CITARASA RINDUAN

Sunday, July 31, 2011

Solat Terawih dan Solat Witr

Assalamualaikum, salam hujung minggu..
Malam ini, penentuan samada umat islambermula  berpuasa pada esok hari atau tidak, dengan melihat anak bulan yang dimana tarikh melihat anak bulan adalah pada hari ini, jom.. ramai-ramai kita tunggu pengumuman di radio atau kaca tv….
Jika esok (isnin) adalah penentuannya, marilah kita bersama-sama bertarawih…
Ku kongsikan dengan kalian tentang solat tarawih.
( Petikan dari Risalah Siri (11) : Sembahyang Tarawih, Terbitan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri (1981) - Cetakan Ketiga)


SEMBAHYANG TARAWIH
1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.


2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya'.


3. Rakaat Sembahyang Tarawih:
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.


4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih: 




Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma'mum kerana Allah Taala (Pulang ke Laman Hadapan)


5. Rukun Sembahyang Tarawih
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.


SEMBAHYANG WITR

1. Sembahyang Sunat Witr
a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.
b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr


i- bagi dua rakaat yang pertama: 



Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.


ii- bagi rakaat yang akhir: 



Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.

d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut sembahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi
 
  

FADILAT SOLAT TERAWIH
 
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunar terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

PS: baru pulang dari halaman kampung tercinta… seronoknya bersama ibu dan adik lelakiku walau sekejap bersua…
SALAM RAMADHAN untuk kesemua sahabatku yang beragama Islam..

HAPPY BIRTHDAY 31JULAI, kepada Sunnah, Cikali,Cik Pulau dan Gadis Melayu

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK ke empat2 blogger yang menyambut hari kelahiran pada 31 Julai…
SUNAH, CIKALI,GADIS MELAYU dan CIK PULAU
Semoga kalian dipanjangkan usianya, dimurahkan rezeki kalian…
Dan
SELAMAT menjalani ibadat puasa al mubarak yang semakin hampir


~jua, untuk sesiapa yang menyambut hari kelahirannya pada hari ini~
PS: terima kasih kepada para sahabat yang memberi pandangan tentang masalahku.. insyallah.. aku akan pulang ke kampung (balik hari) untuk bertemu ibu tersayang..menjawab pertanyaan sahabatku kenapa aku tidak bermalam, ini kerana.. aku kasihankan MIL yang tiada teman di rumah…
(tahun ini walau ku tidak dapat berpuasa dengan Ibu, kudoakan jika panjang usiaku., semoga ku dapat menjalani ibadat puasa dengan Ibu pada tahun2 hadapan)



Saturday, July 30, 2011

Aku dapat !!!, Ford Fiesta XTR sapphire-Edisi Terhad

Kalau korang nak tahu kereta nie paling spot, sesuai untuk yang suka pada gaya lasak, perlumbaan… lengkap dengan bodykit XTR dan pelekat Sport




 Aku dah dapat dah!!! Dah dapat duduk dalam fiesta XTR, dapat ambil gambar… untuk miliki aku tak mampu ooooo……. Mampu ambil gambar jer, nie sepupu aku punya aku tiak Abang Zizi… 


PS: Dapat ambil bau kereta jerlah.. mana tau.. esok2 dapat durian runtuh.. Yahoo..!! Viva pun okey kan?

Balik kampung atau Berniaga?

Assalamualaikum,
Selamat berhujung minggu sahabatku..
Kalian dah lunch ker?
Hari ini, ku terima rezeki dari pelanggan, keropok lekor atau ku tiak losong sebab kecil-kecil dan pendek2…


Durian belakang rumah dah banyak yang gugur.. pening kepala bila gugur.. tersangatlah banyak.. jawapan paling elok, sedekah pada jiran sebelah kedai…


En zalie ajak esok cuti pulang ke kampung…………… wah!! Adakah molek ku terima pelawaan suami ku itu??
Dalam hati memang tersangat rindu pada Ibu, tapi.. mengenangkan hanya boleh balik kampung tanpa bermalam.. macam tak perlu jer… heheheh, lainlah bersahur dikampung.. sure aku mau..
 PS: korang boleh bantu aku kan?, agak2 apa yang terbaik untukku? balik atau niaga macam biasa...

