CITARASA RINDUAN

Friday, April 30, 2010

SELAMAT HARI PEKERJA

Aku tak perasan pun sekarang dah jam 11.00 malam.........., punyalah bz sampai tak makan makan malam lagi, nasib lepas maghirib aku makan biskut IKO dan air soya bolehlah buat alas perut nie, dari kosong, mandi pun lewat, terus online selepas semua barang-barang dah disusun ke dalam boot storm...perasaan aku sekarang nie amatlah lega tersangat2.

Ayam mentah dah di perap untuk BBQ, tak banyak sangat pun hanya 8 ekor cukuplah untuk 50 orang makan. Ada juga bahan makanan sampingan yang lain, untuk ikan pari dan cencaru aku basuh awal2 dulu, esok sahaja aku perap dengan air limau, sotong mentah dan udang dah bubuh dalam tong ais batu...harap2 tahan lah sampai hari ahad. Sekarang En zalie, dok belek2 pancingnya, seingat aku dah 3 tahun dia tak pegang menatang tu, diapun bukan kaki pancing, tu yang dah 1 jam layan pancing, harap2 ilmu memancing yang dia amalkan waktu muda belia masih ada lagi, teringat masa dulu2 asal balik kampung aku, di ajaknya adik lelaki bungsu aku memancing kat Tanjung Leman, mersing. Balik umah pasti ada banyak ikan2 yang dapat di pancingnya, bolehlah dibakar cecah air asam. Tercakap tentang air asam, esok pagi menu BBQ untuk malam minggu, aku nak cecah dengan air asam selain cecah sos cili, baru ngam...

Untuk kawan2 blogger yang rajin singgah ke blog aku, ucapan jutaan terima kasih kat korang. tanpa korang siapalah aku, mula2 berblog ada 2 orang yang follow, sampailah sekarang (4 bulan berbloging) dah ada 121 follower, aku pun bukannya banyak kongsi info kat korang, hanya luahan hati aku dan cerita tentang kedai CITARASA RINDUAN, nak kata blogger tegar, tak juga, ada kantoi 2,3 hari bila aku tak ada di rumah,... terima kasih sekali lagi.

Selain itu,aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada kawan-kawan blogger dan semua penduduk 1 Malaysia, yang sentiasa mengunakan lebuhraya dan jalanraya, berhati2 semasa memandu. sekiranya anda mengalami masalah mengantuk, minta teman anda mengantikan tempat anda, jika tiada...lebih baik berhenti di RNR, elak berhenti di laluan kecemasan. Kepada pengguna motosikal, ingatlah kepada yang tersayang, selalu gunakan lampu besar tak kira waktu, kerana ada banyak jentera besar yang tidak nampak anda.....

PS: entry kali nie, nampaknya aku banyak bagi nasihat...bukannya bererti aku kuat membebel, tak pandai sebenarnya,,,cuma teringat kat arwah pakcik yang meninggal dunia semasa cuti Hari Pekerja, Al-fatihah kepada arwah....semoga arwah dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman...

REHAT SEBENTAR

Macam faham jer aku dok ada masalah dengan XPDC, buat workout pun masih ingat dengan masalah XPDC...jogging pun, kat kepala masih lagi terfikir2 apa cara nak sattlekan masalah XPDC...Nasib lah ben ashaari ada bagi satu link seorang blogger yang bantu para blogger yang ari2 menghadap laptop atau ada banyak masalah................so korang pi klik link nie................gerenti masalah korang hilang.............atau pun kurang sikit..............apa2 pun terima kasih kat INFOzi.com yer sebab bagi info senaman kat para blogger,.............................


MISI BERJAYA

Alhamdullilah,berkat penghulu hari (jumaat)...aku dah dapat siapkan semua barang-barang yang hendak dibawa ke Selai - Taman Negara, selain barang2 keperluan sendiri dan family, untuk peserta turut aku sediakan awal-awal taklah pagi esok, mendatangkan masalah pada aku, nie pun dah sakit kepala.., bila tengok barang-barang dah tersusun rapi aku senyum sendiri...akhirnya siap juga apa yang aku inginkan, sekarang nie hanya menunggu En zalie nak simpan barang-barang dalam storm sahaja. Itu pun kena tunggu dia balik dari berbelanjer bahan mentah aka basah.

Untuk keperluan keluarga sendiri aku tak campurkan ke barang-barang peserta, risau juga kalau ada peserta yang anggap barang aku tu hak mereka...aku cadangkan kepada En Zalie, supaya asingkan ikut kesenangan aku, akhirnya dapat kata sepakat keputusannya:- untuk peserta aku bubuh kat boot belakang, manakala untuk keluarga aku pilih di seat belakang, sementara bilangan family aku belum ramai, mudah juga aku nak letak kat seat,..agaknya kalau tambah 4,5 orang anak jawapnya kena tukar storm ke MPV, kalau masih tak muat juga, aku minta En Zalie tukar ke mini bas jer...boleh join geng bas sekolah (wahhhh....dok tension pun masih lagi boleh buat jenaka lagi...nilah gayanya bila sedang tension.)

Nie, ada kemusykilan juga lah......, mana lah member2 blogger yang lain, semuanya pakai pi makan angin ker?, atau pi balik kampung? atau ada yang pi shopping macam kawan blogger aku tu....walau apa pun yang korang buat, aku doakan supaya semuanya selamat....mana yang tengah drive tu... hati-hati di jalanraya, mana yang masih sibuk paking barang-barang untuk balik kampung tu... moga2 semuanya dah siap dikemaskan... nanti jangan jadi macam aku, haru biru jadinya...nak harap En zalie, dia pandai susun jer lah....(tak apalah dari dia tak bantu langsung, terima kasih my hubby, ...)

Ingat lepas online, nak rehat dahulu. mana tahu dapat lelap.....bangun dengan hati yang senang, kepala pun tak sakit...lega jer.....sebab rancangan aku lepas maghrib nak blander semua bahan-bahan yang penting seperti sambal belacan, sambal kicap, bawang merah, halia, bawang putih, lepas tu nak perap ayam untuk BBQ...ada sapa2 ker yang dapat bantu aku?.................nanti aku bagi upah seposen....lalalalalal

TAK TAHU NAK KATA APA..

