CITARASA RINDUAN

Tuesday, August 31, 2010

KANGKUNG OH KANGKUNG................hati-hati pengemar sayuran ini




Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda. Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut.

Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh. Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.


Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.


Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.


Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.


Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.


Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.


Best Regards,
Dr. Nor ni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.
Tel : +60333756279
Fax : +60333729089

p/s: hati-hati

sumber: copy paste from my email

PENGALAMAN AKU BAYAR ZAKAT....

(PIC FROM GOOGLE TQ..)

Pagi tadi sebelum menguruskan kedai, sempatlah singgah ke masjid…menunaikan rukun islam yang ke 4,…mulanya aku tak tahu pun yang isteri pun boleh membayar zakat,,,namun perlulah atas wang simpanan si suaminya sendiri.

Gabra gak bila nak masuk ke masjid…maklumlah ramai sungguh kaum berlainan jantina di situ….buat muka control ayu pun tak leh gak, sebab nama aku dah ayu…so…..buat muka tak ada jiwa…lalu dihadapan pakcik dan atok-atok dengan tata tertib gitu…heheheheeh

Disebabkan aku wanita…………………….pak imam bagi aku kerusi,,.peeh layanan terbaik tu….dapat cepat menunaikan bayaran zakat fitrah dengan segera..pakcik yang dah berjam menunggu pun tak ler marah bila aku didahulukan….

Terima kasih kepada pak imam f sungai sayong….(pssst..nasib semalam aku dah terserempak pak imam di kedai, terus tanyakan samada bolehkan si isteri yang tolong bayarkan zakat fitrah sekiranya si suami keuzuran?….., jawapannya………….boleh…….kan senang gitu..)

Nak tahu berapa bayaran RM sekepala?....murah jer hanya RM7.50…..alhamdullilah, zakat dah bayar…dok tunggu buat kuih raya jer………….yahoo…dah tak sabor nak raya nie…..

PS: ginilah rupa bila semuanya dah jadi yang pertama atas diriku…………

10 HARI TERAKHIR RAMADHAN - kisah versi aku-


Assalamualaikum, salam kemerdekaan yang ke 53…

Ekkk…….sedapnya ari nie sahur kangkung kampong…Semalam lepak ko, makanan habis dijual…alhamdullilah, rezeki ramadhan…sambil layan pelanggan, sempat pulak mata dok jeling-jeling kat pemuda pemudi yang dok ralit buat bara api untuk sambut kemerdekaan, kata pelanggan yang singgah, malamnya ada pertunjukkan bunga api, bakar BBQ daging kambing dan ayam…peeh…..

Lepas berbuka, mak ngan abah ajak pi shopping pakaian anak-anak pekerja Indon…aku tamo….tengah menyiang sayuran buat niaga ari nie…lagipun aku semalam sempat pi kedai baju deret kedai aku…cari 3 helai baju raya untuk pekerja…kira sattlelah tu….

Lepas siap semua kerja, dok depan tv..temankan en zalie…ingat nak layan malam 31 ogos….tapi yang sadisnya…tv yang tengok aku…..nasib en zalie dah boleh uruskan sendiri makan minumnya..alhamdullilah…kesan pemakaian mesin terapi elektrik yang dihadiahkan oleh abah padanya.

Nie nak lah kongsi sikit kat korang peristiwa semalam, 10 hari diakhir ramadhan…dalam 10 hari terakhir ini kita akan diuji dari sudut keimanan dan ketaqwaan. Korang sendiri tahu 10 terakhir ramadhan kita di galakkan mengamalkan perbuatan yang baik-baik untuk mencari fadhilatnya…jua terdapat 1 malam lailatuqadar…sama-sama kita membuat amalan seperti solat hajat, perbanyakkan membaca al-Quran dan sebagainya…….

Peristiwa yang berlaku pada aku semalam..banyak menguji kesabaran aku, mulanya pilah ke BSN, penuh customer…tak pernah-pernah BSN cawangan F Sungai Sayong ramai pelanggan,,,lepas urusan siap…terus menuju ke MAYBANK, dalam perjalanan abah call…minta ke JOHOR..adeh jam dah jam 10setengah, urusan kat Johor sebelum 12 tengahari…berderau gak hati aku,,sampai bank lagilah ramai pelanggan 3kali ganda ko..………….nasib aku guna mesin..tak lah teperangkap lama didalamnya.

