CITARASA RINDUAN

Tuesday, November 30, 2010

Birthday ben, aku pulak dapat surprise dipagi 30hb November 2010

Pagi tadi. Ke citarasa rinduan dengan mood yang happy, terus uruskan masakkan sarapan pagi dan mengukus pau…siap menyanyi kecil macam hari ini hari lahirku…huhuhuhuhu

Bila pekerja aku buat hal, klik sini… aku agak bingung dan resah…semua tak kena, namun…alhamdullilah masih tekun menguruskan pekerjaan yang melambak-lambak

Terima kasih kepada sahabat blogger yang bagi cadangan yang membina kepadaku…insyallah aku takkan buang pekerja tu..aku bagi dia peluang untuk memperbaiki masalah yang dihadapi..

Semasa blander bahan-bahan untuk memasak….aku didatangi oleh mak saudara en zalie, siap menatang sebungkus polistren….

“Ayu, ada something untuk ayu,. Fiza kirimkan……” .kata cik Ida kepadaku

“Terima kasih ya,….terima kasih sekali lagi……..” aku agak binggung namun terus memegang polistren dengan muka yang berseri-seri…macam dah tahu jer apa isi dalamnya….heheheheheheeh

Korang nak tahu tak apa isi dalam polistren tu?

Tara…………………………………..




Cup cake tu…………………..terima kasih Nur Hafizah Zaidi, cosinku dari UKM bangi yang beri, dah pandai buat cup cake .. maknanya dah boleh bisnes , ataupun selepas bergelar guru dah boleh bergelar isteri

tahniah yer

Kak ayu makan dengan lahap sekali…lembut cakenya…hanya terlalu manis krim cake itu, maklumlah kak ayu kurang suka manis-manis……

Jom lihat aksi tanpa make over dan malu-malu dari aku untuk tontonan korang…………………..

Hehehheheheh….




PS: ben, ko dapat potong kek tak hari ini?...

Semakin merapu...macamana nak atasinya?



Aku tak faham perangai pekerjaku seorang nie, agak pelik dan merisaukan..kesemua pekerjaku beragama islam dan tahu hukum agama..

Sebelum ini, aku dah biasa dengan masalah pekerja yang agak bersosial..tapi pandai simpan sendiri…kalau di citarasa rinduan bertudung lingkup…diluar open ..itu hal dia….(apa daya, kalau aku pernah tegur, mereka tamo dengar kata), asalkan jaga diri dan maruah sendiri sudah memadai..

Sekarang ini perangai pekerjaku semakin liar…satu-satu pekerja yang pandai buat hal sendiri…memanglah dia tak melawan kata-kata aku sebagai majikannya…

Tapi, yang paling merisaukanku beliau dah pandai pakai pakaian ketat-ketat….baju lengan pendek yang ternampak bulu ketiak dan berseluar ketat dah macam sarung nangka..tapi bertudung…bila bongkok nampak b****t

Tiap-tiap malam keluar jalan-jalan dengan seseorang lelaki bekereta wira berwarna biru…

Aku dah puas nasihat….tidurmu kena secukupnya, kerja di citarasa rinduan memang memenatkan…badan harus dijaga dan diberi rehat sebetulnya….

Akhirnya…..pagi tadi, masih lagi buat hal, datangnya lambat….kerjanya semakin merapu…menyiang ayam..tidak sebersihnya..masih ada bulu-bulu halus yang tinggal….bila ke hadapan, dah pandai membentak customer yang lebih tua…..hanya kerana order air yang silap

Macamana aku nak selesaikan masalah beliau?

  1. harus ku nasihat lagikah?
  2. harus ku beri peluang untuk berkerja kah?
  3. atau harus ku hentikan perkhidmatanya?

PS: sukar nak bentuk perangai seseorang, sekarang yang pening???? Aku jugak!!

Undian LAH..........(entry melekat....)

Salam…memandangkan, aku telah dicalonkan untuk percalonan BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010…aku perlu menggalas tangungjawab ini dengan seamanahnya..

