CITARASA RINDUAN

Sunday, October 31, 2010

biar hilang suami dari hilang anak sendiri......

Salam hujung minggu…

Hari ini berbelanjer pasar untuk bahan mentah lagi…………….kat mana?...

Di kipmart Saleng, Kulaijaya…

Sedap berbelanjer sambil layan umai yang asyik dengan vcd upin dan ipin, ada penyampaian Sijil untuk pelajar Pra Sekolah Peringkat Kulaijaya tahun 2010 dibooth pentas utama…

Seronok juga, dapat layan pelajar pra yang mempersembahkan pelbagai hiburan….aku dan umai pun turut goyang…hehehehehe

Wajah ibu dan abah pelajar pun ada, ada yang gembira dan ada yang kepenatan…mana tak penat?..entah-entah program dari jam 2 petang, sekarang dan jam 5.30 petang….layan anak yang berumur 7 tahun kebawah agak penat fizikal…maklumlah…dah cara kanak-kanak…suka lari dan berjalan tanpa henti…lagilah dikawasan terbuka, ada pelbagai bentuk permainan yang si kecil tertarik…

Tadi, ada juga ibubapa yang kehilangan anak kecil…terleka membetulkan pakaian jubah untuk si abang, si adik dah merayau ke mana-mana…nasib jumpa ko……….itupun tempat yang mudah..di kedai permainan…kalau hilang di colek orang? Oh…………kes nyaya…

Akibat dari peristiwa ini, ingin aku beri ingatan kepada aku dan sahabat yang ada anak-anak kecil….kalau kita sedang menguruskan sesuatu perkara…ingatlah anak kita….

Kadangkala kita mengharap pasangan kita yang menjaga si kecil kita, namun pasangan kita pula yang anggap si kecil ada pada tangan kita…..

Jangan gigit jari kalau si kecil hilang tanpa dapat dijejaki…jenayah dimana-mana….ambil langkah bijak…pasangkan alat pengesan kehilangan ker?, ikat tangan anak kita dengan tangan kita ker?…(biarlah apa orang nak kata….asal anak kita tak hilang)

Jadikan kes kehilangan adik nurin dan anak-anak kecil yang hilang tanpa berita sebagai sempadan…awasi anak-anak kita!!!

PS: minta dijauhkan kes macam ini…….ngeri……

Zamarul takut nak melakonkan babak mandi jenazah- CEREKARAMA AKU INGIN PULANG TV3-


Orang lain seronok layan bola….n9 vs kelantan (keputusan 2:1 dalam masa 65minit perlawanan berlangsung) …final ko………..

Aku pulak layan drama tv 3 cerekarama….drama ini aku dah baca sinosipnya dalam metro harian…itu yang buat aku nak menontonlah sangat….

AKU INGIN KE SYURGA…itulah tajuk cerekarama tv 3 pada 30hb oktober 2010

Pelakon utama si Zamarul yang membawa watak hanafi (along), awal-awal dah buat kenyataan, tak sanggup nak melakonkan part babak kena mandi jenazah. Namun dipujuk pengarah, akhirnya zamarul bersetuju untuk menghidupkan drama ini..zamarul teruskan jua..lagi-lagi part ulat kat badan zamarul semasa dia terlantar sakit…ahaks…geli ko…

Itu yang berkobar-kobar layan citer nie…meleleh air mataku…..

*****************************************************************

Hanafi nie, anak sulung kepada Rabiah (Ku Faridah Ku Shafie), anak yang paling kurang ajar, suka mencuri duit rabiah, mementingkan diri sendiri, memukul dan melakukan apa sahaja terhadap rubiah untuk memperolehi wang…tepengaruh dengan rakan sebaya yang hanya tahu berseronok hingga biadap kepada ibu sendiri.

Mempunyai adik lelaki dan perempuan, namun sentiasa bersifat kasar terhadap mereka…lakonan Almy Nadia(adik) dan Nazim Othman(angah)

Mula berubah dari baik ke jahat, akibat kesan kesal tak dapat menyelamatkan arwah ayahnya semasa rumah keluarga hanafi di timpa kebakaran.

*******************************************************************

Sehinggalah satu hari hanafi memaksa rabiah mengeluarkan wang simpanan untuk membeli motor baru. Waktu itu rabiah diheret dan dipaksa, berlakulah kemalangan sehingga memaksa hanafi lari ke Bandar kerana menyangka rubiah meninggal dunia.

Selama 15 tahun hanafi dibandar…bergelumang dengan maksiat, mencuri, berzina, kaki pukul, ketua samseng dan menjalankan aktiviti pelacuran… menjadi amalan hanafi dikota bandaraya.