Memandangkan amanah yang aku pikul, agak meng`stress`kan jiwa ragaku, aku nak bebel kat korang sikit, mana2 yang tak leh nak baca, harap close jer entry nie, sebenarnya aku dah susun list bahan mentah dan bahan basah dalam nota comel aku, bahan-bahan tu aku nak belanjer lepas EN Zalie balik dari solat jumaat,tapi malam tadi lepas belajer aku terus rehat, dah kepenatan berbelanjer, tu yang pagi nie aku agak kelam kabut, cari merata2 kat mana aku tertinggalkan buku nota tu, sampaikan barang-barang kering yang aku beli semalam aku geledah semula,,beg belanjer semalam pun aku geledah juga......

Akhirnya, 1 jam aku abiskan masa dengan cari buku nota tu..... sungguh sia-sia...penat, masih tak dapat cari..sehinggalah aku ambil langkah2 yang selalu aku buat bila kehilangan barang, ulang tayang semula setiap pegerakan yang aku lakukan semalam, time nie aku dah syak ada dalam storm, puas geledah gak, tak ada juga, duduk sambil buat workout, time nielah aku dapat fikirkan semula dimana aku letak nota tu.........


YES,.............................ingat juga akhirnya..................sambil aku ketuk2 kepala,,,em.........tertinggal kat kedai rupanya.....punya lah lega..kalau tak, dah tak tahu nak kata apa.......


Thursday, April 29, 2010

MENU UNTUK PESERTA 4 X 4

Korang nak tahu tak apa menu yang akan aku sediakan kat peserta XPDC tu nanti?...mai aku kongsi ngan korang dulu yer, korang jangan pula pecahkan kat peserta..karang ada yang bawa lauk sendiri dari umah.... menu nie tak ler best sangat..sesuai untuk tekak2 peserta yang join, aku rasa semuanya lapar2 belaka, mana tak nyer, asyik main air terjun, memancing dan dok lenjan 4X4 redah sungai, redah landai, denai semua depa nak redah,.,aku...redah lauk pauk jer lah...

Jumlah peserta 34 dewasa, 13 kanak-kanak, 12 biji jentera 4x4

1 mei 2010

minum petang (3.00 pm)

air teh, air kopi, karipap segera, roti dan kaya

makan makam (7.00pm)

air sanquid, air sirap, nasi putih, sop ayam,ayam goreng, ikan masin,sambal kicap, sayur campur, ulam timun, sambal belacan

minum malam (9.00pm)

air teh. air kopi, roti cecah sop ayam (jimat dari lauk makan malam, kalau isi dah abis..aku hidang jer, sebab peserta dok layan pancing, gerenti laku jer menu nie)

tambahan: ayam, ikan pari, ikan cencaru,sotong, udang (BBQ). larut malam

2 Mei 2010

Sarapan pagi (7.00 am)

Air teh, air kopi, nasi goreng, bihoon goreng, telur dadar

Makan tengahari 12.30 pm

Air sanquid, air sirap, nasi putih, sop sayur, telur dadar, ikan masin, ulam timun, sambal belacan.
(rasanya time nie peserta dah tak lalu nak makan, sebab peserta tak sabar nak balik, kemungkinan lah...)

PS: ada cadangan menu yang lain tak?...




PANDUAN XPDC

Selesai juga aku berbelajer barang-barang masakan untuk pogram XPDC Selai-Taman Negara, nak ikutkan masih ada lagi yang belum aku beli seperti bahan mentah untuk BBQ dan sayuran. Perancangan En zalie, petang esok kami akan beli bahan-bahan tersebut. Pening juga bila banyak bebanan yang aku kena amanahkan, untuk melegakan masalah itu, aku nak luahkan kat korang.

Nie ada panduan untuk korang yang ada rancangan nak menuju ke kawasan lasak (nie aku khususkan kawasan hutan yang ada perkampungan orang asli), antaranya:-

  • Lebihkan bawa bahan-bahan kering untuk keperluan korang tak kiralah biskut ker, oat ker, roti ker atau bahan-bahan yang mudah dimakan dan dimasak, kalau maggie aku tak cadangkan sebab tak elok untuk kesihatan, bagus korang simpan biskut IKO, lebih mengenyangkan.
  • Bawa air mineral atau air suling yang ada kat umah korang, so jimat sikit. Jua, air isotonik kalau aku lebih sesuai dengan 100 plus, time nie peluh mesti banyak keluar, untuk gantian bahan galian yang banyak keluar, paling elok air isotonik tersebut.
  • Selain ubat-ubat untuk keselamatan korang, lampu wajib ada untuk awasan dan suasana malam,
  • Ubat penghalau nyamuk merupakan alat yang paling penting, ada jenis krim, tampal dan spray. Memandangkan aku bawa Umai, aku rasa jenis tampalan lebih selamat untuk kanak-kanak.

BANYAKNYA HUTANG

Ikutkan aku nie tak ler pakai kad kreadit, mana mampu beb, mahal tu interestnya...buat pinjaman pun aku tak pernah...MLM pun aku tak join,,,malas ler nak layan benda2 yang gitu, pada aku selain mengotorkan nama aku yang sentiasa baik tu,,,baik aku beli apa2 dengan cash jer, selamat...

tapi, bila aku buka akaun google, terus join blogger, aku terpaksa gak berhutang. alahai...tau dik En Zalie, sure aku kena bebelan panjang...Aku pun tak tau mana datangnya semua hutang piutang tu.... Aku cuba godeh2, belek2..akhirnya baru aku tahu yang sebenarnya memang aku banyak hutang....

