CITARASA RINDUAN

Wednesday, June 30, 2010

TERIMA KASIH PARA SAHABAT

Alhamdullilah..

Akhirnya (hari yang ke 10 di ICU pakar putri) En zalie dah boleh makan bubur...sedikit, adalah dalam 4 sudu, namun ianya memadai dari minum susu dari tiub yang dipasang dari hidungnya.. aku tahu ianya menyakitkan...namun, perlukan masa untuk en zalie menyesuaikan keadaan sementara jantungnya yang belum kuat.

Sepanjang en, zalie mula sedar dari komanya...aku tahu, kerenahnya seperti budak kecil..hendak itu..hendak ini..bukannya dia tak boleh minum air tapi, kuantitinya perlu sedikit..namun, aku seperti ibu yang perlu bermain dengan emosi kanak-kanan, perlu tabah, kuat semangat dan pandai memujuk....(tapi sampai bila?)

Terharu dengan kedua orang tuaku...selama 5 hari berkampung dihospital, walaupun ruang di luar ICU agak kurang sesuai, namun..kamu berdua banyak meluangkan masa mengalunkan doa dan ayat-ayat al-Quran....penguat semangat en zalie....terima kasih Puan Jumiah dan En Rahman

Terima kasih kepada ahli keluargaku yang sanggup pulang ke JB, abang long, kak long, uda, jijai, jali, ain , ika, manja, haikal, dan amoi....memberi semangat kepada aku dan en zalie..aku tahu, mereka cinta akan suasana dahulu..namun kini berbeza..beri kami peluang dan ruang..ada jodoh, kami mengziarahi kalian

terima kasih kepada abangku Azlie dan kakakku Enn, korang penguat semangat aku...untuk meneruskan kehidupan...sesungguhnya kalian berdua amat bermakna kepada aku

Terima kasih, Isma dan Kak Dian, tanpa kalian..wajah ini kurang senyuman...(teringat hari ke 5 dihospital, aku dah lama tak sentuh nasi...itulah hari yang amat menyenangkan bila kalian disisiku, kumakan nasi seperti kebuluran.)

Terima kasih kepada kak lieya sekeluarga, abang ee (alhamdullilah, berangkat ke perth pada malam nie..bangga dengan abang ee, selamat pergi dan pulang), cik mat gebu, azila, ben ashaari,sis lelord yang selalu mengirimkan kata-kata semangat dan doa untuk aku dan en zalie..alhamdullillah..akhirnya keadaan en zalie bertambah pulih, hingga doktor terkejut dengan keadaannya yang amat memuaskan.

Jua, terima kasih kepada sahabat blogger seperti sis yatie, NJ, MM, azian, kella, mama miraki, jaja, cikgu isza, eija zakuan, sis zaidah, sis rizan, sis aja, sis ayu, cheqa, chielabayes, ayie, nuanza, azlina, chikali, sis ain, kniedaz, adik anis, nora asfa, sweeite 2010, mas duniaku, sis nurmalissa, eina (sugar spices). Sesungguhnya setiap doa dan kata-kata kalian ayu amalkan buat penguat semangat ayu menjadi wanita yang tabah dan berani

dan, kepada sahabat FB, seperti idah, ani ayu, eija, kak hasina dan lain-lain. Bukannya aku tidak mahu memberitahu keadaan en. zalie yang sebenar, namun aku tak punya kekuatan ketika dalam kesusahan dan kesediahan.
Kini, aku semakin berani,..terima kasih diatas kiriman mesej dan kata-kata semangat dari kalian. Berkat doa kalian, akhirnya en zalie diizinkan bertukar ke ward.

PS aku, perlu kuat bermain dengan emosi, agar tidak mengizinkan makanan yang tidak bagus untuk kesihatan en. zalie berada di perutnya, ianya ibarat racun yang cepat melarat.

Tuesday, June 29, 2010

TABAHKAN HATIMU

9 hari di ICU pakar putri, Johor Bahru

Zalie

  • Syukur kepadamu Illahi, Teruskan hidupku…aku perlukan isteriku dan anakku
  • Semakin banyak perkembangan, sudah sedar dan melatih diri menyesuaikan keadaan badanku yang terlalu lama terbaring (7 hari)
  • Tidak mengingati apa yang berlaku selama 7 hari yang lepas
  • Bingung, mengapa penuh wayar yang berselirat, dikaki, ditangan, di hidung, dan di tekakku seperti ada sesuatu yang tidak kena
  • Dimanakah aku sekarang?
  • Aku perlukan suaraku….
  • Alhamdullilah, aku sudah diizinkan minum menggunakan strow dan isteriku telah menyuapkan bubur ke mulutku…sedikit, namun ianya memadai dengan keuzuranku.

Ayu

  • Semakin lama aku semakin berani, aku perlu yakin…demi suamiku
  • Tak tergambar dihatiku untuk meninggalkan suamiku di hospital, apatah lagi aku sudah tak larat memandu selama 2jam setengah seharian namun, aku perlu patuh pada prosedur hospital
  • Aku takut ketika memandu…aku perlukan semangat yang tinggi, tapi…perjalanan hari ini sungguh mencemaskan…seekor babi telah melintas secara tiba-tiba, mujur aku selamat (mungkin amalan zikir memuji namaMU yang Tuhan dan selawat keatas Nabi Muhamad serta keluarganya).. alhamdullilah..aku selamat pulang ke rumah…semoga esok hingga suamiku sembuh sepenuhnya aku tetap selamat dunia dan akhirat…amin
  • Aku yakin semangat suamiku kuat..Kuat demi kami sekeluarga dan sahabat yang banyak memberi nasihat, doa dan kata-kata membina kepada kami..
  • Terima kasih padamu Illahi…kerana ujian ini, aku cekal menjadi wanita.

Sunday, June 27, 2010

AKU RINDU SUARA DAN GELAK SUAMIKU

Pemanduan aku agak kurang selesa..mungkin kerana hatiku sayu mengenangkan Umai disebelah yang terlena kepenatan…kesian dengan keadaan Umai…tak terjaga…kurang layanan dari aku si Ibunya apatah lagi dari ayahnya yang terbaring kaku dengan kesakitan yang beliau hidapi

Ya Allah, kau kurangkan kesakitan yang dirasai oleh suamiku Mohamad Razali Hamis

PS: aku perlu kuat…dari segi mental dan fizikal….

Saturday, June 26, 2010

SEMAKIN KUAT MENJADI SEORANG WANITA DAN ISTERI

Assalamualaikum

Rindu rasannya nak update blog…akhirnya malam ini aku punya kekuatan..

Terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat, jiran tertangga, sahabat FB, blogger sekalian…kerana diantara korang sungguh perhatin terhadap masalah yang telah berlaku atas aku dan keluargaku..

Terharu sehingga ada yang datang mengziarahi kami.

Sesungguhnya ucapan, nasihat, doa kalian menguatkan aku untuk terus berdikari sementara en Zalie sedang dalam kritikal…alhamdullilah..hari demi hari beliau kuat untuk terus hidup…

Akan aku ceritakan kisah itu untuk entry akan datang

Sesungguhnya kudrat wanitaku semakin lama semakin kuat…kuat demi suami tersayang dan diri sendiri…memandu seharian dari johor hingga felda sungai sayong amat memenatkan…dengan suasana pagi yang sejuk…dan balik semula ke rumah pada lewat malam.(perjalanan pergi dan balik memakan masa 2 jam).ALHamdullilah…semangatku masih kuat

Ikutkan aku mahu bermalam di hospital..namun, disebabkan system hospital tidak mengizinkan sesiapa menemankan pesakit di ICU…aku sanggup berulang alik…doakan kesihatan aku tidak terjejas

TERIMA KASIH ATAS KEPERHATIAN KALIAN,

Sekiranya berkesempatan..aku akan cuba update entry setiap malam. Semoga en zalie segera sembuh….

