terbuka dengan zalie, akhirnya dia mengikut nasihat aku...
kami bertolak ke pakar putri jam 8pagi, sebenarnya apoinment untuk akan datang pada 10hb 4 2010,, namun aku dah tersangatlah risau melihat derita yang dibawanya

setelah sampai ke hospital,seperti biasa paking penuh...aku daftarkan dahulu nama zalie ke doktor diong, nombor kami yang ke 19...ada 17 orang lagi yang belum dicheck, setelah zalie jumpa paking..., aku ajak dia minum dahulu...kami borak sambil menikmati air panas..

bila tiba giliran, doktor memeriksa sepenuhnya penyakit zalie...aku rasa berat hati kalau dia tetap tak dapat tido...lagipun dia masih menjalani rawatan obesiti dan berhenti merokok

doktor cadangkan, scan dan xray...aku perhatikan zalie dah mula layu...kesiannya suamiku,...semoga tiada penyakit yang menimpa,,,risau juga kalau ada problem jantung dan paru-paru

selepas semua proses rawatan dibuat..tiba masa untuk membayar bil perubatan..nasib baik bayaran masih dibawah anggaran kami...memanglah caj hospitar swasta nie agak mahal..namum berbaloi..

teringat kisah zalie dirawat di klinik biasa, doktor tu memberitahu zalie menghidapi jantung bengkak,,,tekejut yang amat aku bila doktor kata macam tu...nasib aku ajak dia terus ke pakar putri..tak silap tahun 2006...akhirnya keputusan dari doktor diong...dia hanyalah menghidap darah tinggi....alhamdullulah.....aku tak berapa takut kerana memang family zalie menghidapi penyakit ini...lagipun zalie rajin makan sayuran yang pahit-pahit

aku doakan yang terbaik untuk zalie...semoga dia masih bertahan dengan penyakit yang dihidapi..15tahun dia menjadi perokok tegar kini sudah masanya dia berhenti....sesungguhya ayu amatlah menyagangi dan mengasihimu MUHAMAD RAZALI B HAMIS...

SYUKUR AKU DAPAT AWARD



ALHAMDULILLAH,
rezeki jumaat aku nie, tak sangka aku dapat award, happy betul
yahoo....yahoo...
rasanya korang mesti nak tahu sapa yang beri....aku pun memang tak sabar nak kongsi dengan korang sapa yang sudi bagi award kat aku....siapa orangnya. DENGAN INI DIUMUMKAN
wow!..sungguh tak kusangka dia beri award untuk aku, macam tak caya pun ada..macam mimpi pun ada..macam2x adalah....(ler, sama macam iklan astro ler pulak)

terima kasih yer en. ben..mai aku kongsi macamana aku boleh kenal dengan en ben nie. permulaan aku di add dengan dia dalam facebook, ...aku tak kenal dia, tapi..aceppt jer lah..boleh tambah kawan dan bertukar-tukar ilmiah..yang buat teruja tu dalam list friends dia, sampai 5,000 orang, aku jer baru 560 orang..itupun yang aku tahu dia dah banyak delete mana2 kawan yang tak sesuai ..sampai adik beradik aku yang ada fb aku cadangkan en.ben jadi kawan fb...(kepoh gila aku nie)

setiap petang, status dia GYM...time nielah terbuka hati aku nak ikut macam dia. iaitu mulakan cara hidup yang sihat...akhirnya 1hb 1 2010 aku mulakan berjogging dan bergym...dah lama kenal dan chat di ym barulah aku tahu yang dia ada blog...
hari2 aku suka baca tulisan dia, sampai terjatuh cinta pun ada...tak sah tak klik blog dia.. selain info kesihatan, ada juga info keagamaan, info luahan hatinya, info tentang masakan pun ada...( teringat dia masak maggi goreng, sampai aku ketawa keluar air mata) selain dia suka mengenakan aku dengan entry yang boleh buatkan aku majuk berhari2x...(majuk2x pun aku still baca juga entry dia setiap hari, siap bagi komen lagi..hahahha)

terima kasih en. ben sebab sudi beri award nie kat ayu.
sehinggalah ayu kenal dunia blogging, selain kenal dengan mat gebu, cikali dan lain-lain..

okeylah disebabkan award nie aku perolehi dengan hati yang senang dan rasa rendah diri...aku nak lunaskan apa yang patut aku lakukan setelah menerima award ini.



