CITARASA RINDUAN

Saturday, July 31, 2010

DIARI JURURAWAT TAK TERLATIH

Hari yang ke 26

4.30 pagi – Aku akan membersihkan seluruh badan suamiku, sebelum attendant datang menukar cadar katil suamiku

8.00 pagi – sarapan untuk suamiku..para doctor datang melawat seluruh katil, masa ini aku akan meluahkan segala masalah yang di hidapi oleh suamiku satu hari sebelumnya. Dengan cara nie peningkatan terhadap prestasi kesihatan suamiku akan dititikberatkan.

10.00 pagi – Doktor akan mengambil darah, aku tahu suamiku enggan..namun inilah yang terbaik untuk menentukan oksigen dalam darah berada dalam kuantiti yang secukupnya. Masa untuk makan ubat 9 biji waktu ini. Aku akan mencuri peluang untuk mencari makanan tengahari (hanya bungkus dibawa ke ward semula), sepanjang disini aku bersarapan oat..bimbang tiada nurse yang boleh melayan suamiku

12.00 tengahari – Aku akan menyuapkan makanan tenghari untuk suamiku, menunya bubur nasi, ayam sop yang tiada rasa masin dan 2 jenis sayuran yang tiada perasa. Air kosong untuknya no kolestrol, no sugar, no salt

12.30 tengahari – 3 jenis ubat perlu disuapkan ke mulut suamiku. Para kenalan (pelawat) akan melawat..semestinya aku akan memastikan pampers suamiku bersih. Jua, 3 jam sekali suamiku akan buang air kecil dibekas yang disediakan.Dia belum berdaya untuk bangun, masa ini aku akan melayan suamiku seperti kanak-kanak, aku berlu kuat zahir dan batin.

2.00 petang – Apabila pelawat pulang, suamiku akan solat dan tidur, aku turut tidur dikerusi disisi suamiku untuk memastikan tidurku cukup.

3.00 petang – Aku akan membersihkan seluruh tubuh suamiku, selain aku akan mengajar suamiku fizio ajaran dari puan Nazrin dari pakar fizio. Gerakan pada kaki dan tangannya yang sudah lama tidak bergerak, syukur setiap hari pasti suamiku akan mempraktikan apa yang dia belajar. Jua, masa untuk minum petang sayang, dua buah buku roti jagung dan air teh susu krimmer.(tanpa gula), kadang-kala aku pasti tergelak kecil memperhatikan suamiku minum air yang tiada rasa itu.

4.30 petang – sekali lagi pelawat akan melawat, aku akan pastikan suamiku sudah menunaikan solat asarnya. Sebelum itu masa untuk makan ubat sayang..

6.00 petang – masa makan malam, menu yang sama dengan menu lunchnya, no kolestrol, no sugar, no salt. Only diet

7.00 malam – pelawat pulang, aku akan membersihkan sekali lagi tubuh suamiku, kadangkala air mata dari hujung mata suamiku pasti kelihatan..bila ku tanya. Jawapannya dia kasihankan isterinya yang tak pernah penat melayan karenahnya, makan minumnya, air kecil mahupun air besarnya..…Ya allah…ini ujian dari illahi sayang…kita kena redha kerana kita adalah yang terpilih.

Isterimu tidak pernah jemu atau geli dengan kamu sayang….

8.00 malam – selepas solat maghrib pasti ubat sebanyak 9 biji akan digengaman tanganku,,aku akan buat inctrotion di TnT suamiku, tidak boleh lebih makan atau minum ini boleh menyebabkan suamiku tercekik. Walaupun perbuatan inctration ini sukar atau negeri melihat suamiku yang tercunggap-cunggap menahan sakit, aku kena kuat menghadapi untuk memastikan suamiku selesa selepas sedutan lendir dan kahak dilakukan.

9.00 malam – selepas solat isyak, aku akan menidurkan suamiku sebelum jam 11.00 malam masa untuk makan ubat.

11.00 malam – aku pasti terjaga untuk memberi suamiku makan ubat, selepas itu kupastikan suamiku selesa, tidurku dikerusi keras ini lebih selesa dari aku jauh dari suami tercinta

12.00 tengahmalam- 3.00 pagi – suamiku pasti mengejutkan lenaku untuk membuang air kecil, aku sudah serasi dengan jadual harianku yang tidak kosisten demi kesihatan suami tersayang. Ku harap kesihatan suamiku sentiasa berada dalam keadaan terkawal, kerana hidupku hanya di hospital pakar ismail buat masa ini.