Monday, June 21, 2010

AKU BERCUTI DARI BLOG

ASSALAMUALAIKUM

KEPADA SAHABAT, BLOGGER
JUA
MY FOLLOWER CITARASA RINDUAN

AKU INGIN BEREHAT SEBENTAR DARI BLOGGING


POHON KESEJAHTERAAN KAMI

MOHON AMPUN DAN MAAF
DARI
CITARASA RINDUAN

Sunday, June 20, 2010

AWARD DARI KASIH SUCI UNTUK CITARASA RINDUAN...





Sila link org yang bagi award kepada kamu.
semestinya si cantik manis KASIH SUCI...
terima kasih serah award nie kak sis....memang sis suka banget...I LIKE PINK COLOUR, n like u


Nyatakan sebab-sebab anda suka kaler pink.
  • Pink sangat cantik...
  • sangat cantik pink itu....
  • pink itu terlalu - lalu cantik....
  • cantiknya pink itu.....

Sejak bila anda suke kaler pink.

kena mimpi malam nie...sebab kan...ayu suka warna nie sejak azali..ianya muncul dari diri...terus lahir menjadi reality, entah-entah time kecik-kecik Ibu ayu selalu pakaikan baju dan aksesori warna pink...

Nyatakan 5 barang paling kamu sayang b'kaler pink.

  1. Bajuku
  2. set cadarku
  3. tudungku
  4. selipar dalam umahku
  5. seluar dalamku.....(kikikikikik, baca senyap-senyap...saje bikin korang terkejut......)

Snap picture kamu dgn barang kamu yang kaler pink itu.

eik, sis tak sempat nak snaplah pic untuk kesemua barang-barang kesayangan sis tu tapikan....untuk tidak menghampakan korang jom layan pic lama aku yang ada warna kegemaranku






pic perkahwinanku


pic terbaruku bersama Umai..yang turut memakai baju dan aksesori pink


pi kenduri kawin pun nak bertudung pink...


yang nie, untuk CITARASA RINDUAN..
ayah cat ikut warna kegemaranku...pink colour....
Tagged kawan kawan kamu yang minat PINK jugak.

EIK,aku kena mimpi nie...macam CMG katakan kalau dapat award....tapikan. Khas untuk pengemar pink colour..jangan segan silu, mai ler amik award nie (rasanya kalau pak tua a.k.a PAK TUA minat warna pink, leh angkut sekali.....hehehhehehe)


OH YER, teringat kat eija zakuan a.k.a. sweetmama, masa kat poli dia suka guna barang-barang warna pink.....(kawan time poli 99).....kamu harus terima award nie...

OPOCOT........AKU KENA TERJAH LAGI


Assalamualaikum...hari nie memang aku sibuk benor kat kedai....siap jer masak lauk pauk tengahari..aku terus terduduk kat kerusi chasier...penat sesangat ari nie....tak layan pelanggan..bior pekerja aje yang layan.

Hari nie hari bapa, budak-budak dah nak naik sekolah...mak-mak orang pakat malas nak memasak...(bukan depa malas sebenarnya, maaf eik..tak sesuai gitu)...sebenarnya depa nak manja-manja ngan en suami..biasalah...dah ari bapa...tu yang kena sambut ngan redha hati...

Jadi, para bapa...mai hulur duit bebanyak,....kami kaum ibu nak makan nasi kat luar, nak order KFC, PIZZA....nyami.....maka dengan rasminya dapur tutup....(boleh gitu...wink..wink...., ada yang kena tidur luor malam nie....)


Bila aku dok godeh-godeh hp kat chasier...eik, aku terlihat seorang wanita yang amat ku kenali....masa nie, Wanita tu dok kat dalam keter lagi..
Tapi...........................alamak..ada seorang lagi...nie masih lum kawin...(siapa dia yang istimewa?..tugas ini amat berat untuk kita...korang baca ala-ala lirik kartun kegemaran Umai..)


Nak tahu siapa dok terjah CITARASA RINDUAN tanpa apa-apa warning.....tu hah....depa kat bawah nie...


>
< < < < < < < < < < >
< < <
tara...

my best friend

ISMA HASHIM DAN KAK DIAN



Korang nak tahu apa perasan aku time tu?....aku memang terkejut sesangat...bukan kata dalam mimpi..rasa nak tampar aje pipi aku yang dok berminyak..ahakss...

Yang penting inilah reality...


TERIMA KASIH DAUN KELADI..esok-esok kunjunglah CITARASA RINDUAN lagi...

ps: kawan yang paling teristimewa adalah mengambil berat antara satu sama lain






Saturday, June 19, 2010

ABAH- KAU SENTIASA DI HATI


(wajah abah mertuaku, sewantu pernikahan adik iparku )

(wajah ayahku sewaktu berkunjung ke rumahku pada 16hb jun 2010)

DIA...
MEREKA....
Dua insan yang amat istimewa
Sungguh istimewa bagiku..

ketegasanmu membuatkan aku kecut
Seperti kanak-kanak yang selalu membuat nakal

Kata-kata nasihatmu membuatkan aku orang yang berguna
Hingga bergelar isteri, kepada En Zalie tercinta

Senyuman mu membuatkan aku riang
riang kerana
aku mempunyai 2 orang ayah yang amat dihormati

Selamat hari Bapa
Khas untuk

AB RAHMAN DOLLAH
DAN
HAMIS BIN HJ ABU

PS: SEMOGA PANJANG UMUR MEREKA, amin....MEREKALAH KESAYANGAN HAMBA..

BLOGGER BARU- KORANG NAK BERADA DALAM BLOG LIST BEN?


Selamat malam..

Ni aku amik kesempAtan kepada blogger baru yang belum dijelajah atau belum lagi ada di dalam bloglist BEN AHAARI

jOM...kita gunakan kesempatan yang beliau berikan...maklumlah...bagi aku, dengan adanya peluang yang ada...menaikkan lagi semangat blogger baru untuk aktif berblog..jangan risau...sure korang dapat pelbagai manfaat...bukan sahaja dapat kawan blogger baru,.malah kawan-kawan blogger lain akan singgah ke blog korang

Jangan lepaskan peluang yang ada..sila KLIK SINI

PS: BEN, guna nama pasukan bola pula (maklumlah tengah demam bola)

TERIMA KASIH AZIAN...KE CITARASA RINDUAN

(AZIAN SEKELUARGA)

Assalamualaikum..
selamat berhujung minggu...esok hari BAPA.....nampaknya berduyun-duyun si anak bawa si ayah keluar makan, jalan-jalan..hulur hadiah segala bagai..sebagai tanda TERIMA KASIH membesarkan kita orang..

Sebelum aku buat entry khas untuk HARI BAPA, aku nak ucap TERIMA KASIH kepada AZIAN sekeluarga, atas kesudiannya berkunjung ke CITARASA RINDUAN..terharu sangat, dapat bersua akhirnya...