Antara hutang yang perlu aku langsaikan antaranya pada:-

  1. sis lia- entry bekenaan wasiat...(adoiii...ngeri kalau dapat wasiat nie...wajib jawab pulak tu)
  2. sis ain-entry tentang tag
  3. kella-entry tentang tang
  4. yatie-award..(yahoo.........aku masih begelar pemenang)

PS: ingat senang ker bergelar blogger, kalau dah berutang tu...cepat2 langsaikan nanti akhir bulan, kena buka akaun tertunggak....tak leh jadi nie, senang2 aku bayar perlahan2...ansuran ker? boleh ker?...kikikikiki

SHOPPING AT GIANTS

Terima kasih atas nasihat dan komen kawan-kawan blogger, yang ikhlas membantu aku membuat pilihan berbelajer untuk barangan ke XPDC Selai-Taman Negara, antara yang sudi beri komen, tentu sekali aku hargai mereka, antara mereka adalah:-
  • Cheqna
  • Sis ain
  • Yanie budak gebu
  • mrs Bang Mizi
  • Cik Toge
  • siti nur fadhilah
  • zana
  • aiz


Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka, siapa kata berblog merugikan?, buktinya jelas dihadapan mata, setiap masalah boleh dikongsi bersama, kepada kawan-kawan yang belum lagi mempunyai blog aku cadangkan korang cepat-cepat buka akaun google.. tak rugi...PERCAYALAH..., eik...panjang juga iklan aku kali nie, cepat ler abiskan cerita, karang ada yang nak muntah hijau...kikikiki

Oleh kerana, Giants berhampiran dengan kampung aku, maka aku memilih giants untuk berbelanjer, mulanya nak gak pi ke tesco..risau barang yang aku perlukan tiada, disamping nak ke farmasi untuk membeli barang-barang keselamatan time memerlukan.

Aku, En Zalie dan Umai begerak jam 9.00 pagi, sampai sahaja ke Giants, Kulaijaya..masih banyak kedai yang masih belum dibuka..maklumlah dah jadi trend depa berniaga, operasi dibuka jam 10.00 pagi.. tanpa membuang masa, aku buka nota untuk check list barangan yang perlu sahaja, mana tau jadi penyakit, rambang mata. lebih pula budget.. kitakan penguna, kena bijak memilih..(peeh ayat tak tahan betul...kikikikiki)


Punya lah syok aku berbelanjer, masa nie, En Zalie dan Umai pi ke depatment lain, aku ditugaskan memilih makanan kering.,siap jer aku dah pilih keperluan aku cari En zalie, puas gak jogging 1 kawasan giants, tak jumpa2...akhirnya 15 minit mencari baru aku jumpa... itupun terpandang Umai kat kawasan kegemarannya.... nak tau depatment mana?....

JOM
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>



Tara...........
Sah..buku ler jadi pilihan dia, cepat-cepat aku capai handphone, snap gambor dia..nak tahu gak apa yang dibuatnya kat are tu...


Time nie, Umai tekejut gak, siap jerit lagi...." Ibu, abah cari selipor..."(faham tak selipor tu apa?. nie bahasa johor..bahasa kl, selipar..kikikiki), aku tak amik peduli apa yang umai tuturkan, sebab aku lebih tertarik nak tahu apa yang dicarikan dek Umai tu...mana tau dibelinya buku resepi untung gak aku, leh jadi macam MAT GEBU


Aku snap jer kamera handphone tanpa melihat objek yang dipegang oleh Umai, terpaku aku sehingga hampir-hampir terlepas beg aku, "Ya Allah", sejuk hati aku bila terpandang objek yang umai pegang tu... teruja sebab Umai lebih faham apa yang dia minat, sebenarnya ada gak aku buka bacaan nie kat DVD, tapi Umai perhatikan sahaja, tak der lah excited nak memahami. Korang nak tahu apa bahan bacaan yang dia pegang


>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Taraa.........ANAK SOLEH.....
(anak sapa ler nie, bijak-bijak)


Tapi, ada yang buat aku terkejut a.k.a terperanjat, mana taknya,penuh troli dengan buku-buku yang dia pilih, sah....ada ciri-ciri jadi macam aku, si ulat buku..


Bila, semua barang-barang dah dapat, perfect sama macam dalam nota yang aku senarikan, terus pi chasier, nak pi beli barang kat famasi pula.....



Agak-agaknya cukup tak barang nie untuk 2 hari 1 malam?, mana tau tak cukup!, kurus pula badan aku...tak comel pulak nanti...kikikikiki

PS: Ada sapa2 lagi nak ikut aku belajer bahan-bahan masakan XPDC petang nie kat Bandar Tenggara, mana tau yang kenal aku tu..tegur jer lah...jangan takut aku tak makan orang, aku makan IKO jer..., boleh buat teman nak tolak troli..

SELAMAT PAGI



Salam, selamat pagi....hari nie aku mulakan rutin harian dengan main workout di dalam rumah, nak jogging kat luar, tak sempat...nie pun peluh masih menyimbah2... online sambil minum oat,nak buat sarapan, keropok lekor masih ada dalam frezz, senang jer menu pagi nie, aku rebus jer kopok tu,...ala2 suasana di Terengganu, bercakap tentang negeri tu,..aku dah lama tak pi ke sana, rasanya dah ada 3 tahun aku tak melancong ke sana...minta2 aniversarry akan datang en, Zalie buat suprise bawa aku melancong kesana..bolehlah aku beli kopok banyak2..lepas tu bagi kat sahabat blogger sorang sebatang.....(itupun kalau jadi, aku tak janji yer..)

Plan pagi nie En Zalie ajak aku shopping untuk beli keperluan untuk XPDC 4X4, aku ikutkan jer...

Nak minta pendapat korang boleh tak?

Antara tesco dan Giants.. mana yang lebih murah dan kualiti...?