Raya dan Ben Ashaari

1.       Letak header Ben Ashaari blog .. doneSantai Bersama BEN ASHAARI
2.        Tajuk .. yg ni bebas .. tapi wajib ada BEN ASHAARI di situ dan linkkan ke entri ini .. done
3.        Sila letak gambar yg terbaik pernah anda tangkap dan jelaskan peristiwa dengan gambar tu .. 
Sempena bakal ramadhan bakal menjelang, ku ingin katakan pada Ben.. jangan lupa beraya di Johor ya.. hehehehhe., (tiba2 teringat gambar ben di sedenak, dimana lagi kalau bukan rumah CMG, sessi VLOG CMG…..) Nanti dapatlah  gather2 dengan semua blogger2.....


PS: Jom, kawan2 kita join sama-sama, sagmen ben nie tutup jam 10.00 malam.. ada masa lagi.

Friday, July 29, 2011

Jumaat minggu terakhir sebelum bulan Ramadhan, Selamat!!,

Selamat malam sahabatku,
Agak2 kalian dah pulang ke kampung untuk menyambut bulan ramadhan ker?, atau.. adakah kalian sepertiku jua.. sibuk menguruskan saat2 terakhir menjelang bulan ramadhan al mubarak ini
Temankan MIL beli barang keperluan rumah.. senang, sebab aku tukang cari barang,Mil tunggu di dalam storm.. selamat..



Nak shopping baju raya umai mmg tak dapat, hanya sempat beli bahan mentah untuk citarasa rinduan… ada 2 hari lagi citarasa rinduan akan beroperasi…


Badan sangat letih.. kaki lenguh2… hari ini ku pusing kawasan kota tinggi.. mencari bahan untuk jualan pada bulan ramadhan nanti., syukur walau barang-barang ada.. tapi harga dah naik ko.. bukan 10sen, tapi ada yang cecah RM1.00… ku pengsan…
Cukuplah barang-barang ini.. ku dah tak larat nak pusing2 lagi…..

Umai ditemankan sepupu en zalie.. duduk ditaman permainan, sementara aku berbelanjer, sebenarnya satu kaedah paling selamat untuk elakkan pembelian barangan yang tak perlu.. heheheh Selamat!!!


Sebenarnya jalan raya dah start sesak.. mujur en zalie yang memandu…. SeLamat (kali ke 3)



Tekak atau mood aku yang akhir-akhir ini mudah meminta apa sahaja, akhirnya ku sambar jua buah berangan yang rasanya memang lemak2 manis… kiranya upah pada perutku.. heheheheh.. sekilo RM 26.00




PS: nak tidur cepat, dapat BW ke blog sesetengah sahabat sahaja, setengah blog kalian akan ku terjah apabila ku dapat tenaga semula... Mata agak berat, esok nak berniaga… selamat malam sahabatku semua..

Jadualku Padat...

Assalamualaikum, salam penghulu hari sahabatku semua,
Hari ini, jumaat terakhir sebelum kita yang beragama islam menunaikan rukun islam yang ke tiga.. bersama-sama kita melakukan perbuatan yang baik-baik disisiNya..Insyallah…
Jadual ku hari ini amat penuh…maklumlah hari ini citarasa Rinduan bercuti....
1.       sekejap lagi ku akan bersama-sama pekerjaku mengziarahi pusara arwah FIL (hamis bin Haji Abu), al fatihah atas roh allahyarham
2.       ku akan menemankan MIL membeli barang-barang dapur (rumah) untuk bulan ogos/ramadhan
3.       Ku akan membeli barang-barang kering untuk jualan sempena bulan ramadhan nanti.
4.       Mungkin aku akan mengambil kesempatan untuk membeli pakaian raya untuk anakku umai..
Oleh itu.. untuk sahabatku di alam maya..
Ku tidak sempat untuk singgah ke rumah kalian… Mohon kalian memahami, terlanjur ku buat entry ini,,
Khas untuk sahabat yang kerap update blog pada waktu bekerja, ku mengucapkan Selamat menjalani Ibadat Puasa…. Semoga ibadat puasa kita diterima olehNya, dan disamping itu kita melakukan amalan-amalan yang mulia di bulan yang penuh barakah ini.. bersedekahlah sekiranya kalian mampu.

PS: Ku mohon, agar apa jua pertuturan/perkataan yang mungkin ada membuatkan kalian terasa/kasar di hati kalian, ku mohon ampun dan maaf..salam sayang dariku Ayu-citarasa rinduan

Thursday, July 28, 2011

Tetap bangga dengan Harimau Malaya

BERIKUT adalah keputusan perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis.: Malaysia 1-1 Singapura Jaringan pertama Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali pada minit yang ke 57. Manakala Singapura pula mendapat jaringan pada minit ke 72 hasil jaringan Shi Jiayi.
PS: tahniah untuk Malaysia, ku tahu.. walau malaysia tak layak sebab keputusan keseluruhan Singapore 6, Malaysia 4…Tapi harimau Malaya di hati…Ku tebus kemenangan ini dengan layan Drama Ramadhan Terakhir... Korang tonton tak? Bestkan......