Ikutkan masa azian singgah pagi tadi..aku dok memasak lauk pauk tengahari....,maaf dipinta kerana terkurang layanan....Pelanggan pun keluar masuk, mengukarkan kami berbual lebih panjang..Kalau ikutkan tak puas rasanya dapat bersua sekejap sahaja...namun, atas kerja yang dilaksanakan oleh azian untuk pelajar praktikal di kawasan JOHOR untuk pelajar UITM PAHANG. Aku memahami kerjaya yang sedang dijalankan oleh beliau..

Sebenarnya kami bersua melalui blog...Rupa-rupanya suaminya selalu makan ke CITARASA RINDUAN semasa bertugas di kawasan johor...namun, sekarang mereka sekeluarga dah berpindah ke PAHANG..itu yang perasaan keinginan Azian singgah ke CITARASA RINDUAN membuak-buak...

Seronok lihat telatah anak bujangnya si Muaz....makan soto abis semangkuk..lepas nie, Muaz tak boleh manja lebih-lebih sebab Muaz bakal dapat adik pada bulan 9 (raya kot....tak silap perkiraan aku)...

terima kasih atas kunjungan AZIAN sekeluarga...ikutkan perancangan...kami berkunjung ke BLOGGER masakkan terkenal...sapa lagi kalau bukan si CIK MAT GEBU (CMG), namun atas kesibukkan aku di kedai...membuatkan aku membatalkan hasrat yang bergelora....

PS: ada jodoh, ada masa, panjang umur...terjah ke umah CMG dengan muka selamba...

ANAK BERTUAH!!!!!!

Petang tadi..puas aku pujuk....suruh tidur...eik...tamo..nak duk kat kedai...katanya ada kawan-kawan...hakimi ngan si syasha...maklumlah..2 minggu cuti sekolah..aku tak bawa dia jalan-jalan, balik kampung..kesian gak kat Umai...

Nak buat lagu mana, ada halangan yang buatkan kita tak leh keluar senang-senang...kalau kawan-kawan Umai dok manja-manja ngan nenek kat kampung, atau pi jalan-jalan cuti-cuti kat sana sini...Umai dok umah sorang-sorang,..layan tv ngan layan mainannya si whiteboard, conteng sana sini...nak tulis ABC belum pandai sangat...

Itupun aku belikan whiteboard yang saiznya agak sepadan ngan badannya..dah serik sebab kes pada satu malam...nak tahu apa yang Umai buat sehingga BEN ASHAARI turun padang...sila klik sini...

Bila aku balik dari kedai...dia dah mula tunjukkan sifat ala-ala tak puas main petang tadi...dah lama tak jumpa kawan-kawan..hingga lupa time tu dia mesti tidur...(2-5 petang).. Bila dah jam 6.30 petang...aku terus mandikan..

Tak leh menghadap tv...sebab cuaca menyebabkan aku off suiz tv..(ada guruh..air hujan tak turun-turun)...mulalah si Umai tak leh duduk senang...aku dah faham.....dia mengantuk...

Eik, baru jam 7 malam...kalau aku biarkan, confirm Umai tidur...itu yang aku ajak main, ajar ABC , ajar ALIFF, BA, TA...

Tak sampai setengah jam..dia dah mula menangis...minta susunya..si ANMUM...sah.....umai memang dah mengantuk sangat...aku nie, memang pantang kalau ada yang tidur time maghrib...dah di asah dari kecik...tak boleh tidur lepas asar hingga maghrib...Time tu, bukan aje penyakit leh hinggap...Tuhan pun tak suka, jika umatnya terlena time tu...

Tapi, Umai tak boleh nak diselamatkan...mula tunjukkan tahap muka kesian...Aku pula dah tak boleh nak ikutkan kehendak aku..maklumlah...ikutkan aku nak jer, biarkan dia main basikal..tapi, kalau tangannya pun dah tak boleh diangkat..matanya pun dah kuyu sangat,.



Dengan rela hati....jam 7.45 malam...aku biarkan Umai tidur...akhirnya....(jom layan gambar Umai...untuk kenangan Umai dah besar kelak....anak bertuah, tamo dengar kata...sepatutnya time nie aku ajar dia angka 1,2,3...)


PS : lihat pic nie pun aku dah faham..memang Umai mengantuk sangat..jangan dia terjaga jam 3, 4 Pagi udahlah...harus aku leh sakit kepala...sekarang nie pun badan aku dah mula keletihan...





Friday, June 18, 2010

BILA SI DIA MERAJUK (khas untuk yang dah berkawin)

(gambar tak ada kena mengena ngan entry..sajer buat hiburan)

Macamana nak buat kalau si dia merajuk?

kadangkala nak menangis gak layan si dia yang kuat merajuk....bila kita tegur dia buat tak faham...bila kita kata nak minum....si dia pun buat tak faham....

Apatah lagi kalau kita sorong air, di buat-buat tak nampak...eik.....susah kan kalau lelaki merajuk...

JOM KONGSI TIPS NGAN KORANG

  • Cuba korang letak surat khabar, tegur dia...sambil kata...abang nombor keter abang naik lah.............( sure dia cepat-cepat ambil surat khabar tu....kikikik....itu yang khas untuk si dia si kaki nombor yer)
  • Cuba korang hulurkan duit...sambil kata.....~abang nie amik duit buat beli sport rim baru~ wink..wink...sure berkesan...
  • Cuba korang yang ada anak tu,,.minta si dia ajak kita pi shopping...(mana tahu berkesan, leh lah surut rajuknya, si dia tamo ikut?...suruh anak korang sampaikan kat si suami..kata...korang pi ngan jiran sebelah, bujang...kikikiki...)
  • Cuba korang pakai lawa-lawa...sure si dia, pandang...dan tegur kita....(berkesan bagi si isteri yang tak biasa hias diri hari-hari)
  • Cuba korang buat sibuk-sibuk kat dapur....masak pizza atau roti...., mana yang tak reti memasak tu...pi buka blog CIK MAT GEBU. mana tau menjadi....hidang kat si dia...gerenti si dia hilang rajuknya.
  • Cuba korang kemas bilik tidur seindahnya....bubuh bunga segar, ganti cadar yang paling terbaik....ajak si dia masuk bilik...sure si dia.....paham......(nie yang tak faham tak tahu lah..)
  • Kalau si dia, tetap merajuk....last sekali...kemas beg...letak kat depan TV.....(gerenti ...si dia...tak jadi majuk....mana leh si isteri majuk, nak makan mana?..siapa yang nak buatkan air?
SELAMAT MENCUBA

PS: kalau tak berhasil gak, tu dah bukan namanya merajuk...tapi si dia tak sayang......


ADNAN SEMPIT- UMAI PUN BOLEH GELAK MENONTONYA



(TERIMA MASIH EN. GOGGLE)

Genre: Drama



Language: Bahasa Malaysia



Cast: Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Norliana (Yana), Azad Jazmin



Adaptasi dari filem Adnan Sempit- Segala-gala dalam hidup Adnan memang sempit - rumah sempit, duit sempit, ekzos pun sempit! Namun, Adnan tidak pernah merungut tentang hidupnya. Dia seorang Mat Despatch dan Mat Rempit yang sentiasa berfikiran positif dan bercita-cita tinggi walaupun selalu dianggap gila dan berfikiran ´sempit´ oleh kawan-kawannya.