Sepanjang itu, Rabiah sering memohon kehadrat esa…mohon ditunjukkan hanafi kepengkalan jalan…, mulia sungguh naluri ibu……..mendoakan agar hanafi dalam keadaan sejahtera dan selamat..

*************************************************************

Hinggalah satu hari hanafi dibelasah oleh sekumpulan samseng yang lain hingga hanafi koma…..

Barulah hanafi pulang ke rumah, rabiah menerima apa jua yang berlaku keatas hanafi, dengan bau busuk, ulat-ulat dari badannya…kasih sayang seorang ibu tak pernah putus semasa menguruskan keperluan anaknya……..

Syukur diakhir hayat sebelum hanafi menutup mata..rubiah memaafkan kesemua kesalahannya..Hanafi sempat bertaubat dan mengucapkan kalimah sahadah..

Hingga luka dan ulat yang dah lama ada pada hanafi hilang sekelip mata semasa mayat hanafi dimandikan…begitu lah mudjizat yang diberi oleh Allah…lebih-lebih lagi hanafi sempat bertaubat sebelum menghembuskan nafasnya..

*************************************************************

Drama aku ingin ke syurga, sungguh menghayat hati…kisah yang berkisar di dalam sesebuah keluarga, walaupun jalan cerita seperti drama-drama sedih dan pengorbanan ibu yang lain…

Namun drama ini lebih elok dan lain dari yang lain….bagus dijadikan tauladan dan sempadan…semoga drama ini berjaya dinobatkan sebagai pemenang untuk anugerah skrin tahun hadapan..insyallah…

Allah Hu Akhbar…


Saturday, October 30, 2010

testimoni produk slim giveaway alinac lover..

Testing…………

First time menggunakan produk slim alinac lover, ala produk yang aku menang giveaway tempohari..

Hari ini, lepas umai lena…aku try ko……….mandi dengan menggunakan sabun slimminh the natural essence soap anti-cellulite

Kata yong, aku perlu gunakan sabun ini semasa mandi….mula-mula kena gosok kepada permukaan kulit yang kita tak suka ( ala yang terlondeh sana sini tu…..ehehehehhe)

Gosok sampai keluar buih tau…..

Tak ada rasa apa-apa pun..bau pun sedap….perisa orange gitu……aku apa lagi…dimana ada part yang aku rasa tak cantik…aku lumur ko………..hahahahahah….kan free..guna selagi puas hati…

******************************************************************888

Siap mandi…aku cuba krim pulak…namanya natural essence hot & gel for burning of fats and anti- cellulite

Peeeh…………harumanya memang best, still sama…orange ko….kalau kuih dah aku telan……ahaks…

Aku ingat kata-kata si yong..bubuh sikit-sikit, nanti silap bubuh…sure berendam…aku letak sikit-sikit kat part yang sewaktu dengannya..

Aku ikut arah lawan jam..(ini idea aku sendiri..mana tau berkesan….ehehheeh)

Adeh….

Adeh….

Panas ko………………..hangat…..membara…memang terasa kepanasan krim ini..walaupun bubuh sikit kesannya terasa ko…………

Okey…ini hari pertama 30 oktober 2010 aku gunakan produk slim yang yong bagi kepada aku….

Sekarang berat badanku 61.5 kg….

Kita tunggu 5 november 2010,…seminggu lagi..berapa berat badanku selepas tarikh tersebut?

PS: mana tau…boleh kurus selepas ini………….hilang 1 kg pun okey kan????

cuti berblog lagi....harap-harap korang memahami...

Nampak gayanya hari nie, kedua-dua majlis perkahwianan sepupu dan majlis pertunangan sepupu en zalie aku tak dapat raikan…..

Selepas menyiapkan menu tengahari..aku berkejar ke klinik kulaijaya…Umai demam panas…yang pelik tu..semalam elok jer, tidur malam tadi pun nyenyak jer…

Ini pun baru aku hantar berurut………minta-minta selepas diurut dan makan ubat…kuranglah panasnya…risau hati ini..

2 hari lepas umai ada kata…jatuh dari buaian kat tabika, kena tolak dengan pelajar lelaki…tapi…aku ingat tak lah serius,,,,budak-budak kan suka nak mengadu..itu yang anggap tak lah penting….

Harap-harap sembuhlah anakku itu…..kesian pula…semasa aku memasak..dia terlena di kerusi malas….kesian anakku itu..

Amin…

PS: cuti berblog sementara anakku masih demam…..

Bas Pelancongan Terbabas: Enam Maut, 21 Cedera

KUALA LUMPUR: Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut PenolongPengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.

Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang mautkerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.

Mereka dikenali sebagai:-

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;

Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;

Mohamad Firdaus Rosedi, 16;

Mohammad Yussof A. Akhit, 16;

Mohd Ridzuan Husin, 17;

Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.- BERNAMA

Salam takziah kepada ahli keluarga ke enam-enam mangsa yang terlibat, semoga mereka termasuk kedalam golongan orang yang beriman..

Kredit to mstar online

"Tinggal Serumah, Tak Buat Apa-Apa" - Aida Khalida


Aida kini lebih tenang hidup solo.

PETALING JAYA: Pelakon Aida Khalida mengaku bahawa bekas suami, Joe Radzwil tinggal serumah dengannya selepas disahkan bercerai talak satu pada 25 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Joe telah keluar daripada rumah tersebut kira-kira dua minggu lalu.

Menurut Aida, dia terpaksa membiarkan Joe tinggal bersama untuk memberi peluang kepeada bekas suaminya itu mencari rumah baru.

"Dah 10 tahun kami bersama, takkan saya tidak berhati perut menghalaunya keluar. Saya memberi tempoh kepada Joe untuk mencari tempat tinggal baru.

"Saya tahu ada beberapa media yang gosipkan tentang kami. Walaupun kami tinggal serumah, saya masih lagi menutup aurat, malah kami tidur belainan bilik.

"Bukankah saya sudah "berhijrah"? Perkara-perkara sebegini sudah semestinya saya titik beratkan.

"Rasanya saya tidak perlu memberitahu semua orang apa yang kami buat di rumah. Orang luar memang suka mengandaikan macam-macam hal, tetapi ia sebagai pengajaran buat kami," jelasnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah Aida yang masih dalam tempoh edah, walaupun tinggal bersama, tidak pernah berlaku rujuk atau merancang untuk rujuk semula kerana keputusan (cerai) telah pun dibuat.

"Ini semua salah faham. Lagipun, bila saya balik rumah, dia tak ada dan bila dia balik rumah, saya pula yang tiada. masing-masing buat hal sendiri.

"Walaupun dia mahu kembali bersama saya dan mengajak untuk berkahwin semula, rasanya penceraian adalah yang terbaik buat kami.

"Tiada lagi perasaan sayang yang berbangkit," ujarnya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama Seribu Kali Cinta.Melalui kehidupan solo semula, Aida kini lebih selesa dengan kehidupan barunya.

Baginya, ia merupakan satu rahmat yang diterima daripada Allah S.W.T untuk menjadikannya seorang wanita yang lebih tabah mengharungi kehidupan bersendirian.

"Kini hidup saya lebih positif. Walaupun penceraian itu nampak seperti buruk, ia ada kebaikannya. Kadang kala, penceraian bukanlah suatu perkara yang teruk. Saya percaya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.

"Apapun, buat masa sekarang ini saya enggan berfikir tentang kahwin atau mencari teman hidup baru.

"Bagi saya, jika mempunyai seseorang untuk dijadikan suami, saya perlu menunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri lagi sekali. Kalau pengorbanan itu dihargai, tak apa juga," ujarnya yang sedang merancang membuka perniagaan sebagai pemborong tudung.

kredit to mstar online

Friday, October 29, 2010

CONTEST CHILABAEY`S..jom ramai-ramai pakat join, hadiah best oooooo



Contest Chilabaey\

Wah…dah lewat malam pun aku masih ada tenaga nak join contest yang abang muz tengah jalankan….walaupun badan agak penat melayan jiran tertangga dikampung dan drive semula ke rumah..aku masih gunakan peluang nak join contest ini….

Lagipun, esok dah start berniaga, ada majlis kenduri kawin di senai dan majlis bertunang di Bandar tenggara, johor…(mana satu majlis aku nak pergi pun aku dah keliru?)

Eik, panjang pulak mukadimah aku malam nie…mengantuk pun masih boleh berleteh..hehehhehehhe

Korang apa lagi..jom lah sama-sama memeriahkan contest yang blogger mantap kita sedang buat nie…berbaloi-baloi ko………..



nak join sila klik sini untuk syarat-syarat penyertaan

dan klik sini untuk ke soalan contest….



Rugi ooo kalau tak join, bukan hadiah jer yang bakal dimenangi…soalan pun agak-agak menyebabkan korang rasa bertenaga nak join….tak susah pun..hanya menguji daya imaginasi dan fikiran korang….