PS: rasanya aku semakin mahir menjadi seorang nurse kepada suamiku, ku tahu nurse yang lain lebih banyak kerja untuk memastikan semua pesakit dalam keadaan terkawal. Tidak sukar kerana pesakit aku adalah suamku sendiri

Friday, July 30, 2010

SOKONGAN MORAL

Syoknya, ari nie family en zalie datang…ada mijah, rusdy, abah dan mak mertua, baby (my lovely sister), jua kunjungan dari orang kampong iaitu en isa dan nenek eton. Opss…pakcik aku iaitu pak ngah, Mak ngah dan cucu sulungnya, kebetulan anakknya iaitu sepupuku yang menghidapi kansel paru-paru…buat kelakar sesangat sebab mak ngah dah berkampung disini selama 3 hari…aku pulak 5 hari..satu bumbung namun tak pernah bersua…hehehehh (luas sungguh hospital nie)

Tak lupa kunjungan sepupuku Zizi…anak wak lah…(PS: kerja di public bank bahagian Insurans ada sesiapa nak join…nie khas untuk 35 tahun kebawah…untuk medical card hanya rm 185 sebulan…berbaloi-baloi)

Umai datang gak,. Alahai…sedih sungguh melihat anak kesayanganku nie…majuk ngan aku…sebab dia kata Ibu tak sayang dia lagi…(Hanya Allah yang tahu betapa sayangnya aku kat dia, namun aku tak boleh berenggang walau seminit dengan abahmu sayang…Insyallah…kamu doakan kesihatan abahmu bertambah baik ya….Ibu dan abah bukan sahaja menyayangimu malah…semuanya yang ada pada kami hanya untukmu sayang…..)

PS sekali lagi sahabatku Idah dan anaknya Damia membantu aku menguruskan Umai…main di playground sebelum dia perasan ibunya akan meninggalkan Umai untuk sekali lagi.

Thursday, July 29, 2010

24 HARI (ZALIE), 3 HARI (AYU)

24 hari di HOSPITAL(EN ZALIE) , 3 MALAM BERSAMA SUAMIKU (AYU)

Assalamualaikum…salam muhibbah….sudah hari yang ke 24 en zalie di hospital…suatu jangka masa yang bagiku agak panjang…di bibir en zalie…Umai, Umai, Umai,rindu dengan Umai…hingga aku sanggup merakam aksi en zalie untuk tatapan umai…

Semalam, Umai datang, bersama Cik Ijah dan Cik Rosdinya (adik iparku), aku ambil kesempatan membawa Umai ke tesco Desa Tebrau, bersebelahan dengan Hospital…aku seret sama sahabatku Idah dan anaknya damia, si idah yang berkerja di Hospital di bilik operation

Dalam perjalanan, ku tunjukkan kepada Umai aksi suamiku…ku lihat Umai mencium skrin handphone bertalu-talu….oh..sebaknya dadaku…airmata berjujuran…..nasib umai di seat belakang..aku yang sedang memandu ditenteramkan sabahatku idah…dia beri kata-kata semangat kepadaku.

Setibanya di tesco, aku pula merakam aksi Umai untuk tatapan en zalie…Umai happy di tesco bersama playgroundnya dan belanjer keperluannya dan ayahnya… bila ku kata..Jom kita beli pampers, dia terus menjawab…Ibu, kita beli pampers abah sekali….oh…bijak sungguh anakku….

Aku yang hanya meninggalkan anakku dalam tempoh 3 hari, 3 malam…sudah ku rasai betapa rindunya dengan aksi sekecil…puas ku dokong..ku peluk…ku kucup pipi anakku itu..

Semestinya tempoh 25 hari yang dirasai oleh En zalie, lagilah berbuku-buku kerinduan…hanya dia yang tahu azabnya di hospital…sehari 5 kali darah diambil, belum dicampur dengan SUB di TnT nya untuk membuang kahak dan lendirnya setiap 3 jam. Peritnya badan yang menanggung apatah lagi aku yang paling rapat yang boleh memandang .. ingin sekali aku rasai namun siapalah aku untuk mengubah kuasa tuhan yang telah menetapkan…

PS : SEMOGA SEMBOH SAYANG

Wednesday, July 28, 2010

NURSE SUHAINI (HSI,JB) AKU TERTAWAN

HARI KE 2, WARD 7 A BED 15

Alhamdullilah…sekali lagi aku bersyukur, dapat tidur semalam dengan suamiku…dia di katilnya, aku dikerusi..ku genggam erat jarinya walaupun wajar yang berselirat tidak aku hiraukan…

Malam aku terganggu dek permintaan suami tersayang, minta di urut, di suapkan air minuman dan minta ditemankan malamnya yang mungkin tidak selesa dengan keadaan persekitaraan…ku bisikan ayat-ayat al quran supaya dia lalai..alhamdullilah lelap jua jam 1.32 pagi.