Assalamualaikum......korang pernah tengok ADNAN SEMPIT kat wayang?....ataupun kat tv?....aku sebenarnya belum pernah ada peluang menontonnya...maklumlah..asyik sibuk memanjang...

Hinggalah petang tadi dalam jam 4 lebih....Umai dok gelak sampai En zalie yang dok tidur terkejut....alahai..bertuah punya budak...rupanya nie kerja Umai kalau aku sibuk berniaga...

Apa lagi..aku pun ikut ler sama-sama menonton citer nie kat tv....memang syok....happy gak layan citer komedi nie....lakonan sam pun sempoi....boleh tahan gak sam berlakon dalam komedi...

Ingatkan dia boleh bawa watak jahat atau macho jer.....kelakor pun boleh, lakonan sam amat menghiburkan...terbaik...

PS: BOLEH LAH LAYAN CITER MELAYU, DARI LAYAN CITER HANTU...




TAHNIAH NUR HAFIZAH ZAIDI





SYUKUR
KERANA SEPUPUKU BERPELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
(SAUJANA MUDA PENDIDIKAN MATEMATIK)

  • Doaku, semoga beliau tabah dalam mengharungi dugaan ketika di sana
  • Kuatkan semangatmu....kerana kami sekeluarga doakan kamu sejahtera dari segi fizikal dan rohani
  • Semoga berjaya dan lulus dengan cemerlang..
  • Bakal jadi cikgu mate, senang sikit nak ajar Umai....(boleh gitu?)


PS: tahniah kepada aisyah dapat sambung study kat PUO, isni nie daftar....






DAH PULANG...

Assalamualaikum...

selamat pagi jumaat.....hari nie awal gile aku bangun,.,,pi hantar kak long ke Lapangan Terbang Ismail.....kak longku dah pulang....sedih gak dia pulang awal...namun dah 3 hari dia Johor...sudah tiba masanya dia pulang ke Kuala lumpur semula untuk meneruskan kehidupan masing-masing..

Terima kasih daun keladi..esok-esok datang lagi...

Nie nak balik kampung sat...rindu kat mak dan abah....

Kepada rakan-rakan blogger mahupun rakan-rakan yang selalu berkunjung ke blog ku......aku sentiasa mendoakan kesejahteraan korang....ada jodoh...ada masa, kita jumpa lagi

Wasalam

PS: dah seminggu cuti jogging dan gym....(lemas anggota badan)

MASIH ADA SAYANG!!!

Sedang si isteri menantikan sms mahupun panggilan daripada si suami tersayang…si isteri…mengeluh sendirian, bukan ertinya si isteri kecewa dengan sikap si suami yang berubah 100% ke sifat menyendiri..tetapi si isteri mahukan si suami bersifat terbuka…yakin bahawa masih ada sinar untuk esok hari

Sebulat suara, si isteri terus meyakinkan dirinya….YA,,,aku harus menyapa si suami didalam sms, walaupun tiada balasan dari si suami, si isteri tak malu dan tak peduli…hanya satu niatnya…membangkitkan kemesraan yang kian pudar

~abang apa khabar?....rindu dengan abang, abang sayang Ibu?...~sms ditujukan kepada si suami tanya peduli apa jua tanggapan…

10 minit menunggu ……namun, tiada balasan…masih jua hati menunggu…merayu..mendayu-dayu……kenapalah si suami tak hiraukan perasaanya sekarang?...jika sayang katakan..jika benci bilang benci………tidak aku ternanti-nanti.(ibarat lagu safura…pujaanku tahun 90an)

Si isteri, mengeluh sendirian….si suami terus dengan menyepi…

Tetapi, si isteri merasakan si suami masih dalam dunianya sendiri..terperangkap dengan seksa batinnya…namun, ada lagi langkah lain untuk meneruskan bunga-bunga yang layu untuk terus dihiasi cantik nun dihujung kamar..

Walaupun bunga itu tak segar,tapi si isteri yakin…dia mampu mengubah keaslian sebenar si bunga sakura itu..

5.4.3.2.1……….tit..tit….(si isteri tergamam…..adakah salah pendengarnnya.?) YES…..YES………….penantian terlerai jua..

~Alhamdullilah…abang masih kuat menahan dugaan, ibu tetap dihati abang,I luv u ~

PS: masih ada sinar untuk esok….maka, bahagialah si isteri….kerana keyakinan terhadap si suami tersayang….

GOLONGAN OBES LEMAH SEKS

PARIS:Wanita obes terdedah kepada empat kali lebih banyak berkait dengan kehamilan tidak dirancang meskipun lebih jarang melakukan seks berbanding wanita normal.

Dalam pada itu, lelaki obes lebih terdedah kepada jangkitan kelamin meskipun tidak mempunyai ramai rakan seks

Hasil kajian yang di lakukan saintis Perancis dan Britain berhubung kesan obes terhadap kesihatan seks juga mendapati wanita obes kurang mendapat nasihat berhubung perancang keluarga atau menggunakan pil sementara lelaki obes lebih terdedah kepada mati pucuk.

Dengan masalah obes semakin meluas di kebanyakkan Negara kaya dan semakin meningkat di kalangan Negara sedang membangun, pakar berkata kesan terhadap kesihatan awam dalam kajian itu amat penting.

Kajian itu diketuai oleh Profesor Nathalie Bajos dari Institusi kajian Kesihatan dan Perubatan Perancis adalah kajian menyeluruh petama untuk mengkaji kesan obes terhadap kegiatan seksual dan factor lain seperti kepuasan seks, kehamilan tidak di rancang dan pengguguran.

Kajian itu membabitkan 10,170 lelaki dan wanita berusia 18 hingga 67 tahun yang datanya dipilih secara rambang daripada kajian tingkah laku seksual yang dijalankan pada 2006 di Paris

Ia juga mendapati, berbanding lelaki biasa, lelaki obes adalah 70 peratus lagi tidak mempunyai lebih daripada seorang rakan seks

Berita metro harian 17hb Jun 2010

AWAS UNTUK WANITA YANG MENGGUNAKAN GAMBAR ANDA SEBAGAI PROFIL DI FB

ya Akhawat Fil Islaam, Wahai Muslimah2@Facebook, Walau Di Mana Jua Antunna Berada..

Atas Dasar Ukhuwwah & Kasih yang Tidak Terhingga terhadap Antunna, PS Amat-amat Memohon drp Lubuk Hati yang Paling Mendalam....

'SILA DELETE KESELURUH GAMBAR2 ANTUNNA YANG MASIH TERSISA DI FACEBOOK DENGAN KADAR SEBERAPA SEGERA!'.

Terutamanya kepada Mereka yang Belum Berpurdah, Gambar-gambar Antunna di Ambang Bahaya dan boleh menjadi Asbab Fitnah yang Maha Dahsyat kepada Diri, Keluarga dan kepada Addenul Islam itu Sendiri.

Bagi Memastikan Antunna Melakukannya pada SAAT DAN KETIKA INI juga, di bawah ini PS sertakan Beberapa Artikel Beserta Bukti Kukuh bagi Meyakinkan Antunna untuk men'DELETE' Gambar-Gambar tersebut Tanpa Ragu2.


[ ARTIKEL 1 ] ~ TANGAN KOTOR : MEMBOGELKAN GAMBAR MUSLIMAH DENGAN SUPER IMPOSE

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan SUPER IMPOSE.

Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.

Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, FACEBOOK adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.

Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya AKSI-AKSI RANJANG yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.