Yang penting korang adalah blogger….dan merupakan follower abang muz…http://chilabaeys.blogspot.com/



PS: baru aku sedar,..dah 10 bulan berkawan dengan blog chilabaey`s..aku belum pernah jadi follower dia…hahahahah..ampun abang muz….


jom...kita lihat kemana lagi aku menghilangkan diri...

Assalamualaikum…..selamat malam kawan-kawan….semalam aku pulang ke kampong, memandangkan majlis perkahwinan adik bungsuku sudah hampir tiba…aku ambil keputusan pulang kekampung tanpa memberitahu ibu dan abah....untung-untung ada kerja yang bakal meringankan bebanan mereka untuk majlis perkahwinan adik..

Tiba ke kampong jam 7.45 malam…ada berbaki solat maghrib….ibu yang memang tidak gemar cara aku yang tak memberitahu awal-awal kedatangan kami….terkejut sakan siap khutbah panjang ko…….

Dengan tak menang tangan…mulut pula menasihatkan aku akibat datang mengejut (biasalah ibu…aku suka pulang secara mendadak bila hati meruntun rindu)…tangan pula memasak makanan malam….itulah sikap ibu yang tak pernah hilang…namun..itulah perangainya yang paling aku rindui…….

Ibu memang merahsiakan majlis yasin pakatan yang diadakan pada hari ini (jumaat 29hb oktober 2010)…risau akan kesihatan en zalie , si menantu kesayangan yang dalam proses penyembuhan….lagilah dia tahu perangaiku…jika ada majlis kecil sekali pun aku pasti meringankan tangan,,,,,,

Sebenarnya, aku tahu ada yasin pakatan dari abah….(kami kan kamceng……hahahahhaahha, maaf ibu…..) abah call tengahari semalam semasa aku di citarasa rinduan..

*********************************************************

Sudahnya, aku turut meraikan majlis yasin pakatan….

Yasin pakatan..korang pernah dengar tak majlis ini?......

Jom,,,,,,aku kongsi info dengan korang….

Majlis memberitahu bahawa ada majlis perkahwinan anak-anak tuan rumah kepada ahli-ahli blok. Hanya terhad kepada ahli blok ibu sahaja iaitu seramai 24 rumah blok 10. felda tenggaroh 1, mersing, Ada 2 kali majlis yang akan diadakan iaitu yasin perempuan dan yasin lelaki….

Pada masa inilah ada rewang dan bacaan yasin sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan….selain memberitahu ada beberapa pekerjaan dan pakatan yang akan dilakukan pada majlis perkahwinan tersebut.

Ini yang aku tahu…..Ikutkan 11 pakatan yang akan memberi bahan mentah seperti telur, gula, minyak masak. Manakala ada 11 pakatan juga yang memberi rempeyek dan bahulu..kuantiti dalam 4,5 jenis…dan 10 orang akan berkongsi RM 500 seronokkan???? Apa yang penting? kerjasama…..apa yang penting?...kerjasama…

Warga felda memang bersatu hati….bila ada majlis besar…maka mereka akan bermesyuarat untuk menguruskan majlis tersebut…

Korang bayangkan? Untuk mangkuk buffer, sewa pinggan mangkuk, canopy, semuanya tidak perlu dibayar atau disewa..kerana setiap blok menyediakan pakatan sesama mereka untuk memudahkan tuan rumah tidak perlu berbelanja lebih bila mengawinkan anak mereka.

Hanya keluar modal untuk bahan masakkan sahaja…bayaran tukang masak?...free juga…yang masak…ahli blok….

Memang itulah faedah menjadi salah satu warga FELDA….berbaloi-baloi….jom kita lihat kemeriahan majlis ini…..











PS: Mudahkan? Jom masuk ahli FELDA……..tak pun yang belum kawin lagi..jom kita tackle anak peneroka FELDA…..Hehehehehehheheh


Thursday, October 28, 2010

huh.......nasi lemak 50sen........


(terima kasih mr google.......)

Korang ada tak tonton tv dalam minggu lepas?...ada satu iklan tentang filem terbaru…tak silap tajuk cuti-cuti cinta……..

Pelakon..ala si farid kamil dan si cantik lisa tu………

Kali nie, aku tak nak komen tentang filem ini,,,bukan apa…dah nak dekat 10 tahun aku tak ke panggung wayang,..so, aku tak mahu ulas perkara yang aku tak minat nak tahu….

Korang perasan tak sinosip filem nie…ala…ada part yang si farid dan lisa buli antara satu sama lain sampai ada part ……..

“Ko tu pendek”, “Ala…ko tu………..nasi lemak 50sen…….”

Hah!!!...ini lah yang aku nak kongsi dengan korang…tentang nasi lemak 50sen….korang mana yang faham istilah pasti dah senyum sorang-sorang..tapi, kalau anakku yang berusia 3 tahun dah pandai kata….