Jam 4.30 pagi, aku dikejutkan staff nurse..masa untuk memandikan dan membersihkan suamiku..agak kekok aku menguruskan kerja ini kerana tiada pengalaman…terkial-kial hingga rasa cemas mula mengular didalam hatiku..bimbang juga kerana masih terdapat pelbagai wayar di seluruh badannya..

Hingga muncul seorang staff nurse yang bernama suhaini ( ku risik dari card namanya) dari negeri pahang, seorang staff yang agak peramah…beliau tidak lokek mengajar aku bagaimana menguruskan kerja-kerja mengelap seluruh badan suamiku dan menukar pampers, oleh kerana suamiku agak besar maka kerja-kerja menukar pampers mengambil masa…syukur suamiku sudah boleh bergerak ke kiri dan ke kanan.. menyenangkan kerja penukaran berlaku.

Mengenali staff yang bernama suhaini, layanannya terhadap aku dan suamiku amatlah ku hargai…tak putus-putus kata-kata semangat yang muncul dari mulutnya…jua pelbagai teknik dan ajaran untuk membersihkan kulit kaki suamiku yang agak kering dek 23 hari tak mandi secara normal.

Alhamdullilah, pada hari semalam…aku sudah terkilan dek layanan staff nurse, namun seawall pagi ini muncul seorang wanita yang kurasakan seperti seorang sahabat…

PS: Suhaini…aku dan suamiku tertawan dek layanan kamu, bukan semua staff kerajaan sombong…(tak semua manusia sama ragam dan perangainya)

HARI PERTAMA DI HOSPITAL 12 HB JULAI 2010

WAD 7A KATIL NO 15 (HIS JB)

Alhamdullilah, aku update ketika suamiku solat isya…aku cuti solat…namun aku tetap amalkan zikir buat pelindung keselamatan diriku

Awal semasa mendapat panggilan dari pihak HDW tengahari tadi, aku terus mengemas pakaian dan alatan penjagaan aku untuk dipaking ke hospital. Itulah berita yang paling gembira ku dengar, selain kedua mertua dan ibubapaku, aku kongsi kegembiraan dengan abangku azlie.

Sehelai tuala, sehelai selimut dan sebiji bantal untuk tidurku yang tak pasti adakah aku akan lena seperti dirumah?..kerana alas badanku iaitu katil adalah sebuah kerusi yang biasa berada di hospital, kalau di hospital swasta aku mendapat kerusi malas yang boleh di ejas menjadi katil sementara….tak mengapa…demi En zalie aku berkorban sementara.

Keadaan en zalie, agak baik..aku ajar dia mengangkat tangan dan kakinya, kesan fizio yang aku pelajari di hospital Pakar Putri. Hanya di benakku terselit kerisauan andai berulang lagi peristiwa di hospital Pakar Putri dimana dengan tiba-tiba nafas suamiku terhenti…semoga malam ini hingga malam seterusnya traumaku tentang peristiwa itu tidak berulang lagi..Amin

Ingin ku ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabatku Ida yang berkerja di sini… tanpa beliau, mungkin aku dan suamiku tidak diendahkan..sebenarnya 2 jam suamiku membuang hajat besar…sudah ku pesan kepada staff nurse di ward ini..namun tidak diendahkan..bukannya seorang malah 3 orang, andai suamiku bertubuh kecil pasti aku melakukan seorang diri,

Sebenarnya kes tidak di endahkan berlaku kerana en zalie di ward bukan di ICU atau HDW yang dilayan 24 jam sehari..di ward keadaan berbeza…dalam bilik ini sahaja ada 12 pesakit malah di ikutkan ward ini mempunyai 28 katil pesakit… itulah puncanya staff nurse terpaksa melayan pelbagai kerenah pesakit yang lain.

Tidak menjadi masalah kerana aku isterinya,,,aku boleh melakukan..hanya aku perlukan 2, 3 orang pelatih nurse untuk memudahkan kerja instroctune terhadap pembedahan TnT dan penukaran pampers suamiku kerana kerja ini aku belum mahir sepenuhnya…

PS sesekali jadi nurse kepada suamiku apa salahnya?....