Jam 11.30 terus ambil Umai, tinggalkan en zalie kat umah sekejap…mujur selepas sahur dia dah mandi dan buang air besar,…siap lagi aku pesan memesan agar dia jangan itu ini…begitu begini,,,,,,,,,pesanan gila babai….

Semasa perjalanan ke johor, berlaku kesesakan lalu lintas…dengan jem yang tak tahu nak kata apa….adeh…..sabor jerlah…

Nasib sampai ke johor sebelum masa yang abah tetapkan….lepas siap urusan…aku terus pandu pulang ke rumah semula,,,disitulah kisah bermula,,abah bawa keter kat depan..aku follow belakang, Umai aku minta duduk diam-diam…nasiblah Umai dah faham….

Lalu ikut haiway….dari kempas meuju ke kulaijaya…hujan turun dengan lebatnya….siap ujan putih….aku risau gak, terus buka lampu hujan..pasang waiper sederasnya…….adeh…suasana kanan kiri semuanya putih…..pandu slow-slow…sehinggalah ke tol senai..abah call…dia kena patah semula ke Johor ada urusan yang belum selesai…

Adeh…..dengan keadaan cuaca yang tak elok…aku teruskan pemanduan….ayat al-quran dan zikir jadi peneman……………Umai, tidur dengan nyenyak…alhamdullilah kiranya tak mendatangkan masalah…masa tu macam nak tercabut jantung…adventure betul…..korang yang biasa terperangkap dengan hujan yang putih pasti dapat merasainya saat yang aku lalui..

Sehingga sampai ke Bandar Kulaijaya, area tu mudah ditengelami air bila hujan tak henti selama 3 jam….keadaan bertambah sukar,.,,,bila tayar storm berjalan diatas air….mulalah kenderaan tersasar,,,mujur ku pandu dengan berhemah…teringat skill yang diajar oleh en zalie semasa hujan lebat….

Akhirnya sampai ke kawasan Memorial Park Kulaijaya ( kubur cina daaaa….), hujan turun renyai…alhamdullilah…..aku terlepas dari ujian Allah….

Sampai ke rumah dalam jam 1.30petang, kena bantu semula di kedai…terpikir sejenak peristiwa yang baru ku lalui…ianya benar-benar menguji ibadat puasaku…alhamdullilah sehingga lah waktu berbuka..aku masih tabah dan semangat walau belum dapat berehat untuk membuang penat dan lelah.

Hasilnya, rezeki pada hari itu diperbanyakkan olehNYA, jam 6 petang makanan habis dijual kecuali kuih muih sahaja,….

Sesungguhnya aku tahu bahawa Allah maha kaya….setiap berlaku ada hikmahnya..itulah peristiwa pada 10 terakhir ramadhan yang kulalui.

PS: selagi tak datang puan Period, selagi tu aku berpuasa,,,,,setiap yang berlaku ada nikmatnya…

Monday, August 30, 2010

DUIT RAYA..............

Aku dapat duit raya….yahoooooooooooo………

Nak buat apa eik ngan duit nie, kalau beli baju raya, kasut raya, beg raya lepas gak nie

Tapikan kalau aku beli mercun pun okey gak….leh bakor ..meriah malam raya nanti…………eik

Tamo..tamo….aku rasa baik aku beli kuih raya…..boleh makan sama-sama…eik..mana boleh tu duit atas nama aku….ada orang yang pemurah hati sedekahkan kepadaku..kena gak beli keperluan lebaran nanti

Terharu saat menerima wang itu….ingatkan tiada Insan yang perasan akan kesusahan kami, rupanya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..DIA turunkan seorang penderma untuk membantu meringankan beban kami saat kami dalam kesempitan.

Terima kasih kepada penderma tersebut, tangan yang menghulur lebih berkat dari tangan yang menerima,,,,hanya doa supaya rezeki beliau bertambah-tambah dan diberkati olehNya…amin

PS: korang bantu aku ya…………………rasanya apa yang patut ku beli dengan duit raya tersebut?

