CITARASA RINDUAN

Monday, January 31, 2011

Banjir Di Lima Negeri: Tiga Maut, Lebih 46,000 Penduduk Dipindahkan

PETALING JAYA: Banjir teruk di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sabah telah memutuskan hubungan di antara beberapa bandar di kelima-lima negeri itu sehingga menyebabkan lebih 46,000 penduduk dipindahkan di pusat bantuan pada Isnin, mengulangi insiden bencana itu yang berlaku pada tahun 2006.
Keadaan paling terjejas teruk adalah di Johor apabila banyak kawasan dibanjiri di beberapa daerah seperti Segamat, Muar, Kota Tinggi, Kluang dan Ledang sehingga pukul 9.30 malam dengan 42,302 penduduk telah dipindahkan ke 250 pusat bantuan.
Seramai 1,921 penduduk dari empat daerah di Negeri Sembilan telah dipindahkan pada Isnin apabila hujan semakin lebat membanjiri kawasan-kawasan rendah sejak Ahad.
Bagi mereka yang mahu pulang ke kampung halaman mereka sempena cuti Tahun Baru Cina terkandas apabila jalan-jalan besar dan satu kawasan di Lebuhraya Utara Selaran mengalami banjir.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terpaksa membatalkan beberapa perkhidmatan kereta api mereka di Negeri Sembilan dan Johor.
Seramai tiga orang maut dalam kejadian berasingan di Johor dan Melaka manakala satu lagi dilaporkan hilang selepas mangsa dihanyutkan oleh arus deras sungai di Sabah.
Sementara itu, Rohani Ismail, 51, meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya dihanyutkan arus ke ladang kepala sawit, 50 kilometer di Cha’ah kira-kira pukul 7 petang.
Aw Yoke Lin, 53, dari Taman Pelangi pula maut apabila kenderaan pacuan empat rodanya dibawa arus sehingga ke sungai di Kampung Rahmat, Kulaijaya.
Para penyelamat di Melaka pula kini sedang mencari pengawal keselamatan, Yusry Mohd Yusof, 40, yang terjatuh ke dalam sebuah longkang di Kampung Chinchin, Jasin pada pukul 10 pagi.
Di Sabah, seorang petani, Meriting Andi, hilang apabila dibawa arus Sungai Samparita di Kota Marudi ketika cuba untuk menyelamatkan anak-anaknya yang terkandas di seberang sungai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengunjungi kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Johor pada Selasa.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara telah meminta agensi kerajaan untuk mengemukakan sistem amaran awal lebih cekap bagi bencana banjir.
Muhyiddin berkata, agensi-agensi terbabit termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan pelbagai usaha untuk memindahkan mangsa serta menyediakan khidmat bantuan.
Beliau juga turut mengarahkan anggota tentera membantu memudahkan urusan pemindahan mangsa.
Segamat kini menjadi ‘sebuah pulau’ apabila terputus hubungan berikutan banjir teruk dan sebagai langkah keselamatan menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan elektrik ke bandar itu.
Menurut polis, tiada siapa yang boleh keluar masuk di Segamat apabila jalan-jalan ke Muar, Johor Baru dan Kuala Lumpur ditenggelami air.
Keadaan di Kota Marudu, Kota Kinabalu pula terus kritikal apabila seramai 2,084 penduduk dari 19 kampung terpaksa dipindahkan ke 10 pusat bantuan.
Banjir teruk terus dilaporkan di Lahad Datu, Beluran dan beberapa kawasan di Pitas manakala banyak lagi jalan di kawasan pedalaman termasuk di ladang-ladang ditenggelami air sehingga menyukarkan para petani menghantar hasil tani mereka ke bandar-bandar utama.

Kredit to mstar online

Minyak Petrol naik lagi???

RON97 Naik 10 Sen Kepada RM2.50 Tengah Malam Ini

PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya, lapor Malaysiakini.
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Kredit to mstar online

PS: adeh…..

Banjir di kota tinggi, mohon sahabat semua doakan supaya keadaan kembali pulih..amin

Selamat malam para sahabat…

Sepetang di citarasa rinduan, dengan cuaca yang amat kurang selesa, ditambah hujan tanpa henti…mungkin rezeki kami, pelanggan pun semakin bertambah….

***************************
Orang pelbagai ragam, ada yang mendiamkan diri tanda bimbang dengan hal yang dihadapi..dengan situasi air yang semakin naik, memikirkan bencana yang bakal berlaku..

Ada yang ingin segerakan bungkusan makanan mereka, risau kenderaan terkandas….maka, pekerja citarasa rinduan, terpaksa tahan sabar…kerana situasi darurat ini memang menguji tahap keimanan kami….masak secepat yang boleh. dahulukan pelanggan yang ingin meredah banjir….