RINDU DENGAN SAHABAT FB dan BLOGGER

Assalamualaikum...

tak tergambar kerinduan aku dengan para sahabat sekalian.....rasanya dah setengah bulan aku tak dapat online...hanya titip pesanan SMS dengan sahabat FB atau Blogger yang ada nombor telefon sebagai satu alat perhubungan untuk bertukar-tukar khabar...

ku doakan kalian semua sentiasa ceria

setiap pengalaman aku di hospital ini...aku tulis di program microsoft word....akan aku publish satu persatu...

PS: brodband tak ada...nie dapat ikhsan dari pelajar INSTEDT, Hamizah.....tq sayang............

Monday, July 12, 2010

WARD 7A HSI, JB


Alhamdullilah...dalam jam 12.15 tengahari tadi staff HDW di HSI, call....suamiku ditukarkan ke ward 7A..

Maka, aku akan menemani suamiku setiap siang dan malam...blog ini akan ditutup sementara sehingga suamiku pulang ke rumah...

TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT yang sentiasa mendoakan kesejahteraan en, zalie.....

PS :SYUKUR

Sunday, July 11, 2010

CITARASA RINDUAN- KISAHKU DI HOSPITAL

Assalamualaikum

Selamat malam...jam dah nunjukkan angka 12 malam...2 hari aku tak dapat online...sehingga perasaan nak kongsi cerita ngan korang terbang begitu sahaja.. Mungkin 2 hari membuatkan hariku semakin panjang..

Aku mulakan tentang citer pada hari sabtu , dimana CITARASA RINDUAN telah disambar sinar harian Johor dalam keluaran JOM MAKAN, tajuk akhbar pun MI BANDUNG KULAIJAYA... terima kasih sis Lin yang sudi interview CITARASA RINDUAN. Sebenarnya aku tak ada kongsi tentang keistimewaan kedai makan kami semasa interview dijalankan, kerana aku hanya memberikan URL blogger CITARASA RINDUAN sahaja...Ini kerana kesihatan en zalie sudah menunjukkan tanda-tanda awal.

Sehinggakan bila sis Lin nak mengambil gambar aku dan en zalie..aku lebih utamakan Abah dan mak mertua yang menjadi tunggak kejayaan CITARASA RINDUAN, ini kerana jasa mereka memperkenalkan CRR, dari kedai 1 pintu ke 2 pintu.. begitu banyak pengorbanan kedua mertuaku...

Olahan tentang CITARASA RINDUAN didalam akhbar 100 peratus dari tulisan aku di blog...terima kasih sis lin kerana tidak menambah atau menolak bahan utama tentang CITARASA RINDUAN..saya sungguh teruja dan berterima kasih kerana sis lin seorang yang amat dedikasi, Insyallah..sekiranya en zalie sihat saya akan membantu untuk mendapatkan maklumat untuk bahan utama sis Lin..

Ayu doakan sis Lin sentiasa maju dan terus terkenal di Sinar harian....


Semasa dalam perjalanan ke hospital menuju ke HDW, ward en Zalie... pada hari yang sama iaitu hari sabtu berlakulah kisah yang perlu ku ambil iktibar..

Bila jam menunjukkan angka 4.30 petang aku dan abah mertua akan menuju ke lobby hospital untuk menuju ke ward suamiku.. ramai pelawat hari tu...aku tak gemar dengan kesesakan orang kerana semua pelawat akan melalui lif ke ward keluaraga masing-masing. Nasib lah time tu sepupuku iaitu Abang Zizi yang turut sama melawat suamiku kerana officenya berdekatan dengan hospital, beliau yang memapah abah mertuaku yang menghadapi masalah kesihatan di kakinya. Aku pula dikedua-dua tangan memegang erat bungkusan makanan yang aku dermakan kepada staff nurse HDW.


Time lif menujukkan aku boleh menuju ke tingkat yang diperlukan, tiba-tiba seorang warga -----,berada si belakangku..aku dah mula sangsi, beg duitku aku kepit erat, acapkali aku perhatikan keadaan beg ku walaupun kakiku melangkah laju ke pintu lif....