(PS:harap-harap ada yang sudi jawab yer)

DYNAS DAH BERSALIN

TAHNIAH kepada pasangan dynas dan suaminya... akhirnya penantian dia berakhir, PADA 24 hb 4 2010, dynas selamat melahirkan baby girl, berat 3.4 kilopada jam 7.57 pagi ...yang buat aku terharu kerana, dia pernah keguguran sewaktu mengandung kali pertama.... bukan apa...aku pun merasai pengalaman keguguran, hati time tu memang tak boleh dikawal...sedih sangat..apa2 pun semuanya dugaan dari Illahi. terima dengan hati yang terbuka

untuk maklumat lanjut sila klik SINI

Kepada pasangan dynas, aku doakan selamat ke alam ibu2...harap2 dia ada blog, boleh ler upload pic dan join jelajah blog yang Ben Ashaari tengah buat, nie jelajah siri yang baru..pada yang berminat sila join yer...jangan malu-malu
just ikut apa syarat-syarat yang ben minta...

so, klik.....
>
>
>
>


Wednesday, April 28, 2010

MUKAKU MUKA KESIAN..


Ari nie, aku happy gile...mana tak nyer, ada sorang pakcik a.k.a customer tetap aku yang berikan hadiah istimewa kat aku.............. memang nie lah benda yang paling aku gemari......aku kalau dapat benda nie, gerenti tamo share ngan orang lain... sehingga en zalie, dapat amik bau jer...kikikiki...nak buat macamana aku kalau jumpa benda nie.. pantang sungguh,,,,,
pantang jumpa..terus bedal...
korang nak tau benda apa yang buat kan aku ala- ala kena rasuk.......?...
nie kat bawah nie...
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
tara...........

TERIMA KASIH yang tak terhingga pada pakcik tu...tak tahu dah nak balas apa, just boleh belanjer air nescafe jer kot...(sebab ari-ari datang ke kedai dia minum air tu)





Nie ada 1 lagi pemberian ikhlas dari customer aku gak, ikutkan aku tamo..maklumlah dok diet, disebabkan pemberian orang, kena gak aku ngap, akhirnya 2 cucuk aku leh makan...yang lain-lain aku serah kat pekerja-pekerja CITARASA RINDUAN jer..

TERIMA KASIH yer, bukan tak sudi nak makan banyak-banyak, penat jogging siang ari, malam ari memang ayu kasi kosong perut nie,..risau esok-esok perut minta isi lagi...


PS: hari nie, aku dapat banyak rezeki, agaknya muka aku nie muka kesian kot?....

ARWAH ACHIK SPIN DI RANCANGAN JANGAN TIDUR LAGI


Untuk makluman, tv 3 akan menyiarkan pogram yang di khaskan untuk Allahyarham achik spin pada malam ini, ikutkan rancangan ini akan di tayangkan minggu lepas, demi menghormati arwah yang baru pulang ke rahmahtullah, tv 3 akan menyiarkan pada malam ini

28hb April 2010
Rabu
11.00 Malam
Rancangan Jangan Tidur lagi

PS: Saksikan rancangan ini, kerana ini rancangan terakhir beliau di undang di TV 3

KONTEST PANDANGLAH LIHATLAH

Entry ini, Ayu tujukkan khas untuk Mama Danish dan sarah, contest yang Ayu rasa amatlah sesuai dengan tema kekeluargaan, sekali lagi Ayu berterima kasih kepada Sis Ain, yang menganjurkan contest pandanglah lihatlah, mengenali Sis Ain seperti mengenali seorang kakak yang penuh dengan kecintaan kepada dunia dan akhirat...turut diselitkan kasih sayang kekeluargaan, untuk sahabat yang ingin menyertai contest ini sila KLIK SINI

Puteri Mama Sarah sedang memandang layang-layang yang terbang tinggi diangkasa..., "mama. cantiknya layang-layang itu" jerit puteri Mama Sarah dengan riangnya...

"Yer Sarah, cantik kan layang-layang itu...nanti, balik rumah kita suruh papa buatkan satu untuk sarah" pujuk Mama Sarah dengan senang hati...



(Agaknya, layang-layang yang digunakan oleh peserta payung terjun yang dipandang oleh Puteri Mama Sarah)

AKU MENGANDUNG?


Aku, update blog sambil nafas turun naik...memang lah awal pagi tadi aku pi jogging, tapi paras jantung aku lebih bertambah-tambah laju disebabkan aku berkejar ker pejabat pos.. cuba korang TEKA buat apa aku kesana?

Adakan lesen memanduku mati?
tidak...

Adakan aku mendapat satu parcel yang istimewa?
tidak..

Adakah aku terjatuh cinta dengan pakcik yang kerja kat pejabat pos tu?..
tidak, (uitss...tak ada kaitan langsung...)

Adakah aku suka-suka nak kesana?
pun tidak

Atau entry nie sama macam semalam? mimpi atau reality?
tidak.... (cerita mimpi dah stop..sebab aku tak nyenyak malam tadi...)

Jadi, apa yang aku buat ke sana?...
jawapannya...........

Aku menunaikan kewajipan sebagai penjual tau!!!
Ikutkan aku dah hold sementara waktu untuk pesanan paste bandung, memandangkan aku perlukan stamina yang kuat dalam mengharungi XPDC 4 X 4..., namun apakah daya...sahabat dari rawang, selangor minta aku postkan paste bandung dengan segera, wahai sahabatku...kalau ikutkan memang aku tamo...mana sempat, nak paking satu hal, adress pun aku update kat nota yang notanya sekarang kat tangan en zalie..minta pun last minit malam tadi...alahai..

Nak tahu pasal apa aku turutkan?
>
< >
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
yang minta tu kakak sahabat aku yang sedang mengandung....
(aku memang kalau orang mengandung ada lemah sikit, bukan apa..karang meleleq air liur baby yang nak lahir tu...salah sapa?...aku gak..



(pic dynas semasa mengandung,..peeh seksinya)



PS: buat sahabatku, ayu dah postkan paste bandung tu..esok pagi sampailah kat umah..kirim salam kat kakak u yer....