Ada juga yang tersenyum girang, tanda gembira tak perlu bekerja selama beberapa hari….bila putus jalan, maka…boleh senang-senang bercuti tanpa gaji…

Malah, ada pelanggan siap beri cadangan suruh ambil kesempatan dengan berniaga pau dan nasi bungkus dikawasan yang dinaiki air…macam-macam……


*******************
Aku?

Saat ini hanya bedoa agar banjir dikota tinggi, jambatan sayong-bandar tenggara surut cepat, kesiannkan perniaga, pengguna di sana…bertungkus lumus memindahkan barang ke tempat yang lebih tinggi

Kota tinggi kawasan landai….bekas paya,,apabila hujan tiada henti, dan system peparitan bermasalah..maka…..terkuburkah Bandar kota tinggi dalam beberapa hari, atau mungkin seminggu atau bakal berlaku gelombang banjir kali ke 2..…..wallahualam……


PS: mari kita doakan agar kejadian banjir pada tahun 2006 tidak dialami lagi………amin

Kredit to pegawai polis dan polis bantuan, sentiasa memberi maklumat keadaan sekitar dan peka terhadap kawasan yang dinaiki air……

Kredit to sahabat FB yang berkongsi gambar sekitar kejadian banjir di kota tinggi pada 31 january 2011







u

Jambatan Sg Sayong dinaiki air, bandar kulaijaya jem disebabkan?

Assalamualaikum, salam petang isnin, sahabatku sekalian……

Baru balik dari kulaijaya, hantar en zalie ke klinik..kesihatannya agak terganggu…mungkin disebabkan semalam en zalie memandu mengharungi air banjir, wallahualam…setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya


Selepas dari citarasa rinduan, terus ke klinik di kulaijaya….semasa isi minyak kereta…pekerja mobil ada sampaikan berita tentang paras air di jambatan sungai sayong dah dinaiki air, maka para guru-guru dan pekerja SAJ, pulang ke rumah masing-masing secepat yang mungkin…kesian mereka..ditambah lagi…kebanyakkan guru-guru di f sungai sayong, banyak yang menginap di taman Bandar tenggara, seperti blogger cikgu azreef, nak tahu kisah cikgu…sila klik sini.

*********************
Hujan memang tiada hentinya….tiada seminit atau lebih kampong kami dihujani air hujan yang lebat….dalam hati hanya tawakal dan doa semoga tidak berlaku bencana alam yang lebih dasyat seperti tahun sebelumnya,

Lagilah aku perniaga, perlu mencari bahan mentah untuk dibuah rencah sebagai penyedap masakkan…….

**********************
Setiba di Bandar kulaijaya, jem sana sini…dalam hati tetap amalkan zikir dan doa agar perjalanan kami sempurna, dengan renggekan yang keluar dari bibir en zalie menahan kesakitan, en zalie kalau tak berapa sakit, pasti dia tahan apa yang terjadi padanya…aku tahu hari ini dia tak boleh menyembunyikan kesakitannya lagi

Masuk ke klinik..en zalie terus di beri suntikan……, alhamdullilah..tika aku menaip entry ini,..en zalie dah mula tersenyum tandanya dia merasakan ringan terhadap sakit yang dihadapi, alhamdullilah….



Namun, hanya satu yang ingin ku kongsi dengan kalian, betapa sibuk dan egonya pemandu di jalanraya. Disana sini, kenderaan merata….tidak mematuhi undang-undang, hanya mementingkan diri sendiri…hingga lampu hijau mahupun merah tidak di endahkan…….

  1. Kalau nak diikutkan banjir?? Tak boleh ker, mereka bersabar dan sentiasa membantu antara satu sama lain,

  1. Kalau nak diikutkan jem akibat perayaan hari raya cina, tak bolehkan mereka bekerjasama dalam mematuhi setiap undang-undang bagi menyegerakan perjalanan mereka.

  1. kalau nak diikutkan jem di sepanjang tekong, berhampiran bangunan majlis Bandar kulaijaya, akibat kaum Buddha bersembahyang . Tiada perasaan budi bahasa kah mereka??



PS: Mana semangat 1 malaysia????? kalaulah Malaysia aman, semestinya tiada kecelakaan mahupun bencana yang buruk berlaku kan??? Kan???

Sunday, January 30, 2011

Pengalaman.banjir laluan mersing-kota tinggi-kulaijaya-bandar tenggara...

Sepanjang perjalanan aku pulang ke rumah dari mersing-kota tinggi-kulaijaya-bandar tenggara-kluang, tak dapat digambarkan hatiku sering gundah gulana…

Sangat risau, sangat takut…hanya tuhan yang tahu tika dan saat itu…

Alhamdullilah, perjalanan yang sepatutnya 1 jam bertukar kepada 3 jam, aku berjaya atasi….walau ini pertama kali dalam hidupku pengalaman memandu dalam cuaca yang kurang elok dan berisiko untuk keselamatan kami sekeluarga…akhirnya berjaya…amin..