Terima kasih kepada sahabat blogger yang sudi mencalonkan aku, agak terkejut tapi itulah realitynya…

Blog Pilihan Malaysia 2010


Untuk itu, ku memerlukan baik budi kalian untuk mengundi blog citarasa rinduan sebagai Blog Personal Isteri Pilihan , Undian boleh dibuat pada malam 26 November 2010 jam 10 malam sehingga 30 November 2010 jam 8 Pagi..

Jasa baik kalian kuhargai….untuk calon-calon yang lain anda memang hebat-hebat belaka…untuk mengundi sila klik SINI





Nak tahu tak,berapa umur sebenar BEN ASHAARI?


Hehehehheeh. Ayat sangatlah gempak, ada kang sekejap lagi myvi potong storm dekat kulaijaya nie….

Jangan marah yer ben…..sajer sebenarnya nak cari publisiti murahan….hehehhehe, aku dah tahu umur ko…tapi, orang kata, umur tak mendatangkan apa-apa perubahan pada pemiliknya…yang penting kita bahagia…

Tapikan, kalau korang nak tahu berapa umur ben…..korang tanyalah sendiri…nak rayu ker? nak bagi hadiah ker? Ikut sukalah ya!!!…

Eik, aku nak bagi hadiah kat ben lah..oleh kerana dia dah beli rumah sendiri,aku pun nak hadiahkan satu lagi rumah untuk beliau dan azila

Tara…………………..

casuarina-2

Rumah berkembar 2 tingkat hehehhehehe., di kawasan taman Scientex tau…ko suka tak Ben? tapi..kat kulaijaya nun…jauh sikitlah…….. ini nak jadikan reality jiran sepagar dengan matgebu…sinilah destinasi sebenar..

Senang lah azila nak pinjam resepi atau hulur semangkuk dua, makanan tiap-tiap hari kat jejaka sedenak tu..

(hadiah nie dapat ditebus bila citarasa rinduan ada 5 francais di Malaysia..doa-doakan yer…)

***********************************************

Apa-apa pun pada hari ini 30 november 2010, hari yang paling bermakna untuk seorang blogger bernama ben ashaari….blogger yang pertama kali berjaya membuatkan aku terpaut pada dunia blogger….

Dengan ayat-ayat tulisannya yang selamba…macam kenal rapat benor dengan beliau…hinggalah aku pernah bermimpi dengan keluarga ben ashaari dan azila di kelantan..nak baca entry tu mai klik sini

Akhirnya mimpi itu bertukar menjadi reality….entry tentang itu mari klik sana

Sebelum ini, aku hanya pandai ber fb atau ym sahaja…terlalu pendek pengetahuanku dalam dunia maya..

Alhamdullilah, selepas berjaya ( em……berjaya? Hehehehehe, boleh lah kan….) mengenali dunia blogger, aku dapat bersua kembali kawan-kawan lama, seniorku,juniorku dan saudara maraku yang aktif berblog…

Dapatlah kiranya aku mengetahui kisah-kisah sahabat yang terputus khabar..antaranya:-

  1. kak noy
  2. kak lia
  3. zana
  4. dana
  5. sweet mama
  6. kak aja
  7. zurika maya
  8. lina mahmood

Terima kasih ben ashaari………………

********************************************



Ku ingin mendedikasikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran untuknya..semoga beliau bertambah success dalam dunia blogger dan dunia reality…

Malah dikuriakan kesejahteraan tubuh badan dan akal fikiran yang positif

Jua…..ku doakan beliau dikurniakan cahaya mata yang comel-comel.




PS: sekarang nie, blog citarasa rinduan dah tak dapat nak kejar setiap entry blog ben ashaari….terlalu cepat sangat entry-entry beliau yang di update…bak kata orang negeri sembilan tak terkejor den….

Monday, November 29, 2010

Layan dulu gambar sekeluarga..



PS: nantikan entry jam 12 malam…khas untuk blogger paling hebat era kini

Program Sketsa Gila-gila di Astro warna

Bagaimana perasaan korang kalau korang nak lihat sesuatu yang paling korang inginkan, tapi tiba-tiba tak menepati kehendak dan citarasa korang..??

Tak kisahlah..nak tengok bola ker, drama ker, filem ker, atau apa-apa keinginan korang yang kesudahannya tak best, tak sama dengan impian yang korang hajati..