[1]. Thank & link the person that gave you the award. [Done!]
[2]. Pass this award onto 20 12 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic..[dengan rela hati]
[3]. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
(senarainya adalah)



Wednesday, March 24, 2010

TUTUP SEMENTARA

KHAS UNTUK PELANGGAN SETIA
CITARASA RINDUAN

SEMENTARA KERJA2 UBAH SUAI DIJALANKAN
MENGIKUT KETETAPAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DENGAN INI
KAMI
MENUTUP SEMENTARA UNTUK KERJA2 YANG WAJIB DIPATUHI
TERIMA KASIH

Tuesday, March 23, 2010

CARA GANTI HIDANGAN BERLEMAK

aku
tahu korang mesti tak tinggal menu yang berlemak2x...
maklumlah dah anak melayu...mana boleh lupa santan2 atau minyak2x
semuanya kalau boleh hari2x lemak sayur atau ikan goreng, ditambah lagi dengan sambal belacan..

aku pun tak berkecuali..sama macam korang juga, makan semua tu...kalau tak bertambah nasi, 2,3 pinggan wajib tu...belum lagi tambah dengan tempe goreng, meleleh air liur...

malam nie, aku nak kongsi tip bekenaan makanan yang korang ambil masih boleh dinikmati tanpa menaikkan berat badan korang

jom........


KENTANG GORENG

memang sedap menikmati kentang goreng...lagi2x layan tv...tapi tak sangka dalam kentang goreng itu terdapat kandungan kolori yang begitu tinggi
aku cadangkan korang ganti dengan

Kentang panggang
korang bersihakan kentang,cucuk isinya dengan garpu, bungkus dengan pembalut aluminium, panggang pada suhu 180 c selama 30minit... mesti sedap, di tambah dengan keju parmesan


JAJAN\ BISKUT

kalau aku dah menghadap jajan sambil tunggu pelanggan di kedai..aku rasa boleh menimbun lemak2x kat area yang tak sepatutnya, jajan nie bahasa johor, bahasa luar kerepek atau makanan ringan,mari kongsi petua dengan aku untuk mengantikan hidangan jajan tersebut..

biskut oat
korang buat sendiri, dengan campurkan oat yang korang beli dengan air, campurkan telur putih dan tambah sedikit garam... lepas tu korang buat keci2x keatas dulang pembakar, hasinya,. pasti memuaskan hati kerana kandungan oat yang sedap dan ranggup..lagi2x hasil tangan korang juga.

bagi yang malas tu..korang beli biskut oat jer..



BURGER

makanan sampingan ini, amatlah tinggi nilai kolorinya,,, enak lagi bila time sejuk korang makan sambil menikmati tv...apatah lagi musim hujan...menu gantian ini senang di cari...orang melayu mesti senang nak cari..jadi, gantikan dengan:

Burge tempe
korang buat seperti burger biasa, namun gantikan dengan tempe, kukus kemudian tumbuk kasar tempe tersebut, tumis bawang putih, daun bawang yang korang dan hiris kecil2. kemudian korang masukkan tempe yang dah ditumbuk kasar..masukkan sedikit garam, korang gaulkan atas api yang kecil..siap..dihidang dengan hiasan salad,tomato dan roti bijan..


selamat mencuba...
kalau korang terlebih rajin nak masak..mari belajar memasak dengan