Tuesday, April 27, 2010

ANUGERAH BLOG MESRA MATA

Alhamdullilah. baru semalam aku dapat award..ari nie naik pentas lagi untuk angkut anugerah yang popular nie...
Bukan nak riak, bukan nak angkuh...aku memang popular...(ayat tak boleh blah)

Opsss...lupa wish THANKS YOU, pada marsha



tak sangka ayu dapat award nie..sangat2 mesra ker ayu nie?...ehheehhe, terima kasih banyak2 yer,.,,lepas nie ayu nak pass kat semua yang baca blog ayu..anda amat bertuah dan layak untuk mendapat anugerah blog mesra mata...maklumlah kalau tk dari mata..macamana kita nak kenal..dan terus jatuh cinta kat dunia blogger....ambillah tanpa ragu2 yer

PS: nie, award yang ke 5 ayu perolehi. agaknyalah..makin popular aku lepas nie..kikikiki

HADIAH BIRTHDAY UNTUK KASIH SUCI

Aku rasa belum terlambat aku nak join contest yang dianjurkan oleh adik kasih suci..
(sorry kasih suci, sis join agak lewat...sis rasa kita pun baru sangat berkenalan..namum sis amatlah menghargai persahabatan kita...)
untuk korang yang baca entry nie..silalah join contest yang dianjurkan oleh kasih suci..KLIK SINI

HADIAH YANG SESUAI UNTUK KASIH SUCI ADALAH

>
>
<
>
>
>
>


SEBUAH NOVEL "AKU MAHU KAMU"



Hadiah novel AKU MAHU KAMU, sesuai untuk kasih suci, yang lemah-lembut, penyayang,romantik, sentimental...(nie hasil dari pemerhatian sis tau..hehehe)

Bagi sis, sebuah novel adalah satu pemberian yang amat bermakna, dimana kasih suci akan sentiasa mengingati kepada pemberi hadiah ini, menyayangi hingga tak sanggup meminjamkan kepada sesiapa pun..membaluti kulit novel ini, seperti kasih suci, tidak inginkan novel ini tercemar dengan anasir2 luar..memeluk novel ini, setiap kali sebelum tidur, jesteru itu sis merasakan hanya novel yang sesuai diberikan kepada kasih suci pada 5hb mei 2010 ini..

TAG DARI CIKGU JAJA`Z

Adus.... aku ditag lagi...tak tau nak kata apa dah, kalau aku dapat sapa yang start buat sessi meng tag nie...memang aku nak lukuk kepala dia..bak kata orang sekarang..lempang jer...ahakss....relex...aku tak kisah ler..aku memang suka sessi tag, sebab aku rasa dihargai dan disayangi..korang jangan takut kat aku... tag ler lagi...tag ler,.....kikikikiki

kali nie, yang berani memujuk aku buat tugasan tag nie adalah CIKGU JAJA`Z..

TERIMA KASIH YER CIKGU...


TAG GAME : My Best Friend


Rules nya sgt senang:
1) Siapakah kawan baik anda?
siti jamaliah bte mohd kandari (jiran sebelah umah, sebaya, membesar bersama2)

2) 3 kenangan manis & 3 kenangan pahit
kenangan manis,
1. aku dan dia, sama2 naik basikal ke sekolah
2.aku dan dia, mandi bersama2 (nie masa sama2 tak tahu apa itu mumais tau)
3. main pondok2, main kawin2..last2 dia kawin aku yang jadi pengapit..begitu juga semasa aku kawin, dia yang jadi pengapit

kenangan pahit
1. kami pi pulangkan pisau jiran depan umah, Liah nak tunjukkan magic kat aku,last2 pisau tu kat atas kepala dia...menangis, aku rasa takut masa tu
2. dia pi belajar kat sek.tun habab..aku meraung sebab dipisahkan
3. pi kulai sama2..sampai sesat...nasib sama2 ada duit lebih...peeh.;.rindunya kat liah

3) Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda,
apakah yang anda akan katakan padanya??

Liah, ko selalu lupa tarikh birthday aku..4 hb nov ler....ko kena bagi aku adiah, tiap2 4hb 4 aku selalu ingat birthday ko..HAHAHAHHA, nasib ler liah tak ada blog...kikikiki





4) Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger

yatie
sis ain
sis MM aka SAM

AKU YANG KECEWA

Kes, aku termimpikan family ben, masih lagi menghantui diriku..puas ku cuba melupakannya, mana tak sedih oooo..ben dah setuju nak ziarah aku dan family, tapi masa tak mengizinkan, mana boleh aku lepaskan xpdc aku ke Taman Negara, mai keluar masuk gaung, sungai, denai, bukit semuanya aku nak jelajah..dah penat follow ben jelajah blog orang, kali nie aku nak jelajah tempat2 yang real sikit..baru GANAS.kikikikik

Atas kekecewaan yang berlipat kali ganda, aku ambil keputusan....akhirnya, aku pi jaga kedai makan CITARASA RINDUAN, dapat gak lepak2 ngan pekerja..sembang2 sambil layan customer, uits... korang nak tengok pic real aku kat kedai tak?... mai sini aku tunjukkan, sure korang yang pernah ke kedai aku tahu aku lepak kat mana tu..... (ahaks...tempat ibu duit nie...) yang duk sini..kalau tak aku, En zalie, abah, mak dan adik aku...orang lain no entry yer...kekekkekek



(siap posing sambil muka penuh minyak, hehehehehe...macam2 minyak ada, minyak masak, minyak urut...layanzz)

KUNJUNGAN BALAS DARI BLOG BEN ASHAARI

Adus...akibat dari mimpi yang buatkan aku ala2 tekejut dari lamunan, aku diterjah bertubi2 kat ym dan FB... ayoyo... aku memang tak tipu, mimpi nie memang bawa aku jelajah sampai ke kelantan, jauh kan....?

Kalau nak kata aku terlebih khayal a.k.a berangan...sure aku tak sanggup buat entry "Ada apa antara aku, Azila dan Ben Ashaari", Ada yang kata aku tak basuh kaki, alahai....tiap2 malam sure amik ambil wuduk,,,mana boleh tak basuh kaki, tak sah solat aku..hehehehe

Sebenarnya, aku layan novel HM Tuah, cinta 5 segi...ingat cinta 3 segi jer ada kat dunia....4.5 segi pun ada tau...dan sebelum tertidur aku buat entry tentang novel Emma Maizura, cinta 3 segi juga antara si kembar, tangkap leleh baca novel tu....(tiba2 teringat kat si kembar Isma,......sis rindu kalian, bila lah dapat jumpa?)...