Ya, Allah..bila aku masuk ke dalam perut lif, mulut zip telah terbuka...beg dompetku hilang...tapi, tuhan maha kaya...lelaki yang mengekori aku tetap berada dibelakangku...bererti beg aku masih ada ditangannya...itu firasatku

tanpa membuang masa...aku terus menarik sweater yang dia pegang...kerana aku yakin beg aku berada disebalik sweter yang dia genggam...alhamdullilah...sangkaan aku betul..hanya time tu, lelaki tersebut telah membuang ke lantai....dan terus keluar ke lif...

Allah maha kaya,...mungkin keadaan aku yang dalam kesulitan dengan dugaan terhadap suamiku..maka, Allah mempermudahkan apa yang terjadi petang semalam...

PS pemanduan aku pulang ke hospital bertambah lemah pada hari semalam..mungkin semangat aku hilang dengan kes ragut di hospital





Friday, July 9, 2010

JOHOR HUJAN LEBAT. PUTRAJAYA PUN LEBAT DENGAN GHATERING GB ESOK HARI

Assalamualaikum..

Dari jam 3 petang perjalanan aku ke Johor agak perlahan...cuaca kurang elok..hujan selebatnya selain angin yang kencang..nak pandu laju tak berani...50kmj ajer yang mampu, itupun macam-macam ayat al-quran yang aku tahu aku baca, kalau setakat hujan mungkin aku tak kisah..nie siap angin yang amat kencang...sehingga keadaan diluar kereta berwarna putih..

Ya Allah...mencabar sungguh perjalanan aku hari ini...alhamdullilah sampai ke Hospital cuaca semakin elok.....

Alhamdullilah semangat aku masih kuat, perkembangan en zalie...hari nie dia dah boleh angkat kepalanya....semoga esok ada lagi perkembangan yang baik...mana tahu esok-esok dia dah boleh angkat badan dan punggungnya...Hari nie, aku dapat suapkan bubur lagi....sudah 2 hari dia dah boleh makan...sedikit namun perlahan....itu sudah memadai bagi dietnya

Untuk bacaan kencing manisnya 5.4 aku belikan air laici supaya esok bacaannya stabil..

PS: sangat teruja dengan GB, dengar cerita si Ayie dah sampai Putrajaya, siap jumpa Ben Ashaari...(ayie...pi pau duit ben bebanyak...dia dok kaya tu...) lalallaal

SESIAPA yang nak join gathering GB pi blog joegrimjow dan ayie. Sure macam-macam ilmu yang korang leh syer bersama-sama

19 HARI

Assalamualaikum, selamat pagi....selamat hari jumaat kekawan...

Cepatnya masa berlalu, tak sedar dengan perubahan hari ke hari, bila ku belek kalender dah 19 hari suamiku berada di hospital... kalau di campur dengan kesakitan yang ditanggung en zalie 2 minggu awal, bermakna sebulan beliau menanggung derita.... namun, semangatnya kuat. Aku yakin dengan suamiku.

Aku risau dengan kesan dari pembaringan yang agak lama pada suamiku. Sebenarnya seminggu beliau di hospital ada kesan melecet pada tubuh belakangnya, hingga aku bersetuju mengiakan cadangan doktor pakar untuk membuat pembedahan TnT di lehernya..

Ku harap, dalam minggu hadapan suamiku dapat menggerakan beberapa anggota tubuh badan yang lain,,sekurang-kurangnya perjalanan darah boleh bergerak dengan baik.

Plan aku pada hari ini, aku ingin berbelanjer barangan keperluan Umai dan suamiku... selain susu untuk umai, suamiku tidak berkecuali... pampers untuk Umai, jua untuk suamiku...

PS: kuatkan hati, semoga mendatang sinar suria kian mencerah.......

Thursday, July 8, 2010

AKU NAK LAWAT JAM 12.30 TENGAHARI TAPI EN ZALIE MENGHALANG

Assalamualaikum..

Alhamdullilah, pulang ke rumah aku terus menunaikan kewajipan....dalam perjalanan hospital Pakar Ismail, Johor ke sungai sayong, kenderaan agak banyak ..mungkin kerana kebanyakkan pemandu pulang dari tempat kerja..

Walaupun aku penat dan mengantuk selepas berkerja di kedai..ku gagahi jua perjalanan yang agak mencabar demi mengziarahi suami tersayang

Hari ni agak special, kedua ibubapaku, makcik saudara dan suaminya, cik sal dan cik md nor (jiran sebelah umah di kampung) datang serentak melawat en. zalie

Ibuku seperti biasa...kalau ziarah menantunya sure airmata macam air terjun...aku dah awal-awal tegah...eik...tetap menangis, bukan apa...aku faham perasaan seorang ibu, tak leh terima wayar yang penuh di badan menantunya,,,kalau boleh nak lihat en zalie normal sediakala..