Apasal Lenggang citarasa rinduan???


Ku update entry cepat2…
Hari ini pelanggan di citarasa rinduan memang tak ada…
Lengang!!
Kiranya,ala2 kisah singapore dilanda todak…heheheh

Tapi,
Panggilan/tempahan pelanggan dari pelanggan tak henti2
pekerja aku tak cukup tangan..
Mulanya aku agak hairan!!
Mulanya aku agak kebingungan…

Akhirnya aku tahu apa ertinya semua ini…!!!
YES!!!
Moga2 HARIMAU membaham dan menelan SINGA tanpa gentar dan kusut…….
Buktikan Malaysia BOLEH


PS: BEZA sangat2 dengan perlawanan tahun lepas( Malaysia menentang Indonesia), citarasa rinduan penuh dengan pelanggan.. ada panggilan Wak, Mas Joko… hehehehe

Kus semangat!!

Ku lihat jam baru 12.25 Tengahari, tapi dah kosong…
Selalu ruang buaian ada kanak-kanak,
Selalu ruang menunggu ada ibubapa tunggu anak-anak
Tapi hari ini lengang…
Ya, Allah mana mereka semua?
Mana anakku Umai..
(aku dah puas pusing ke bahagian dalam,. Tetap tak ada sesiapa..)
Dalam hati aku, aku perlu balik rumah..mana tahu, Umai dah pulang…
Takutnya,jika berlaku apa2 pada kesayanganku…

Setibanya dirumah.. anakku menjerit riang…
Ibu, teacher hari ini bagi balik awal!!!
Ku semangat!!! Ada pun anakku…
(ku Peluk….ku cium anakku, tanpa aku berkata apa-apa)


PS: manalah Ibu tak cemas, anakku… rupanya jiran sebelah dah ambil kamu dari sekolah.., kamu pulang awal rupanya.... 

Korang dah start berbelanja bahan-bahan untuk bulan Ramadhan?

Assalamualaikum sahabaku semua….
Apa kena dengan aku hari nie?
Mood berblog merundum 100%,nak tunjuk resepi masak-masak pun tak ada idea… lainlah kalau ada sahabat yang request, mungkin ku akan pertimbangkan….
Tadi masuk blog Azila , dia dah start shopping untuk bulan ramadhan… esok adalah hari jumaat. Rasanya hari yang paling sesuai ku berbelanjer, tambahan esok nak cari bahan-bahan kuih muih, pengat/bubur dan bahan kering untup perniagaan di bulan ramadhan…

PS: korang dah start berbelanjer ker?

Wednesday, July 27, 2011

Tahniah Blogger Hidup Itu Indah

Salam Tahniah ku ucapkan khas untuk blogger Lydia Miza (hidup Ini Indah), yang baru selamat melahirkan cahayamata bayi lelaki pada hari ini 27hb Julai 2011, pada jam 7.56 malam di hospital pantai Melaka…
Rasa sangat terharu kerana beliau begitu mudah melahirkan baby lelakinya yang seberat 2.85kg, walau suami Lydia tiada disisinya..
Tabahnya insan yang bernama Lydia Miza…


Selamat buat kelahiran anak ketiga
Tahniah adikku lydia…………Ku terima sms darinya sejak petang tadi jam 5.47petang dan pada jam 9.56malam........ Terima kasih dik, masih berhubung dengan kakakmu walau kamu masih lemah....Kak, doakan kamu dan baby baru cepat2 dcaj esok pagi, Amin


PS: kini lydia dah ada 2pasang cahaya mata (ku tumpang gembira dengan perkhabaran ini)……….semoga zuriat Lydia menjadi anak2 yang soleh dan solehah..Amin

Hari Rabu tanpa kata2? Aku nak syer juga....