Syok chat dengan WAWA, dalam fb, wawa minta aku baca blog ben ashaari..eik......? entry apa lagi si Ben tu...puas aku follow ikut semua blog yang dia dok jelajah, masih ada entry baru ker?...nie mesti kat opis ben tengah kekurangan kerja tu...sampai ben dok buat entry bertubi2...., alahai...ben2. penangan ko memang best dalam dunia blogger. TERBAIK BEB!!!

Nak tau apa entry Ben Ashaari? mai KLIK SINI .... tajuknya, "perancangan minggu ini JOHOR"... adus...kacau si ben nie, awatnya sampai lupa yang aku ada rancangan lagi mengetarkan stamina dan menguatkan akal fikiran....." ben, ko lupa lah tu.........................".
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>


EXPEDISI 4X4 SELAI-ENDAU TAMAN NEGARA
1-2 MEI 2010..

PS: kalau ko jadi datang ngan azila, sure aku yang rugi..mana taknyerr nak jumpa MAT GEBU tu...)

ADA APA ANTARA AKU,AZILA DAN BEN ASHAARI

Aku, mulanya tak setuju, tapi akibat desakan dan permintaan, aku turutkan, setuju jer lah, sekurangnya aku dapat manfaaf dan bekenalan dengan lebih rapat...

Aku, tarik tangan umairah,..ikut planning aku dan keluarganya jumpa kat ERL,yang buat konfius tu,.mana En Zalie... maybe dia follow aku kemudian..

Sampai jer kat ERL, ben dan azila dah tunggu kedatangan aku..mana tak happy family yang romantik aka ala2 pasangan paling meletop kat dunia blogger jemput aku datang ke rumahnya,...

"selamat berkenalan ayu, " sapa azila dengan ramahnya..., wow, cantiknya wife ben..cute, rendah jer tubuh badannya..

Aku, terus peluk dan berjabat tangan dengan azila, time nie ben dah mula layan Umai,,,wow.. ben memang suka budak2 lah bisik ati naluriku...

"Ayu, jom ben bawa balik kampung azila", sapa ben dengan nada simpati, eik...janji nak jalan2 putrajaya, awat ler dia ajak aku ke kampung kelantan pulak.....bisik hatiku....

"okey, ayu set jer"...peeh,tanpa berlengah lagi aku turutkan kata2 ben..yahoo............ trip ke kelantan pula.,....

johor-putrajaya-kelantan

dalam perjalanan, aku masih lagi teringat kat En. zalie, "mana lah hubby aku nie, sure dia lupa nak follow aku kat putrajaya tadi"... bisikan hati menerpa kembali..., ku toleh kanan dan kiri , suasana seperti yang ben ceritakan dalam blognya ben ashaari II, 6 jam perjalanan kami tiba akhirnya ke kampung azila...seperti yang aku gambarkan sama seperti dalam blog ben, korang nak tahu sila KLIK SINI

Setibanya dikampung azila...kami dikunjungi ahli keluarga azila yang agak ramah, memang ramai ahli keluarganya...time nie pula depa syok tengah makan malam., yahoo..memang best gile..makan nasi dagang pulak tu...umai makan dengan lahapnya... azila asyik sorong lauk2 kat pinggan aku, peeh....aku nie diet..tapi, dah rezeki depan mata makan jerlah...ben pula, aku perhatikan dan 5 pinggan nasi dia bedal..kussss semangat.....

Lepas tu, ben dah layan anak2 saudaranya si ammar dan Ryyan... nak tengok pic dia hah, kat bawah tu.... cute kan anak2 saudara Azila, patutlah Ammar amik alih kuasa blog ben ashaari..rupanya ammar memang cerdik, tentang blog ben ashaari kena jual tu pi klik sini




Bila bangun pagi, aku dah tak larat nak buka mata., dek kepenatan si Umai yang demam pun tak buat hal,,, tapi aku dengar suasana kat luar bilik tidur dah bising2..ayoyo..malu beb, kalau bangun lewat, maklumlah family azila nie warak sikit...., aku gagahi juga nak mandi pagi, kuss...semangat..sejuk gile air perigi nie...suasana kampung memang buat aku tak leh blah...mandi ala2 P.ramlee okey gak, hahahahah....ingat nie zaman dulu2 ke Puan Ayu...mandi betul2 ler...baru puas ati.....Grgrgrgrgrg....sedapnya mandi kat perigi nie...

Lepas mandi aku ke dapur, azila cuit tangan aku, dia kata

" ben suka makan nasi beriani, ayu bantu azila masak boleh ker?"...

hah. nasi beriani, bila pula ben suka nasi tu..aku tak pernah baca pun dalam blog dia..., aku anggukkan jer.....

"Zila, ayu nak beras beriani ada jual tak kat kedai runcit area sini"....yerlah aku nak masak beriani, bukan nak masak nasi ayam...brand apa2 pun takkisah...

" nanti zila tanyakan ben, kejap yer ayu"....

Ben, time nie keluar dari bilik...terus dicapainya nasi goreng yang azila buat, umai pun makan dengan lahapnya...si ammar dan Ryyan duk kat keliling meja makan...Aku, masih lagi terasa macam mimpi..eik..mana En zalie nie call pun tidak, sms pun tidak, tahu ker aku kat mana sekarang nie, takkan storm buat hal pula?...kali nie bisikan hati aku masih terbuai2 kekecewaan...

tak leh jadi nie, aku nak call ler handphone en zalie, tiba2....

"Yang. bangun...dah awal pagi nie...Umai minta susu, malam tadi dia tak buat hal, agaknya makan ubat selsema sebelum tidur kot....."..sapa en.zalie

Aku, pandang kanan dan kiri..eik....ler..aku mimpi rupanya..................
(wee,...awatnya aku leh mimpikan family ben nie....hahahahaah...poyo...tu ler terlebih baca novel tu.....)