Kesan kalau ibu menangis sure en zalie turut sedih...akibatnya...keadaan jantungnya akan berubah (tidak stabil)... ibu....ibu..., aku tak leh tunjukkan perasaan sedih..kerana aku sudah menjadi wanita yang kuat dari segi mental dan fizikal..

Acapkali, kalau aku lawat suamiku..hanya kata-kata semangat dan sokongan untuk meneruskan kehidupan, selain ku bisikan kalimah suci...jua aku bekalkan ingatan tentang ayat-ayat suci al-quran yang perlu suamiku amalkan.. Alhamdullilah, nampaknya suamiku memahami setiap kata-kataku.

Buat pengetahuan korang, en zalie sudah boleh makan bubur, sayuran dan sop ayam...jua air minuman manis namun kuantiti gula sedikit...perubahan yang amat mengembirakan...Semalam en zalie hanya boleh minum air soya melalui tiub yang dipasang ke hidungnya...alhamdullilah...banyak perubahan kepada baik telah berlaku..Ku tahu semangat suamiku kuat...TERIMA KASIH ABANG

Sebelum pulang aku memberitahu esok aku akan lawat awal ( 12.30 tengahari sehingga 2 petang) ini kerana esok hari jumaat, CITARASA RINDUAN tutup...

Namun, en zalie menghalang....bila ku katakan kenapa?...dia mahu aku disisinya setiap petang...kalau aku ziarah tenghari sure petang aku tak datang,

Alahai.....nampaknya kena bawa anakku Umai...namun siapa yang kena temankan anakku seorang?, (kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang memasuki kawasan hospital)... tiada pilihan...maidku perlu ku angkut sekali ke hospital...alahai

PS: EN ZALIE SAYANGKU SEORANG...

ALHAMDULLILAH BERTAMBAH BAIK

Assalamualaikum..selamat pagi khamis....semoga korang ceria-ceria selalu..

Malam tadi selepas balik dari hospital aku terus lena....memang aku tidur awal, memandu dan berkerja membuatkan tenagaku tiada baki..sedar-sedar dah jam 5.00 pagi...alhamdullilah..ini gara-gara perkembangan en. zalie bertambah baik dari hari ke hari.

Ku lihat wajah en. zalie semakin ceria, mungkin disebabkan kawasan hospital di HDW yang sangat selesa atau layanan jururawat yang sangat perhatin.

Tidak seperti kemarin, wajahnya keruh...lemah dan bibirnya hanya mengulang `tidak suka`... walaupun aku tidak memahami setiap butir pergerakan suamiku..namun aku memahami melalui gerak hatiku atau lebih baik ku katakan aku pasti meneka setiap pergerakan bibir suamiku.

Aku pasti kuasa Tuhan, setiap apa yang kita pohon akan ditunaikan...bukan sekarang mungkin mendatang...Terima kasih atas setiap sokongan para sahabat blogger mahupun sahabat FB...kadangkala malu untuk menceritakan kisah aku yang banyak kepada simpati...namun, bila aku luahkan ianya menambahkan keselesaan di dalam hati...

ps Aku tak dapat nak balas kebaikkan korang, Insyallah...sekiranya semuanya sedia kala..pasti ku terjah blog dan wall FB korang..

Wednesday, July 7, 2010

MAAF BUKAN TAMO KHABARKAN- IANYA SEAKAN MENYEKSA DIDALAM HATIKU

Assalamualaikum..

selamat sejahtera...selamat petang, ku mendoakan kalian sentiasa dalam mood happy disamping yang tersayang.

Buat masa nie, aku dah 2 hari berkerja...(mengenangkan en zalie di HDW, aku tidak berpeluang menemankannya - itu peraturan yang membuatkan tangisan di dalam bertambah lebat), aku gagahi diri untuk melayan pelanggan

kadangkala, aku bukan tamo berkongsi cerita tentang keadaan en zalie. hanya tuhan yang tahu, bertapa menderitannya perasaan aku bila serata pelanggan menanyakan tentang suamiku.
Antara soalannya