Hanya di kawasan yang berisiko tinggi, disebabkan air yang deras aku tak sanggup harungi…



Bukan lepas tangan, tapi aku khuatir mendatangkan masalah terhadap keselamatan dan kenderaan kami..

Mujur en zalie berkeyakinan tinggi,,,ini lah hikmahnya….akhirnya en zalie memandu….
Alhamdullilah..bukan professional…tapi en zalie dah alami pemanduan berisiko semasa banjir di kota tinggi tahun 2006….en zalie menjadi sukarelawan, menghantar misi membantu bekalan makanan dan pakaian ke dewan-dewan yang berdekatan,.di kotajaya dan kawasan kota tinggi yang berdekatan…

Syukur, inilah hikmah bagiku pada hari ini…..
Tahniah en zalie


Gambar-gambar semasa banjir kota tinggi tahun 2006, semoga tahun ini tak berlaku kejadian seperti tahun sebelum ini..amin


  kredit to google

Rita Rudaini Tamatkan Sengketa Dengan Mertua

Oleh NIEZAM ABDULLAH
Rita dan Adil bersama anak mereka Airit Rayyan.
PETALING JAYA: Hubungan yang keruh melibatkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, dengan keluarga mertuanya kembali jernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.
Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini pada malam Khamis lalu apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.
Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.
“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.
Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.
Aidil Zafuan (kanan) bersama ibu dan bapanya, Azizah Arshad dan Abd. Radzak Salleh sewaktu ditemui wartawan di rumah mereka di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Detik-detik itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang.
“Kalau mak dengan ayah rindu dekat Rayyan, boleh datang melawat,” kata Rita yang tentunya berasa lega dengan peristiwa bersejarah itu.
Kedua-dua pihak memanjatkan rasa syukur kerana kekeruhan yang berlaku dapat dijernihkan apabila mereka berjaya menamatkan sengketa yang telah berlaku.
Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada bulan Februari 2008 sehingga menimbulkan kekecohan apabila perkahwinan berkenaan tidak mendapat restu keluarga.
Akibat kejadian itu, kedua-dua pihak gagal mencapai persefahaman untuk berdamai sehinggalah ia berpanjangan.
Selain Aidil Zafuan, kembar bintang bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan tersebut iaitu Zaquan Adha turut memilih artis sebagai isteri apabila bernikah dengan Ayu Raudhah pada 21 Januari lalu.
 kredit to mstar online, PS; ALHAMDULLILAH....

Keputusan Pengundian PRK Tenang: BN Mendahului PAS

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
LABIS: BN Menang Besar Di Tenang
 Barisan Nasional (BN)mencapai kemenangan besar mempertahankan kerusi N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti 3,706 undi pada pilihan raya kecil yang diadakan pada Ahad.
Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini pada pukul 10 malam, Ahad.
Proses pengundian tetap dijalankan dalam suasana banjir teruk melanda Labis hingga menyebabkan jalan-jalan utama dari kampung terputus hubungan.
Namun, calon BN dari Umno, Mohd Azhar Ibrahim berjaya menewaskan pencabarnya Normala Sudirman dari Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Mohd Azhar yang juga bekas Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit meraih 6,699 undi berbanding Normala yang hanya mendapat 2,992 undi.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandanganya, Datuk Sulaiman Taha 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran.
Majoriti yang diperoleh Mohd Azhar adalah 3,707 undi, berbanding 2,492 yang diperoleh Sulaiman pada pilihan raya umum 2008.
Hujan lebat yang turun sejak awal pagi sehingga mengakibatkan banjir menyebabkan para pengundi terpaksa dibawa ke tempat-tempat mengundi dengan menaiki trak tentera dan bot.
Keadaan cuaca buruk bagaimanapun tidak menghalang lebih kurang 72 peratus pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kali ini.
BN memperolehi majoriti di tiga daripada empat pusat mengundi kawasan Cina iaitu di Bandar Labis Timur, Labis dan Tenang malah pengaruh PAS di kubu kuatnya di Bandar Labis Tengah turut terhakis.
Keseluruhannya BN berjaya meraih 40 peratus undi Cina.
Sokongan kepada BN di kawasan-kawasan Felda dan kampung-kampung Melayu turut meningkat. Tiga kawasan Felda, iaitu Felda Tenang, Felda Chemplak Barat jdan Felda Chemplak menunjukkan majoriti meningkat BN daripada 1,966 undi pada 2008 kepada 2,241.
Sementara itu, undi kaum India turut beralih kepada BN di mana majoriti undi di dua kawasan penduduk India meningkat daripada 260 pada 2008 kepada 365.
Turut hadir meraikan kemenangan calon BN itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga pengarah pilihan raya BN DUN Tenang, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin BN yang lain.