Monday, March 22, 2010

PENTINGNYA MATA


malam ini, aku nak kongsi maklumat berkenaan mata, sebelum nie, aku dah 16 tahun hidup bergantung dan bertemankan cermin mata....pernah mencuba pelbagai jenis kaca mata...akhirnya gambar diatas adalah kaca mata yang terkini yang digayakan oleh aku...
untuk kerja2x harian aku pakai yang biasa2x sahaja

di sini ingin sekali aku berkongsi maklumat dengan kalian..terutamanya yang mengalami masalah mata, termasuklah yang rabun

jom............

mata adalah organ tubuh yang amatlah penting, teringat kata2x doktor pakar yang merawatku...`semua harta yang ada pada kita takkan bernilai sekiranya, organ mata kita rosak`,....
sampai sekarang,..kata2x dia masih tersemat di memoriku..justeru itu setiap gangguan atau luka pada mata, harus dianggap serius dan diberi perhatian segera..
ingat, jangan menggosok mata dengan jari



gejala utama gangguan mata
  1. gangguan atau kesulitan melihat
  2. rasa ngeri pada mata
  3. mata merah
  4. rasa mengganjal di kelopak mata


mencegah gangguan pada mata

  • rajinlah menggunakan kaca mata, sekiranya anda benar2x disahkan rabun oleh pakar
  • pergi check ketinggian rabun anda 6 bulan sekali, harus diingat...jangan pergi apabila cermin mata anda menghadapi masalah baru nak check..awas.....perbuatan anda adalah SALAH
  • jangan membaca atau melakukan pekerjaan dalam ruang yang gelap
  • rajinlah menggunakan ubat titis
  • berjumpa doktor pakar mata, untuk setiap perubahan pada mata anda...
  • kepada `glue coma`...rawat mata anda setiap bulan...untuk mengetahui tekanan mata anda, bekalan ubat kapsul dan titis, sentiasa ada di simpanan anda

kesimpulannya, sekiranya anda sayangkan diri dan kehidupan anda....sayangilah organ mata...kerana ianya adalah yang amat teristimewa

sambil2x tu...layan lah lagu TERISTIMEWA dari ADIBAH NOR




PESANAN........PASTE BANDUNG

ALHAMDULLILAH
nampaknya semakin bertambah tempahan paste bandung CITARASA RINDUAN
aku dapat menyelesaikan dengan hati yang terbuka...
memandangkan pesanan semakin meningkat,,,
aku kena lebihkan `quality` bahan supaya sentiasa segar..
semoga kepuasan sama seperti anda makan di kedai kami








kepada yang berminat dengan paste bandung kami...
silalah tinggalkan alamat anda di email ayu

umairahayu@yahoo.com

atau

07-8978477


Sunday, March 21, 2010

TIP BERSENAM

Hari- hari aku amalkan ber`jogging`
sekarang ingin aku kongsi tip berkenaan apa yang aku amalkan selepas bersenam


WAKTU TERBAIK BERSENAM

Amalan bersenam pada waktu pagi atau tengahari?.. terpulang kepada individu, namum matahari yang sedang terik akan memaksimumkan pembakaran kalori. agar anda lebih segar dan terhindar daripada dehidrasi, terapkan tip berikut:-

  1. sejukkan badan anda sebelum memulakan latihan, seperti mandi dengan air sejuk
  2. minum 2 gelas air putih, 1 jam sebelum bersenam.
  3. teruskan minum 3 teguk setiap 15 minit sepanjang latihan. dengan ini, mengelakkan stamina kamu mulai turun
  4. pakailah pakaian yang jenis nipis dan ringan....sekurangnya, kain yang serap peluh kamu..
  5. jangan lupa memakai krim yang mempunyai UV...sekurangnya tak lah kulit kamu `terbakar`

ELAK SELEPAS BERSENAM

TIP ini sesuai untuk makanan yang dimakan selepas bersenam, kebanyakkan orang akan menganggap makan selepas bersenam mendatangkan masalah..atau sia2x....SEBENARNYA, kita perlu makan selepas bersenam...ikutlah saranan aku ini tanpa rasa BERSALAH:

  1. AKTIVITI jalan kaki (30minit), makanan saranan adalah segelas air putih atau isotonik
  2. KELAS AEROBIK (45 minit),makanan saranan adalah `snack 100 kolori, contoh 1 cawan yogurt tanpa lemak atau sebijik pisang
  3. JOGGING (90minit), makanan saranan adalah snack 150 kolori, contohnya 1 keping roti dengan mentega kacang
  4. LATIHAN BEBAN, GYM 1jam,makanan saranan adalah makanan seimbang yang lengkap, setengah jam selepas latihan

ingatlah kawan2..... setiap tip yang ayu senaraikan itu amatlah berguna kepada kita, jangan anggap setiap makanan yang dimakan itu salah,, walhal kita tidak pelajari dari yang pakar....

Saturday, March 20, 2010

BILA DAH LAMA TAK BERJUMPA

ikutkan aku dah 2 tahun tak bersua dengan kawan baik zalie, sewaktu perkahwinannya 2005 aku dan zalie hadir ke rumahnya di taman subang bistari, shah alam

selepas dia melahirkan anaknya yang pertama 4 tahun yang lepas (2007), aku rajin juga borak2 dengan orang rumahnya...
nak katakan hubungan kami rapat lah juga, isterinya pun rajin lepak ke kedai kami..
disebabkan suaminya (musa) kawan baik zalie, aku akan layan sebaiknya hubungan yang kekal ada....sekurangnya, pelbagai ilmiah dan pandangan yang aku boleh kongsi dengan kawan2

seingat aku, sebab orang rumah musa, aku dapat peluang untuk `facial` di sebuah tempat yang mengunakan teknology air...sampai sekarang aku masih lagi mengunjungi kedai kecantikan tersebut

tengahari tadi, aku dikejutkan dengan kehadiran keluarga musa...
mula2 aku tak kenal, disebabkan mereka mendokong baby kecil...
oleh kerana perasan yang wajah mereka masih ada dalam peti memory aku nie, aku terus tegur,
alhamdullilah
firasatku benar...kawan zalie....MUSA...

tak sangka..dah 2 tahun tak bersua. mereka dah dikurniakan baby boy... maksudnya dah sepasanglah zuriat mereka...

ikutkan kata2x orang rumah musa, dia masih dalam pantang, iaitu sebulan,
terkejut yang amat,.......dari kuala lumpur terus singgah ke kedai makan kami,
sebelum sampai ke rumah mak Musa
sah.....
mereka dah rindu dengan makanan di kedai ku...
CITARASA RINDUAN
aku layan mereka, walaupun sedang sibuk dengan masakan di dapur....rindu nak dengar perkembangan mereka...





inilah rupa baby boy yang amatlah comel, iras orang rumah MUSA...aku tak ambil gambar isteri musa, sebabnya....aku ingat pesanan mak aku...`jangan ambil gambar orang dalam pantang....`
aku pun jenis yang banyak pantang....
hehehhehe



nielah rupa Musa, kawan Zalie masa kanak2x...dah 30 tahun mereka berkawan..semoga perkenalan dan persahabatan mereka kekal hingga akhir hayat
AMIN

Friday, March 19, 2010

PART 2....FRIDAY



PART 2

tengahari, aku dah suami, singgah ke klinik mata EZANY di kulaijaya..
semasa rawatan dijalankan, aku ada berjanji dengan mak mertua untuk membelikan produk untuk masalah sendi dan ototnya
selesai sahaja, urusan rawatan di klinik...suami aku gelap mata aka pitam..berkemungkinan daripada masalah mata yang sudah dirawatnya

aku nak `drive` storm, zalie melarang...sebab dia masih lagi mampu untuk mengawal storm..
aku minta dia singgah ke IOI..teringat janji pada mak mertua...selain tu dapatlah kami makan tengahari....perut pun dah berbunyi2x...maklumlah sarapanku dialaskan hanya dengan segelas susu Enlen

tiba di IOI...jam baru 10setengah pagi, aku dah teringat nak makan yang ringan2..
tapi, zalie dah ajak aku makan PIZZA HUT,katanya ada produk baru...
alahai...putus dietku, teringat kerangupan pizza...
tanpa membuang masa aku katakan YA.........