  1. kenapa tak temankan en zalie di hospital? - walhal baik hospital kerajaan mahupun swasta, di ICU atau HDU/HDW peraturan untuk temankan pesakit tidak boleh sama sekali, - hati siapa lah tak sedih bila berulang- ulang orang menanyakan soalan in
  2. En zalie macamana?, dah baik ker?, itulah aku dah sarankan ko pi ubat sana, pi ubat sini - soalan nie, membuatkan aku terkedu...aku tahu mereka perhatin, namun....hatiku terguris...lebih elok kalau mereka memberi aku kata-kata semangat, baru disusuli dengan soalan yang ada kaitan dengan suamiku.
  3. En zalie sakit apa, patutlah dia----, patutlah dia ----? - dah 2 minggu suamiku sakit, korang selalu makan di kedaiku,. aku rasa korang dah soal semua pekerjaku atau ahli keluargaku, kenapalah diulang lagi....Bagusnya kalau korang beri aku surah atau bacaan ayat quran yang sesuai untuk aku amalkan untuk aku dan suamiku. supaya aku bertambah semangat untuk meneruskan kehidupan

ps : ALANGKAH BAGUSNYA KALAU AKU HALIMUNAN....

Tuesday, July 6, 2010

AKU PUN PERASAN...

Assalamualaikum...nie baru jer balik dari hospital pakar ismail, Johor...terperasan dengan masalah yang dihadapi oleh BEN ASHAARI dan ABANG EE... so....aku pun perasan apa yang mereka rasai....alahai.....sah2x.....blogspot buat hal...komen dari kekawan tak publish...alahai........(berapa banyak alahai daa.....), lantaklah eik...janji aku dapat berblog....

Nie nak kabor nie...(atleast malam nie akulah insan yang paling happy selepas ibubapa en zalie)....buat pengetahuan korang, en. zalie dah ditukarkan dari ICU ke HDW...kalau kat pakar putri depa bahasakan HDU....apa-apalah....yang pasti inilah berita yang aku nak kongsi ngan korang..

PS: ALHAMDULLILAH, berkat doa kalian dan setiap kata-kata semangat korang yang buatkan aku terus menjadi wanita besi......(eik besi?....em....tak apalah janji aku tabah dan bersemangat)

RUTIN SUAMIKU KINI MENJADI AMALANKU

Assalamualaikum..selamat petang kawan-kawan.., hari nie aku belum lagi mengziarahi en zalie...oleh kerana en. zalie sudah di hospital kerajaan..maka waktu lawatan adalah terhad....keadaan di ICU pula tidak seperti di ward si waris boleh menemankan si pesakit...jesteru itu,..aku mengambil keputusan untuk melawat pada waktu petang... antara 4.30 petang- 7.00 malam


Sudah 2 minggu 2 hari en zalie di hospital..maka aku mengambil alih tugasnya seperti menjaga kenderaannya...nampaknya kedua-dua kenderaannya dah lama tak di basuh..belum lagi nak start motor virago kesayangannya setiap pagi..

Storm aku dah pi hantar basuh kat car wash...dah cun...bersinar-sinar...dah tak sakit mataku memandang....

nie nak listkan apa lagi aktiviti dan rutin yang en zalie selalu buat terhadap barang-barang kesayangannya......selain koleksi cincin, polish barangan gymnya, barang-barang dalam stor....apa lagi eik...?.......

PS SEMUA AKU RASA BOLEH LAKUKAN..TAPI BILA UMAI TANYA NAK ABAH?...AKU DAH START CENGENG..........ALAHAI...


Monday, July 5, 2010

2 BERITA GEMBIRA YANG INGIN KU KONGSI DENGAN KALIAN




Assalamualaikum..

selamat malam....hari ini ada 2 berita yang amat mengembirakan berlaku pada diriku...

Hari ini, aku lambat ke hospital...pergi ke bank menyelesaikan ansurans storm mahupun bayaran ansuran pinjaman bank yang en zalie perlu bayar setiap awal bulan...oleh itu, aku sampai ke hospital Pakar Putri dalam jam 10.30 pagi...aku mendapat berita yang amat aku tunggu...

Pertukaran En. zalie ke hospital Pakar Ismail, telah berjaya YAHOO....maknanya kos perubatan telah berkurangan...aku sebenarnya, tidak perduli sangat tentang bayaran di pakar putri, namun,.bila memikirkan en. zalie on off mesin pernafasan...dan di atas permintaan en. zalie...aku mohon pertukaran...RM 30 K, adalah bayaran yang sesuai untuk 15 hari di hospital pakar Putri, memandangkan keadaan en. zalie yang semakin pulih..dan bayaran operation yang telah dilakukan oleh para doktor yang seramai 10 orang... memang berbaloi bagiku.