Kredit to mstar online

PS: tahniah..tahniah…semoga Mohd Azhar Ibrahim menjalankan tugas dengan sebaiknya…amin

Banjir, laluan kulaijaya-Bandar teggara,-Kluang, Johor

Pengumuman…

Jalan kulaijaya menghala ke Bandar tenggara – kluang, banjir telah berlaku..air ketinggian paras lutut namun deras, mengakibatkan semua kenderaan ringan tidak boleh melalui jalan tersebut..

Namun bagi kenderaan berat dan tinggi, pemandu hendaklah berhati-hati melalui jalan tersebut, kerana air terlalu deras hingga mengakibatkan pemandu ringan yang ingkar, mengalami kerosakkan kenderaan mahupun dihanyut dengan air..



Terima kasih..kejadian pada 30 january 2011, jam 3.30- 5 petang

PS: kredit to en. Zalie yang cekap memandu………

Saturday, January 29, 2011

Keluarga Jejai Masukkan Gambar - Nora Danish

Entry post
Oleh KEMALIA OTHMAN
 
Nora Danish
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish menafikan bertindak menyebarkan gambar-gambar percutiannya bersama bekas suami Rizal Ashram (Jejai) di Internet baru-baru ini dengan tujuan untuk menambah kontroversi perpisahan bekas suaminya dengan aktres jelita Fasha Sandha.
Bagaimanapun menurut Nora, dia mengakui tidak kisah tentang penyebaran gambar tersebut.
“Salah seorang ahli keluarga Jejai yang memasukkan gambar-gambar tersebut di laman Facebook bagi berkongsi kegembiraan dengan ahli keluarga yang lain.
“Pada saya ia bukan satu masalah besar sebab ia hanya gambar percutian kami dan tiada sebarang niat untuk menyakitkan hati siapa-siapa,” ujarnya yang ditemui di Majlis Malam Penghargaan MIG Production, di One World Hotel, Rabu.
Nora yang dikaitkan dengan kontroversi putus cinta bekas suaminya, Rizal Ashram (Jejai) dengan aktres Fasha Sandha turut mengakui sedang dalam proses mengenali seseorang.
“Secara jujurnya saya memang sedang berkawan dengan seseorang, tapi kami masih dalam proses mengenali hati budi lagi.
“Bagaimanapun ia bukanlah seorang VVIP yang digosipkan, tetapi seorang yang dihormati oleh Jejai,” katanya ringkas.
Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Nora mengakui penah mendapat tawaran dari pihak MIG Production selepas filem Cuti-Cuti Cinta, namun dia terpaksa menolaknya kerana lebih selesa bergerak sendiri.
Gambar bercuti di Jepun bersama Jejai dan keluarga mereka. foto Ohbulan.com
‘Selepas Cuti-Cuti Cinta mereka ada tawarkan untuk bekerja di bawah MIG Production tetapi saya menolak sebab buat masa ini saya lebih senang untuk bekerja sendiri.
“Sekarang saya belum menandatangani dengan mana-mana filem namun sedang meneliti sebuah tawaran filem kerjasama dengan negara jiran,” katanya.
Kredit to mstar online

Memey Sahkan Nikah Norman Hujung Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Pelakon Memey Suhaiza dan pasangannya Norman Hakim mengesahkan untuk bernikah hujung tahun ini.
Menurut Memey, dia dan Norman mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis itu di Bandung, Indonesia, beberapa hari lalu.
"Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap.
"Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.
"Sebenarnya persiapan itu dibuat sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut nanti, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon.
"Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman," kata Memey yang ditemui ketika penggambaran drama Bola Cinta di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, Jumaat.
Tambah Memey, dia berharap agar segala perancangan yang dibuat mereka berjalan lancar.
Malah Memey mengimpikan perkahwinannya nanti berkonsepkan ala taman.
"Kalau boleh saya nak majlis kami meriah, tetapi kami belum tetapkan tema warna yang sesuai. Syukur alhamdulillah, kami juga ditawar oleh beberapa penaja untuk menguruskan perkahwinan kami.
"Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain," katanya yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.
Mereka bertunang pada 13 September 2010 .
Memey turut membintangi drama Bola Cinta bersama pelakon Ryzal Jaafar, Ainul Aishah dan Aidil Aziz dibawah terbitan Nafalia Corporation.
Drama yang telah pun memasuki musim kedua itu akan ditayangkan pada hujung bulan Mac di saluran TV2.
Kredit to mtar online

