CITARASA RINDUAN

Friday, December 31, 2010

Balik kampung

Sedang menyiapkan keperluan balik kekampung..

Ada anak kecil…biasalah..banyak keperluan yang perlu disediakan.., sementara menunggu en zalie balik dari masjid…dapat berblogging sekejap..

Rancang nak pulang ke kampong dalam jam 2 petang….so ada setengah jam lagi....korang pula kemana yer???? mesti ada yang jalan-jalan makan angin atau ke kampung halaman sepertiku

Semoga sama-sama diberi kesejahteraan dan selamat pergi dan balik ke destinasi yang ingin dituju

Mesti ramai blogger yang cuti berblog hari ini dan esok…maklumlah cuti panjang….Tadi sempat sms blogger katanya azila….beliau dan suaminya ke pulau pinang…sama-sama kami mendoakan keselamatan kami….yang penting, bila jumpa RNR….rehat secukupnya….tak perlu terburu-buru memandu…

Terima kasih kepada blogger yang sudi singgah ke citarasa rinduan..Doakan perjalanan kami pergi dan pulang dengan selamat yer…

Selamat tahun baru 2011 (pic dari mr google..TQ)

PS: salam sayang dari ayu citarasa rinduan untuk kalian….(jaga rumahku baik-baik yer)

Kepentingan/keistimewaan Bank BSN??

(kredit to mr google)

Terpanggil aku pada tengahari ini untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang keistimewaan BSN..

Aku banyak akaun dengan bank lain…terutama menjelaskan bil semasa pinjaman semasa persekolah di pulau pinang, insurans dan lain-lain….

Setiap bulan, terpaksa menuju ke bank yang jauhnya 20minit atau 30minit untuk menjelaskan bayaran semasa….

********************************************************

Sebenarnya…citarasa rinduan berhadapan dengan BSN, namun kerana kekurangan maklumat….aku sentiasa kerugian dalam informasi BSN..maka…aku terpaksa membazir masa dan tenaga untuk menjelaskan 2,3 jenis bil….

Maklumat yang kuperolehi adalah dari kakitangan BSN sendiri iaitu adik angkatku….(masih solo yer…heheheheh)

*************************************************

BSN atau Bank Simpanan Nasional bukan sahaja tempat simpan dan keluarkan duit,tapi macam - macam lagi perkhidmatan yang disediakan untuk pelanggan.Di BSN , anda boleh :

  1. membuat bayaran bil seperti TNB,SAJ,Indah Water,Celcom,TM,
  2. Bayar pinjaman pun boleh..Courts,Aeon Credit..yang penting ada nombor akaun pinjaman la..
  3. Nak beli nombor pin PTPTN,UPU kalau bank tutup,beli di mesin ATM atau CDM pun boleh..tapi mesti ada kad akaun BSN..
  4. Bayar kad kredit atau pinjaman bank-bank lain (bank ke 3) tapi jauh atau tak sempat?bayar di BSN pun boleh..gunalah perkhidmatan IBG..caj RM2,kalau tolak akaun RM 0.50 je..
  5. Sekarang ni BSN dah ada SMS banking dan Internet Banking..lagi mudah urusan..nk top up pn boleh..yang penting macam biasela..mesti ada akaun dengan BSN..
  6. BSN terkenal dgn SIJIL SIMPANAN PREMIUM nya..ha..ni pun simpan duit jugak,tp bukn dlm bentuk buku,dalam bentuk sijil..simpan duit sambil bertanding tau.hadiah macam-macam..tak rugi simpan duit kat sijil ni.kalau tak menang,duit tak hilang,boleh bawa untuk cabutan seterusnya.
  7. kalau dah namanya bank..mesti ada perkhidmatan pinjaman..untuk yang berniaga,Mikro Kredit
  8. lupa nk letak alamat web:www.mybsn.com.my
  9. Insurans kenderaan pun boleh buat di BSN
  10. BSN sekrang dh link dengan Amanah Raya Berhad..sesiapa yang nk buat wasiat,bolehla dtg BSN..daftar wasiat..
  11. Pekerja-pekerja Indonesia ke,Filipina ke,Bangladesh ke,kalaulah mereka berhajat nak hantar duit kepada keluarga mereka yang jauh di mata..xpayah risau,xpayah pening-pening kepala,BSN ada jalannya.Anda boleh menggunakan perkhidmatan Western Union untuk hantar duit ke luar negara.Caj tak mahal,ikut negara yang dikirim selain itu wang dijamin sampai beberapa menit sahaja.Untuk negara Indonesia,BSN juga ada sediakan perkhidmatan mendepositkan wang terus ke dalam akaun BRI iaitu Bank Rakyat Indonesia.Untuk perkhidmatan Western Union,hanya perlukan nama penerima yang betul,ikut 'ketepe' dan bagi perkhidmatan BRI hanya perlukan nombor akaun dan nama sahaja..
  12. Pindahan dari akaun melalui mesin ATM pun boleh buat dah..
  13. Kad kredit ?BSN pun ada kad kredit..nak mohon senang je,janji dh 21 tahun (dan ke atas),warganegara malaysia,pendapatan tahunan dalam lingkungan rm21,600 utk kad klasik dan rm 30,000 utk kad emas.dokumen yg diperlukan hanya salinan kad pengenalan dan slip gaji..