Sempat tak sempat-senyum ajer lah........


Assalamualaikum, selamat hari isnin, hari nie dah 20 ramadhan, sekejap nyer masa berlalu…korang dah sibuk ker ngan persiapan raya? sempat tak sempat...senyum ajer lah kan.....untuk aku lak persiapan?....adeh ler sikit…lelain beli segera jer, esok pulak hari kemerdekaan yang ke 53…..tak adalah rancang nak kemana-mana pun….hanya merdeka dirumah ngan keluaraga jer kot…

Mana tau, leh layan tv…tengok sambutan kemerdekaan…leh tengok percikan bunga api, perbarisan..…nak pi kesana….adeh…tamo ler layan kebanjiran manusia…rela terperuk kat umah dari bermandikan peluh..

Hari nie kan, nak lah habaq kat korang, sudah sekian lamanya aku bercuti..akhirnya aku kena kerja semula…nie pun gara-gara 4 orang pekerja pi balik Indon…tapi aku bantu tak lama ler, dalam seminggu jer, lepas tu CITARASA RINDUAN ditutup semula,,,,,

Kalau ikutkan persiapan kat umah sempena lebaran dah siap 80%, hanya nak siapakan sebalang dua kuih raya atau kek…itupun kalau rajin ler,….hehehhehe….adalah sikit order kat sedara mara macam kuih siput ngan kek buahan…

PS: nak belikan maid baju raya ngan sedikit ole-ole untuk anak mereka di Indon….harap2 sempat cari malam nie sebelum depa berangkat 1 hb….sempat tak sempat...kena senyum ajer ler.....................

Sunday, August 29, 2010

PROJEK DENGAN KAK LONG


Assalamualaikum, salam ramadhan yang ke 19, 2 hari aku tak blogging, sibuk buat persiapan raya, sental sana sini, gantung sana sini…sampai badan lenguh kanan kiri..tu yang terbongkang atas tilam tak sedor diri ko……adeh…..

Semalam keluargaku dikunjungi oleh abang longku sekeluarga, tujuan asalnya dia nak melawat en Zalie, oleh kerana dah lama tak bersua, aku masakkan makanan kegemaran mereka, mee bangung, nasi ambeng, pau sambal dan ayam goreng berempah….air aku buat cincau 2 jag, sirap 1 jam dan teh O 2 jag.

Macam sotong kurita dibuatnya, nasib tangan ada 2 ko..., dussss...dassss......eik....lagilah si cilik Umai membantu menambahkan kesibukkan di dapur. Ingatkan diorang datang dengan tangan kosong…..rupanya mee rebus setulang, kuih muih sampai tak muat meja….

Seronok saat mereka datang berbuka bersama-sama….terharu kerana sepanjang berpuasa inilah kali pertama kami dapat berbuka dengan ahli keluarga aku…namun,belum lagi ada kesempatan nak berbuka dengan kedua ibubapaku…Insyallah, aku dah minta izin dengan en zalie, 7 hari sebelum syawal, aku nak pulang ke kampong dalam 2,3 hari..insyallah…

Bercerita tentang abang iparku dan keluarganya…terima kasih kerana membuatkan satu hari dirumahku diisi dengan gelak tawa,terubat jua rindu dengan mereka,lagilah dapat bersama-sama menuju ke rumah mak Ngah di Felda Tiram untuk mengziarahi sepupu kami yang sedang melawaN penyakit kansel hatinya…, ku doakan kak long segera sembuh,,,,,amin. Apabila berjauhan bila berkumpul bersama …indahnya saat itu. Terima kasih sekali lagi…

Ditambah dengan kehadiran jiran dikampung iaitu Kak Nor, suaminya, Jamaliah, Yana serta anak-anak mereka..seperti berada di dalam suasana lebaran….Untuk Kak Nor, sedang sarat mengandung pada 3 .10.2010….ku doakan agar selamat melahirkan baby dengan selamat. Amin…

PS: hikmah bersabar…….

HAPPY BIRTHDAY SYAFINAZ


Happy birthday to you…

Happy birthday to you….

Happy birthday to manja …..

Happy birthday to you……..