PS: moga bahagia hendaknya…semoga majlis mereka berjalan dengan suasana yang paling meriah, dah jemu....... dengan pasangan yang banyak kontroversi…amin

BN Dijangka Kekal Kerusi Tenang, Tapi Undi Cina Sukar Dijangka


(post entry)

LABIS: Dengan hari mengundi yang semakin hampir, pekerja parti, penganalisis politik dan penduduk tempatan Labis bersependapat PAS akan tewas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
PAS tidak dapat menembusi kawasan yang dikuasai orang Melayu seperti di tiga kawasan skim Felda -- Chemplak, Tenang dan Chemplak Barat, yang membentuk undi terbesar orang Melayu.
Mereka menghadapi saingan sengit di kawasan kaum India juga tetapi mengharapkan kepada undi kaum Cina bagi menyokong mereka seperti pada pilihan raya lepas.
"Semua orang tahu kami akan tewas dalam pilihan raya kecil ini. Persoalannya sekarang berapa majoriti yang akan diperolehi BN. Nampak gaya ia bergantung banyak mana kemerosotan daripada undi kaum Cina. Jika defisitnya besar, saya tidak fikir, mereka boleh mencapai sasaran lebih daripada (majoriti) 5,000 undi," kata anggota jawatankuasa pusat DAP Jeff Ooi.
Dengan mengetahui bahawa undi kaum Cina sukar dijangka, BN telah menggandakan usaha dan menilai semula sasaran awal untuk mendapat lebih daripada majoriti 5,000 kepada sesuatu yang lebih realistik.
"Kami tidak fikir bahawa lebih daripada majoriti 5,000 undi dapat dicapai. Nampaknya kira-kira majoriti 3,000 undi sasaran yang lebih realistik sekarang tapi semuanya bergantung kepada defisit dari undi kaum Cina. Jika kita dapat kekalkan undi Cina atau meningkatkannya sedikit, baru kita dapat mencapai kira-kira majoriti 4,000 undi," kata seorang ahli strategi BN yang enggan dikenali.
Para pekerja parti menjelaskan bahawa hanya kira-kira 14,000 pengundi dan jika jumlah yang keluar mengundi hanya 80 peratus, ia bermakna bahawa hanya kira-kira 11,500 pengundi akan keluar mengundi dengan BN dijangka memperoleh kira-kira 7,000 undi dan PAS kira-kira 4,000 undi.
"Angka realistik sepatutnya dalam lingkungan kira-kira 3,000. Anda tidak boleh jadikannya lebih daripada 4,000 undi, kata pekerja itu yang menjelaskan mengenai perkiraannya.
Malah jika mereka tewas dalam pertandingan itu, pakatan pembangkang masih boleh menjejaskan BN, terutama kepada MCA di bawah kepimpinan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Labis merupakan kubu kuat Dr Chua dan jika pembangkang mampu mengurangkan bilangan undi Cina kepada BN, ia memberi impak yang serius kepada kepimpinan Dr Chua dalam parti kerana pengkritiknya dalam parti mungkin menggunakan alasan ini untuk memburuk-burukkan beliau.
Oleh itu, seperti yang disebut oleh penganalisis politik di Universiti Monash Prof James Chin, tidak dapat disangsikan bahawa BN akan memenangi kerusi itu tetapi orang ramai lebih berminat untuk melihat bentuk implikasi ke atas parti-parti politik tertentu.
Mungkin sebab itu kenapa Dr Chua telah meningkatkan kempen pilihan raya parti di kawasan Cina termasuk mengadakan beberapa "majlis makan malam besar" di beberapa kawasan secara serentak dalam usaha menyamapaikan mesejnya kepada pengundi selain daripada mengadakan ceramah-ceramah sejak Rabu malam.
Ini nampaknya untuk membalas ceramah kemuncak pembangkang di dua tempat malam ini -- Restoran G & D di bandar Labis dan Taman Tenang Jaya dengan pemimpin teratas pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebagai penceramah utama.
DAP berhempas pulas untuk mendapatkan 70 peratus undi Cina berbanding purata kira-kira 60 peratus pada pilihan raya umum lalu memandangkan mereka mampu mengekalkan jumlah sokongan yang diperolehi sebelum ini, dalam beberapa hari.
"Setakat ini, pengundi mula mesra kepada kami tapi kita tidak boleh menentukan apa-apa lagi kerana kami sedar strategi BN di saat-saat akhir yang mungkin menarik beberapa undi. Keseluruhannya, ceramah kemuncak malam ini merupakan perkara yang penting kerana menjelang esok kami akan hanya memberi perhatian kepada kempen dari rumah ke rumah untuk memberi masa mereka berfikir," kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.
Statistik menunjukkan bahawa calon PAS mendapat antara 50 peratus dan 67 peratus undi di kawasan majoriti kaum Cina pada pilihan raya umum 2008; sebagai contoh di Labis Tengah, di mana 96 peratus pengundi adalah kaum Cina, PAS memperoleh 66.8 peratus undi.
"Kami berharap dapat menarik undi kaum Cina sehingga 60 peratus di Stesen Tenang manakala bagi Labis Timur dan Tengah, kita harap sokongan itu dapat melepasi 70 peratus kali ini," katanya.
Sama ada sasaran itu dapat dicapai atau tidak belum dapat dilihat tetapi pekerja pilihan raya kedua belah pihak yang berkempen dari rumah ke rumah, memberikan maklum balas bahawa melalui gerak geri mereka, jelas bahawa kebanyakan pengundi telah membuat keputusan.
"Satu perkara yang kita tidak tahu, yang mana satu menjadi pilihan mereka. Kita hanya boleh meneka," kata anggota jawatankuasa pusat MCA Gan Peng Sieu.
Oleh itu, amat difahami kenapa kedua-dua calon menggandakan usaha untuk memenangi hati pengundi Cina seperti mempelajari beberapa perkataan Cina.
Sebagai contoh, calon BN Mohd Azahar Ibrahim telah mempelajari lagu Tahun Baru Cina "Gong Xi Gong Xi" di mana di beberapa majlis makan malam, beliau akan menyanyikan lagu itu yang mendapat pujian daripada mereka yang hadir selain kadang kala beliau menunjukkan kemahiran seni kaligrafi dan membuat juadah pencuci mulut Cina, tang-yuan (bebola beras pulut).
Begitu juga dengan calon PAS, Normala Sudirman, yang mempelajari beberapa patah perkataan Cina dan menunjukkan kemahiran seni kaligrafinya selain mengedarkan kad Tahun Baru Cina yang direka khas kepada para pengundi. – BERNAMA