“Ibu, nasi lemak 50sen……..” eik…..dia tak faham pun..boleh ulang beberapa kali………

Eik,,,,,,malu beb..mana nak letak muka kalau dia berbual dengan customer atau orang luar, lepas tu ulang ayat nasi lemak 50 sen beberapa kali….

Ini lah pengaruh filem yang paling aku kurang minat…kalaupun nak tujukan ke arah bentuk badan janganlah macam tu..tak baik ooooo…..itu dah salah namanya….

Nak kutuk ker, nak keji ker,,,,tolonglah guna bahasa yang indah-indah….walaupun ayatnya ala-ala lawak..namun itukan daerah sensetif bagi perempuan

PS: nasi lemak50 sen tu?....biar aku kata yang terang-terang yer………..payudara…………ada faham?????

yong............kakak ko dah dapat hadiah giveaway slim ala alinac lover...heheheheheh...


Pin….pin…..

"Eik, ada parcel untuk puan ayu"….pekik posmen kat atas motor….



Aku sedang menyiapkan 4 kuali masakkan tengahari…ada asam pedas ikan kaci dan ikan pari..ayam masak kari, urap pucuk ubi dan ikan gelama masak kicap…lain-lain masakkan dah siap atas cabinet makanan…hari nie, alhamdullilah..walaupun 2 orang pekerja tak kerja..namun kerja-kerjaku berjalan dengan lancar…jam 10 pagi…masakkan dah siap ko……



Peeh…..tersengih aku sorang-sorang…ini mesti hadiah giveaway yang aku menang …ala…giveaway slim ala alinac lover….hehehheheheh happy….gile..kalau korang lupa aku ada menang giveaway tu..marilah baca kat sini…dan disini keputusan yang aku dah menang....

Ini pun sedang menaip tersenyum-senyum..membayangkan tak lama lagi….kalau diizinkan tuhan…pasti aku akan slim…………..sure yong boleh angkat aku jadi model untuk semua produk dia…boleh kan yong?...hahahahhaha

Apa pun terima kasih yer yong, ko bagi kak hadiah free…suka banget akan hadiah ini…..tapikan, tolonglah terangkan kat kakak ko ni….macamana nak gunakkan produk itu????????

Pada yang berminat nak membeli pelbagai produk yang ada dijual..jom pergi ke blog http://www.alinaclover.com/




PS: kita lihat keberkesanan produk yong..mana tau…ramai nak slim ala aku pulak..hehehehehehhehheh (poyo sungguh)

Wednesday, October 27, 2010

pusing-pusing macam itu jer lah..............

Pegang Tangan: Tiz Kata Tidak, Remy Kata Ya

Remy mengaku pegang tangan Tiz.

PETALING JAYA: Pelakon Tiz Zaqyah mencipta satu lagi kontroversi baru apabila dia tidak mengaku memegang tangan aktor Remy Ishak sedangkan pelakon lelaki itu mengesahkan mereka ada berbuat demikian.

Mereka dilihat berpegangan tangan pada acara Motor GP di Sepang, Selangopr pada 10 Oktober lalu.

Beritahu Remy, walaupun dia dan Tiz berpegangan tangan, ia tidak bermaksud kedua-dua mereka sedang bercinta sebaliknya mereka hanyalah kawan biasa sahaja.

"Saya akui yang kami berpegangan tangan pada waktu itu. Tetapi bukan sebagai sepasang kekasih. Tiz sekadar seorang kawan.

"Lagipun kami ke acara itu beramai-ramai di mana pada waktu itu keadaannya agak sesak dan masing-masing memegang tangan sesama sendiri.

"Pada pandangan saya, ia adalah satu gosip yang cuba menjatuhkan karier saya dan ditokok tambah," tegasnya.

Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan penafian Tiz kononnya dia berpegangan tangan dengan Remy Ishak.

Tambah Remy, dia tidak sangka selepas gosip mengenai hubungannya dengan pelakon Maya Karin semakin senyap, muncul pula cerita baru mengenainya dengan wanita lain.

"Bagi saya, orang suka gosipkan dengan macam-macam wanita itu dan ini," ujarnya dengan nada sedih.

Tidak cukup dengan itu, Remy turut dikatakan semakin sombong termasuklah menuntut bayaran puluhan ribu ringgit bagi sesebuah tawaran drama.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama Nur Kasih itu, dia tidak mungkin meletakkan harga tinggi kepada pihak produksi dan hanya terima berdasarkan harga yang ditawarkan.