Selamat hari lahir yang 3tahun syafinaz, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki….genap 3tahun, bersamaan 29hb ogos…Mak Ngah mendoakan manja menjadi anak yang solehah….

Manja a.k.a syafinaz merupakan anak ke3 kak longku….seorang kanak-kanak yang pendiam…namun bijak, bila bersua…Umai pasti menjadi peneman bermain dirumah….walaupun karektor mereka berbeza, namun aku bangga kerana Manja sudah boleh bergurau denganku…..

PS: maaf sayang, tiada hadiah yang mak ngah titipkan kepada kamu…hanya doa supaya kamu menjadi insane yang berguna…amin.

Friday, August 27, 2010

Taktik Menculik kanak-kanak di Shopping Complex



Aku ambil nota ini dari sahabat FB, ianya perlu diambil serius.....sama-sama kita mengatasi masalah ini...

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JBSubject : Child Kidnap Trick in Carrefour, JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.


Even if you do not have little kids, pass this one on to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mail! Please, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks!


Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Wanted to share something that happened today while shopping at Carrefour. A mother was leaning over looking for meat and turned around to find her 4 years old daughter was missing. I was standing there right beside her, and she was calling her daughter with no luck.


Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

I asked a man who worked at Carrefour to announce it over the loud-speaker. He did, and left me, he immediately walked right past me when I asked and went to a pole where there was a phone. He made an announcement for all the doors and gates to be locked, a code something. So they locked all the doors at once.


Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

This took all of 3 minutes after I asked the guy to do this. They found the little girl 5 minutes later in a bathroom stall drugged. Her head was half shaved, and she was dressed in her underwear with a bag of clothes, a razor, and wig sitting on the floor beside her, to make her look different ..


Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Whoever this person was, took the little girl, brought her into thebathroom, shaved half her head, and undressed her in a matter of less than 10 minutes. This makes me shake to no end. Please keep a close eye on your kids when in big places where it's easy for you to get separated like Shopping Malls. It only took a few minutes to do all of that. Another 5 minutes and she would have been out the door.


Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

I am still in shock that some sick person could do this, let alone in a matter of minutes. The days are over when our little ones could run rampant all over the place and nothing worse would happen then them annoying people. The little girl is fine. Thank God for fast workers who didn't take any chances .



SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !BE SURE TO FORWARD THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE !

AKU BERLAKON NGAN FARID KAMIL -leh pegang, leh sentuh tu beb-



Aku berlakon ngan Farid Kamil?

Nak ker Farid bergandingan ngan aku?

kalau betul......................

Oh bangganya dapat berpelukan, bersentuhan…sure tidurku tak lama….

Tak lena asyik ingatkan bau badan si Farid Kamil tu….

Hahahahhaha……………….

Lawak jer, sajer nak main ngan FB nie hah….

Nak join sila klik sini…

http://apps.facebook.com/pasangan-artis/?ref=mf

PS: itu kalau..kalau betul?....dijauhkanlah…….tak rela pegang sana sini tubuh lelaki yang bukan muhrim…..


HAPPY BIRTHDAY KAK LONG (JUNAINAH AB RAHMAN)

Happy birthday to you…

Happy birthday to you….

Happy birthday to kak comel …..

Happy birthday to you……..

Selamat hari lahir yang 34 tahun kak long, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki….genap 34 tahun, satu usia yang semakin menuju kehadapan,,,semakin matang dalam kehidupan mengharungi dugaan Illahi, bersama-sama suami dan anak-anak tersayang.

Ayu mendoakan agar kak sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNYA….tiada hadiah yang dapat ayu berikan hanya ucapan yang tak seberapa….semoga kak gembira….

Insyallah kita dirahmati olehNYA…amin

PS: dengar-dengar dapat hadiah dari wah chan….(cincin emas eik?)

KES ROGOL- semakin menjadi-jadi-

(PICTURE FROM FB)

Aku pening dan serba salah dengan keadaan ahli keluarga era zaman kini, acapkali aku terdengar, terbaca atau berkongsi cerita dengan sesiapa tentang masalah sumbang mahram……

Baru sebentar tadi di tv3 jam 7 malam, menyiarkan berita tentang 5 orang adik beradik perempuan dirogol abang kandungnya sejak berusia seawal 11 tahun sehingga 7 tahun berlalu, ditambah dengan ayah kandungnya yang menagih dadah….. nauzuilla….