Kredit to mstar online

Ps: moga mana-mana pihak yang menang bakal menjanjikan dan menunaikan amanah dengan sebaiknya…..semoga pengundi membuat pilihan yang betul da sewajarnya…amin

Friday, January 28, 2011

Pisang goreng panas-panas pun sedap....esok jadual padat~cuti berblog~

Wah….hujan lebat dah 4 hari nie…nak dikatakan sepanjang perjalanan aku ke johor pergi balik..hujan putih sampai aku kena bawa keter agak perlahan-lahan gitu..

Keselamatan kena diutamakan, maklumlah..luor jer keter aku nampak ganas…kat dalam pemandunya agak lemah lembut gitu…so….tamo lah nampak takut-takut…kena kuat semangat…aku kan puan isteri en zalie..so..kena sentiasa peka dengan keselamatannya….

Petang nie, aku teringin nak makan pisang goreng, kebetulan pak saudara en zalie ada bagi pisang, sedekah dari kedainya…so, jom kita lihat resepi tepung rangup dari ku untuk korang…(apa lah aku nie, resepi yang senang gini pun nak kongsi…tapi ingat, resepi nie tanpa tepung segera ya…)


Bahan-bahannya

Pisang mentah yang tak berapa masak, tak kisah jenis pisang apa ya. Kalau aku suka pisang nangka…ada rasa masam manis gitu…..siang, potong ikut suka
Minyak masak

Adunan tepungnya

Tepung gandum 100 gram
Tepung beras 50 gram
Telur ayam – 1 biji
Garam – sedikit sahaja
Inci kuning/serbuk lunyit – sedikit sahaja
Minyak masak (sila panaskan dahulu)
Air paip

Cara menyediakan tepung pisang rangup

  1. masukkan tepung gandum, tepung beras, garam, telur, inci kuning dan air, kacau dengan sedikit air demi sedikit.
  2. jangan terlalu cair atau pekat, masukkan minyak masak yang telah dipanaskan,(disinilah sebab utama tepung pisang anda akan sentiasa rangup…)
  3. celupkan pisang mentah satu persatu dalam adunan tepung pisang, pastikan minyak masak betul-betul panas, insyallah..hasilnya tepung pisang anda sentiasa rangup

PS: nak tambah ummmmm…..colek pisang goreng anda dengan sambal kicap (resepi tak payah lah yer…heheheh), buat teh O panas-panas pun sedap….