Tapi,Itulah perasaan aku menonton program gila-gila di astro warna..





Aku dah dapat fikirkan komik kegemaranku si majalah gila-gila dengan lakonan si esah, jai, atuk, kak mon dengan aksi mereka yang pasti membuatkan malam isninku berlalu dengan humor yang maksima…

Malah dalam fikiranku….mesti lawak…kelakar abis, namun………..



PS:…Lu pikirlah sendiri, setengah jam menonton sketsa gila-gila ini…aku rasa kena ikut cadangan cikgu isza dengan kak azie azah…layan humor.com dalam internet jer lah kot..

Katakan TIDAK pada PAMPERS



Assalamualaikum….sibuk gile jadualku hari ini…

Selain menguruskan citarasa rinduan…aku telah menyempurnakan misi utama iaitu katakan tidak pada pampers.

Bukan aku atau en zalie yer!!!..ini untuk si cilik anakku Nur Umairah…sejak umai bersekolah pada bulan January 2010…aku dah pasang niat, dah tiba masanya umai tak memakai pampers…

Oleh kerana tiap-tiap hari aku di citarasa rinduan..agak sukar nak ulang alik ke rumah memerhatikan umai….

Akibatnya hari-hari umai asyik terkucil….ada satu hari tu…aku jaga umai elok-elok, dalam tak sedar..umai terlepas di atas karpet…punyalah penat basuh karpet…berat ko….

Bila baca blog mama najlaa a.k.a kak lelord dan si cilik batrice anak kepada blogger zana, seronok juga mereka dah berjaya tidak memakai pampers.. itu yang semangatku semakin berkobar-kobar

Akhirnya….selepas majlis kenduri adik dah selesai, en zalie pun semakin sembuh…aku rasa inilah waktu dan ketikanya..

Alhamdullilah, umai dah pandai minta izin…dalam jam 11 pagi sehingga jam 3 petang, umai buang air di tempat yang betul…seronok sangat lihat dia semakin faham rutin yang sebenar-sebenarnya

TAHNIAH umai……..

PS: tengah tunggu waktu `BO` (ini bahasa hospital ya) bahasa kita-kita buang air besar…harap-harap tak terkucil seperti selalu….selamat berjaya anakku..


Sunday, November 28, 2010

Lawak sekarang VS lawak dulu-dulu



Aku simple orangnya,aku minat jenaka/lawak..dari zaman kanak-kanak hingga bergelar isteri orang, suka layan majalah humor..Majalah yang aku suka layan antaranya majalah gila-gila, Ujang dan apo

Nak beli sendiri??? Ya ampun, dilahirkan dalam golongan keluarga felda..kurang berpendapatan lebih..sebab itu aku suka makcik/pakcik datang ke kampungku, mesti diorang bagi pinjam komik-komik tersebut..

Bila dah pandai pegang duit..terus berjinak-jinak dengan majalah Wanita…hah? dah ada gelaran tunangan orang…hhehehe, nak belajar masak dan berhias mestilah kena belajar dari majalah wanita..

Zaman dulu mana nak kenal cik mat gebu atau ben ashaari…

Opsss…….kita citer tentang lawak kan??? Okey…..teruskan..

***********************************************

Zaman sekarang nie, aku dah tak pernah beli majalah humor selain majalah Apo…rasanya,,,syarikat majalah versi zaman kanak-kanak aku dah gulung tikar…hanya goyang kaki layan internet,…niaga secara online…macam entry ini

Rasanyalah kan, masih ada lagikah majalah humor yang best di Malaysia??

Kalau ada tolong cadangkan ya….

Sekarang aku tengah layan mastika…bukan layan tentang cerita hantu atau memandai nak menyeramkan diri..tapi aku suka layan senyum pisang…dalam majalah mastika senyum pisang ada di halaman tengah-tengah

Jom kongsi lawak ini,lawak ini menyebabkan aku senyum berkali-kali….ulang baca 3,4 kali pun rasa tak rugi..best oooo

**********************************************

Ayat-ayat ketika baru bercinta

Tolong baca dari atas ke bawah

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama

Dara: Adakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna:Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!

Dara: Adakah kau mencintaiku?

Teruna: Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara: Adakah kau pernah berlaku curang?