Bertambah pilu apabila aku terdengar…………….

  • Abang rogol adik
  • Abah rogol anak
  • Atuk rogol cucu
  • Pak saudara rogol anak sedara

Dimana sifat pengasih dan penyayang mereka-mereka itu?...tak sedar ker merekalah sebenarnya penyelamat bagi pemangsa tersebut. Sudah hilang iman? Apatah lagi sifat segan pada pemangsa tersebut….

Teringat masa aku kecil, tak punya adik beradik lelaki, tapi penuh dengan kasih sayang dari abah dan pakcik saudara lelaki, malahan atuk turut menjaga kebajikan aku, bila aku kata nak makan aiskrim,,sanggup atok pandu Van ikannya ke kedai cik Bibah untuk penuhi kehendak aku. Bila aku demam, dikejutkan doctor Suraya di klinik Senai…begitu besarnya pengorbanan mereka..

Teringat juga, tentang sepupu lelakiku…apabila ada Budak lelaki nakal

yang cuba mengugut atau mengejek aku, sudah semestinya sepupu aku serang penyangak tu semula. Hebat jua aku, dikelilingi lelaki yang sebenarnya bernama lelaki sejati…

Ingatlah para lelaki yang bertopengkan manusia dan bertuhankan nafsu…..perempuan dijadikan dari rusuk lelaki olehNya, renungkanlah…..perempuan jua insan yang lemah yang harus dibimbing kejalan yang benar bukan kejalan penyesatan……

PS: semakin pupus lelaki zaman kini, semakin menjadi-jadi nafsu sarakah mereka…nauzubilla….

PUASA-PUASA- aku dapat award-


yahoo.......terima kasih kepada mama najlaa sebab sudi memberikan award nie pada ayu....

Happy gile, setelah sekian lama ayu menyepikan diri dari dunia blogging...ada gak yang sudi pas award comel n cute nie...

Nasiblah amik award nie tanpa syarat...so...enjoy.......nak pass kat kekawan bloggerlah......
So, kepada yang berkenaan sudi-sudi amik ya.....


NAK DITURUTKAN ATAU TIDAK?............ adeh, serba salahnya....

Pening kepala dengan kak long aku nie, pujuk aku balik kampong, birthday dia ari nie pulak….`teringin` nak jumpa pulak tu…aku nie kalau bab teringin memang tak leh handel…nak jer start kunci storm..balik sekarang gak….kesian beb, mana taukan… karang baby yang dikandungnya seiras aku, rindu punya pasal ngan aku..hahahha (sure kulit hitam)…

Karang tak turun majuk pulak, memanglah dah lama tak jumpa, dia duduk kat selangor, ari niekan selangor off sempena nuzul quran…tu yang dia sekeluarga pakat berpuasa kat kampong…

Ikutkan naluri aku, aku memang tak sampai ati…perjalanan ke kampong pun tak lah jauh sangat…1 jam jer, tapi…tapi……(ada tapi pulak….)

Sanggup ker aku tinggalkan suami tercinta?, kalau aku makan sedap ngan ahli keluargaku…sudah tentu aku takkan berselera besor, walahemah ketam ker,udang ker,ayam panggang ker, ikan pari bakor ker,,,yang dok tersenyum diatas meja, menjerit memanggil nama aku untuk di rasa…sudah semestinya ingatan aku kat en Zalie kat umah…

PS: maaf dipinta..tahun nie memang tak sesuai…insyallah ada jodoh dan masa. Tahun depan kita berbuka bersama di hotel ya………..

Thursday, August 26, 2010

(KHAS UNTUK WANITA)JAGA ADAB- buat malu kaum sejenis sahaja


(kredit to mr goggle)

Assalamualaikum, selamat pagi...hari nie dah 16 hari umat islam menunaikan ibadat puasa, pejam celik pejam celik dah nak sambut lebaran, sekejap sahaja masa berlalu,semasa dibulan yang mulia inilah kita diuji dari segi rohani mahupun jasmani. Itulah lumrah kehidupan. Samada kita kuat menangani situasi atau sebaliknya.