Monday, April 26, 2010

ADA CINTA DI HATI

Salam isnin, eik..dah 4,5 entry baru nak ucap salam puan Ayu..ayoyo,...memang dah terlebih makan semut aku nie, alahai....okeylah berbalik pada tujuan asal aku, nak share sesuatu kat korang, kalau tak share rasanya tak patut, sebab aku rasa ramai para blogger yang suka dengan novel..BETUL kan?

Rasanya lah ari nie banyak entry tentang tag dan award..so, kebetulan aku baru sahaja menghabiskan satu novel semasa kenduri kawin sepupuku, aku nak kongsi kat korang apa yang buatkan aku teramat suka kat novel nie,.tajuk novel nie macam kat atas. ADA CINTA DIHATI..

Tajuk pun dah buatkan aku ala2 gile bayang...mai nak citer lebih kurang tentang novel nie yer. Penulis Emma Maizura telah memilih gaya penulisan yang ala2 besahaja, dimana melibatkan hubungan kekeluargan, cinta 3 segi, uits...aku tengah nak abiskan novel cinta 5 segi dari HM. Tuah..(tu entry akan datang yer)

Kali nie, melibatkan pasangan kembar yang dilahirkan seiras namun memiliki sifat yang berbeza,

Adlyna, memiliki hati yang keras, selalu memilih kata hati dalam membuat keputusan, bekerja sebagai model yang terkenal, namun sentiasa memilih jalan yang memakan diri sendiri sehingga sanggup meninggalkan tunang tersayang demi kerjaya yang dipilihnya,

Adreena, seorang yang amat baik hati, mudah terasa aka sensetif, tetapi tidak menunjukkan kepada sesiapa, yang buatkan aku geram kat reen nie, sebab dia suka sangat dengar kata orang lain...Eik, awatlah ko tak kuat pendirian,,,suka benor ikut arahan...akhirnya makan diri, sanggup menerima permintaan ayahnya, hasil dari perbuatan adlyana, sampai terpaksa berkahwin dengan tunang akaknya, kalau aku sure aku tamo hahahah..(over pula aku nie)

Syukri, kira hero dalam cerita nie, seorang yang good looking, tertawan dengan adlyna, tetapi tak sedar yang tertipu dik penyamaran tunangnya sendiri,mana taknya, wish love kat orang lain, nasib ler akhirnya orang tu jadi wifenya,...hehehehe

Saksikan, pelbagai kerena, ketidak puashatian, kesensaraan yang dihadapi oleh Reen semasa menjadi isteri kepada Syukri, time nie aku emo sungguh, Syukri anggap reen macam sampah, gantung tak bertali..3 tahun berkahwin namun merahsiakan penderitaan yang dihadapi.. (kalau aku ler, dah pi pejabar agama minta konselor...hehheeh,)

Bagaimanakah reen dapat menempuhi semua dugaan? tabahkah hatinya diasak oleh hati suaminya yang hanya memilih kebendaan, alah......... syukri nie, sayang kat reen tapi,,ego lelaki sangatlah tinggi..., bila kebahagian dah diperolehi oleh Reen dan Ree, adlyana pula muncul sekali lagi.., menuntut sesuatu yang bukan lagi haknya..adakah kedukaan yang di cipta akan mendatangkan kebahagian?

Jadi, apa lagi..korang kena beli novel nie, walaupun novel nie dah lama,,(sebenarnya aku tak ingat bila aku beli, sebab aku banyak koleksi yang belum dibaca lagi).. korang wajib baca... tiap kali emosi korang berjaya di cairan oleh penulis novel ini..sure korang tak leh jauh dari sang tisu


POPULAR KAH AKU?

Mana aku nak bubuh muka nie, nak tampal ngan powder yang tebal, ala JLo lah pula,nie nak tanya kat korang kalau ada yang sudi sponser aku?,

hah!!!kalau tak ada,mana aku nak cari sponser nie, nak beli kasut baru,,,baju baru..ayoyo..ada yang sudi ker nak bagi free semua barang2 tu kat aku....nak buat macamana akukan popular...(ayat angkat bakul sungguh)

Apa?...korang tak caya ker, aku dapat award tau............award kali nie, aku kena pakai ala2 cinderella, sebab awars nie amatkah cute,.se cute yang bagi award kat aku..

anyway, terima kasih yang teramat2 tinggi setinggi KLCC, kepada CIKGU JAJA`Z...cikgu nie sangatlah comel..ahaks....sempoi, kalau dulu2 cikgu jaja`z nie cikgu aku, sure aku dapat banyak A,

Eik, nama aku dah kena panggil tu...sat2...aku nak naik state nie, nak amik dengan senang ati a.k.a rela ati,..wawawawawa, nie dia award yang aku maksudkan
>
>
>
< < >
>
>
>
>


yang paling best sekali aku kena ucap ayat keramat kat korang, nak tahu tak apa ayat2 yang akan aku lepaskan sekuat hati aku......
>
>
>
< < < < < >
>
>
>
SAAAAAAAYYYYYYYYYAAAAAAANNNNNNGGGGG JAJA`Z
( walaupun cikgu jaja`z yg minta aku wish macam nie, aku dengan rela ati tambah lagi banyak sayang4x., sbb aku memang sayangkan hubungan persahabatan nie, tq sbb sudi jadi sahabat ayu)

kepada kawan2 semua, sudilah amik award nie..(nie pun ayu terlupa nak tulis time post etry nie, tq sis ain..u the best), jangan malu2 yer..amik lah dengan rela ati..

PS; Jaja`z..ayu dapat berapa markah untuk entry nie?

APA!!! AKU DI TAG LAGI?

Trend tag meng`tag` nie memang agak popular, ikutkan aku mempunyai keterujaan yang amat lemah,..sebenarnya memang malas nak layan..yerlah malulah bile kena slongkar bag , kasut, peti ais..nasib depa tak tag gerobok baju (paham tak apa tu gerobok?) tak faham, buat2 tau yer..hehehe,,malu ler...