kami pesan yang simple2, dan tidak berminyak...
yang buatkan hari jumaat ini bermakna kerana si umairah, dengan senang hati...
berkata

`ibu....sedapnya roti bakar`........

alahai...anak ibu yang tak pernah makan PIZZA HUT..maaflah nak, ibu lupa umai nie jenis yang petah berkata2 walaupun umur baru 2 tahun lebih...

selepas kami makan, dan mencari produk untuk mak mertua...
aku dah tak sabar nak kongis cerita dengan keluargaku..tentang gelagat umai di PIZZA HUT...

korang layan jer lah gambar2x umai bersama ROTI BAKARNYA





PART 1....FRIDAY



part 1

selepas solat subuh aku terus jogging dengan kawan baik aku
masa dok jogging kami bualkan berkenaan diet, maklumlah aktiviti jigging nie pun kami amalkan baru 3 bulan `start` 1 hb january...
alhamdullilah
kami dah nampak perubahan..baik perut atau pinggang, masing2 dah nampak perubahan..saiz seluar dah berubah ke M...

selepas jogging
aku balik ke rumah
uruskan aktiviti membasuh, mengemas dan memasak sarapan pagi untuk keluarga
aku sarapan macam biasa air susu enlen...

suami ajak ke kulai, untuk menyelesaikan bayaran kereta...
nanti aku akan kongsi cerita tentang SUAMI yang dengar CAKAP....
TUNGGU..........

Thursday, March 18, 2010

TERHARU

HARI INI AKU NAK KONGSI SESUATU YANG AMAT BERMAKNA PADA AKU

gambar sebelum



gambar selepas



sebenarnya asal gambar ini diambil semasa majlis perkahwinan adik aku, suami aku yang snap...aku bubuh dalam profil facebook.....

tiba2x.....ada seseorang yang telah meng`edit` sehingga bertukar rupa,,,terkejut juga lah..sbb aku pun tak sangka dia bantu aku mencantikkan lagi gambar ini

SIAPA ORANGNYA:..
>
>
>
>
>
>

JENG2X................


aku nak sangat ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan baik aku


dan


diatas kesudian beliau mengedit gambar ku ini....

beliau, merupakan potografer..inilah tulisan di facebook nyer.....

jurugambar sambilan utk majlis perkahwinan,pertunangan & pernikahan.Jika berminat dgn hasil gambar saya & inginkan hasilnya utk majlis anda, hubungi saya utk maklumat lanjut & tempahan. Kepelbagaian Pakej menarik mengikut kesesuian budget anda.

Wednesday, March 17, 2010

aku menang lagi





tahniah kepada aku.......alahai.....menang lagi lah....TERIMA KASIH KAK AJA.........kerana menganjurkan sebuah teka teki........alhamdullilah aku berjaya meneka soalan itu dengan betul....
tak sangka kan.......tuah aku tu...........







PENYAKIT AKU...........

hari ini aku nak berkongsi pengalaman mengenai penyakit yang aku sering hadapi
sewaktu kecil, problem ini dah mula menghantui
mak aku dah puas memberi petua atau ubatan untuk menyelesaikan penyakit aku
korang pun jangan lah gelak yer, bila dah tahu jenis penyakit aku ini

SUKAR MEMBUANG AIR BESAR atau bahasa kasarnya susah berak.....atau sembelit

aku dah cuba pelbagai ubat nak atasi masalah ini, dari petua cara kampung hingga ubatan doktor......
nampaknya tak berkesan........puas aku makan pisang, betik....amalkan minum air suam..
semuanya boleh sembuhkan sementara sahaja.