PS: kredit to adik Yusmazanariah…..(beliau merupakan kakitangan BSN cawangan Sg Sayong)

GA citarasa Rinduan, ditutup

Dengan ini, aku menutup Giveaway citarasa rinduan,

Terima kasih kepada sahabat blogger yang sudi join GA ini..syukur… seramai 50 blogger yang telah mengikuti syatat-syarat yang telah ditetapkan…

Untuk makluman, sekiranya terdapat sebarang kesilapan..ianya datang dari diri ini sendiri..

Jua, mohon makluman sekiranya tiada entry tentang GA ini, aku tidak akan mengambil kira, lebih-lebih lagi syarat-syarat tidak dipenuhi..

Amat ralat, ada member blogger yang join, tapi tidak mengikuti syarat yang telah ditetap…

Nantikan keputusan GA teka RM coklat yang ku beli dikilang Apollo pada 1.1.11 jam 11.11 malam

Terima kasih..

Selamat tahun baru kawan-kawan..

Giveaway Citarasa Rinduan ([Sticky Post] n3 berikutnya di bawah )

Salam 1 Malaysia…..semasa rombonganku ke kilang Appolo di Johor , aku sempat memborong pelbagai jenis coklat disana..

Kebetulan, stok coklat masih banyak…..aku ingin membuat satu giveaway cuba teka jumlah harga keseluruhan coklat yang aku beli pada hari tersebut..??


Mudah sahaja, syarat-syaratnya adalah:-

  1. jadi follower citarasa rinduan, warganegara Malaysia sahaja, lelaki perempuan boleh join
  2. buat satu entry dan tampalkan gambar giveaway COKLAT di sidebar anda
  3. tajuk entry giveaway: Jumlah RM coklat bernilai?
  4. tinggalkan url di entry giveaway ini
  5. tarikh giveaway adalah dari 20 disember 2010 (10.30 pagi) – 31 disember 2010 (10.30 pagi)
  6. keputusan giveaway akan diberitahu pada hari ulang tahun kelahiran en zalie iaitu pada 1.1.11 (11.11malam)
  7. hanya seorang peserta yang meneka dengan betul akan dikira sebagai pemenang, sekiranya tiada yang meneka dengan tepat. Jawapan yang hampir tepat akan dikira sebagai pemenang..
Senarai peserta adalah

PENGUMUMAN: TARIKH TUTUP/KEPUTUSAN DIPINDA, HARAP MAKLUM
SEKIRANYA ANDA SUDAH JOIN GA AYU, TAPI NAMA TIDAK TERSENARAI SILA BERITAHU AWAL, SEBELUM TARIKH TUTUP, UNTUK AYU MENGEMASKINI DATA RM YANG TELAH DITEKA

TERIMA KASIH

Sarapan hujung tahun 2010, JEMPUT-JEMPUT OAT CINTA AYU

Pagi nie, cuti….masak sarapan agak simple…

Hanya jemput-jemput/cengkodok oat cinta ayu yang aku sediakan untuk en zalie dan family MIL tersayang…

Nak resepi????? Sebenarnya aku dah pernah kongsi dengan korang resepi sihat ini..