Tapi, bile difikirkan dari sudut pasitif..aku nampak bila sessi tag nie, menyebabkan para blogger yang baru, mempunyai entry..sekurangnya melatih kita lebih mahir dalam menulis, selain itu mendekatkan diri kita dengan sahabat2 blogger dan para pembaca yang budiman lagi cemerlang,... adoii.... apa yang panjang sangat mukadimahnya puan Ayu oooiiii..... mai kita teruskan sessi meng `tag` nie...

Kali nie senang jer, sessi tag adalah bekenaan:-
(baca syarat2 nie yer...macam biasa, ingat senang ker, tercungap gak nak jawab nie..hehehheheh, jangan ler majuk, ayu suka bab meng` tag` nie...rasa diri dihargai gitu...cewah..., opsss........lupa nak wish terima kasih kat mamadamya, kerana sudi tag ayu...ayu sayang sis, tanpa sis sapalah ayu kat dunia blogger nie..


1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

  1. cabutan dari folder yang ada hasilnya kena kat pic nie...suka2.....mai kita jawap soalan yang ke 3
  2. -
  3. Gambar nie semasa majlis perkahwinan adikku SITI HAMIZAH JAMIL, mari aku kenalkan kat korang, Dari kiri aku(mak ngah), Rusdy, Mieza, mak uda, cik Ijai, bediri dihadapan Kimi, Umairah, Haikal dan Shafiqah (anak saudara ku). Kenangan nie, tak dapat aku lupakan..terutamanya, abang aku yang shoot pic nie..so nice..agak2 korang apa yang kami buat time nie, yang gigi ala2 iklan ubat gigi, cap ayam, wish tak ingat dunia...ahakss..... kami wish DUA......berulang kali, akhirnya inilah hasil dari tembakan abang aku...
  4. Nak cari 8 orang pulak:- mari kita lihat sapa yang kena>>>>>>

  • abang eqbal zakaria
  • abg mat gebu
  • Ben ashaari
  • miss mirror aka sam
  • adik sukur ibrahim
  • abang chilabaey`s sport
  • yanaliliana
  • nana + amrul= damia

CANTIK KER? BAGUS KER?


Lihatlah........
keindahan,
sawahku yang luas terbentang,...
lihatlah,...
kehijauan...
(cewah..petang2 gini layan nanyi karaoke best gak, mana tau leh menang gempak selebriti, lepas tu masuk ABPH)

Sebenarnya, aku ada nak kongsi sesuatu ngan korang, mana2 yang dah abis kerja tu..mai ler baca entry aku yang ala2 syok sendiri nie,, sebenarnya..aku nie nak gak blog aku terkenal, dikenali, disenangi, dicintai dan di......di....mana tau leh kalahkan blog yang bawa nie
>
>
>
>
>


Tapi, sapa lah aku nie kan, blog pun baru sangat...4 bulan kira kalau baby yang baru lahir, tahap gini baru reti nak menyiarap, tapi..aku nak buat macamana... kalau aku tak berblog aku akan jadi macam nie..
>
>
>
>
>
>

Abis tu, bukan aku yang pinta..bukan kemahuan aku..dah aku memang terlayak a.k.a teramik award nie, so..aku memang patut amik gak..tak amik, tak baik oooo...nie, award sangat2 mahal tau...award apa tu?...mai jengah....award yang aku perolehi dari sis mirror aka SAM, jom lihat award apa nie....
>
>
>
>

oh........... seronoknya, dapat sijil award for beautiful blogger pulak, memang best, terima kasih miss mirror...sebab sudi pass award nie kat ayu...tak tahu nak kata apa nie..sebab dah terlalu gembira,...dah berlari 2 sambil bawa award nie....nasib ringan, senang nak jinjit notebook nie...TERIMA KASIH sekali lagi yer miss

Oh... ada syarat-syarat plak?, macam biasa lah aku kena langsaikan syarat2 nie...

Sesiapa yang dapat award ini dikehendaki :

1. Buat 1 Entry Tentang Award ini (Copy badge "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD"untuk letakkan diblog anda) - DONE!
2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut- DONE!
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award - Ayu, letak 12 jer yer

Antara yang layak terima award nie adalah














alhamdullilah, tugasan dah pun siap..nak wish terima kasih sangat2 pada miss sam, tanpa anda siapalah ayu yang berhak mendapat award nie

Jua, kepada sesiapa yang belum ayu serahkan award nie,,jangan marah yer..sebab ayu memang ikhlas nak serahkan award nie kat anda,,tapi..hanya wanita jer yang berhak,,maklumlah pada ayu beautiful hanya untuk wanita,.tapi, tak kisah lah kalau ada para lelaki nak ambil..dipersilakan...anda patut mengambilnya...


CONTEST SLOGAN UNTUK ABANG EQ


JOM JOIN CONTEST ABG EQ...SILA KLIK SINI

1. Terbuka kepada followers abg eQ. Yang belum jadi followers, follow dulu ye...(done)

2. Tak perlu vote! Abg eQ sendiri akan 'pick the winner' (berdasarkan kreativiti & originaliti).(orait)

3. Bagi slogan yang dah siap, buat 1 entry iaitu slogan anda bertajuk 'Slogan Untuk abg eQ..."(okey kat bawah nie)

4. Letakkan gambar contest (seperti di atas) kat entry anda tu.(done)

5. Linkkan gambar contest terus ke blog abg eQ.(okey)

6. Jangan lupa! Tinggalkan jejak kat sticky mode blog abg eQ ni....abg eQ akan terus ke blog anda.(Okey)


"hmmm..saya follow `Kurasa Something...` kerana........"


"Abang Eq panggilan mesra dari kami,Orangnya mahir dengan dunia Fotografi, Cikgu Physics bukan cikgu tari-menari,Blogger yang wajib di dekati, Sehingga komen di balas bertubi-tubi,Masih bujang bukan anak dara sunti,Dialah sahabat yang paling sejati..."


PS: Ayu cipta slogan nie masa abang eq baru jer open contest tapi, Ayu keluarkan entry selepas XPDC...mana tahu muka ayu muka rezeki...kikikikikiki