Aku nak tegur sikit tentang perangai segelintir wanita… bukanlah arif sangat dalam bab bagi nasihat, mahupun bukan bertujuan nak aibkan sesiapa, maklumlah aku bukan counselor yang diiktiraf tapi, kalau sesama jenis nie baik lah kita sentiasa ingat meningati..

Wanita dikurniakan dengan sifat lemah lembut, penyayang dan berhati sensatif, tapi kalau dah start menengking, mengherdik atau menghina…itu dah dikira melampaui batas.

Kes nie ada kaitan dengan aku, kerana kejadian berlaku di hadapan mataku….

Korang cuba renungkan…(kalau lelaki yang terbaca..maaflah ya, kaumku ini sebenarnya kurnian Illahi yang sangat elok ciptaannya, hanya kadangkala terlebih emosi atau terlupa diri…)

Apek: Adik, saya datang mahu angkat ubat.

Wanita: apek….ini temujanji jam 8 pagi, apa pasal datang jam 1.30 tengahari…apek tak tahu baca ker?...doktor tak ada…dah rehat.

Apek: (menggarukan kepalanya, walaupun dia akui kesilapannya) Anak saya tak boleh hantar, saya tak boleh pandu sendiri, sekarang baru ada senang, boleh angkat itu ubat ker?

Wanita: apek…..tak faham bahasa ker?...doktor sudah balik….apek baliklah….lain kali ikut itu tarikh dan masa, sekarang apek balik, sebulan lagi saya bagi tarikh baru boleh datang.

Apek: Boleh tolong saya ker?...saya sakit

Wanita: (dengan mata dan bahasa kasarnya) lu balik…lu balik……ini bukan tempat suka-suka datang, suka-suka jalan. Sendiri sakit, sendiri tak ikut masa….

Apek: (terlopong mulutnya, menundukkan kepala…)

Rentetan dari peristiwa tersebut, beberapa pesakit yang menunggu doctor bercakap sesama mereka…ada pesakit lelaki tua, membisikan sesuatu pada aku..namun dalam suara yang boleh didengari oleh 2 deret kerusi.

Pakcik: kalau wanita yang suka marah-marah, tak kisahlah datang bulan ker, penat ker, puasa ker,tapi kita satu Negara, cubalah bertutur yang elok-elok….buat malu kaum Melayu sahaja…buat malu kaum awak sahaja…

Aku: (terkejut dengan soalan dari mulut pakcik itu) Saya pun terasa dengan kata-kata wanita itu…nak buat macamana bulan puasa, sabar ajerlah pakcik……ini tempat dia, dia boleh tutur dan buat apa sahaja.

Pakcik: Habis tu? Boleh herdik atau bentak sesiapa ikut suka jer ker, tak kira usia?

Aku: (bukan tamo panjangkan cerita, kerana masa tu pun aku tak kuasa nak layan pekara yang memeningkan kepala…amanahku hanya untuk suami tercinta dan Umai yang memegang buku dikerusi kananku nasibku baik, kebetulan nombor giliran suamiku dipanggil) Maaflah pakcik, nombor giliran suami saya dah tiba, saya pergi dahulu…

PS: bukan susahpun, doctor on call kan ada, penyelesaiannya, apek itu balik ke rumah dengan sebungkus ubatan…abis cerita….satu bangsa satu bahasa......

Wednesday, August 25, 2010

INJAK NAJIS PADA JALUR GEMILANG, BUKAN AMALAN KITA...



Inikah moral kita?
Inikah peribai kita?

Yang pasti.....
Ini Bukan Cara kita,
Ini bukan citarasa kita
Ini Bukan menggambarkan keperibadian kita

Yang pasti
Kita ada akal
Kita ada pemikiran yang waras
Kita masih ada tanggungjawab
Kita Bukan mereka...

Usah diperlekehkan
Usah dipertikaikan
Usah di hasut
Usah diracun

Kita adalah rakyat Malaysia
Yang.....
Cintakan bumi bertuah
Kerana kita satu bangsa
Satu Negara, Satu jiwa

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53....