takkan hari2 aku nak makan semua yang lembik2x atau cepat dihadam......
masa umur 20an aku amalkan produk yang jenis air. ubat yang kena larutkan dalam air,sampai penat aku ke bilik air...., sampai lembik badan.......
bukannya nak selesaikan masalah.makin parah adalah..sebabnya sampai 1 tahap pergi ke bilik air sampai 10 kali........sakit pinggang aku..

bila aku hentikan pengambilan produk tersebut, sampai 5 hari aku tak ke bilik air,,,,,,,,,mulalah aku pergi ke klinik berdekatan.....yang hairan tu, aku jenis yang makan buahan atau bijiran...
doktor pun tak dapat nak beri ubatan sebab dia tahu yang masalah aku ini disebabkan kesukaran sehingga makan berhari2x.....

akhirnya...........
aku jumpa juga jalan penyelesaiannya
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

dengan, amalkan cara hidup yang sihat.......dengan bersenam, selain amalkan makanan yang senang dihadam
dari dulu aku nie jenis yang payah nak bersenam..ramai kawan2 ajak aku bersenam....aku buat dono sehinggalah aku tertawan dengan brother ben asharri...... yang suka membebel dengan info2 yang bermanfaat....., hari2x status di fb nyer.gym.....

alhamdullilah, berkat kawan2 juga yang mendorong aku mengecilkan bentuk badan...
sekarang, masalah pun dah dapat di atasi...1 hari 2 kali..
semoga, setiap manfaat yang diperolehi dikongsi bersama........

HIDUP SIHAT.... JIWA TENTERAM



Monday, March 15, 2010

tinjauan apa kata kawan2 fb TENTANG menu LUNCH


malam ini aku tanyakan soalan:

nak tanya pendapat kalian..........masakan apa (lunch) yang amat digemari.......... ini khas untuk menu akan datang............ikut selera korang eik....jgn risau...aku terima pandangan kalian


ikutilah......pandangan kawan-kawan facebookku....







Surina Ahmad.pecalll...sedapp nye ayuuu.
Rosailin Sawalin masak tempoyak.. tp takut tekat org johor xleh masuk.. hehehe

Siti Rahayu Abd Rahman kasih elin......sedap kan..........tapi tulah, kak suka masak caru masak mangga ala2 kerabu mangga..buat ganti tempoyak..hehehe

Mohd Sofian rendang dendeng


Siti Rahayu Abd Rahman pian............dendeng tu bumbunya apa,,.citer ringkas sikit...

Rosailin Sawalinpeh sedapnya.. terliur ni.. dgr pn xthn..


Mohd Sofian hahahah...dia nie rendang daging....amat sangat sedap....masak kering la sikit....sedap ayu...tapi pedas la...guna cili kering....

Kumaraveloo Thirupathy Laksa Sarawak...


Siti Rahayu Abd Rahman elin: tahan air liur sat..hhehehe

pian........ooo...ayu faham........rendang daging berkuah tapi keringkan kuah kan........mmg ayu guna cili kering dan cili padi,,,,ada guna santan dan kerisik tak?

Siti Rahayu Abd Rahman kumar...........nyami.....sedapnya...tapi tekak org johor suka makan nasi...terima kasih sbb bantu ayu...tu menu sesuai utk petang...

Mohd Sofian mula2..rebus daging, pastu potong2 perap dgn kicap...(pekat masin)....kalau sekati daging 20 ulas bawang merah, 20 tangkai cili kering, bawang putih 4 ulas, halia 1 inch...semua tu belan dgn air daging rebus tadi....

kemudian goreng daging...

tumis barang yg belan tadi...masukkan air jawa sikit...gula n garam sikit....sehingga kuah pekat dan masukkan daging yg digoreng tadi...


cobalah

Md Nazri Marsam asam pedas ikan semilang....kuah agak pekat ckit..pehh.....mak mentua lalu belakang x nampak.........klau ikut depan baru le nampak...hehhhhhh

Mohd Sofian ops...cili belan ng air biasa
bawang dgn air rebusan daging


Mohd Sofian cili tu kena up sikit dalam 30 tangkai...nak meletop bubuh cili burung....

Salmiza Saad masak lemak siput sedut keladiii....ermmmmm makan pula ngan sambal belacan n ulam2 dimaka dengan ikan masin....

Siti Rahayu Abd Rahman pian....terima kasih...siap2x ayu tulis menu tu....
nampaknya awk sungguh berpengalaman.............

md nazri..ikan sembilang memang ikan asam pedas yang wajib dimasak dikedai saya.........selain pari,kaci,mayong.jehan,ibukerisi,dan lain2x

salmiza: memang kalau ada musim siput sedut, jual 1 tray pun tak cukup.pekena dengan yang sal sebutkan tu........nyami....berduyun2x......customer masuk

Salmiza Saad heheheheheh .x pun kan yuuuuu..ermmmm masak lemakkkk daging salai....sedapppppp...tgk kalau menu tuuu...dekat sini mesti jadi rebutan ramaiiiii...paling simple...sotong goreng kunyit...mcm ayam goreng kunyit....panas2 mesti laku yuuuuuu ditambah bawang besooo letak cili merahhhh,sikit cili hijau.......cuba la...mesti laris...ekekekekek 75% utk i tau..heheheheh

Siti Rahayu Abd Rahman...........mmg sotong grg kunyit dan udang grg kunyit ayu jual menu utk tengahari,.selain sambal udang, sotong kembang...terima kasih yer sbb bantu ayu...sayang awk....75% sampai putrajaya compom basi..hehhehe


Adie Lokman i kalau kat campus suke makan daging blackpepper, daging merah, ayam kurma....ayam goreng panas2....hermmmm hehehhe


Salmiza Saad75 percent masukkk akaun ...ahaksssss.ekekekekekek....x lahhhh yuuuu kami sedia membantu utk kwn2..kan kan pian kan..heheheheh

pian: nak gak la tu heheheheh .malu2 lak.....pian bg la pulak resepi nasik daging permatang buloh....penah makan dak?mesti ayu x penah mkn..

Mohd Sofian sal: aku maybe x penah makan...karang habis rahsia resepi org penang....nasi kandar lah ayu.....

Siti Rahayu Abd Rahman adie; terima ksih sbb beri idea.....mmg masakan panas di kedai kak....daging2x masak pelbagai

sal..................nak gak......tak pernah dengar nasi daging permatang buloh.............

pian...nak2x resepi

Mohd Sofian
ayu: x ada lah resepi nasi permatang buloh....nasi tu maybe kenq masak kat situ la...

nasi kandar kena cari la dulu...

Fadzilah Abu Bakar kerabu magga...

Siti Rahayu Abd Rahman pian.....puas ayu keliling jb cari nasi kandar sebijik kat pelita. bkt mertajam...........alahai tak sama

Siti Rahayu Abd Rahman fadzillah....kerabu mangga ayu mmg buat.terima kasih bantu ayu...............rindu kat awk.................12 tahun tak bersua

Mohd Sofian betul ayu...pian g sabah, kelantan, kl, selangor, melaka,pahang, terengganu, johor, kedah....Tapi....nasi kandar dia tetap x sama mcm di penang...knp ekk?

Salmiza Saad nanti balik g la makan....nasik tu dimasak bersama2 daging,badam,gajus,kismis,
,,simple je...kat permatang buluh tau...dicicah bersama2 air asam (tomato).penah masukkk surat khabar nasi daging best d penang..heheheh...nasi kandar...heheheh k gak tu....


Faizal Razak
ikan baung msk lemak cili api


Siti Rahayu Abd Rahman faizal.............sedapnya...kita masak lemak ikan keli, baung selalu asam pedas.kena tukar nie...terima kasih

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN ATAS KESUDIAN ANDA MEMBERI KOMEN, BANTUAN ANDA AMATLAH DIHARGAI.....