CITARASA RINDUAN

Thursday, March 31, 2011

First time makan di Mama Chop papa Grill..

Selamat malam semua…

Sebenarnya malam nie aku baru balik dari jalan-jalan, idaklah shopping tapi beli keperluan susu umai jer

Terlanjur masuk ke IOI Kulaijaya, en zalie pelawa aku makan malam (sebab masa tu jam dah menunjukkan 6 petang), so apa lagi….oleh kerana aku tak pernah masuk restoran makanan barat….

Terus tarik tangan en zalie masuk ke salah satu restoran disana …… wah!! Syoknya dapat jejakkan kaki ke restoran Mama Chop Papa Grill…selalu baca entry kawan-kawan yang makan pelbagai makanan barat…..meleleq air liurku ko……..

Jom……..aku paparkan wajah-wajah kesayangku khas untuk kalian….





Menu, aku pun dah lupa nama menu apa yang aku makan….tapi tidak menghampakan kalian..aku rakamkan menu-menu makanan kami……harga?? bolehlah.......


PS: sesekali makan luar, sedap ko….

Kenapa aku susah payah nak sediakan menu petang?

Setiap petang aku akan memasak kuih muih jenis mudah hingga agak sukar…bukan untuk buat jualan… tapi, ku sediakan khusus untuk familyku serta pekerjaku…

Menu pun senang-senang jer,kalau bukan lempeng pekak feberet en zalie, sure aku buatkan donut, karipap, bingka atau kadangakala cengkodok ikan bilis/pisang..


Kalau ada lebih aku suka sedekahkan pada kedai bersebelahan, dan ada juga ku sedekahkan kepada pelanggan setia citarasa rinduan

Idaklah terro bab memasak kuih muih …tapi…aku nak pastikan family ku makan makanan ringan/kudapan yang kutahu berapa banyak kolori mahupun kolestrol didalamnya..

****************
PS; entry ini menjawab soalan seorang sahabat yang asyik menyatakan kenapa aku susah payah nak sediakan menu petang, walau aku selalu sibuk di citarasa rinduan…bukanku suka nak menyibukkan diri, tapi berkenaan makanan aku kena pastikan mereka (familyku) tak ambil ringan……





Ku pujuk dan Ku rayu

Agak resah hati ini bila umai buat hal……(umai sudah berusia 3 tahun 6 bulan)

Selalunya kalau aku sibuk dikedai, macamana sekalipun umai tetap ku hantar ke sekolah, aku mesti peruntukkan masaku dalam setengah jam menyediakan pakaian, mandinya dan sebagainya sebab umai tak mampu uruskan sendiri, lagilah MIL pun tak larat nak menguruskan umai..

Namun dari semalam Umai dah tunjukkan tanda-tanda kemalasannya… yang dia dah tak minat nak kesekolah… aku fikirkan sebab dia tamo join bola jaring

Namun, bila hari ini dia tamo ke sekolah…sah………ada sesuatu yang perlu aku ambil tindakan segera…

*****************
Ku pujuk dan ku rayu…

Rupa-rupanya…dia dah tak berminat nak jumpa kawan-kawannya.
Subhanallah……..

Apa yang perlu aku lakukan?
Jika ku tukarkan umai ke sekolah lain..sampai bila dia nak lari dari kenyataan, ke sekolah mana pun, dia pasti akan berjumpa pelbagai kawan yang mempunyai ragam dan kerenah…



Aku tidak boleh biarkan umai sendiri dirumah tanpa didikan pelajaran, lagilah aku sentiasa sibuk di kedai….


PS: sekarang ini…selepas aku menyiapakan lauk pauk di kedai… aku mengajar umai seperti disekolah……… agar umai tak ketinggalan jauh dari kawan-kawannya..(Ejaan, Iqra`, matematik mahupun B. English aku perlu seimbangkan supaya anakku itu tahu akdemik penting walau dia masih kecil lagi)

Tarian Poco-poco secaran asasnya Harus

Assalamualaikum….
Selamat pagi khamis sahabatku semua…

Alhamdullilah…syukur kerana hari ini kita diberi peluang untuk bersua sekali lagi di dunia maya……
Rasa lain macam pulak nak berblog time pagi-pagi nie…lama kan, aku tak bersiaran waktu  ini......

Tapi, sementara nak menunggu pekerjaku bersiap…molek aku habiskan masa kongsi sesuatu yang lebih bermanfaat……..

**********************
Semalam semasa berblogwalking ada beberapa blog yang menceritakan tentang tarian poco-poco….
Mujurlah aku nie kurang pandai berpoco-poco, lagipun tak pernah aku join mana-mana pihak untuk mempelajari tarian tersebut..

Tak silap dari tahun 2006, aku dah terdengar isu tentang pengharaman tarian jenis ini….

Tapikan, kalau kalian nak tahu lebih lanjut…sila klik sini DrMaza….


Aku selalu mengikuti penulisan beliau…moga kita ambil iktibar yang baik disisiNya…


PS: jom..poco-poco ikut versi sendiri di citarasa rinduan, sure tak haramkan!!!…heheheh

Wednesday, March 30, 2011

Aku tersarung baju koyak....

Alhamdullilah..
Baru lepas balik dari kenduri doa selamat jiran hujung rumah..

Tak dinafikan aku tersangatlah malu…boleh pulak, dapat tau last minit tentang kenduri nie… rupa-rupanya jiran yang jadi perantaraan jemput ke majlis makcik tu dah lama jemput…dari hari isnin lagi…tapi…biasalah aku nie susah benor duduk kat rumah.. sure buzy di citarasa rinduan atau cari bahan mentah/basah untuk kedai


Tak menghampakan tuan rumah, aku berdezupp… ke kedai runcit berdekatan…mujur ada kek pisang.. (aku rembat 3 biji) lagipun.. kalau mengikut komen-komen kawan-kawan semua…




Di kawasan johor kami tak beri bahan-bahan mentah tapi kuih muih menjadi bahan untuk kami bersedekah pada tuan rumah, duit pun tak sesuai diberi (balu arwah tak ada anak-anak kecil, semuanya dah berkerja)…

Aku hargai komen-komen korang……terima kasih daun keladi yer




PS: ada perkara yang nak sangat ku kongsi dengan kalian, nak cepat punya pasal..sebab kenduri tu start jam 7.30malam…aku tersarung baju koyak ko………. Huhuhuhuhuh…(mujur tak ada orang perasan!! Aku malu untuk kali ke 2)..waka..waka..korang nak gelak??... gelak lah..aku tak dengor pun!!


Apa aku nak buat?

Wah!!

Kacau…….
Tersentak aku, bila dalam beberapa minit nan lepas, apabila aku menutup tingkap dan pintu sebab dah nak maghrib…..lalu makcik sebelah rumah….

Aku biasalah..bila nampak orang yang aku kenal sure tegur, ramah mesra gitu.. lagilah dah lama tak bersua..

Tapi……makcik tu boleh pulak kata, “ko tak ke rumah makcik hujung tu ker??”

Aku kata kenapa pula? (ayat ala-ala poyo……)

“Hari nie kan kenduri doa selamat 40 hari pemergian arwah suaminya”

*******************
Wah!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku terus rasa macam nak pitam..

Dah lah tak tolong rewang satu hal

Nie….lepas maghrib apa yang aku nak bawa sebagai buah tangan?? Nak meroti dah lambat, donut lagilah jangan harap…apatah lagi nak bagi jemput-jemput pisang……..

PS: Apa aku nak buat??…….dah lah baru balik dari Citarasa Rinduan,kalau pergi selamba badak tanpa bawa apa2 okey ke tidak??.....

Rumah Perempuan ker lelaki?

Selamat tengahari,,,ambil masa sekejap, baru ambil umai dari sekolahnya…


Hari ini, aku dapat laporan tentang masalah pintu rumah pekerjaku.. kunci didalam, namun pintu luar telah tertutup/terkunci secara tak senghaja, dan maksudnya…aku tak ada cara lain kena panggil tukang kunci untuk buka pintu.. kalau aku yang sattlekan sure satu pintu aku cabutkan…hahahha

******************
Bila tukang kunci dah sampai…inilah kali pertama aku masuk ke rumah pekerja citarasa rinduan…

Mak datuk, tombol pintu tertanggal budak-budak nie… (ganas gile..) tak silap sebelum abah kena tahan ward, aku baru gantikan pintu baru sebab pintu lama terkopak…..aduh!!!!

Bila, pintu dah boleh dibuka…..maka terserlahlah segala pemandangan yang sakit mataku memandang……

Pemandangan ala-ala Macam nie!!!

PIC from google



PS: dalam hatiku, ini rumah perempuan ker, rumah lelaki???? siap depa..sekejap lagi dengarlah leteren dari majikan mereka...tunggu.......


Tuesday, March 29, 2011

Remove lagi..........

Nampak gayanya…
Malam ini aku ambil kesempatan berblowalking ke blog kawan-kawan. Banyak ko..….blog yang aku ingin ziarah…rindu sangat2 nak bertanya khabar dengan kalian semua…


Tanda terima kasih sepanjang aku di uji olehNya, kalian banyak memberi kata-kata semangat dan seterusnya memberi nasihat kepadaku…syukur….semoga ukhwah kita berpanjangan..

********
Namun, ada 6 blog yang terpaksa aku remove dalam bloglist citarasa rinduan, macam biasa virus malware yang membuatkan pelancaran BWku terbantut..dari blogku dijangkiti…aku harus buang dahulu blog anda di bloglistku..


PS: jika blog anda tiada di bloglist citarasa rinduan, harap sangat anda ambil tindakan…sebab blog anda banyak beri jiwa dan harapan kepadaku..Terima kasih



Pengalaman memilih jenis kaca Mata, terbaik Essilor Transitions..

Ku terpanggil berkongsi pengalaman dengan kalian tentang pengunaan cermin mata dalam kehidupanku…tidak dinafikan aku mempunyai masalah penglihatan sejak berusia 15 tahun, (rabun jauh)

Oleh kerana kebetulan adikku bekerja di kedai cermin mata, beliau telah mencadangkan cermin mata jenis lens Essilor Transitions… (adik bekerja di cermin mata Tesco, Pasir Gudang)


Home

Memang harganya agak mahal ditambah dengan harga bingkai cermin mata..namun amat berpuas hati kerana jika anda mempunyai masalah rabun sinar lens ini amat bagus, jika inginkan maklumat lanjut klik sini http://www.essilor.com.my

Kebaikan pengunaan lens essilor transitions antaranya adalah
·        Lens ini sangat sensitive terhadap cahaya gelap mahupun terang
·        Anda tidak nampak perubahan warna lens walau memakai di dalam bangunan atau luar
·        Sangat sesuai bagi pesakit rabun silau (dimana kesan jangka panjang rabun sinar boleh menyebabkan katarak mata)
·        Keselesaan amat diyakini.

Semasa di luar Setelah berada di dalam bangunan Tidak lama kemudian...





PS: dapat cendermata baju t-shirt semasa pembelian lens essilor…lihat perubahan di dalam bangunan dan luar bangunan………… Namun, pilihan adalah ditangan anda, jenis cermin mata apa pun yang di beli,bagi pesakit rabun penjagaan mata adalah amat penting bagi mengelakkan penyakit semakin teruk 

Syukur,FIL semakin sembuh.....Umai terpilih!!


 Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum……

Ingin ku kongsi kegembiraan dengan kalian semua…
Abah semakin sembuh. Baru sebentar tadi, abah ke citarasa Rinduan
Semakin ceria raut wajahnya….

Terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepadaku..sesungguhnya tidak mampu ku balas dengan apa-apa pun..terima kasih sahabatku………..


 Teringin nak kongsi tentang perkembangan anakku Umai….selain umai dah pandai membaca surah-surah pendek seperti Al-fatihah, Ayat Kul dan Mukadam…walau ku ajar baru sebulan..nampaknya semakin pintar anakku itu.. Solat pun di lakukan secara tertib……




Dan, hari ini Umai terpilih sebagai permain bola jaring bahagian Center….semakin menitiskan air mata daku bila Umai sekecil itu terpilih untuk mewakili pertandingan sekolah tabika pada bulan 6. 2011



Monday, March 28, 2011

Hati Tetap di rumah

Assalamualaikum..selamat petang semua, daku update cerita untuk berkongsi khabar kepada sahabatku semua….

Semoga kita sentiasa di bawah lindunganya..

Alhamdullilah, walau malam ku selama 4 malam kurang tidur secukupnya, bila mendengar rengekkan FIL yang tidak tahan sakit..jam 2-4 pagi ku tetap melayan rasa kurang selesanya…mujur selama ku berkahwin dengan en zalie. Ini kali ke 5 FIL keluar masuk hospital KPJ. Aku sudah lali dengan kerenahnya..

**********************
Hari ini, ku buatkan bubur nasi, sayuran bening dan sedikit gorengan ikan selar kuning (feberet FIL) . Alhamdullilah, selera sungguh abah makan tengahari tadi..( 5 suap bubur sudah menyenangkan hatiku)

MIL (mak mertua), terlalu penat untuk menguruskan abah, lebih-lebih lagi mak juga mempunyai masalah kesihatan………

***********************
Justeru itu, siapa yang harus ku harapkan menjaga abah selain diriku sendiri, dengan en zalie yang juga menghidapi penyakitnya sendiri…serasa aku ingin menguruskan semua…..badan di citarasa Rinduan, hati tetap dirumah……….




Petang ini ku buatkan abah Donut Pisang..walau 2 biji donut sahaja dapat dihabiskan oleh abah..namun, ku cukup senang hati melihat dia dapat makan….


PS: sekali lagi ku mohon kemaafan untuk kalian semua….rasanya aku sudah tidak sesuai berblog….tidak dapat berjalan-jalan ke blog kalian dan bertegur sapa…maafkan aku…..Terima kasih kepada sahabatku yang sentiasa memberi sokogan rohani dan jasmani kepadaku…..salam sayang dari blog Citarasa Rinduan untuk kalian semua..

alhamdullilah, FIL dah pulang.....

Alhamdullilah……
FIL, dah dapat disscaj dalam jam 2 petang, selepas pembayaran baki bil dan mengambil ubat….
Ku pinta staff nurse ward 3 menurunkan FIL dengan mengunakan kerusi roda…..

Terima kasih kepada semua warga kakitangan puteri specialist Hospital Johor Bahru terutamanya kepada Doktor Razak, yang banyak menerangkan kepada aku tentang penyakit sebenar abah…

*************************
Sebenarnya, abah menghidapi penyakit kencing manis lebih dari 15 tahun, akibat pengambilan ubatan dan suntikan insulin (dalam 2 tahun) menyebabkan usus besar beliau tidak rasa (urat saraf terjejas  akibat kencing manis yang terlalu lama) akibatnya FIL sukar membuang air besar..

Ditambah FIL menghadapi masalah pada perut iaitu ulser (akibat gastric) cara penyelesaian adalah dengan ubatan yang telah di bekalkan..alhamdullilah…FIL rasa lebih baik dari sebelumnya..

Terdapat jua luka-luka pada usus kecil akibat ganguan usus daripada pengambilan makanan yang kurang serat..cadangan adalah dengan mengambil makanan fiber seperti oat, roti dan lain-lain

Sememangnya, ku bertuah kerana dapat melihat secara live pada keseluruhan usus besar, kecil dan bahagian perut FIL…..ianya suatu pengalaman yang mengajar aku betapa pentingnya sesuatu makanan yang berada dalam usus manusia

***************
PS: terima kasih kepada semua teman-teman yang sentiasa mendoakan kesejahteraan FIL, alhamdullilah…..3 hari di hospital dengan pengawasan nurse KPJ, abah mampu makan seperti dahulu….
(2 hari citarasa rinduan bercuti…aku sudah rindu nak memasak…..)


Saturday, March 26, 2011

Update kesihatan FIL (AYAH MERTUA) lagi.......

Keadaan abah amat lemah, namum tetap tersenyum bila aku memicitkan badan, kepala dan kakinya…(aku tak tahu mana yang sakit, hanya menyentuh badannya, tanda aku mahu dia tabah)

Aku tahu, dia sangat lemah, 4 jam bergelut dengan bius dan wayar yang berselirat……….24 jam tidak makan hanya dapat minum air untuk tenagannya, namun..sekuat mana pun dia……?

Dia tak mampu,kerana penyakit kencing manis yang dihadapinya membuatkan dia terlalu lemah tanpa ubat kencing manis dan mengambil makanan rujinya..

Abah………
Kuatkan semangatmu…..
Tabahkan hatimu melalui dugaan ini

Walau kau tiada anak yang lain…menantumu ini lebih cekap menguruskanmu tanpa apa-apa balasan…….

Semoga abah semakin sembuh…

Terima kasih teman-teman yang selalu mendoakan kesejahteraan abah........buat masa ini aku terpaksa update blog lebih kurang tanda aku berkongsi kisahku kepada kalian.........TERIMA KASIH menjadi sahabat setia  Blog Citarasa Rinduan

Friday, March 25, 2011

Update tentang kesihatan FIL....

GANGGUAN USUS PERUT

Gangguan usus perut juga dikenali sebagai sindrom rengsa usus atau ‘iritable bowel syndrome’.Ia merupakan satu keadaan dimana ketidakselesaan yang dirasai oleh seseorang pada bahagian perut (abdomen).
Punca Penyakit/Faktor Risiko.
-Boleh berlaku selepas seseorang mendapat serangan  cirit-birit(gastroenteritis).
-Alahan terhadap makanan yang mengandungi laktosa (lactose) yang didapati dari  susu.
-Kekurangan serat atau fibre dalam tabiat pemakanan seseorang.

Tanda-tanda/simpton.
-Sakit pada kawasan abdomen yang dikaitkan dengan tabiat membuang air besar.  Ia bersangkutan dengan masa keperluan atau ketidakselesaan semasa  membuangnya.
-Najis cair berselang seli dengan najis keras serta bercampur lendir.
-Rasa sebu pada hulu hati atau lebih dikenali sebagai angin dan kembung perut.
-Mengalami tekanan (stress).

Langkah pengcegahan.
-Makan makanan yang banyak mengandungi serat.
-Hindari makanan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada abdomen.
-Jangan minum kopi atau meminum minuman keras.
-Banyak memakan sayuran mentah seperti ulam-ulaman dan jangan masak sayuran   terlalu lama kerana ia akan mengurangkan serat (fibre).


PS: kredit to www.mahsuri.com

FIL, akan di menjalani pembedahan kecil pada jam 10.00 pagi (26hb March 2011), sebelum pembedahan akan dilakukan, FIL diminta berpuasa seharian dan ditahan di ward..., FIL hanya boleh minum hingga pembedahan dijalankan. Daku mendoakan kesejahteraan FIL bertambah baik selepas ini, amin

Terima kasih kepada doa sahabaku semua..
 

Mungkin blog ini akan bercuti

Tiba-tiba abah MERTUAKU  sesak nafas
Tiba-tiba dia rasa kurang selesa..

Sekarang aku perlu menghantarnya ke hospital pakar putri,
Ku harap sangat tak lah berlaku yang bukan-bukan padanya..

YaAllah..padamu ku berserah!!

PS: mungkin blog ini akan bercuti……………

Bebel pulak dah............

Nak bermalasan???

Huh!!! Tak payah…aku habiskan masa dengan mengemas rumah lagi best…….. 
Maklumlah…dah 2 minggu lantai tak bermop dan bersapu……..mujur si umai nie bukan kaki berselerak (nak berserak macamana?? Ibu dia garang oooooooooo, tu hah!! Rotan mengaji IQRA` dia yang panjang, from Maidin USJ dok terpacak kat lampu rumah tamu….sajer, buat takutkan bila dia susah nak faham apa yang aku sampaikan…Ibumu bukan kejam!! Tapi…hanya mengajar ke jalan yang benar..)..

Uits, bebel pulak aku nie!!!


 Korang layan jerlah kerenah aku pada hari nie…sesudah mengemas….korek segala mak datuk sampah, terus mop……..hasilnya……….tara?? idaklah serabut mataku memandang…kanKan??



Aku nie asyik cerita tentang diri sendiri jer, sure korang dah naik bosan, betul ker????

PS:Atau, ada cadangan aku nak syer entry tentang apa???? Maklumlah aku bukan blogger tegar…tapi suka bersahabat dengan anda…anda..semua

Aku dah sambut Earth Hour dulu............



Nak kata terkilan, idak lah….
Nak kata kecewa….pun idak..

Ingat nak bermalasan, nak bangun lewat sikit dalam jam 6.30 pagi…baru uruskan persekolahan umai.

Rupa-rupanya tak sampai 4 jam terlena, amik ko……..karen tiba-tiba mati (black out)……rumah aku jer pulak tu…bila selak jendela, jiran semua terang berderang..sah ada masalah dengan suiz ni……

Dengan mood ala-ala melayang, gagah jugak diri ke rumah bawah…cari suiz utama…

Eik!! Awat molek benor, 
FIL dan MIL turun tanyakan apasal aku tak hidupkan suiz………….. em……dan jawapannya………suiz kat luor rumah terbakar ko….tu tengok gambar yang aku kongsikan, ada 3 benda pada satu papan, benda yang belah kanan..dah hitam kan???



Dugaan betul, walau jam 3.15 pagi……….terus call pakar wiyering (betul ker, ejaan aku?) mujur dalam setengah jam masalah sattle.,tapi,.untuk sementara jer…
Karang akan diperbetulkan dalam beberapa jam lagi………
Maksudnya, aku kena cepat-cepat membasuh pakaian….dan mempergunakan keperluan elektrik yang ada sebelum pekerja-pekerja TNB datang….

Fuh!!!!!!!!, apapun…selamat pagi jumaat sahabatku semua…….cancellah bermalasan, sure tak best bergelapan di dalam rumah...........aku dah sambut Earth Hour dahulu.


PS: SPA? Rasanya tak jadi kot……berurut rasa jadi………

Thursday, March 24, 2011

Tipah Torpedo Astro Ria

Serius nak kata, drama tipah torpedo di astro Ria..syok gile…..maklumah, aku akan tonton tv time kepenatan..sure pilihan aku malam nie layan komedi…….. I like humor!!

Lakonan si Siti Fazurina, Qazem Nor, Dira (AF), Zarina (AF), Zaibo, Josiah Hogan, dan ramai lagi

*************
Drama tipah torpedo nie mengisahkan tentang si Tipah Sulaiman (lakonan Siti fazurina) yang bertutur tersangatlah laju dan kebolehannya (ala-ala hobinya) menaip mesin taip yang sangat2 laju…(berapa banyak laju lah) super hebat si tipah nie.., walau pelajaran tak tinggi tapi dia sangat hebat tang kelajuan bertutur…heheheheheh

Tipah, Bekerja di pusat peranginan Bukit Gambang Beach City, ada pengurus yang bernama Eizlan (hensom gile, siapa tah pelakon tu..aku tak tau, Josiah Hogan kot, sure pelakon baru, tadi aku google, si Josiah nie berbangsa latin..patutlah tampan. http://www.manggaonline.com.my/berita-selebriti/2958-josiah-batal-ke-hollywood.html) …






Tengok tu, tipah kena warning dek bos dia,,,dari seorang yang petah berkata-kata..jadi pendiam..waka..waka…ada eksiden mesin tapi dia terbang lagi...huhuhuhu....aku gelak tak ingat dunia

Si tipah nie suka sangat dengan penguin…siap boleh berangan2 lagi, ….tapi kawan sekerjanya si Tawil (lakonan Qazem Nor) suka pulak kat Tipah…… so dalam hidup tipah ada Eizlan dan si tawil, tapi..tipah lebih suka kat Eizlan….

Pelbagai liku sedih dan riang yang dihadapi oleh si tipah, dan aku agak kagum sebab keyakinan jati diri tipah yang tinggi..akhirnya kertas kerjanya, diterima oleh ayah si Eizlan (lakonan Zaibo,datuk kat pusat peranginan tu).




Dan akhirnya, tipah menerima si tawil, akibat si tawil berjaya menyelamatkan si tipah dari lemas dalam air time eksiden dengan si maya (lakonan Zarina)……


Moralnya…..drama nie, sangat best untuk menghiburkan malam anda……dan selalunya pasangan yang kita angankan..tak akan menjadi pasangan hidup kita selamanya…..




Aku HEBAT!!

Peeh!! Tajuk tak hingat dunia…..( nampak sungguh ayat-ayat riak dan bangga dari daku!!, subhanallah)

Tapikan, dalam pada aku ada masalah dengan pekerja. Baru aku berpuas hati dapat melakukan pekerjaan sendiri..walau penat, aku tak kisah langsung pun….

Memasak sorang-sorang…..ambil order sorang-sorang, basuh pinggan sorang-sorang…..HEBAT kan aku?? (riak lagi!!)

*****************
Pekerja nan 1 tu, still merajuk lagi…..tak kerja hari nie dari semalam, nampak sangat dia yang salah dengan pekerja lagi sorang tu..

Tak apalah, kita lupakan kisah tu…..kalau dia masih tak kerja juga, aku berhentikan jer…ada aku kesah??

Esok Citarasa Rinduan tutup (cuti tetap setiap minggu), so…….ada sesiapa nak cadangkan destinasi percutianku selama 1 hari?? Atau!! Wajarkah aku tidur dan bermalasan di rumah????



PS: kalau pi spa okey jugak kan?, wah……aku nak mandi..badan bau masam oooo……..

Bukan senang nak senang.....

Selamat pagi semua….
Alhamdullilah, malam tadi, daku dapat tidur nyenyak..sedar-sedar dah jam 5 pagi…..

Terima kasih sahabat-sahabatku semua yag sudi memberi nasihat, memberi semangat seterusnya mencetuskan perasaanku dari kecewa (emosi sebab penat) kepada perasaan lebih ceria….

Syukur sebab masih ada lagi yang sentiasa menyokongku, memberi galakkan….inilah hikmah berblog…pelbagai ilmiah diperolehi, malah hari-hariku diisi dengan sahabat yang sentiasa memberi respon kearah kebaikkan….

Sesungguhnya, bukan senang bergelar peniaga, dan bukan senang nak menjadi senang……..berkat kesungguhan diri, jati diri…….insyallah!!!! pasti BOLEH..


PS: jom…..ke citarasa rinduan…..



Wednesday, March 23, 2011

FUH!!!Menyampahnya....

Resam dunia perniagaan…….
Bila mempunyai lebih daripada seorang pekerja
Ada manis….
Ada tawa……
Ada garam…….
Ada rasa……..

Namun, sekirannya mereka ketawa..
Aku turut tawa tanda suka
Sekiranya mereka menangis….
Ku hulurkan bahu dan telinga
tanda memahami situasi mereka
Sekiranya mereka geram….
Ku hulurkan kata-kata berbentuk nasihat

Namun, sekuat mana aku…sekuat mana semangatku..
Adakala aku seakan mahu terbang jauh….pergi meninggalkan dunia nyata
Ingin sekali menjadi seorang puteri yang dibelai manja
Ingin sekali menjadi permaisuri yang disaluti intan permata…
Ingin sekali menjadi penyanyi yang dipuja dan dicinta

Namun apakah dayaku?
Kerana seorang pekerja punya angkara,..seharian aku tidak rehat secukupnya…berlamaan di citarasa rinduan
Merajuk seorang, menyusahkan semua kawan-kawan
Malah menyusahkan aku sebagai majikan…
FUH!!!Menyampahnya!!!!

PS: aku penat……..fizikal mahupun mental…lamanya jam 11 malam….Huah!!! aku nak balik rumah…….

Wah!! seramai 9,239 pelajar SPM tahun 2010 dapat semua A...

Terasa bangga bila mendapat pengkhabaran tentang keputusan SPM adik-adik blogger, sepupu malah anak-anak sahabatku semua

Tahniah kepada semua 9,239 pelajar SPM pada tahun 2010..satu pencapaian yang sangat terbilang….dapat semua A……wah!!!!

Semakin bangga sebab peningkatan keputusan tahun lepas adalah yang terbaik berbanding tahun 2009, perbezaan berjumlah 1,252 orang yang mendapat semua A.
Malahan keputusan tahun 2010 adalah yang paling tebaik untuk tempoh 4 tahun..

*****************************
Aku mendoakan kepada pelajar yang mendapat keputusan yang sederhana…molek andai adik-adik (elok aku tiak adik, sebab aku pun idaklah tua sangat…heheheh) memasuki IPT swasta atau pusat-pusat kemahiran seperti Politeknik, kolej Komuniti atau IKM

Pelbagai ruang yang ada, hanya adik-adik perlu bijak mencari peluangnya……jangan di jadikan alasan, anda gagal untuk selamanya

Buktikan adik-adik mampu mengubah kehidupan adik ke arah kejayaan


PS: cikgu jaja, cikgu Iman, dan cikgu-cikgu yang ku kenali( mengajar sekolah menengah) apa keputusan sekolah kalian, jom kongsikan…


Tak akan kemana pun....

Ambil masa sekejap..

Agak panas topic terpikirkan anda?..
Namun segala yang berlaku ada hikmahnya…hanya aku insan biasa (wanita yang menumpang teduh dibawah kasih seorang suami) hanya tidak terfikir langsung tentang mewasiatkan hartaku kepada pihak lain,

***************
Semua insurans dan sedikit wang KWSP ku wariskan kepada en zalie….. bagiku dialah insan yang sesuai memiliki hartaku yang sedikit itu, seterusnya menyambung hak ku itu kejalan yang benar disisi Allah…

Semoga, amalan ku yang sedikit itu bakal kejalan yang benar… Insyallah..

Sekarang pun, kehidupanku cukup sederhana dengan kasih sayang dan sedikit kekayaan yang dia berikan kepadaku…..

Baik anda! dan anda!…. Anda semua…..kalian ada sebab dan alasan sendiri untuk mewariskan harta anda kemana?? Kerana disana nanti tiada apa yang bakal kita pikul kecuali 3 harta (amalan)
  1. sedekah amal jariah
  2. ilmu yang berguna untuk dimanfaatkan kepada orang lain
  3. anak yang soleh yang berdoa untuknya


PS: semoga harta kita kejalan yang benar…..Wallahualam..

Terfikirkah anda??

Aku mengenali kakak itu sudah terlalu lama….
Ada kerjaya yang bagus…bekerja dengan syarikat gergasi di haiway Plus…
Ada perusahaan perniagaan tersendiri,,,bukan 1 malah lebih dari 3,butik pakaian, pusat kecantikan malahan kios minuman

Semakin lama mengenalinya…
Aku yakin pasti kesenangan yang dimilikinya hasil dari kepercayaan mereka suami isteri…..
*************

Namun, telaahan ku salah
Kemarin aku dikejutkan dengan kata-katanya

“Akak, tak mungkin akan wariskan harta kak kepada suami
Hanya pihak baitulmal dan pihak kebajikan yang layak menerima kekayaan kakak”

Agak tersentak aku bila pengakuan yang dikeluarkan dari empunya diri…..

****************
Anda??? Sebagai seorang isteri..terfikirkah berbuat demikian??

Anda?? Sebagai seorang lelaki…adakah anda tak kisah jika harta si isteri, jatuh ke pihak kebajikan?


PS: bila direnung kembali…mungkin kata-katanya benar….sejujur mana pun suami, apabila kita dijemput kesana, mampukah lelaki hidup sendiri??? 

Tuesday, March 22, 2011

Abang Eqbal masuk Magazine, aku di Interview lagi?


Tahniah untuk blogger EQBAL yang sekali lagi berjaya masuk ke media..dengan gambarnya nan tampan dan bergaya…ala-ala model gitu

Harus aku cari majalah Apartment nie…heheheheh.
Tu hari abang eqbal dok dalam akhbar kosmo, Semalam terpacak dengan pelakon scha yang cun gile tu…sebab menang contest
Hari nie??? Peeh!!!!!!!! posing maut tu dalam majalah Apartment...Memang bertuah sungguh insan yang bernama EQBAL



Kalau abang eqbal boleh berjaya…aku pun pasti nak berjaya gak..
Korang nak tau sebab apa??
Hah!!!!! Citarasa Rinduan, dah masuk ke peringkat saringan penilaian Felda Wilayah bagi kategori usahawan berjaya…

Jom….layan gambar blurku….pekerjaku yang tolong ambil gambar ku dengan handphone semasa sessi tembual dengan penilai dari wilayah Johor Bahru……



Kalau tak terpilih tak apa, janji aku berani sahut cabaran…3 orang tu yang beri soalan maut pada aku!!...mujur para penilai lelaki buat hal sendiri..kalau idak aku GUGUP
(depa semua puji paste bandung Citarasa Rinduan, wah!!!! Daku terharulah……)



PS:Maaflah sahabatku semua..sekali lagi dalam minggu ini aku tersangat sibuk….
Hingga kadangkala rasa nak sahaja bermalasan di rumah ambil layan lappy dan BW ke rumah kalian…namun apakah daya??????

Nana & Sein Buat Kenduri Kerana Rujuk Semula

Sein dan Nana bersama anak-anak mereka

PETALING JAYA: Pasangan artis Sein dan Nana akan mengadakan majlis kesyukuran selepas mereka kembali bergelar suami isteri. Ia akan diadakan di Dewan Bakti, Taman Tun Dr Ismail, pada 2 April ini, pukul 9 malam.
Nana yang dihubungi berkata majlis tersebut sebagai tanda syukur kerana hubungan mereka terjalin semula pada 11 Mac lalu selepas berpisah selama tiga bulan.
"Majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran ini dibuat secara sederhana sebagai tanda syukur kepada penyatuan semula hubungan kami.
"Diharap selepas ini semua akan kembali berjalan seperti biasa dan hubungan kami akan diberkati Allah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Nana berkata, majlis itu juga bertujuan untuk dia dan suami menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak termasuk keluarga yang masih bertanya tentang kesahihan berita mereka rujuk semula.
"Kami juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan perkara yang menjadi tanda tanya oleh semua pihak selama ini.
"Kalau boleh kami mahu beri kenyataan secukupnya dan tidak menjadikan ia sebagai sebuah persoalan kepada peminat," katanya.
Tambah Nana sepanjang tiga bulan menjadi ibu tunggal dia merasakan hidupnya terumbang ambing dan penceraian tersebut banyak mengajarnya erti kehidupan.
"Saya bersyukur mungkin perpisahan sementara ini merupakan jalan terbaik daripada Allah untuk menunjukkan bahawa kami masing-masing tidak boleh hidup berasingan.
"Saya rasakan hidup sangat kosong dan tidak stabil selama tiga bulan tersebut begitu juga suami sehingga akhirnya kami membuat keputusan bersatu semula," katanya.
Dalam pada itu, Nana tidak menolak faktor anak-anak menjadi salah satu punca ikatan jodoh mereka masih kuat.
"Anak-anak kami masih kecil dan tidak faham perkara ini, sepanjang tiga bulan itu mereka sering bertanyakan tentang ayahnya.
"Begitu Sein yang tidak dapat berjumpa anak-anak seperti selalu," katanya yang kini kembali menjalankan rutin harian sebagai seorang isteri dan ibu.
Pasangan tersebut, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember tahun lalu.
Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, yang berusia setahun.

Kredit to mstar

PS: alhamdullilah, itu yang terbaik utk kehidupan mereka sekeluarga..semoga panjang jodoh mereka..amin

Selamat Hari Lahir blogger AZILA

Happy birthday to u
Happy birthday to u
Happy birthday to blogger Azila
Happy birthday to u….

Ku dedikasikan hari kelahiran ini khas buat blogger Azila
Blogger yang dahulunya sangat aktif berblog……….
Namun, di sebabkan amanahnya menjalankan PLKN, beliau berhenti seketika berblog..dan kini beliau aktif berblog semula
 simplestzieyla
Kak ayu, mendoakan kesejahteraan dan semoga kamu sentiasa dirahmati olehNYA..
Semoga kamu memperolehi keputusan SPM dengan cemerlang….


PS: jua untuk sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada hari ini 22 march 2011………..semoga Allah panjangkan usia kalian….
(Tak lupa sahabatku Hasni Zainal yang menyambut hari kelahirannya pada hari ini….semoga bahagia selalu sahabatku)

Monday, March 21, 2011

Tahniah dari Citarasa Riduan untuk Blogger Eqbal

Kuabadikan entry ini untuk blogger Eqbal (kurasakan something) yang berjaya memperolehi hadiah daripada Astro untuk tonton dan menang drama Awan dania..

Tahniah abang ee…….

Tak silap aku, abang ee telah berpeluang  ke bali…..Wah!!!!!!! aku pulak yang rasa happy..

Dengan kemenangan abang ee, aku kongsikan bersama kalian lagu Ilusi…….(lagu nie adalah lagu wajib untuk drama Awan Dania) kalau korang nak tau, anakku umai memang pandai menyanyi lagu nie..siap aku rakam dalam handphone ku….

Jom…..

Rasa suasana riang berdua
Saatku kau lupakan saja
Menari di minda hingga terleka
Beralih ke alam yang nyata
Tersentuh bagai dejavu
Beribu batu lebar sayapku

Chorus
Pabila bercinta dan dicinta
Cari cinta
Cinta mega
Biar cinta jadi fenomena
Tertusuk sudah aku panahanmu
Panahanku hak milikmu
Biar panahku terus di situ
Inilah petanda telah bermula
Ilusi baru dalam sketsa
Memenuhi masa dengan ceria
Bagai ledakan supernova
Tersentuh bagai dejavu
Beribu batu lebar sayapku
Ulang Chorus
Ilusi
Biar ia dijadikan realiti
Aku menyanyi
Biar diriku mencapai rentak infiniti
Nan tinggi
Tersentuh bagai dejavu
Beribu batu lebar sayapku
Ulang Chorus



Kalau dah rezeki kan??
Pasti ada dimana-mana…….



Isnin yang PANAS,

Ambil masa lagi………

Tak sempat blogwalking ke blog sahabatku semua…
Hari isnin ini aku tersangat busy….

Harap-harap tak lah sahabatku semua terasa hati…Yalah kan, aku bukan blogger tegar (100% depan PC) tapi mengunakan peluang yang ada untuk meluaskan pengetahuanku seterusnya melebarkan lagi sayap citarasa rinduan.. dan aku bukan suka cari lawan..tapi cari teman..
************ 
Berblog memang seronok, sambil luaskan pemahaman dan pengetahuan ilmiah mahupun kongsi kreativiti….jika jumpa blog yang satu kepala…..bolehlah dijadikan sahabat dunia maya…DAN
Mana tau, ada rezeki…..boleh gather2 dengan korang, aku belanjer…hehehehe
************

Korang nak tau, apa yang membuatkan aku sangat busy?
Jawapannya
Aku dok edit gambar pertunangan sepupuku sambil layan pelanggan…(2 kerja 1 masa)….tak apa AKU BOLEH!!! Wah….pengsan….


PS: korang dah tengok video panas??? Peeh……..Rakaman Video Aksi Seks Dipercayai Pemimpin Tertinggi Pembangkang Kini Muncul…..panasnya!!!!

Akan diusahakan.....

Online sekejap sementara nak tunggu umai tidur, umai kalau baru balik sekolah mesti nak kena dodoikan…kalau idak….sure 1 hari tamo tidur….kelam kabut aku uruskan umai sambil layan kerenahnya..

Macam biasa….siang hari aku sibuk menguruskan citarasa rinduan, kebetulan tadi blogger cikgu masrini ada komen ke entryku sebelum ini,,,,beliau kurang sihat…..alahai kesiannya..kak ayu mendoakan cikgu cepat sembuh yer...
 
Buat cikgu masrini….kak ayu tak ada jual bubur nasi…bukan tamo niaga masakkan mudah ini, walhal hari-hari masakkan bubur untuk FIL yang ada masalah kesihatan…

Tapi, akan di usahakan untuk mempelbagaikan menu..

Terima kasih yer, kerana beri idea pada kak ayu….

Isnin datang, Selamat Bekerja......

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum….Isnin DATANG!!! jadi nak ucap selamat bekerja kepada sahabatku semua….

Kepada cikgu-cikgu yang bercuti selama seminggu tu…..welcome to work…
Jua, untuk ibubapa yang bercuti seminggu dalam menguruskan persekolahan anak-anak mesti tak cukup tangan kan??

Untuk adik-adik dan anak-anak semua….selamat bersekolah….belajar rajin-rajin yer…..

PS: untuk aku? Selamat menguruskan citarasa rinduan, family tersayang, blog dan sahabat ku semua……korang BEST!!!!................ Jom kerja…