Baca Selanjutnya -->http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/tangan-kotor-membogelkan-gambar.html


UNTUK MAKLUMAT LAIN SILA KLIK SINI

TERIMA KASIH BEN ASHAARI ATAS INFO INI,....

PS: AYUH KAUM-KAUMKU......KITA DELETE GAMBAR PROFIL KITA SEBELUM TERLAMBAT

Thursday, June 17, 2010

MUSLIM/MUSLIMAT- BERWASPADA DENGAN PRODUK CROCS





UNTUK MUSLIM DAN MUSLIMAT...

BERHATI-HATI DENGAN SELIPAR/SANDAL/KASUT JENAMA CROCS

untuk keterangan lanjut sila klik sini



KELUARGAKU...


(gambar hari raya tahun 2009)

Seronoknya tak terkata....hari nie...abah dan ibu datang dari kampung.....siap bawa macam-macam buahan dan tanaman sayuran yang mereka tanam.....

Rasanya, macam di kampung halaman pula hari nie...kampung tercinta di FELDA TENGGAROH SATU, MERSING, JOHOR .....

Lagilah ditambah dengan family kak long yang ziarah ke sini, pada malam tadi,......

Perasaan aku...amatlah bahagia....memang dah lama tak berkumpul ramai-ramai...semoga ada jodoh kami berkumpul semula...

TERIMA KASIH ....




SELAMAT PAGI, ADA TETAMU




Assalamualikum...

selamat pagi khamis...maaf lah tak sempat nak update blog....sebenarnya....ada tetamu datang ke rumah...


Terharu dengan kunjungan ziarah mereka......sebenarnya tamo lah menyusahkan mereka,,,namun...mereka tetap datang ziarah..

Terima kasih kepada keluarga kak longku dengan anak-anaknya......walaupun mereka sibuk dengan urusan perniagaan dan menguruskan rumah anak-anak istimewa iaitu PERTUBUHAN KANAK-KANAK INSAN ISTIMEWA CEMERLANG (KICC) mereka sudi melawat kami.

Nasiblah mereka naik kapal terbang...kami tunggu di lapangan terbang senai,

TERIMA KASIH KAK LONG (JUNAINAH AB RAHMAN)


Wednesday, June 16, 2010

GAMBAR ANAK DYNAZ



(TERIMA KASIH CIKGU ISZA)


Assalamualaikum..

Hari tu aku buat entry tentang pelakon terkenal iaitu Dynaz yang udah bersalin, ada yang beri komen nak lihat gambar anak beliau......Akhirnya...permintaan korang tak dihampakan.....ada peluang nak syer ngan korang gambar anak perempuan beliau, comel kan baby Dynaz ada iras-iras ayahnya......

Terima kasih atas ihsan cikgu Isza yang syer gambar tersebut.....


SINAR HARIAN EDISI JOHOR SUDAH ADA DIPASARAN

Buat penggemar sinar Harian....kini akhbar kesayangan anda sudah berada di kawasan selatan mulai hari ini iaitu pada 16 jun 2010.

Oleh itu, kepada pembaca harian metro...apabila anda membeli akhbar tersebut pasti akan memperolehi akhbar sinar harian disisipannya..ia, ianya pencuma selama 3 hari iaitu dari 16,17 dan 18hb Jun 2010..Jom beli akhbar ini...kerana CITARASA RINDUAN bakal dipromosikan...

Jangan lepaskan peluang ini, Kita langgan akhbar Sinar harian setiap hari....pelbagai info berada didalam akhbar tersebut....bukan sahaja berita dalam Malaysia malah di Luar negara. Baru sebentar tadi, aku dapat memperolehi info tentang pelbagai pasaran perniagaan dari bentuk makanan, perkhidmatan dan lain-lain diserata kawasan Johor seperti di Semerah Batu Pahat, Kulaijaya, Kluang, Mersing dan lain-lain daerah Johor.


JOM BELI PRODUK MALAYSIA, BOIKOT PRODUK ISRAEL


Assalamualaikum...selamat pagi rabu...
Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya....sesungguhnya sebagai Umat Islam aku berbangga kerana kita mempunyai pelbagai peluang untuk berdakwah sesama kita.....Untuk itu sebagai hambanya yang kudus....aku ingin menyeru kepada semua masyarakat....khususnya di malaysia.

Boikot Israel...termasuk barangan yang dikeluarkan oleh mereka......Dibawah :-


Sebagai langkah seterusnya.....di PWTC...akan berlangsung EKSPO 2010 BELI BARANGAN MALAYSIA

Pada 16- 20 hb Jun 2010...

Pelbagai barangan Malaysia seperti barangan Elektrik, telekomunikasi seperti maxis, CSL dan lain-lain. Buktikan kita cintakan barangan Malaysia...


Inilah langkah yang harus kita lakukan sebagai tanda kita cintakan barangan Malaysia....dan boikot barangan Israel. Jom...ramai-ramai kita serbu ....

Tuesday, June 15, 2010

INIKAH SAHABAT?


Assalamualaikum…salam selasa, maaflah yer,aku tak sempat nak luangkan masa untuk korang, nak buat satu entry pun tak sempat…(sungguh sibuk kebelakangan nie)

Nak kongsi ngan korang citer semalam, untuk umat Islam..sure korang tahu semalam dah masuk bulan rejab….semoga hari ini segala pekerjaan yang kita lakukan berjalan dengan lancar, kita mampu merancang tuhan yang menentukan segalanya…

Sedih gak kalau difikirkan tentang hal semalam…segala kerja menjadi huru hara..sampai sukar aku nak susun strategi..buat itu, buat ini semuanya tak kena, kesian juga kat pekerja, aku tunding jari kat depa..bila aku yang lakukan, rupa-rupanya segala kesilapan datangnya dari aku. Puncanya hanya kerana niatku tak kesampaian. Aku redha dengan ketentuan

Mana tahu umur panjang,.,tahun hadapan dapat aku tunaikan amalan sunat tu….kalau berhajat awal-awal…Allah beri peluang,…alhamdullilah…

Lagipun ada 30 hari dalam bulan rejab, maksudnya aku boleh tunaikan niatku dalam tempoh ini,,,semoga Allah makbulkan..amin

Terima kasih kepada teman-teman Facebookku…seperti Wana, kak Aidil, KD, Isma hasyim, Isma warahma, Sis Lelord, Hakmal, Mohd dasuki, Jaja dan Sis yatie, kerana mengembalikan semula senyuman dibibir…Mulanya dah malas nak berFB..tapi, malam tadi sempat ber`online` sementara menantikan En Zalie. Riang semula hidupku ini…terima kasih kawan-kawan..enjoy dengan persahabtan ini…

Jujur dari hati,…bila kita bersahabat di alam maya…kalau ikhlas maka iklaslah ia…Aku memang tak suka dengan MLM apatah lagi perniagaan online…tak serasi dengan hidupku…maaf sekiranya ada yang terbaca dengan prinsip hidupku…kerana jujur lahir dari dalam jiwaku…. Bukan kepura-puraan....

PS: sahabat yang baik sentiasa akan membantu sahabat dalam apa jua keadaan…terharu baru sebentar tadi, kak long telefon tanyakan keadaan kami sekeluarga,tak mampu nak kata apa-apa…kerana dalam hati terbuku kedukaan..Terima kasih kak long….Junainah Abd rahman

KHAS UNTUK IBUBAPA YANG INGINKAN ANAK-ANAKNYA PINTAR MENGHAFAZ AL-QURAN


Alhamdullilah…aku terpaku bila membaca akhbar metro harian hari ini..selalunya kita mendengar kanak-kanak cepat belajar dalam bidang nyayian, petah berkata-kata atau menari..