Teruna:Tidak! Aku tidak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara: Mahukah kau menciumku?

Teruna: Ya!

Dara: Sayangku!

Selepas 15 tahun berkahwin

Tolong baca dari bawah ke atas



PS: terbaiklah beb…………………….

Majlis bertandang/sambut menantu/Undur

Majlis bertandang/sambut menantu dan Undur

Alhamdullilah….syukur malam ini aku bertenaga nak bercerita dengan kalian…

Jom aku kongsi kisah sambut menantu di kampong Merchong Jaya, pekan, Pahang.

Ahli peserta yang terlibat adalah keluarga pengantin perempuan, ahli keluarga dan sanak saudara .Jua, ahli blok 10, felda Tenggaroh

Jam 9.30 pagi

Bergerak ke kampong merchong, 7 biji kenderaan berkonvoi bersama-sama..oleh kerana berlaku sedikit masalah. 3 biji kereta bergerak lambat (termasuk kereta pengantin)..biasalah pengantin nak sapu bedak dan pakai bulu paslu….punyalah berjam-jam….sabor jerlah…



11.00 pagi

Berkumpul di persimpangan rehat Muadzam Shah..kami sempat makan bekalan yang ibunda bekalkan..mee Hoon goreng, kuih muih dan minuman..

AKU?...lapar gile, terasa lapar semasa sampai ke mersing, teringat kisah silam….(aku dan dia, walah..)…

Terus terkam makanan…sempat shopping dengan umai, posing depan kamera dengan pengantin perempuan dan sepupu-sepupuku..

11.30 Pagi

Pengantin lelaki sampai ke kawasan rehat muadzam Shah,rupa-rupanya kawasan rehat muadzam shah dekat dengan perkampungan kampong Merchong jaya, Pekan

11.55 pagi-

Sampai ke rumah persinggahan di kampong merchong jaya….punyalah cun view kampong adik iparku….ada laut tu!!!! Umai nak terjun okey tak??????? hehehehehhe

AKU? Bangga beb, dapat sampai ke destinasi kawasan Pahang dengan selamat dan berhemah, inilah pengalaman pertamaku memandu pada jarak yang jauh, sebelum ini kalau kemana-mana mesti bertukar-tukar memandu dengan en Zalie

***********************************************


Asalnya, kami dah diberitahu…tiada rumah persinggahan ataupun majlis besar-besaran….namun, alhamdullilah…kami dilayan bak raja….dapatlah kami melayan sungai dan pantai dikawasan berhampiran…

Kalau nak memancing ikan dapat pun boleh…..

(psst…..dapat ikan pekasam yang masih panas, dari kuali)….family adik iparku hidangkan untukku…pertama kali aku dapat rasa, kata adik aku..mulanya malu nak keluarkan, bila aku dengan muka tak tahu malu tanya mana ikan pekasam???..depa terus goreng…….wow selera sungguh makan nasi putih dengan lauk pauk kampung…

Kalau di johor, hanya dapat makan nasi minyak atau beriani…kalau ada nasi putih, lauk pauk dah tak kena….

Seronok sangat majlis bertandang ke Pahang...terima kasih kepada ahli keluarga adik iparku, jua sanak saudaranya yang terlibat secara langsung atau tidak ….. layanan kamu memang terbaik…



PS: insyallah…ada jodoh dan masa terluang..nak BBQ di pantai kampong adik iparku………….layan ikan segar, apa salahnya…

Orang macam nie pun ada ker???

Korang semua mesti ada facebookkan?

Kalau budak umur 7 tahun dah ada FB (hakimi sepupu aku) apatah lagi, makcik aku,,,tahap nenek-nenek dah usia 60 tahun pun ada fB, Korang mestilah ada kan??? wajib ada gitu………..kalau tak ada, macam ketinggalan zaman lah pulak …

Tujuan /fungsi FB memang baik beb!!!

Selain dapat jumpa sahabat lama, dapat khabar terbaru ahli keluarga, saudara mara, itu belum lagi dapat jumpa pakwe lama, pakwe baru….Hehehehehe…habis aku kena warning dari en zalie malam nie…padan mukaku…

Zaman sekarang nie nak calling atau sms? dah malas beb….topup sebulan sekali jer, tak payah nak habiskan kredit..jimat-jimat….(setuju kan pendapatku ini?)