Opss… kredit to blogger eelobor…traffic sentiasa top ten dari blog beliau…terima kasih daun keladi…….esok-esok panaskan lagi  blog citarasa rinduan yer…hehehehe

Esok, jadualku sangat padat…
  1. pagi ke citarasa rinduan
  2. jam 1 tengahari marhaban di jiran sekampung
  3. jam 6 petang balik kampong, attend majlis perkahwinan adik angkatku suryani Ayes dan pasangannya….semoga majlis beliau berjalan dengan lancar., berkat usaha adik beradik dan family arwah ayah ayes…insyallah…pasti majlis dalam suasana yang happy sekali…amin
  4. so………….2 hari aku bakal bercuti dari blogging….terima kasih kepada semua pengunjung setia blog citarasa rinduan……kerana menyokong blog citarasa rinduan…..

Suami Pelakon Wilma Meninggal Dunia

Wilma Muhammad.
PETALING JAYA: Suami pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku, di sini, Khamis, dipercayai akibat serangan jantung.
Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
“Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.
“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya.
"Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.
Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat.
Kredit to mstar online

PS: salam takziah dari seluruh warga citarasa rinduan kepada ahli keluarga pelakon Wilma, yang dahulunya seorang yang sangat seksi, namun pada tahun 2007, selepas bertemu dengan arwah suaminya.. Wilma berubah dari bertubuh seksi kepada bertudung dan tidak lagi ke dunia hiburan…

ingat lagi aksi seksi Wilma di dalam filem pasrah bersama Norman hakim….

Semoga arwah suaminya dimasukkan dalam golongan orang yang beriman..amin

Pejabat Imgresen Negeri Johor dari Bangunan TJB berpindah ke Taman Setia Tropika Kempas, Johor



Alhamdullilah, selamat petang jumaat sahabatku sekalian
Baru balik dari pejabat Imigresen Negeri Johor di bangunan TJB dan Konsulat Indonesia, di jalan Taat Johor baharu…..

Urusan untuk passport my bibik Ina, dah sattle…happy sangat sebab dapat uruskan pada hari ini

Hanya, urusan permit untuk bibik Ika bermasalah…kerana, bangunan pejabat Imigresen Negeri Johor telah berpindah……ini memonya

Jabatan Imigresen Negeri Johor telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan mula beroperasi di pejabat baru pada 31 Januari 2011 ( Isnin ) di alamat seperti berikut : -

Jabatan Imigresen Negeri Johor
Kompleks KDN Negeri Johor
Jalan Setia Tropika
Taman Setia Tropika, Kempas
81200 Johor Bahru
No. Telefon        :        07 – 223 8400
No. Faks             :        07 – 222 8485

Waktu perkhidmatan di Pejabat Imigresen Negeri Johor, Wisma Persekutuan, Johor Bahru pada 28 Januari 2011 ( Jumaat ) akan ditamatkan lebih awal seperti berikut :

Sehingga Jam 12.15 Tengahari
Bahagian Visa, Pas dan Permit
Bahagian Pekerja Asing
Bahagian Penguatkuasa

Tidak Beroperasi
Bahagian Pasport

Kerjasama orang ramai adalah diperlukan supaya dapat merancang lebih awal sekiranya memerlukan perkhidmatan di Pejabat Imigresen Negeri Johor supaya tidak timbul kesulitan di saat-saat akhir.
Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, orang ramai boleh berhubung terus ke Unit Korporat, Pejabat Imigresen Negeri Johor di talian 07 – 2244 255 atau alamat e-mel : khidmat _johor@imi.gov.my.


PS: so, urusan untuk siapakan penyambungan permit bibik Ika, akan diuruskan sebelum raya cina, kena bawa salinan kad pengenalan aku (majikan), morney order RM 454.00 dan bayaran insurans pekerja Indonesia adalah RM 145.00
Sekian untuk makluman………..semoga ada sahabat yang duduk di johor mempunyai masalah berkenaan paspord dan permit pembantu…berkongsi dengan ku..di alu-alukan..

Tahniah Ben Ashaari...

Tampan, smart, dan bergaya! Inilah lambang lelaki moden hari ini. Ben Ashaari 34, memang bertuah kerana beliau adalah personality lelaki pertama yang menghiasi ruangan GAYA HIDUP. Menyusuri kecintaan Ben Ashaari atau lebih mesra disapa sebagai Ben terhadap dunia kecergasan dan blog membuatkan kami sangat kagum dengannya, percayalah bukan calang-calang orang boleh menjadi sepertinya….(nak baca kisah ben di dalam majalah rapi korang beli sendiri yer…)
 
***********************************
Aku salah satu anak buah ben yang belajar tentang dunia blog darinya, dari aku tak tahu apa yang dikatakan blogging, blogger mahupun blogworking…hanya create blog bila setiap entry yang ben keluarkan di blognya menyambat hatiku..

Korang bayangkan dari O kini aku sudah faham selok belok blog….alhamdullilah

Tahniah ben, aku sentiasa mendoakan kau terus success dalam kehidupan dan dunia blogging

Jua, tahniah untuk isterinya, Azila Zain…yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaan suami tercinta

PS: teringat setiap kenangan blogger terhebat ini berkunjung ke teratakku…terima kasih, keteratak kami tahun lepas…setiap kenangan indah akan kekal abadi hingga saat ini…insyallah… terharu sangat hari ini, dapat akhirnya beli majalah rapi untuk simpanan sendiri....masih ingat entry aku kemarin? sila klik sini...heheheh

Thursday, January 27, 2011

Sharifah Shahira Sahkan Jadi Deejay Suria FM

Sharifah Shahira akan bergandingan dengan Zizi dan Halim dalam slot Breakfast@Suria pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi.
PETALING JAYA: Bagi memantapkan lagi stesen penyiaran mereka, Suria FM berjaya memancing pengacara popular Sharifah Sahira menjadi deejay stesen itu berkuat kuasa Isnin depan.
Sharifah Sahira atau lebih mesra dengan panggilan Shira akan digandingkan dengan Zizi dan Halim Othman untuk slot pagi, Suria Breakfast selama empat jam bermula pukul 6 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat.
“Ya, saya akan menjadi salah seorang penyampai radio Suria FM. Walaupun pertama kali bergelar penyampai radio, saya akan cuba melakukan yang terbaik mengikut cara tersendiri.
“Saya menerima tawaran ini kerana tertarik dengan Suria FM dan mahu mencuba nasib sebagai penyampai radio. Lagipun, Suria FM menghargai bakat saya. Jadi, saya rasa terharu dengan tawaran ini,” kata Shahira.
Penyertaan Shahira dilihat untuk meningkatkan rating stesen itu sama seperti kejayaan Sinar FM yang turut mempertaruhkan tiga juruhebah mereka iaitu Khairil Rashid, Salih Yaacob dan Raja Azura bagi mengendalikan slot pagi.
Pengumuman tentang pelantikan Shahira sebagai penyampai baru radio tersebut akan diberitahu dalam satu sidang media khas: Breakfast@Suria Terbaharu di Studio V, One Utama, pukul 3 petang, Jumaat.
Menjawab dakwaan bahawa dia akan menjadi pesaing terdekat Raja Azura atau Kak Engku, Shira bagaimanapun menyerah segalanya kepada penerimaan pendengar.
“Saya bekerja untuk keluarga dan tidak menganggap kerja yang saya lakukan ini sebagai suatu persaingan kerana saya dan Kak Engku berkawan baik dan kami mempunyai stail masing-masing.
“Saya menganggap Kak Engku seorang penyampai yang terbaik,” ujarnya yang menerima tawaran tersebut melalui panggilan telefon pada awal Januari lalu.
Tambahnya: “Saya tak berfikir panjang, selepas mereka memberikan tawaran untuk menjadi penyampai radio Suria FM, terus saya bersetuju. Saya ditawarkan menjadi penyampai radio secara kontrak selama setahun.”
Dalam masa yang sama, Shahira berseloroh tidak dapat membayangkan bagaimana dia akan bangun seawal pukul 5 pagi untuk mengendalikan slot di awal pagi itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penyiaran, Suria FM, Yusry Abu Samah enggan mengulas tentang perkara tersebut sebaliknya mengesahkan stesen itu akan menerima penyampai radio baru yang juga seorang artis wanita popular dalam industri hiburan tanah air.

Kredit to mstar online

PS: tahniah shahira….berkat kegigihanmu di pesara hiburan dan pengacara…inilah hasilnya..rezeki semakin bertambah-tambah..

Tidur Mati..............

Selamat pagi semua

Hahahhahahaha, jangan terkejut yer,.malam-malam buta aku merepek meraban dengan korang..sebenarnya aku baru bangun dari tidur…..selepas balik dari citarasa rinduan, dalam jam 8.40 malam…terus tertidur depan tv…bukan penat, tapi kepala ada berat sikit…




Umai dan en zalie pun geleng kepala bila nak kejutkan aku, puas diorang kejutkan…tapi aku tak gerak-gerak….sampai en zalie kata, ingatkan nak bior aku tidur sorang-sorang kat ruang tamu…(eik, ada ker patut depa nak bior ibu mithali nie duk sorang-sorang kat rumah bawah)…..

Malam jumaat tau…karang datang antu cekik aku????

Eik……tomo…tamo,.selisih..bior aku jumpa korang dalam mimpi dari terjumpa hantu mak limah balik kampong, hihihihihihi

Walhal aku nie memang jenis tidur mati, kalau mercun bunyi kat sebelah aku pun..ada aku kesah?…..tidur…tidur…..huhuhuhuh

PS: nak ziarah rumah korang sekejap, mana tau, malam-malam ada citer baik punya…dan ada pelbagai menu korang tayangkan…kan?: kan?