Alhamdullilah...syukur sangat-sangat...aku terus solat syukur kerana doaku dimakburkan...amin
Kali nie aku selitkan gambar yang sempat ku rakam di luar ICU PAKAR PUTRI

abahku, abah mertuaku, ibu saudara en zalie, ibu dan sepupuku
(wajah kami yang begitu gembira apabila mengetahui en .zalie ditukarkan ke hospital pakar Ismail.)


DAN SATU LAGI BERITA GEMBIRA


hari ini 5 julai 2010....maknanya hari lahir ibuku JUMIAH RAMLI yang ke 54 tahun, kudoakan beliau sejahtera...sepanjang aku di hospital..dialah penemanku..walaupun 3,4 hari ibu dan abah tak temankan aku..namun panggilan dari mereka saban hari pasti ku terima..menanyakan keadaan en, zalie.... mereka berdua ibubapa yang sungguh mulia, walaupun perjalanan jauh dari mersing ke Johor..mereka tidak mengeluh.....selalu ambil berat tentang menantunya..walaupun sudah mempunyai 3 menantu lelaki dan bakal menerima seorang menantu hujung tahun ini....tak pernah membezakan mana-mana menantunya...

Terlanjur aku ke bandar aku terus membelikan makanan dan cupcake untuk di raikan dan di dermakan kepada staff nurse dan doktor ICU pakar putri..(walaupun aku rajin mendermakan makanan dari kedaiku untuk nurse ICU namun. kali ini ianya sungguh bermakna...)

Ku rasakan inilah hadiah yang ditunggu dan lebih mengembirakan untuk ibuku... iaitu pertukaran en zalie ke hospital kerajaan...beliau lah insan yang paling gembira selepas ayah mertuaku dan en zalie sendiri


(hanya ini sempat aku rakam, selainnya sudah di dermakan ke staff ICU PAKAR PUTRI)



PS: SYUKUR, KERANA TUHAN MENDENGAR SUARA HATI KAMI...ALHAMDULLILAH..


Saturday, July 3, 2010

WANITA TABAH VS CENGGENG?

Assalamualaikum, salam sabtu..

alhamdullilah, en zalie dah sedar..namun, dia terlalu lemah, wayar2 yang berselirat dipasang semula...dimana-mana ada...kakinya, hidungnya, mulutnya, dadanya, tangannya...aku tak sanggup melihat, namun aku perlu kuat,...tamo tunjukkan yang aku dalam kesedihan, sememangnya...bila en zalie terbaring kaku, hanya matanya yang dapat melihat ke hadapan, apabila air mataku gagal disembunyikan, aku pasti buat-buat memandang ke arah lain.

aku bukan wanita lemah, semangatku kuat...wanita manalah yang ingin cengeng dengan airmata berjujuran?,,, tapi kali ini ...aku gagal sekali lagi untuk menutup kelemahan yang pasti ada pada setiap wanita

PS bilalah, aku dapat kembali menyuapkan makanan dan minuman ke mulut suamiku?

Friday, July 2, 2010

DUGAAN LAGI..

Apa yang perluku kongsi dengan korang?...semuanya meNyukarkan, mulanya en zalie dah dapat ditukarkan ke wad pada jam 4 petang ( 1 julai 2010)



Namun, dengan tiba-tiba kegembiraan itu lenyap begitu sahaja, baru 1 malam aku dapat menemankan en zalie, layan keletahnya..tawanya...guraunya...suapkan makan dan minumnya, meraba pipinya, janggutnya sudah panjang..tumbuh subur tapi, aku tak pandai untuk menyukurnya. Bila ku tanya abang nak minta ibu cukur janggut?..lantas dia menjawapnya...biarkan dahulu...abang teringin nak ke bilik air



Semangatnya besar, namun dia tak punya kudrat kerana seluruh anggotanya sudah tidak berdaya... lantas aku berjenaka dengannya..... ~biar panjang seperti pulang dari kota mekah yer, macam pak aji?~, dia yang mudah dengan senyuman..hanya melebarkan bibirnya sahaja.. (sure boring layan isterinya yang suka main dengan kata-kata)



Jam 2 petang tadi hingga aku menulis entry ini, keadaannya seperti tidur, kufikirkan mungkin suamiku kepenatan,aku puas memanggil namanya....hingga jam 8 petang, nurse memindahkan semula ke ICU,



PS: DUGAAN DATANG SEMULA, AKU BINGUNG, HANYA TAWAKAL DAN MEMOHON PADAMU ILLAHI