"Saya tidak pernah menuntut harga yang tidak relevan kepada pihak produksi yang menawarkan saya berlakon drama mereka.

"Sebaliknya saya terima apa yang ditawarkan dan sebelum itu mestilah ada sedikit rundingan harga. Itu perkara biasa untuk mana-mana pelakon.

"Alhamdulillah, setakat ini tiada pihak yang merungut. Cuma masalah saya ialah bila mereka terpaksa menyusun jadual saya yang padat.

"Saya pelik, kenapa ada pihak yang suka bercakap negatif tentang diri saya. Kadang kala perkara itu membuatkan saya tertekan.

"Walau apa pun, saya hanya berserah pada takdir dan cuba menguruskan karier saya sebaik mungkin," katanya yang sibuk dengan latihan teater Natrah 2.

Dalam pada itu, Remy melahirkan rasa kesal dan sedih dengan pelbagai kontroversi timbul kerana tempias turut terkena kepada keluarganya.

Kata pelakon berusia 28 tahun itu, kehadirannya dalam industri hiburan bukan kerana mahu mencipta kontroversi atau pun mencari populariti, sebaliknya dia mahu melakar nama sebagai seorang pelakon berkaliber.

"Sebenarnya perasaan saya bercampur baur. Saya sedih, kelakar pun ada kerana benda-benda yang tidak wujud diceritakan. Cuma setiap khabar angin yang timbul, melibatkan ramai hati di luar sana.

"Kalau saya tidak berkeluarga, saya memang tidak hairan dengan gosip-gosip yang timbul. Tapi bila orang bertanya saudara mara saya tentang gosip-gosip itu, sedikit sebanyak, ia mencalar nama mereka juga.

"Apa pun, kehadiran saya dalam bidang ini adalah untuk menjadi seorang lagenda. Saya mahu dikenali melalui pencapaian karier, memberikan komitmen kerja 100 peratus dan menunjukkan persembahan lakonan yang bagus," tegasnya yang akan memulakan penggambaran filem arahan Osman Ali, berjudul Bera Jiwa, selepas pementasan teaterNatrah 2 yang bermula pada 25 November ini.

Kredit to metro online

PS: nampak gayanya…pasti kes nie berlarutan…artis dah macam pisang goreng..paling panas dan lazat bila di makan berserta air kopi time petang-petang…………

Aleeza Kasim Dan Suami Sah Bercerai



KUALA LUMPUR: Peragawati terkenal, Aleeza Kasim dan suaminya, Datuk Mohd Fauzi Che Ros sah bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu, dalam prosiding yang dibuat secara tertutup.

Perceraian pasangan yang telah melayari alam rumah tangga sejak empat tahun lalu itu direkodkan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosdi.

Aleeza, 40, dan Mohd Fauzi, 47, tiba bersama di mahkamah pada pukul 9.10 pagi dan berada di dalam kamar hakim selama 15 minit selepas masuk pada pukul 9.15 pagi.

Mereka ditemani peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan daripada Nur Hafiz & Associates yang mewakili Mohd Fauzi.

Semasa keluar, Aleeza yang menubuhkan akademi peragaan Vogue @ Work dan pernah berlakon dalam filem Panas menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh Mohd Fauzi, seorang ahli perniagaan.

Mereka juga bergegas menuju ke tempat letak kereta di mana sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitshubishi sedia menanti Aleeza sementara Mohd Fauzi beredar dengan memandu kereta mewah Audi warna biru.

Sebelum itu, Mohd Fauzi turut menyerahkan beg tangan milik Aleeza yang berada di dalam keretanya.

Muhammad Nur Hafiz semasa ditemui mengesahkan bahawa Mohd Fauzi melafazkan talak mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi komen mengenai jumlah talak.

“Aleeza dan Mohd Fauzi berpisah secara berhemah. Kahwin secara baik, bercerai juga secara baik dan mereka juga telah berbincang mengenai perceraian ini,” katanya yang merahsiakan sejak bila perbincangan mula dibuat.

Tambah Muhammad Nur Hafiz, Aleeza dan Mohd Fauzi juga telah mencapai persetujuan dalam isu-isu yang timbul selepas perceraian, termasuklah tuntutan nafkah edah, mutaah dan juga harta sepencarian.

“Ini merupakan kali pertama dan terakhir kes mereka di mahkamah,” katanya lagi.

Aleeza dan Mohd Fauzi mendirikan rumah tangga pada 15 Julai 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini dam Aleeza menerima wang hantaran RM50,000 dan sebuah kereta Mercedes SLK230 sebagai hantaran.