**********************************************************

Tapi, aku cukup-cukup tak kenan, bila ada yang PM di FB suruh join MLM atau, join login FB dapat RM100….aku bukan anti perniagaan..aku pun dapat hasil pendapatan dari perniagaan kedai makan…hari-hari niaga….

Tak sesuai benor kalau hanya di FB kita nak laburkan duit sampai ke arah itu?...kalau nak berniaga pun, guna saluran yang baik….face to face atau telefon aku..habis cerita…aku ada pilihan nak pilih atau tolak…hak kita??? Kan…….kan….?

Itu belum lagi, dapat PM dari kawan sekolah lama, yang dalam fb nya tak ada gambar, hanya menggunakan kereta,bunga dan binatang sebagai picture wallnya,lepas tu senang-senang nak pinjam duit..siap merayu-rayu lagi……nama pulak bubuh ala-ala pelakon Hollywood atau Bollywood………




PS: alahai…………..orang macam tu pun ada ker?...macam.macam…

Award Candy.......dari blogger kecil comel



Alahai….pemilik candy nie, secomel tuan yang bagi award padaku….kecik loteh jer orangnya (nie bahasa versi Johor eik…)

Masih sekolah lagi, sedang berjuang mengharungi saat untuknya menentukan kejayaan pada masa hadapannya..

Aku memang solute gilelah kat blogger nie, walaupun aku pangkat kakak…aku punya entry hanya menulis dan menulis kisar aku dan citarasa rinduan..ayat pun agak tunggang langgang

Tapi untuk si comel loteh nie…dia rajin singgah ke blog Citarasa Rinduan, dengan bahasanya yang indah-indah..ayat pun tersusun seperti otai lama…(seganlah aku kepada beliau)

Blogger sweet ini ada bagi aku award………..sedap nie, layan candy sambil berblogging….

Terima kasih yer….lain kali bagilah lagi



Oh…yer kena tag award nie kepada blogger lain..Kepada anda berlima…anda memang layak mendapat award ini…..anda memang semanis dan sebaik blogger yang ku kenali

  1. Kak azie azah
  2. Hysman
  3. Siti Noaarizah Aris
  4. Azzey
  5. Kalamhati
  6. Dieya

PS:Terima kasih dan tahniah Nur Azila Ismail, kamu memang blogger hebat….Good luck for u exam….





Kurang Tenaga

Salam..

Apa yang ingin kukongsi tika ini…..aku penat….mungkin cuaca terlalu panas dan pemanduan selama 6 jam membuatkan kepalaku diserang sakit yang amat..

Semalam, dari pahang-johor..aku tak dapat nak teruskan pemanduan terus ke kulaijaya…

Tiba di tenggaroh, Mersing..singgah ke rumah ibunda,. Makan ubat, rehat dan tidur secukupnya…(masih sempat lagi membasuh pakaian kami sekeluarga)

Tak boleh nak pulang kerumah dan syer cerita dengan kalian.…aku tiada broadband..hanya boleh online dirumah sahaja..

Banyak cerita yang ingin ku kongsi…namun…tunggulah hingga aku betul-betul cukup bertenaga untuk berkongsi pengalaman ke majlis sambut menantu/undur di Pahang dengan kalian..

Syukur…majlis berjalan seperti yang dirancangkan…

PS: nak jengah citarasa rinduan…rindu dengan pekerja…

Saturday, November 27, 2010

Layan gambar kami yer...........


Jom layan gambar aku dan adik beradikku semasa majlis perkahwinan adik bungsuku pada 20 hb November 2010..

Untuk mengetahui siapa jurumekapnya mahupun photografernya?


Tunggu......................... akan aku buat entry khas untuk mereka …

Sesungguhnya dengan bantuan merekalah.majlis perkahwinan Zizai dan Zalie berjalan dengan lancar..





PS: entry ini untuk kalian semua, entry auto post…(aku bercuti berblog untuk majlis undur ke rumah lelaki..destinasi adalah negeri Pahang…..)

terima kasih kepada blogger yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga pergi dan balik dengan selamat….