Tapi nak memudahkan kalian, aku kongsi sekali resepi sihat dan mudah ini..


BAHAN-BAHAN

Oat - 6 sudu besar makan

Tepung gandum - 200 gram

Daun sop -2 batang (dipotong halus)

Kentang - dicincang panjang/dadu

Minyak masak - pilih yang brand natural/matahari-sesuai untuk diet

Garam -cukup rasa ( aku ambil hujung sudu teh)

Air - 50 ml (bagusnya guna air suling seperti bioaura, bio pure ELKEN)

CARA MEMBUATNYA

1. Campur kesemua bahan-bahan diatas, kecuali minyak masak

2. Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas (info ini bertujuan supaya jemput-jemput tak meresap dengan minyak)

3. Kekuningan, angkat dan toskan

4. Selamat menjamu selera


PS: layan dengan minuman green teh ..tanpa gula…sangat sesuai untuk sahabat yang ingin sihat dan cergas..

Sorotan 2010, Kenangan ManisKu

Selamat pagi….

Pagi ini ingin ku kongsi dengan kalian. Sorotan kenangan manis yang ku alami sepanjang 2010, ianya banyak kepada diriku dan en zalie

5 hb julai 2010,

Apabila saat itu en zalie membuka matanya selepas 16 hari di ICU pakar putri, Johor ..hanya tuhan yang tahu…saat itu aku dapat melihat senyumannya..walau pelbagai wayar yang terdapat didada, kaki, tangan, hidung, mulut mahupun perutnya..en zalie menangis kegembiraan..(beliau tidak dapat mengeluarkan suara akibat operation trakia (ENT) yang telah dijalankan…aku faham…dia merinduiku..

13 Ogos, 2010

En zalie dapat memanggil namaku…(walau sebulan 7 hari ku menjaga makan, minum, mandinya, keperluannya di Hospital, tiada rasa penat atau letih saat en zalie memanggil Sayang)………Syukur…abang semakin sihat….

Alhamdullilah..hingga saat ini en zalie semakin sembuh….walau 2 kali beliau tidak bernafas dan doctor menyatakan peluang beliau agak tipis …ku tahu semangatnya untuk berjuang dalam hidupnya sangat tinggi

Selamat hari lahir abang, pada esok hari….sayang tetap menyayangiku sampai bila-bila…sejak detik itu….aku semakin kuat untuk menjadi seorang wanita yang kau panggil sayang..

PS: sebenarnya ada seorang blogger yang tag segmen kenangan manis 2010….tapi aku tidak mengingati siapa blogger itu..sila inform padaku..sekiranya blogger itu tersedar aku belum menyiapkan tag ini..

Terima kasih,.,,selamat tahun baru 2011 sahabatku semua..

Thursday, December 30, 2010

A.Aida Tuntut Nafkah Anak Daripada Ameng RM85,000

Oleh: SALWA SHA’ARI

KUALA LUMPUR: Produser dan dramatis 90-an, A. Aida memfailkan permohonan bagi menuntut tunggakan nafkah dua orang anak bernilai RM85,000 daripada bekas suaminya, Ameng yang merupakan vokalis kumpulan Spring.

A. Aida atau nama sebenarnya Zaida Awang, 40, mendakwa Ameng gagal menjelaskan nafkah anak selama 85 bulan, iaitu sejak mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 17 Disember 2003.

Pasangan tersebut berkahwin pada 1994 di Terengganu.

Semasa bercerai, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 42, bersetuju untuk membayar RM1,000 sebulan sebagai nafkah anak, Wan Az Aleesa, 14, dan Wan Azevanatassha, 9, yang perlu dijelaskan pada minggu pertama setiap bulan.

Produser drama Halimah Jongang itu memfailkan permohonan tersebut pada 21 Disember lalu menerusi peguam-peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif dan Normawaddah Ramli.

Kes disebut untuk kali pertama di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis.

Pada prosiding itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan bertanyakan mengapa permohonan itu lewat difailkan, iaitu telah melebihi tempoh enam tahun.

“Plaintif (Aida) cuba untuk memberi peluang kepada defendan (Ameng). Bagaimanapun, nafkah tidak pernah dimasukkan ke dalam akaunnya,” kata Nor Azmi.

Abdul Walid kemudiannya bertanyakan kerja defendan (yang tidak dinyatakan pada dokumen) dan Nor Azmi memaklumkan Ameng adalah seorang artis.

Selepas meneliti dokumen yang berkaitan, Abdul Walid membenarkan permohonan Aida untuk mendapatkan perintah bagi memulakan prosiding tunjuk sebab terhadap Ameng mengenai kegagalannya membayar nafkah.

Prosiding kes tersebut akan berjalan di Mahkamah Rendah Syariah di sini dan tarikhnya akan dimaklumkan pada masa akan datang.

Aida yang mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Suffian Sulaiman hadir berseorangan di mahkamah.

“Saya dah banyak kali minta (nafkah anak) daripada Ameng, tapi dia suruh saya minta dengan lelaki lain,” katanya kepada media di luar mahkamah.

Pada 1 November lalu, Ameng dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 serta diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah memasukkan ganja ke dalam badannya.

Dia semasa membela diri atas tuduhan itu mendakwa pertuduhan tersebut adalah konspirasi antara Aida dan Suffian untuk memalukan dirinya.

Ameng telah berkahwin lain pada 2004 dengan Sabariah Zakaria, 40, dan dikurniakan seorang anak, Wan Amar Haikal yang kini bersusia tiga tahun.

Kredit to mStar online

MIC Mahu Rajagobal Diberi Anugerah


KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk G. Palanivel mencadangkan supaya K. Rajagobal yang melatih skuad bola sepak negara sehingga berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 malam tadi diberi anugerah di atas kejayaannya itu.

Beliau berkata anugerah Datuk adalah setimpal untuk Rajagobal yang turut membawa skuad bawah 23 tahun negara mencipta kejayaan memenangi pingat emas di Sukan Sea di Laos Disember lalu.

Sebelum ini Malaysia menunggu bertahun-tahun untuk mencipta kejayaan pada peringkat Asean, kata Palanivel.

"Orang ini menghadapi segala kesukaran dan dia tetap fokus, dedikasi dan komited dalam melatih skuad bola sepak negara.

"Rajagobal membina pasukan yang berjaya yang terdiri daripada pemain yang mempunyai pelbagai kemahiran," katanya. -BERNAMA



Kredit to mstar online

Giveaway Teka RM harga coklat yang aku beli di kilang appolo..ditutup jam 10.30 pagi pada 31/12/2010

Untuk pengumuman semua…giveaway yang aku lancarkan memang mendapat sambutan yang amat menggalakan…rasa terharu dan dihargai oleh sahabat blogger sekalian…

Terima kasih kepada semua peserta yang turut mengambil bahagian, juga terima kasih kepada sahabat blogger yang mewar-warkan GA ku itu…

Oleh kerana, petang ini..aku terpaksa pulang ke kampung halaman..kerana menghadiri majlis perkahwinan jiran tertangga…

Ingin aku maklumlah…tarikh tutup/masa akan disingkatkan dari jam 10.30malam, kepada 10.30 pagi pada 31/12/2010

Manakala keputusan akan berubah dari 12 tengahari pada 1/1/11 kepada 1/1/11 pada jam 11.11malam

Terima kasih…………



Ps: masih ada peluang lagi untuk peserta join GA citarasa rinduan

Sila beritahu sekiranya anda yang mengambil peluang join GA ku, namun tidak tersenarai oleh aku..…kerjasama anda amat dialu-alukan..

Terima kasih…..

Contest Aku dan Kaca Mata

Malam nie, dapat peluang nak join contest blogger shafiqrosly…masa beliau umumkan contest nie…aku hadapi masalah..sebab memang tak posing dengan kaca mata hitam maklumlah..aku nie rabun….heheheh

Yang ada hanya gambar umai..itu yang aku mohon kepastian samada boleh ambil gambar umai atau tidak

Alhamdullilah..shafiq izinkan…so….dengan ini..aku join contest beliau untuk support contest beliau…

Jom kita join sama-sama

Syarat-syaratnya

Menjadi follower seikhlas hati yang mungkin- syukur dah lama rasanya join blog shafiq…..

Memerlukan gambar anda yang memakai kaca hitam..terpulang edit ataupun original – done, but guna gambar umai

Tinggalkan link anda di entri ini apabila sudah join dan letakkan gambar banner di sidebar - done

Tag 2 orang rakan anda – cikgu iman dan kak azie

PS; all the best….good luck cikgu iman dan kak azie

Kain sekolah terpendek, cantum dengan kain perca??

Assalamualaikum…salam malam jumaat...

hari nie, agak kepenatan sedikit…..citarasa rinduan, diserbu pelanggan,,,maklumlah sekolah rendah dan menegah ibubapa dok beli buku-buku/peralatan sekolah anak-anak…

Di dewan seri sayong, pula….diadakan penyampaian perlatan sekolah/wang saku untuk anak-anak yatim oleh Dato Halimah Sidek dan Dato Adham baba…..(adun kota tinggi), dato siap puji mee goreng mamak citarasa rinduan..hehehehe, dalam hati ada bunga....nanti singgahlah selalu yer dato..

Seronok melihat kegembiraan diwajah anak-anak yatim yang dapat sumbangan dari kerajaan…bila singgah ke citarasa rinduan, penjaga berkongsi cerita kepadaku….(sambil aku memasak dengan tangan tak henti-henti…)… aku mengucapkan tahniah kepada beberapa anak-anak yatim tanda aku turut merasai kegembiraan mereka..

Terima kasih atas sumbangan dari pemimpin rakyat….inilah masanya membuktikan bahawa, mereka perhatin terhadap masyarakat..

PS: teringat zaman aku sekolah dahulu, kasut sekolah 4 tahun tak tukar-tukar…baju sekolah ambil dari kak long, bila terpendek..ibu cantum dengan kain perca…agar aku dapat pakai baju sekolah….. syukur, masih berpakaian dari anak yatim yang hilang kasih sayang…

Salah Faham Punca Maher Zain Tidak Muncul Di TV9

Maher Zain akui terdapat salah faham membuatkan dia gagal menghadiri program Nasi Lemak Kopi O, Ahad lalu. Foto THE STAR CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Penyanyi Popular, Maher Zain mengakui terdapat salah faham antara pihak produksi rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9 dengan pihak pengurusannya menyebabkan dia tidak hadir ke program tersebut, Ahad lalu.

Justeru, Maher meminta maaf terhadap kekeliruan yang menyebabkan masalah berkenaan.

“Saya tidak tahu langsung yang saya perlu hadir ke TV9 pada hari Ahad lalu. Keesokkannya baru kami tahu tentang hal itu. Terdapat sedikit salah faham tentang tarikh yang sepatutnya saya hadir.

“Saya minta maaf kepada semua, saya tahu ramai yang kecewa dalam hal ini dan kami telah berjanji dengan pihak TV9 untuk menghadirinya pada minggu depan,” katanya selepas majlis sidang media Maher Zain Live In Concert 2011.

Kegagalan Maher hadir ke program NLKO itu menyebabkan slot temubual selama 17 minit bersamanya digantikan dengan slot lain.

Penyanyi yang baru sahaja membuat persembahan pada Malam Amal anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia itu bakal mengadakan konsert Maher Zain Live In Concert 2011 pada 25 dan 25 Februari depan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Konsert tersebut adalah sebagai penghargaan kepada peminat-peminat yang berada bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei, Singapura, Indonesia dan Filipina.

“Saya memilih Malaysia kerana negara ini memberi sokongan kepada saya, bukan sahaja peminat tetapi juga media-media di sini.

“Saya sangat bersyukur dan bertuah kerana diterima baik di negara ini. Saya juga menganggap Malaysia sebagai negara kedua saya,” katanya.

Dalam konsert tersebut Maher akan berkolaborasi dengan lebih 10 orang pemuzik antarabangsa termasuk kumpulan Inteam.

Segala maklumat konsert termasuk tiket yang berharga dari RM50 hingga RM200 akan diberitahu di laman web www.inteam.com.my dalam masa terdekat ini.

Bercerita tentang kerjaya, Maher memberitahu sedang dalam proses pembikinan album keduanya. Dia juga dalam proses merakam semua lagu Isha Allah versi Bahasa Malaysia.

“Saya akan keluar dengan album kedua tidak lama lagi. Dan lagu Insha Allah dalam Bahasa Malaysia, saya sudah melihat seni katanya dan masih belajar untuk sebutan yang betul,” ujar penyanyi yang dalam percutian di Malaysia bersama keluarga sehingga 1 Januari ini.

Kredit to mStar online


PS: teringin lah nak jumpa beliau…agak-agak ini dikira azam atau impianku ?…hhehehhe

Siapa GF Khairul Fahmi Che Mat?? blogger juga tau..

Salam..

Tiba-tiba nama Khairul Fahmi Che Mat a.k.a apex naik…..melambung tinggi ko glomour si jejaka bola sepak Negara nie….

Tapi, korang nak tahu tak si jejaka Malaya nie dah ada yang empunya….siapa dia???

Sure blogger macam kita juga…

Jom kita sekodeng blog gf apex…..http://jejariruncing.blogspot.com/

Tahniah, Elia….kak ayu mendoakan jodoh kalian ada hingga ke akhir hayat kalian….

All the best

Ekin Jalani Rawatan Tradisional Untuk Dapat Anak

Pasangan ini memberi tempoh 6 tahun lagi untuk mengambil anak angkat foto NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi popular Mawi, Nora' Asikin Rahmat atau Ekin, 30, memberitahu masih belum terdesak untuk menggunakan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) dalam usahanya untuk mendapatkan zuriat.

Jelasnya, mereka masih terus berusaha untuk mendapatkan cahaya mata dengan menggunakan kaedah tradisional.

“Setakat ini saya memang sedang berusaha untuk mengandung tetapi melalui rawatan tradisional sahaja seperti urut tradisional dan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba.

“Namun begitu untuk melakukan kaedah tabung uji itu kami belum bersedia. Saya banyak dengar cerita tentang rawatan tersebut sangat sakit,” ujarnya yang pernah mengalamni keguguran sebanyak dua kali sejak berkahwin.

Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu juga memberi tempoh selama enam tahun untuk berusaha mendapatkan zuriat mereka sendiri.

“Kalau boleh memang saya ingin anak sekurang-kurangnya seorang pun jadilah. Insya-Allah jika enam tahun lagi masih tiada rezeki kami akan mengambil anak angkat.

“Dalam tempoh tersebut kemungkin kami lebih bersedia, yalah untuk ambil anak angkat juga memerlukan tanggung jawab yang berat sebab kita membela anak orang lain,” ujarnya.

Jelasnya, 20 Disember lalu genap dua tahun dia melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia bersama suami tercinta biarpun belum dikurniakan cahaya mata.

“Saya bersyukur Mawi memahami keadaan ini dan dia juga sentiasa memberi semangat kepada saya. Kami menyerahkan kepada Allah mengenai anak,” ujarnya.

Kredit to mStar online

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF Buat Kali Pertama

Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta di sini, Rabu. Foto AP.

JAKARTA Buat julung kalinya, skuad bola sepak Malaysia berjaya merangkul gelaran juara sekali gus membawa balik piala kebanggaan apabila menang secara agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Rabu.

Bagaimana pun, skuad kendalian K.Rajagobal itu menerima serangan bertalu-talu daripada pasukan Garuda, namun barisan pertahanan cemerlang memainkan peranan mereka dalam menepis serangan ini.

Pasukan Indonesia nyaris mendapat gol pertama apabila pengadil memberi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Mohd Sabree Mat Abu pada minit ke-18, namun sepakan yang dilakukan oleh kapten pasukan Garuda, Firman Utina berjaya diselamatkan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang bijak membaca pergerakan pemain tuan rumah itu.

Pemain Malaysia meraikan kejayaan Safee Sali menjaringkan gol awal ketika menentang Indonesia pada perlawan akhir kedua, Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karni, Jakarta malam ini. Foto AP.

Kedua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan perlawanan lebih menarik selepas pasukan Indonesia lebih banyak mengatur serangan namun pujian sekali lagi harus diberi kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi kerana menyelamatkan gawang dengan percubaan berbahaya terutama sekali hantaran yang dilakukan pemain lincah Indonesia, Muhammad Ridwan.

Biarpun Malaysia jarang melakukan serangan, namun hantaran jauh Mohd Ashari Samsudin di sebelah kanan tepat kepada Mohd Safee Mohd Sali sekali gus membuat lorongan laju menggunakan kaki kirinya terus ke gawang lawan pada minit ke-53.

Gol penyamaan hadir pada minit ke-72 selepas Mohammad Nasuha merembat bola muntahan daripada penjaga gol Khairul Fahmi.

Namun pada babak akhir perlawanan, pemain pertahanan negara, Mohamad Muslim Ahmad silap membuat percaturan apabila cuba menyelamat bola dengan menanduk ke arah gol sendiri.

Perlawanan tamat dengan keputusan 1-2.

Sementara itu, kejayaan ini dianggap lebih manis apabila penyerang negara, Mohd Safee Mohd Sali turut dinobatkan penjaring terbanyak selepas mengumpul lima gol.

Manakala pemain terbaik perlawanan dimenangi oleh pemain tengah Indonesia, Firman Utina.

Pada perlawanan pusingan pertama yang berlangsung Ahad lalu, skuad Harimau Malaya ini telah menundukkan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tahniah Malaysia

Kredit ti mStar online

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia VS Indonesia (Malaysia menang agregat 4:2)

Walau keputusan akhir malam tadi berpihak kepada Indonesia dengan keputusan Indonesia VS Malaysia 2-1

tapi dengan rasminya…Malaysia menang dengan agregat 4-2….tahniah permain Malaysia, tahniah rakyat Malaysia…LOVEMALAYSIA...

Nampak gayanya..esok pagi bibik-bibik dan pelanggan setia yang terutamanya warga indon…akan menjaringkan gol mulut ke mulut…

Aku???... tak payah masuk campur….macam biasa..uruskan keperluan yang penting sahaja…

Banyak lagi tanggungjawab lain yang harus dipikul dari layan perang mulut depa…

PS:Kalau aku menang berhujah pun..bukan aku dapat ringgit Malaysia atau kuih kek lapis jawa…..hehehehhe

indonesia vs Malaysia 0-1

Syukur…

Syukur…..

Saat ini..aku hanya menjerit perlahan…menjerit keriangan…

Tahniah Malaysia..terima kasih Safee Sali, kerana jaringan anda...tahniah fahmi..kerana kepantasan anda...dan terima kasih kepada semua permain Malaysia...LoveMalaysia...

PS: dah tak sabar nak lihat strategi permain kita selepas ini

Jom Tengok bola...........



Salam…

Nampaknya..malam nie team Malaysia akan meneruskan perjuangan di perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 yang dijadualkan berlangsung jam 8malam waktu Malaysia. nasib permain kebangsaan Malaysia menentang Indonesia..samada menang atau kalah???…yang penting kita berjuang habis-habisan..LoveMalaysia…

Tadi, terbaca suratkhabar metro harian....tentang sotong yang pihak lawan ramalkan…nampak gayanya..sotong tu makan bekalan makanan pada bendera Indonesia…pihak Indonesia pun dah gembira habis….Kalau betul-betul menang.........tak tahu nak kata apa???

Si arel yang ada konterversi dengan video lucahnya pun anggap yang bukan-bukan tentang penyokong kita…depa kata kerana laser permain Indonesia kalah…(masa perlawanan tempohari..)...macam-macam kata-kata mereka...

Mana-manalah……………janji pihak kita kuat mental dan fizikal

Sekarang nie, layan persiapan jentera Felda Sungai sayong menonton perlawanan akhir kedua pada malam ini…



Siap Dato Adham baba, datang untuk memberi sokongan, singgah ke citarasa rinduan menjamu selera malamnya..…aku ada tanya dato…mana menang…kata dato….mesti lah Malaysia

PS: so, jom kita tonton…jangan baling kusyen udahlah yer jiran

Hah!!sekali lagi.......

Kalau dah rezeki…nak buat macamana..memang rasa bertuah sungguh tahun 2010

Jam 11 pagi tadi..dapat lagi..kali nie abang skynet datang dengan lori, semalam hanya bekereta…

Aku yang sedang update Giveaway penyertaan kawan-kawan pun agak tersentak dengan bunyi lori yang agak kuat..ingatkan lori pasir…hehehheh

En zalie, kata..tu susu anmum lagi kot..

Aku, tersenyum-senyum…dah rezeki bang, ambil ajerlah….hehehehe

Yang best tu…2 kotak anmum free menyusul….so, ada 4 kotak anmum free..maksudnya…aku dah boleh sangat simpan RM….nak ke mana eik????


Hehehehehe..opss...birthday en zalie hampir tiba...aku nak hadiahkan apa eik??ada cadangan..kongsilah sama......

Tuesday, December 28, 2010

SOSEH SOSEH: Maya Karin nafi cintai Remy



JANDA cantik dan anggun, Maya Karin cukup bertuah kerana dikaitkan dengan dua lelaki kacak dalam tempoh beberapa bulan ini.

Kedua-duanya memang mempunyai ramai peminat di kalangan wanita hingga ramai yang cemburu dengan Maya kerana berjaya mencuri tumpuan dua jejaka ini.

Dulu heboh bintang utama teater muzikal Natrah ini bercinta dengan Remy Ishak yang sama-sama membintangi teater itu.

Lebih panas lagi, nama Remy turut diheret dalam masalah rumah tangga Maya hingga berlaku perceraian. Banyak jugalah cerita yang SS dengar mengenai hubungan mereka ini, tetapi Maya sendiri menjelaskan keadaan sebenar.


Senyap gosip cinta antara dua pelakon popular ini, tiba-tiba ia timbul kembali apabila sekali lagi Maya dan Remy digandingkan untuk teater muzikal Natrah 2 yang tamat pementasannya 7 Disember lalu. Berita ini bertambah kencang apabila orang di belakang tabir dan mereka yang berada dalam Istana Budaya sendiri bercerita.
Kata mereka, memang benar Maya dan Remy bercinta. Kata mereka, kedua-dua pelakon ini meminta agar diberikan bilik berdekatan. Malah, keakraban mereka berbeza dan tidak seperti rakan artis biasa.

Tapi rakan SS lebih suka bertanya sendiri dengan empunya badan mengenai cerita disampaikan. Iyalah, daripada dengar cerita orang entah betul entah tidak. Apabila berkesempatan bertemu Maya, apa lagi perkara itu sempat dibisikkan kepada Maya.

Ternyata cerita yang dihebohkan sumber daripada produksi Natrah dan Istana Budaya itu tidak benar sama sekali. Kata Maya, tidak mungkin dia akan bercinta dengan Remy.

Pertanyaan rakan SS itu menyebabkan Maya keliru mengapa bertanyakan hubungannya dengan Remy sedangkan sekarang ini orang sedang mengaitkan dirinya dengan Yusry Abdul Halim. Apabila ada pihak yang masih mengaitkan dirinya dengan Remy, membuatkan Maya berasa sedikit pelik.

Selepas mendengar penjelasan Maya, SS pun buat kesimpulan, cerita yang dihebohkan itu hanyalah gosip untuk menghangatkan lagi pementasan Natrah 2 atau pun filem Cun yang turut menggandingkan mereka berdua.

Lebih menarik, Remy kini dikatakan hangat bercinta dengan Tiz Zaqyah, pasangannya dalam siri Nur Kasih manakala Maya dengan Yusry.

Hubungan mesra mereka bukan rahsia lagi. Kalau selama ini ada peminat terserempak dengan mereka menonton wayang di Alamanda, Putrajaya. Tapi nampaknya kini Maya dan Yusry lebih terbuka apabila sama-sama hadir menyaksikan filem Khurafat di Mid Valley yang turut dihadiri media, baru-baru ini.

Ramai yang suka Maya dengan Yusry. Kata mereka sama cantik dan padan dan pernah gagal dalam perkahwinan dengan gelaran janda dan duda.

Kredit to metro online