Namun…kali nie si kecil seawal usia 2-3 tahun sudah mampu menghafaz 30 surah dalam al-quran..sungguh istimewa mereka…itulah yang ingin ku kongsi untuk kalian.

Walaupun kanak-kanak tersebut masih pelat dan tutur katanya belum jelas namun itulah lah yang terjadi kepada DARWISYA ARDIANA ROZALI 3 tahun dan adiknya DARWISH ADRIAN 2 tahun…mereka mampu menghafaz ayat-ayat al-quran…

Tiada rahsia si Ibu kanak-kanak ini iaitu MAZLINA RAMLI 30 tahun, beliau menceritakan amalan yang di gunakan olehnya kepada anak-anaknya. Seawal usia 6 bulan beliau telah mendedahkan kepada anak-anaknya dengan bacaan al-quran melalui VCD..

Selain itu, amalan memberikan makanan seperti kekacang, badam, kismis, kurma, madu, habbatus sauda, buah zaitun dan air yang dibaca dengan surah taha.

Untuk lebih lanjut sila klik sini

PS : inilah cara yang betul untuk mendidik anak-anak…kerana mereka lebih mendalami segala ilmu yang kita ajari sejak berusia 6 bulan hingga ke atas…Oleh itu, jadikan amalan untuk mendidik anak-anak kita dikemudian hari…Insyallah….anak-anak yang soleh dan solehah adalah dari didikan ibubapa yang cemerlang dan terbilang.

Monday, June 14, 2010

KHAS UNTUK SI SUAMI:KHASIAT MEMELUK ISTERi- UMUR BERTAMBAH KE 5 TAHUN

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya 5 tahun!. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

”Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W. Ada kajian di Amerika Syarikat juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Juga kata beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Datuk Dr. Fadzilah Kamsah
.

SEMUANYA TAK KENA


Assalamualaikum....

Apa kena dengan aku hari nie...semuanya tak kena....pagi sampai tengahari semua urusan yang aku lakukan berjalan dengan baik..sempurna...Umai tak buat hal, aku pinjamkan sepupu aku yang satu sekolah dengannya...untuk makan, mandi dan aktiviti mainannya menyenangkan aku...

Entah apa puncanya, bila aku kat kedai..masalah bertimpa-timpa,..yang hairannya...order untuk makanan dari jam 3 petang hingga 7 malam...bermasalah..

Mulanya, aku ingatkan hanya salah faham dari tukang order dengan customer...bila aku perhatikan....bila order dah betul...tukang masak pula bermasalah....kita kata nasi ayam masak merah....dimasakkan daging merah.....

Bila aku ambil alih bahagian masakan, dengan aku..aku sekali silap...customer minta mee bandung 5 bungkus...aku tapaukan 3 bungkus....

Sah....telinga aku ada masalah, eik....sungguh ker?.....atau, hati aku puncanya? Pusing-pusing...bila aku fikirkan....sebenarnya, hajatku tak tercapai,bila aku ada niat tapi, tak mampu lakukan...Kuasa tuhan..

PS: nak kena jumpa doktor nie.....

BOIKOT ISRAEL



Kadangkala kita alpha
dengan nikmat yang kita perolehi

kadangkala kita gembira
Hingga terlupa yang sedang derita

kadangkala kita suka
Hingga ada yang menitiskan airmata

kadangkala kita duka
hingga lupa ada insan lain yang lebih bersorak riang

kadangkala kita mahu dihargai
Hingga lupa ada insan yang sedang disakiti

oleh itu...bersama-sama kita menentang israel..
KERANA KITA SATU MALASIA SATU HATI..SATU JIWA

banteras mereka....

APEK KAH ITU?

(gambar dari berita metro)

Assalmualaikum....
salam pagi isnin...mood ari nie sure suam-suam kuku...ditambah dengan tahap si M (malas), maklumlah...2 hari dok layan anak-anak...ibubapa....alahai....bila start berkerja...nak pandang screen komputer pun terbayang makanan kat umah...nak pegang kertas pun...gerenti teringat karenah si suami yang dok layan bola....musim bola lah katakan..

Pagi lagi, aku dah melepek kat umah... 2 hari kerja dari pagi hingga malam...ari nie terus nak demam....tu dia.....biasalah kalau mesin sure dah kondem.. Nasib mak mertua jernis memahami... pekerja yang 4 orang pun ari nie datang berkerja...senang hati den....leh layan en. zalie dan Umai...

Oh, yer...tadikan sempat lah baca metro...terbaca satu ruang hadapan tentang pelawak kena tahan....pasal ganja,...

Oh..........korang jangn tak caya...aku terus kenal siapakan dia itu......yang pasti aku kecewa dengan sikapnya yang masih lagi belum menghakis ~benda itu~
Nak tahu lebih lanjut sila klik sini

Aku memang teruja dengan aksi lakonanya...kalau nak pi menonton drama atau filem..ada tertulis nama dia..sure aku nak pi menonton...maklumlah..lawaknya menghiburkan...memang ceria...original....terhibur dengan lawak-lawaknya...

Namun, kalau tabiat itu yang dah sebati dengan kehidupan....aku memang percaya...sipelawak itu pasti akan berterusan dengan dunianya sendiri...

Apapun...aku mendoakan, ada sinar baru untuk beliau,..

PS : sedih dengan pelakon sekarang...still main ~benda~ yang meng`kondemkan rezeki mereka...alahai..

Sunday, June 13, 2010

KERENAH PELANGGAN CITARASA RINDUAN

(pic from goggleTQ,,,,mood penat bangat....)

Assalamualaikum..

Seharian kat kedai...aku kepenatan...4 orang pekerja cuti serentak...dari sabtu hingga hari nie...alahai...memang tak boleh nak kata apa...ikutkan nak jer cuti ...tapi, bila mengenangkan hujung minggu nie masih dalam cuti sekolah gerenti masih ramai pelanggan yang setia melanggan makanan di kedaiku..

Pernah aku tutup kedai time cuti sekolah tahun lepas...tak silap 2 hari..melawat kakak dan adik di Kuala Lumpur..musim cuti sekolah..nak ziarah anak-anak saudara yang dah besor panjang. Rindu kat Ika, Ain, Haikal, Emy dan Manja (opss...akan datang kak kong aku, bakal dapat baby yang ke 4...wow...tahniah kak, semoga tabah dan sentiasa sihat...)

Tapi bila, berniaga semula, ada pelanggan tetap yang sampaikan hajat....depa terkilan...anak-anak yang duk kat singapore, kedah dan lain-lain negeri nak bersantap di kedai CITARASA RINDUAN... tak dapat nak merasa, sampai ada yang kata kempunan....

Alahai, itulah ragam pelangganku yang buatkan kami berfikir 9,10 kali..samada nak tutup atau niaga.....dan>>>>>>>>>>>>>>>>

Akhirnya...ikut kata abah...niaga...sabor jer lah...nak buat lagu mana...kena gak jaga hati pelanggan...nie pun tengah musim deman bola...gerenti ramai pelanggan minta tapau makanan untuk di santap malam hari...

Gara-gara bola kebanyakkan si ibu tarik muka, mana takknya malas nak layan kerenah si suami yang lebihkan perhatian kat TV, manakala ....si bapa datang ke kedai dengan mata yang ala-ala mata burung antu...bersengkang mata....penangan bola lah katakan.

Paling seronok bila ada customer yang datang berkeluarga...3,4 meja..cantum menjadi satu....time nielah...aku hanya dapat jengah sekejap...selebihnya dok main mata ngan periuk dan kuali...

Kadangkala kesian kat saudara mara yang singgah ke kedai...kami tak dapat layan secukupnya...mereka memang kata tak kisah atau senang kata memahami keadaan kami...

Tapi, kami lebih faham yang mereka tak selesa,,,dengan keadaan kedai yang sesak orang...sehingga yang sempat kami buat bila bersua hanya bersalaman....nak bual-bual panjang..memang tak dapat...Kesian kan............


PS: rasanya aku nak buat umah khas kat belakang kedai..untuk saudara mara yang singgah ke kedai...sekurang-kurangnya mereka selesa,..dapat selunjur kaki atau baring-baring lepaskan penat...

ANDA NAK A++???


Masa dulu2 lah aku ingat lagi, macamana nak capai kejayaan dalam pelajaran, nak berjaya, walaupun duduk area felda, aku nak gak score A++ macam anak2 bandar...maklumlah, nak keluar dari felda..nak tengok bandar..mesti kena pandai dalam akademi..baru merasa belajar ke negeri orang or yang terlebih pandai atau rezeki,,sah2 dapat belajar ke luar negara...YAHOO.....

nie, antie ayu nak kongsi sesuatu tips untuk para pelajar, khasnya yang selalu usya blog antie bila kelaparan, so..kali nie antie nak syer sesuatu yang lebih khusus untuk adik2 antie...(cewah, bila pulak nama aku bertukar ke antie?...) tak apalah janji entry nie bermanfaat

antara tipsnya ialah:-

  • BUAT PERANCANGAN AWAL

Walaupun sekarang dah bulan april, masih lagi adik2 ada kesempatan nak buat perancangan, seperti buat checklist dan tampal dimana2 yang adik2 senang lihat...perancangan selalunya lebih khusus dengan jadual diri adik2 atau kata2 semangat untuk adik lebih bertenaga nak belajar, jangan lupa amalan doa yer...
Lagi 1, bab jadual tu...tak cantik pun tak apa.janji adik2 mudah faham...yang utama tu...kenalah patuhi jadual tersebut, jangan ditampal tapi buat hiasan yer...


  • SASAR TAGET

Ingat lagi zaman antie dulu2...mesti buat sasaran pada semua paper...sampai kalau tak boleh, di boleh kan juga...........so...pada adik2 elok lebihkan tumpuan agar sasaran A++ pada semua paper dicapai

  • STUDY GROUP

Tubuhkan group adik2, antie dulu2 ada kumpulan tau,..pilih lah kawan2 yang bijak, kuantiti dalam 4-6 orang, kami sama2 bertukar2 pendapat mahupun idea...contohya mana yang pintar matematik akan bantu kawan yang lemah,.sekurangnya, kalau dikelas kita tertinggal atau tak faham, time nie lah kita dapat manfaat...


Rasanya, ini sahaja tips yang antie boleh kongsi, maklumlah...dah lama juga antie tinggalkan alam persekolahan, belajar dengan kawan2 adalah waktu yang amat bermakna..selain buat rujukan di perpustakaan..yang penting jangan melencong....

4 tips supaya mudah mengingati adalah

  1. Banyakkan buat latihan bagi setiap subjek, amalkan setiap hari..sekiranya rasa tak puas hati dengan jwapan..cuba pada soalan yang lain..sekuranya masa adik2 tak panjang
  2. Minum air masak yang banyak, sayuran dan amalkan senaman agar sihat selalu, bagi antie, sekiranya sakit...pelajaran banyak yang tertinggal
  3. Buat nota ringkas,,,ala2 comel gitu..gunakan pelbagai warna..pelbgaikan tulisan. agar kamu tidak bosan membacanya
  4. selain tu, buat gambarajah pokok...bagusnya guna fomula yang mudah adik2 fahami...
semoga berjaya yer

Saturday, June 12, 2010

MAAF- BUKAN TAK MAHU BLOGGING

Assalamualaikum...salam hari sabtu..hujung minggu ini pasti ramai keluarga yang keluar bersuka ria, ditambah cuti sekolah...para ibu sibuk menyediakan masakan kegemaran anak-anak..si Ayah..luangkan masa mengajar anak membaca Al-Quran. menunggang basikal..

Ada yang lebih seronok...anak-anak dapat berjumpa dengan nenek dan datuknya...indahnya ketika itu.....teringat ketika zamanku dahulu..bila diajak pulang ke kampung iaitu di senai atau rengit (pontian), pasti aku dah tak sabar mengemas pakaian....tidur pula berbantalkan beg...sampai Ibu sering menceritakan pada adik-beradik telatahku....Indahnya saat itu...........

Berkisar tentang mood 1,2 minggu nie, aku mengalami simptom kurang berjogging ke blog kawan-kawan...Maaf dipinta...aku tak bermaksud ingin menjauhkan korang...hanya ada keperluan yang lebih penting perlu aku laksanakan...

Terharu bila ada sahabat yang menegurku di kedai..."kak, kenapa dah lama tak buat entry baru?.."..aku terkejut sebab tak percaya ada juga pelanggan yang sudi membaca blogku..

Jawapan aku, " Minta maaf sesangat, kak sibuk dengan urusan berniaga"

Ikutkan, jawapan tu...tak logik.. walaubagaimanapun aku sibuk berniaga... pasti aku ada 2,3 entry setiap hari...namun..bila memikirkan ada perasaan yang amat merungsingkan pada diri aku...aku pendamkan dahulu...

Oleh itu, buat pembaca blog CITARASA RINDUAN...aku betul-betul mohon kemaafan...kerana kurang berentry dengan kalian..

Untuk sahabat blogger yang lain seperti
  1. Ben Ashaari
  2. kak azieazah
  3. kak mas
  4. kak lelord
  5. kak lia
  6. kak aidil
  7. jaja
  8. cikgu isza
  9. abang ee
  10. CMG
  11. azila
  12. ct nurmalissaa
  13. ayie
  14. kasih suci
  15. zoro
  16. cikali
  17. azian
  18. mat-et
  19. kak yatie
  20. hawa
  21. ayu
  22. kak Rizan
  23. kak Aja
  24. dan semua sahabat blogger yang rajin singgah ke blogku....
Anda semuanya adalah teristimewa....terima kasih kerana selalu menjadi sandaran sementara untuk aku menenangkan fikiran, untuk tag, award dan sebagainya...aku bukan tidak mahu menjawab dan mengambilnya...(bukan bererti aku sombong), aku lebih rela...besengkang mata untuk korang..tapi beri aku ruang untuk memudahkan pekerjaan yang lebih utama...

Salam manis, salam dari CITARASA RINDUAN untuk kalian...


PENYAKIT MISTERI? ADAKAH IANYA MASIH ADA DI ABAD INI?


Assalamualaikum salam pagi sabtu...Aku mendoakan kesejahteraan kalian...semoga ceria disamping keluarga tersayang, harapanku kita sama-sama diberkati dan dilindungi olehNya..amin...Hari nie, aku ingin berkongsi info kesihatan yang mana ianya masih ada dalam kehidupan kita dari dulu hingga kini..

Pada abad kini..penyakit moden seperti darah tinggi, jantung, buah pinggang, kencing manis dan pelbagai penyakit yang nyata (nampak) sudah sebati dengan kita.

Namun, masih terdapat penyakit yang berbentuk misteri....kenapa aku panggil misteri?...kerana penyakit ini tidak nyata...Sukar untuk dipercayai..namun ianya boleh memberi panduan untuk korang,,,agar kalian mendapat maklumat untuk dikongsi bersama-sama.

Tanda-tanda penyakit misteri


    • Malas melakukan rutin dan amalan harian seperti berkerja, belajar, solat, zikir, tilawah Quran dan sebagainya
    • Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat Al Quran yang selalu dibaca dalam,doa yang dihafaz dan was-was.
    • Kehilangan minat atau semangat secara tiba-tiba terhadap aktiviti harian termasuk seks.
    • Mimpi buruk seperti mimpi ngeri, jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bersetubuh.
    • Kerap bermimpi haiwan seperti tikus,anjing hitam,kucing hitam,ular,kala jengking atau binatang berbisa.
    • Berdebar-debar terutama menjelang malam.
    • Gangguan semasa tidur seperti sukar tidur, terkejut berulang kali, lewat bangun, cemas, terasa ditindih hingga sukar bernafas dan bersuara.
    • Sering mengantuk tidak mengira masa.
    • Hilang selera makan dan berat badan.
    • Suka menyendiri, kerap termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan.
    • Kerap migrain, pening kepala, selesema yang berpanjangan, gastrik atau sakit kronik tetapi tidak dapat di atasi dengan rawatan doktor.
    • Letih luar biasa.
    • Daya tumpuan merosot.
    • Rasa sakit tetapi diSAHkan sihat oleh doktor.
    • Rasa bersalah, hampa, kecewa, tidak berguna dan terasa ingin mati.
    • Kesan lebam di tubuh seperti di peha, betis atau lengan.
    • Cepat marah dan benci tanpa sebab dan secara tiba-tiba.
    • Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri.
    • Terasa sesuatu bergerak-gerak dalam badan atau perut.
    • Ternampak bayangan, lintasan atau sesuatu yang pelik.
    • Terdengar suara, bisikan atau bunyi yang menakutkan.
    • Terasa seperti diperhatikan atau diintai.
    • Badan merasa tidak selesa seperti takut atau seram sejuk semasa dalam rumah.
    • Melihat haiwan berbisa seperti lipan, kala jengking atau ular di dalam rumah.
    • Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai dalam rumah. Kadangkala bau wangi atau pertukaran antara bau busuk dan wangi.
    • Haiwan peliharaan seperti arnab, kucing dan ikan mati dengan kadar cepat atau akan sakit selalu.
    • Anjing pula akan menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau ternampak sesuatu.


Friday, June 11, 2010

KELEBIHAN DAUN SIRIH...


Kadangkala di zaman moden yang sentiasa maju ini, kita terlupa akan kelebihan daun sireh....hanya majlis bertunang atau majlis perkahwinan daun sireh akan digunakan....

Namun ada dikalangan warga emas yang masih mengamalkan mengunyah daun sireh ini, namun di pandang sepi atau keji....

Untuk bidang perubatan...daun sireh amat penting ... bukan maksud aku daun sireh digunakan untuk perkerjaan kurafat atau tahyul...namun..mempunyai khasiat untuk membantu manusia yang mempunyai masalah angin pasang, salah urat atau `denah` dan sebagainya

Untuk itu, aku ingin berkongsi info dengan para sahabat...khasiat daun sireh dalam kehidupan kita seharaian...

Info dari goggle...terima kasih (semoga info ini bermanfaat kepada anda)

Di zaman silam sirih merupakan salah satu pendekatan perubatan tradisional yang penting, bukan sahaja di Tanah Melayu malahan di rantau Asia, India dan Afrika Timur. Di India, sirih digunakan untuk mengubati penyakit di mulut, tekak dan lapisan perut. Di Afrika Timur, daunnya digunakan untuk ulser bernanah dan jusnya untuk selsema serta penyakit radang kerongkong. Masyarakat Filipina menggunakan sirih untuk mengubati masalah gastrik dan penyakit paru-paru yang dihadapi oleh kanak-kanak. Di Kemboja, daun sirih yang ditumbuk dijadikan losyen mandian untuk mengubati penyakit seperti demam, demam campak, kelenjar membesar dan lymphagitis. Sementara di Indonesia, daunnya yang segar dicampurkan ke dalam bahan-bahan perubatan lain sebagai ransangan antiseptic, gatal-gatal, astringen dan aphrodisiac.

Khasiat-khasiat sirih yang telah digukankan di dalam perubatan di zaman silam ini telah terbukti kesahihannya melaui kajian-kajian saintifik yang telah dilakukan oleh institusi di antaranya Universiti Putra malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Di antara hasil kajian mendapati daun sirih atau 'Piper Betle' mengandungi PATI MINYAK yang bahan-bahan utamanya ialah CUGINOL dan KAVIKOL. Bahan-bahan aktif di dalamnya pula seperti FLAVORNOID dan POLYPHENOL boleh menegangkan kulit dan mengelakkan kedut-kedut di muka yang bermakna ianya boleh membawa kesan awet muda.

Khasiat ASTRIGEN daun sirih pula berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK untuk membunuh kuman. Ini bermakna, jika diminum airnya atau digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita khasnya, selain menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman atau kulat serta mengatasi masalah keputihan. Sirih juga turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit Malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.

Di dalam bidang perubatan herba di Malaysia, menurut sejarah, sirih adalah tumbuhan asli dan antara jenis-jenis sirih ialah sirih melayu, sirih cina, sirih india, sirih jawa dan sirih indonesia. Masyarakat Cina mengenali sirih sebagai herba untuk memanaskan badan. Masyarakat India pula lebih mengaitkannya dengan penjagaan mulut dan rambut. Namun begitu, masyarakat Melayu yang lebih inti dengan sejarah sirih dan kepelbagaian kegunaannya, samada bagi tujuan perubatan, kecantikkan dan kebudayaan.

Kini dengan perkembangan teknologi-bio ia diproses dan dimasukkan dalam bekas untuk dipasarkan sebagai produk kesihatan/kosmetik. BioSirih Cosmetics adalah sebuah syarikat 100% milik bumiputra yang komited untuk mengeluarkan dan memasarkan produk-produk kosmetik/kesihatan bermutu tinggi dan berkesan dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang dijamin halal serta selamat digunakan. Tumpuan-tumpuan syarikat ialah produk-produk yang berasaskan pengunaan herba-herba tempatan terutamanya pati minyak daun sirih yang melambangkan ketulenan kosmetik sejak zaman berzaman.

Khasiat-khasiat daun sirih ini telah digabung dengan khasiat yang terdapat dalam limau purut. LIMAU PURUT atau CITRUS HYSTRIX mempunyai khasiat antaranya melembut, melebat, merapi dan mengharumkan rambut, mengatasi masalah kulit kepala, melegakan migraine, merangsang perjalanan darah dan mengatasi bau badan. Asid Sitrik (AHA) yang terkandung membanut mengekalkan kelembapan kulit. Vitamin B dan C serta Potasium pula meningkatkan daya ingatan dan membantu memulihkan tekanan darah