Friday, November 26, 2010

Entry malam ini, memerlukan cadangan dan pendapat kalian…



Aku bukan pengemar air minuman berkarbonat, namun di Citarasa Rinduan minuman ini dijual untuk pelanggan. Hanya Orange F&N, Cincau, 100 plus, Sarsi, Pepsi, Soya dan Coke minuman yang terdapat di citarasa rinduan..

Selain itu, air minuman berbiji seperti barli, jambu batu, durian belanda, mata kucing, fresh orange, laici, apple dan carrot turut dijual bagi menepati citarasa pelanggan..

Air minuman lain…seperti ditempat kalian, ada yang panas mahupun yang sejuk..

***************************************************

Yang membuatkan ku keliru, di citarasa rinduan..kami menjual air berkarbonat pada RM 1.50 setin…

Menjadi persoalanya…di kawasanku seperti kedai runcit harga setin minuman berkarbonat adalah berbeza..ada yang dijual dari RM 1.80 hingga RM 2.00.

  • Wajarkah aku menaikkan harga?
  • Berapa pula harga setin di tempat kalian?




PS: ini bukan berkisar untung atau rugi,, ini untuk penyelarasan harga agar mana-mana pihak tidak menunding sebelah jari..

Alamak blogger mana pula nie???

Sat…sat…aku sebenarnya amat-amat terkejut…terkejut yang amat tau..

Nie ada follower baru yang ke 293….nombor follower pun cantik…tapikan….aku tak berapa fahamlah bahasa blogger nie??

  1. sepanyol?
  2. turki?

Agak-agak datang dari negara mana blogger yang follow blog aku nie eik????? Jom sekodeng blog beliau.. http://efyreos.blogspot.com/

PS aku faham satu ayat sahaja dalam blog beliau iaitu efyra…maksudnya??????

Saya suka Blog Awak la...............(percayalah)

  1. Buat satu entri baru .. ~okey~

  1. Letak Headerimage sebagai tanda pengenalan .. ~okey~

  1. Tulis tajuk : SAYA SUKA BLOG AWAK LA ! dan linkkan ke entri ini .. ~okey~

  1. Sila PILIH 5 BUAH BLOG YANG KORANG SUKA SANGAT MASUK BACA .. PILIH DENGAN BIJAK !

  1. Sila beri penjelasan kenapa korang pilih blog tersebut ..
  • Kella-blogger yang manis, semanis hati dan jiwanya….selalu ku bertandang ke blog beliau yang penuh dengan rasa kasih sayang, walau tak pernah bersua…aku yakin…dia mempunyai personality secantik blognya…ada resepi masakkan dan kadangkala cerita yang tertarik untuk ku baca

  • Azila -kalau korang tak kenal blogger isteri mithali nie rugi oooo…walau dia payah nak post entry…dia punya entry mahal….pernah bersua 2 kali…manis dan cantik orangnya, entry beliau ringkas namun bermakna…..(isteri hebat kepada blogger lelaki yang paling hangat di Malaysia) hehehehe

  • Abang Muz ak.a Chilabaeys- Blogger seorang lelaki/suami yang sarat dengan kehidupan peribadi yang penuh dengan dugaan….blogger yang sangat hebat di dunia maya malah..dunia nyata….aku mengakumi semangat dan ketabahan beliau…selain percikan DSLRnya…banyak info kedai makanan/restoran yang best-best dipaparkan..

  • Dana- Blogger baru yang kutemui, seorang isteri kepada Edy…blog beliau selalu memaparkan hasil manik yang beliau buat…teringin nak mengenali beliau dengan lebih rapat lagi..insyallah..

  • Abang Ee/Eq- Blogger hebat yang kutemui dari Ben Ashaari, aku tak perlu ulas panjang-panjang..cukup kukatakan…blog kurasakan something ini punya jiwa walaupun hanya entry yang pendek-pendek, selain memaparkan gambar yang beliau~ snap~ sendiri, yang pasti- blogger lelaki yang hensem (hheheheheh), masih bujang, photographer, lecture dan bakal doctor jua, bakal suami Penyanyi dayang….heheheheheh

  1. Sila tulis , SAYA MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG .... ~ blog Ben Ashaari~

  1. Sila pergi ke blog yang korang pilih tadi tu .. dan masuk ke ruangan komen .. Tinggalkan komen di situ .. komen tu hendaklah ditulis " SAYA SUKA BLOG AWAK LA .. " dan tinggalkan url entri korang di situ ! Entri yang korang buat segmen ni .. OK ? ~ okey faham-faham~

  1. Kemudian , barulah tinggalkan url korang kat entri ini .. entri segmen korang tu ..~okey~



PS: dah lama pikir nak pilih blog hebat-hebat,…tapi kalau dah ben minta 5…apa kah dayaku??????

Untuk blogger yang ada dalam bloglist citarasa rinduan aku nak katakan….

SAYA SUKA BLOG AWAK SEMUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!……………percayalah

Ke perkampungan Orang Asli...

Selamat pagi, salam jumaat….salam segala penghulu hari………hari nie 26 November 2010…hari yang amat tenang dan nyaman..

Terlebih dahulu nak ucap ulang tahun kelahiran untuk kakakku…ENN….semoga kamu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki…..Jua, semoga berbahagia bersama AZLIE dan anak-anak tersayang…

Hari nie, citarasa rinduan cuti,,,,sememangnya…bila hari cuti, tangan ada jer nak buat itu ini…selain mengemas dan membasuh…jenguk lah kebun kat luar yang dah panjang rumputnya…sesuai digelar hutan dari semak samun….hehehehhehe, jangan ada binatang berbahaya udahlah…pengsan gua……

Oh yer, nak ucap TERIMA KASIH sekali lagi kat sahabat blogger yang mencalonkan blog citarasa rinduan sebagai BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010.. aku ada buat entry mohon maaf….nak baca KLIK SINI

Petang nie, aku akan pulang ke kampong di MERSING…nak uruskan majlis undur adik bungsuku Zalie dan Ziezai…. (baru aku perasan yang nama suamiku dan nama adik iparku adalah sama……) bahaya nie nak kena tukar nama en zalie pada apa eik?????

Destinasi sabtu, untuk Majlis Undur ke rumah lelaki adalah negeri pahang…Pertama kali dalam sejarah keluargaku, ibunda berbesankan orang luar ( luar negeri Johor)

Untuk blogger yang duduk pahang, jom…….kita jumpa…………

PS: sesekali nak rasa majlis perkahwinan orang asli pahang….mesti lain dari yang lain….

ABP13: Datuk Siti Nurhaliza Tarik Diri

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza (gambar) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular ke-13 (ABP13)tahun depan.

Menurut Siti, keputusan itu dibuat selepas memenangi anugerah Bintang Paling Popular pada tahun lalu.

Malah Siti ingin menjadi seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri ketika berada di kemuncak kejayaan.

"Setakat ini saya sudah berjumpa pihak pengurusan ABP untuk menjelaskan tentang penarikan diri ini dan mereka menerimanya dengan baik. Saya juga telah memberitahu peminat-peminat dan mereka menyokong keputusan saya itu.

"Apa yang penting, saya bersyukur kerana sepanjang 12 tahun ABP diadakan mereka (peminat) sentiasa memberi sokongan. Keputusan ini juga tiada kaitan dengan masalah tidak puas hati terhadap pihak pengurusan.

"Cukuplah sampai di sini. Keputusan muktamad ini juga saya inspirasikan daripada Tun Mahathir sendiri dan saya percaya orang akan ingat kita sampai bila-bila," katanya yang ditemui di sidang akhbar Anugerah Bintang Popular, di sini, semalam.

Tambah Siti, adalah menjadi impiannya untuk menjadi penonton ABP, menyokong para penggiat seni lain yang bertanding.

"Saya tahu dan sedar saya tidak akan berada di atas selamanya. Satu hari nanti, ada orang yang akan menggantikan saya," ujarnya.

Kredit to mStar online


PS: mungkin ini keputusan terbaik ct...walaupun aku bukan meminati dunia hiburan, namum. ct adalah satu Ikon penghibur yang paling besar namanya…Jua membanggakan nama Malaysia….Semoga keputusan beliau adalah yang paling terbaik....