Assalamualaikum….
Walau hari ini hari rabu tanpa kata-kata… aku tetap nak syer cerita dengan kalian juga..
Sebenarnya, dari awal pagi aku dah menemankan en zalie ke Hospital….ada apoinment beliau dengan pakar medical……
Syukur, hasil darah minggu lepas, bacaan kolestrol, asid urid, kencing manis dan darah tinggi normal.. kiranya tak sia-sia usahaku untuk suami tersayang…
Berat badan en zalie pun turun..; Syukur..
Apoinment akan datang adalah pada bulan 11… Yahoo!! Bolehlah en zalie beraya dengan aman dan tenteram tanpa rasa risau dan takut.. takut apa?? Takut nak menjamah lauk pauk raya.. hehehehhehe

PS: badan penat, mata pun rasa berat………. Aduh!! Kalau dapat tidur syoknya… tapi, kena jaga citarasa rinduan.. Tak apa…tak apa…. Petang karang jogging, hilanglah lemah-lemah kan???
~selingan: tak dapat nak BW, harap kawan2ku memahami~

Wordless Wednesday (Part 6) Cuba TEKA harga pokok bongsai ini!!

Tuesday, July 26, 2011

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan Pada Ahad/ OPERASI PERNIAGAAN

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. – BERNAMA
Kredit to mStar
PS: wah!!! Hampir ramadhan lah…. Kalau korang nak tahu operasi citarasa rinduan di bulan nan mulia.. sila ke entry ini…..Jom.. ramai-ramai merasai airtangan kami…

Yes.... Dah dapat bunga, dah dapat Bunga!!

Hari nie, aku mandi peluh… penat ko…………… satu kebun bungga aku tawaf….
Akhirnya, ini pilihan yang ku pilih……………selain bunga, mesti kena ada pasu dan tanah kan??




(wajah MIL dibuaian, dan pembantu MIL……. )

GIVEAWAY : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari PHUKET"

Korang kenal dengan blogger  Ady Prima??
Ala, GA yang aku join masa dia ke london.. Opss, ke bandung yang aku tak menang tu??
Kali nie, ady budika buat lagi GA, kemana pulak lokasi si Mamat Prima nie?
Jom… klik sini
Hah!!! Phuket ko……………..boleh aku tempah periuk belanga baru nie… maklumlah sana tu dunia membeli belah kan?? murah-murah tu...
Jom.. sama2 kita meraikannya….

Caranya mudah saja :
1.                   Buat entri tajuk "GIVEAWAY : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari PHUKET"
- doneAdy Budika
2.                   Letak header Ady ni dan linkkan entri tersebut ke sini.
-done
3.                   Dalam entri tu, berikan tajuk entri Ady yang paling kawan-kawan semua suka dalam blog Ady ni, nyatakan gak kenapa anda suka entri tu.
 
-aku suka sangat entry ini… Apasal aku kata aku suka??? Sebab itulah petama kali aku kenal si Ady, dia start memasak…. Fuh!!!! Semangat Ady tinggi ooo, dia sanggup sahur Cabaran dalam masak-memasak… Cayalah!!

4.                   Dah publish entri tu, post link kat entri ini k.
-done
5.                   Pemenang Ady akan pilih guna random.org sehari sebelum Ady berangkat (so leh bajet siap2 hadiah yang sepatotnya dibeli).

-tempohari aku tak menang, aku kena puji2 kat mamat random.org nie…. Wahai mamat yang bernama random.. bagilah kak Ayu menang!!!!!

#Tutup Ahad - 31 July  2011 - 6.00 petang

Jom!! Ramai-ramai kasi meriah…..

Nak cari bunga...Nak cari bunga..........

Assalamualaikum,
Selamat pagi selasa sahabatku……
Hari nie tamo tayang makanan, sebab aku berazam nak kurangkan nafsuku terhadap makanan.. bahaya oooo…. Aku nie, kalau tak kawal nafsuku nan satu sure, badanku cepat naik…. Termegah2 nak memasak, karang lambat lauk pauk ku masak..
Jadi, sarapan hanya minum susu Anlene dan makan buah-buahan sahaja…
*********************
Sekejap lagi, MIL (mak mertua) ajak cari pokok dan bunga….
Sejak-sejak MIL dan ada geng… MIL semakin minat nak menghiaskan halaman rumah dengan tanaman…
Aku ikut jer, kalau MIL minta cari tanah gambut, cari baja.. pasu… Aku okey jer… (menantu mithali katakan,… heheheheheh)
Kalau MIL minta alihkan pasu, alihkan pokok…. Ikut jugak……………. Bukan apa2.. selain aku rasa makin bertenga.. sekurangnya.. rumahku makin cantik… hehehehhe

PS: lepas nie nak ajak MIL cari bunga palsu pulak, nak hiaskan ruang tamu… mana tau, geng2 blogger nak beraya ke rumah.. (kali nie kena gelak besor.. hahahhahah)