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA


TAHNIAH, AKU DAPAT ANAK LAGI…


Adeh, bunyi entry bergegar jer, gempaq sudah…macam aku yang bersalin….hehehehehh…..jangan mare yer, okey aku nak habaq kat korang nie, rakan blogger kita Azian Muhammad, baru melahirkan seorang putera pada 22 hb ogos 2010…..11.37 malam,seberat 2.84kg, alhamdullilah, kini beliau sudah memperolehi 2 orang cahaya mata..

Malam semalam dalam jam 7.55 Malam, beliau telah menghantar system pesanan ringkas ke handphoneku…

Salam, selamat berbuka,k.ayu sihat? Harap semuanya ok, just nak bagitahu saya dah selamat bersalin. Baby boy, 2.84 kg 22hb 11.37 malam-azian-

Tahniah ku ucapkan kepada beliau, semoga beliau sihat dan dapat menjaga anaknya dengan baik, maklumlah suaminya pun ringan tulang, senanglah Azian menguruskan si kecil.

Kali pertama dan terakhir bersua dengan beliau,sebelum Azian belum bersalin, dia dan keluarganya datang berkunjung ke CITARASA RINDUAN dan ke rumah CIK MAT GEBU. Tak silap aku 2 minggu sebelum suamiku dimasukkan ke hospital Pakar Putri.

Untuk pergi ke blognya korang klik sini.

PS: tambah lagi budget duit raya……….

HANCUS GARA-GARA ESC


Assalamualaikum, selamat pagi…..semalam tak sempat nak tayang kuih roti jala berinti kat korang, semuanya gara-gara drama Epilog Syurga Cinta, roti jala berintiku tak comel-comel, gelebeh sana sini…adeh….rasanya? memang tip-top….(puji diri sendiri…lalalalla) En Zalie makan 3 ketul, Aku?.....tamo…hanya berbuka Nasi Ambeng CITARASA RINDUAN. Kalau masakan kari aku lemah bebenor….gerenti keluar masuk toilet, nyaya jer…

Bercakap tentang Epilog Syurga Cinta, memang best gile, drama nie yang bersiaran pada 6.30 petang hingga 7.30 malam…. pasti mengganggu tumpuan aku menghadap juadah…tu yang kurang 15 minit aku terus offkan siaran, rugi? Biorlah janji aku dapat menunaikan ibadat berbuka dengan aman

Asalnya aku tersuka kat drama nie gara-gara di ward HIS menjaga En Suami…tu yang hingga kini aku demam ngan drama kegilaan ramai, payah kan kalau dah jatuh cinta..ari-ari kena menghadap…

Yang pasti suka dengan lakonan si cilik Mysara (nama betul aku lupalah…..) dan si Aida (rupa iras-iras dato Siti Nurhaliza), walaupun mereka baru dalam bidang lakonan, namun ciri-ciri wanita terakhir ada kat depa berdua…Mysara walaupun baru berusia 4 tahun namun pandai memainkan karektanya sebagai adik yang sangat muslimah….Comel, cute….adeh…potongan rambut ada macam Nur Umairah anakku…

Yang sangat-sangat membuatkan aku suka tonton drama nie, Umai pasti mencemik bibirnya, cemburu lah tu kat Mysara…….hairan bin Ajaibnya tiap kali drama nie bersiaran Umai lah orang pertama yang jadi reminder kat aku….

“Ibu, citer kakak Mysara ……citer kakak Mysara dah start nie…cepatlah…..”(bak kata pepatah….benci tapi mahu)

PS: hari nie Ujian OSA (Obstructive Sleep Apnoea) di Hospital Sultanah Aminah dari jam 12 Tengahari -12 tengahari pada 25 ogos-26ogos 2010. sekiranya pihak hospital benarkan, aku akan menjaga suamiku disana…Automatiknya, aku akan bercuti sehari dari blogging. Terima kasih…

Tuesday, August 24, 2010

TAHNIAH IRZAHIDEN TUMIAN- kamu sudah bergelar bapa-

(gambar semasa kami bersua...ingat-ingat itulah pertemuan yang terakhir sebelum Jaja bersalin)

Nak habaq sikit, sahabat paling rapat di kampung iaitu Irzahiden bin Tumian telah mendapat gelaran Ayah pada hari ini jam 10 pagi, bersamaan 24 Ogos 2010... tahniah ku ucapkan kepada beliau...