Perceraian itu berlaku lima bulan selepas Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini mengesahkan pasangan itu masih bergelar suami isteri berikutan lafaz oleh Mohd Fauzi bukan bersifat lafaz cerai.

Hakim Syarie Fazil Che Hassan membuat keputusan itu pada 11 Mei lalu selepas Mohd Fauzi merujuk kepada mahkamah berhubung lafaz ‘kita cerai esok’ yang dilafazkan dalam satu pertengkaran berhubung isu balik kampung pada pukul 9 malam, 24 Januari lalu.

Kredit to mStar Online



semua okey...............

Assalamualaikum…

Rancang balik dari hospital dalam jam 4 petang nak update blog..nak kongsi dengan korang cerita aku sepanjang hari menemankan en zalie buat follow up dengan pakar diet dan pakar medical..

Alhamdullilah, berkat menjaga kesihatan dan pemakanannya..3 kg penurunan berat badannya…untuk bacaan bp 120/80 manakala bacaan kencing manisnya 5.6…normal

Umai turut aku bawa sekali, cerdik anakku itu….nurse dan doctor pun boleh tertawan gaya percakapannya…ramai yang meguji umurnya…(6 tahun atau 7 tahun.. ) Aku senyum sahaja, agak-agak akulah… mereka meneka sedemikan kerana pelat tiada dari pertuturannya……ditambah dengan ketinggiannya 98cm dengan berat badanya 16kg.

Dari rumah jam 6 pagi…apoinment jam 10.30 pagi….hingga jam 2 petang semua urusan selesai..kebetulan bertemu dengan pesakit yang sama-sama di ward 8B…Nik namanya….kemalangan jalanraya…kebetulan ada apoinment dengan pakar dental dan ENT…

Syukur sangat bersua dengannya..selain berteguh sapa dan bertukar-tukar cerita setelah 3 bulan tak bersua….nik turun membantu menolak weeir chair en zalie..terima kasih kerana beliau membantu sepanjang rawatan. Kurang sedikit aku menguruskan kebajikan suamiku….hanya melayan umai dan menguruskan tarikh rawatan bulan hadapan….

Untuk rawatan fizio, 4 november 2010…..gembira sekali dengan tarikh tersebut..sama dengan tarikh kelahirannku………………….mana tahu, boleh singgah kemana-mana sambut hari lahir….heheheheheheh

PS: sempat menjaga citarasa rinduan….tetap rindu walau hari-hari disitu…….

susah nak bahagia bila keluarga tidak restu....

Aidil tuntut jaga anak


Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

KENANGAN...Mohd Aidil bersama Rita Rudaini ketika saat bahagia mereka.


KENANGAN...Mohd Aidil bersama Rita Rudaini ketika saat bahagia mereka.


SEREMBAN: Selepas beberapa laporan berhubung keretakan rumah tangga mereka dipaparkan media, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak terhadap isterinya yang juga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Sumber rapat dengan Mohd Aidil Zafuan berkata, pemain itu yang mesra dengan panggilan Aidil ke mahkamah dengan ditemani seorang peguam syarie pada kira-kira jam 11 pagi semalam.


“Apa yang dilakukannya ini adalah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya yang berlarutan sehingga menjadi perhatian orang ramai.


“Melalui kaedah sulh itu, kedua-dua pihak akan dipanggil untuk berbincang secara baik selain diberi kaunseling untuk menyelesaikan pertikaian dihadapi mereka tanpa melalui proses perbicaraan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai permohonan hak jagaan anak dan perceraian, sumber itu berkata, pasangan berkenaan belum bercerai.


Sementara itu Aidil yang ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ketika menjalani latihan bersama skuad Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini, mengesahkan dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah bersama seorang peguam.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya itu.


“Ia berhubung urusan keluarga dan saya tidak mahu mendedahkannya kerana mahu menjaga kepentingan banyak pihak,” katanya.


Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, perbincangan dengan isterinya masih berjalan dan banyak lagi yang perlu diteliti mereka sebelum membuat sebarang keputusan.


Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 61, ketika ditanya mengenai tindakan anaknya mendakwa dia tidak tahu apa-apa.


“Aidil memang tinggal di sini (rumah keluarga di Sikamat, Seremban) kerana menjalani latihan pusat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.


“Namun, saya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan itu kerana dia hanya memberitahu hendak ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguruskan penukaran nombor pendaftaran kereta, pagi tadi (semalam),” katanya.


Harian Metro sebelum ini menyiarkan kenyataan Rita yang mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan keluarga mentuanya.


Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.


Hasil perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.

Kredit to metro online

PS: kenapalah sehingga begini jadinya?…..semoga ada penyelesaian yang lebih baik untuk pasangan ini….sukar menempuhi kebahagian apabila tiada restu orang tua

Pakaian Seksi FFM23 : Farah Asyikin Bukan Langgar Prinsip


Baju yang dikatakan melanggar pendirian Farah Asyikin yang tidak mahu seksi dan berpakaian ketat. Foto The Star AZMAN GHANI

PETALING JAYA: Penyanyi, Farah Asyikin memberitahu pakaian yang digayakan dalam persembahannya pada acara kemuncak Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) tidak melanggar pendiriannya untuk tidak berpakaian seksi seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini.

Katanya, dia masih teguh dengan pendirian tersebut namun ia perlu mengikut kesesuaian sesebuah majlis.

"Ya, memang sebelum ini saya pernah memberitahu untuk tidak lagi seksi. Tapi ia bergantung kepada sesebuah majlis, saya perlu tampil bersesuaian dengan persembahan saya pada malam itu.

"Bukan saya melanggar pendirian yang telah saya buat, pada saya pakaian tersebut tidak seksi. Sebelum persembahan lagi saya sudah beritahu kepada pereka fesyen baju tersebut iaitu Arif Shukur agar bawa baju yang sopan dan tidak menampakkan kulit," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Farah juga menafikan bahawa dia telah mengubah pendiriannya akibat putus tunang baru-baru ini.

"Ia tiada kena mengena dengan putus tunang, semasa saya buat kenyataan tersebut juga saya sudah fikir masak-masak. Kalau boleh memang saya tidak mahu berpakaian seksi lagi.

"Saya lebih selesa dan selamat bila tidak seksi. Cuma untuk persembahan sahaja saya berpakaian bersesuaian. Itu pun seboleh-bolehnya tidak mahu seksi," katanya yang pernah berhasrat untuk tampil dengan imej berbaju kurung.

Menurut Farah, persembahan tersebut juga memerlukan dia membawa perwatakan seperti dalam filem Pisau Cukur.

"Lagu tersebut merupakan lagu tema kepada filem Pisau Cukur, jadi saya perlu bawa watak nakal sedikit. Apa pun saya sangat menjaga batasan agar tidak terlalu berlebihan.

"Saya hanya buat yang terbaik, malam itu saya bukan sahaja membawa lagu tersebut tetapi mewakili filem tersebut," katanya.


kredit to mStar Online


PS: heheehhehehehhehe

Tuesday, October 26, 2010

Ada artis Popular Nikah 19 November 2010 ???

Elyana Nikah 19 November 2010


Elyana dan Khairul sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

PETALING JAYA: Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Khairul Anuar, pada 19 November ini.

Pasangan itu akan melangsungkan pernikahan dan persandingan sehari selepas itu (20 November) di Duchess Place, Ampang, selangor.

Menurut Elyana, perasaannya sedikit berdebar menantikan detik bergelar isteri dan berharap segala perancangan yang diaturkan bersama perunding perkahwinannya, Zulhery, berjalan dengan lancar.

"Insya-Allah, saya bersedia untuk menggalas tanggung jawab sebagai seorang isteri. Cuma sebelum kahwin ini, saya tak nak terlalu berfikir sangat, takut terlebih berdebar pula.

"Saya juga bersyukur dan bertuah kerana majlis pernikahan serta persandingan dibantu oleh rakan-rakan saya. Ada yang memberi pakej persandingan dengan harga istimewa dan ada juga yang mahu menaja.

"Pada hari persandingan nanti, saya akan membuat majlis pada waktu siang yang akan dihadiri oleh saudara mara.

"Pada sebelah malam pula untuk rakan-rakan artis dan media," katanya ketika dihubungimStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Elyana, majlis persandingan di pihak lelaki pula akan diadakan di Mentakab, Pahang, seminggu selepas pernikahan mereka.

Walaupun bergelar isteri nanti, Elyana tetap meneruskan kariernya sebagai seorang pelakon dan penyanyi.

"Setakat ini, bakal suami saya memberi keizinan untuk menyanyi dan berlakon seperti biasa.

"Tambah pula, single lagu terbaru saya yang berjudul, Waktu Dulu-Dulu, bakal dikeluarkan tidak lama lagi," tuturnya yang melangsungkan perkahwinannya berkonsepkan Melayu Tradisional (siang) dan Inggeris Vintaj pada sebelah malam.

Kredit to mStar online




PS: nampak gayanya, tarikh persandingan elyana, sama dengan adik bongsu perempuanku…20 november 2010….semoga majlis kedua-dua bakal mempelai berjalan dengan lancar…amin