Yang paling best, anak pertamanya perempuan.....kelahiran yang amat dinantikan ayahnya iaitu En Tumian B Dahlan. Sebelum nie, Irzahiden dah dapat 2 orang anak saudara namun kedua-duanya lelaki....

Alhamdullilah, rezeki dibulan Ramadhan, Isterinya iaitu Khairun Nizah Alias ku gelar Jaja, selamat melahirkan anak mereka dengan selamat...

Kini, Jaja dan anaknya masih di Hospital Pakar Ismail, aku berani tulis entry khas untuk beliau kerana keterujaan aku terhadap kelahiran puterinya...Irzahiden baru menyampaikan berita gembira ini kepadaku...

Tahniah sekali lagi Irzahiden dan Jaja,......

PS: kena lebihkan budget duit raya, maklumlah ada anak saudara baru.....hehehehe

AKU NAK CUBA - HANYA RM 1,560.00 AJE-

Aku nak cuba yang nie satu malam ajer, kalau En zalie terlebih bajet...aku nak dia booking 3 hari 3 malam.....syok oooooo dapat tidur lelama....lagilah bulan posa.....(terus batal puasa aku...heheheheh)




kalau susah gak nak tempah, aku minta yang macam nie pulak, ala....murah jer RM 1,560.00 pakai duit nuffnang yang aku dapat tu......tak cukup?....ala....pinjam kat blogger pemes nun, Ben Ashaari..hahahahah


tapi, semuanya adalah angan-anganku, Insyallah mana tau kan.....akan bertukar ke reality......korang doakan lah yer, sampai gak satu ari kat hotel klass nun....lokasi.?...dekat jer kat Meilenwerk, Stuttgart, JERMAN.....hehehe

untuk info selanjutnya layan sini

7 JENIS MUKA MAYAT DALAM KUBUR

(kredit to mr Goggle)

INFO INI AKU PEROLEHI DARI SAHABAT FACEBOOK, TERIMA KASIH SIS DIAN DAN ISMA..

Subhanallah....Pengalaman dari Penggali Kubur....

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya.

Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja.

Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan.

Siksa api neraka amat pedih .... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.




HIBURAN ADALAH ERTI KEMERDEKAAN?


Seminggu lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 tahun, jesteru itu kita sebagai pewaris Negara pasti menyambut dengan pelbagai cara..ada yang menunjukkan erti kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing, di premis atau rumah dan sebagainya. Adakah itu sudah mencukupi?

Begitu juga dengan stesen tv atau media, mereka berlumba-lumba mencari altenatif untuk menarik perhatian penonton, samada dengan dekumentari, drama pendek tentang kemerdekaan atau hiburan nyanyian dari artis yang mendengdangkan lagu patrotik mahupun lagu-lagu santai. Setujukan kalian?

Aku begitu bangga, sebagai anak Malaysia kita kaya dengan kemewahan hasil dari penat lelah datok mayang kita yang berjuang untuk menegakkan kemedekaan..

Namun, aku terkilan dengan pewaris era kini, yang menganggap remeh atas perjuangan mereka, bagi mereka merdeka adalah hari cuti yang hanya disambut di tempat-tempat istirehat seperti kawasan air terjun, pantai dan sebagainya ataupun, merdeka hanya disambut di hadapan jam yang menunjukkan detik 12 tengahmalam pada setiap 31 ogos dengan pekikkan dan lolongan kemudian disusuli dengan hiburan semata-mata..

Ada yang lebih merdeka, melakukan perbuatan haram seperti menonggak minuman keras, hubungan seks atau sebagainya, Nauzubbilla……itulah reality era kini,,

Bunyinya agak menggerunkan, namun itulah yang berlaku era kini…

PS: pandang wajah anak-anak kita, adik kita, saudara kita……pupuklah erti kemerdekaan yang sebenar agar mereka tahu susah payah datuk moyang kita menegakkan kemerdekaan. Itulah cara agar menunjukkan kita ingin merdeka dari dibelenggu masalah social pewaris Negara…MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA