CITARASA RINDUAN

Monday, October 31, 2011

Entry percutian: Kerja perempuan........

Dah hari isnin..

Sekejap jer masa berlalu.. pusing kiri kanan.. aku masih lagi gagah menguruskan citarasa rinduan.. syukur, esok2, belum tentu.. kan???? Panjang usia, adalah dimuka bumi ini…

Kalian dah minum petang??

Aku baru ada kesempatan nak syer entry semasa percutian tempohari..

Ginilah wanita.. kalau dah dikatakan perempuan, sudah tentu tangan takkan kering dengan membuat kerja2 rumah….





Memasak buat adik ipar aku yang baru sampai ke rumah, masa nie adik beradik lain belum sampai lagi…. Mereka lewat 2 jam.. so dah sejuk sikitlah makanan malam tu….




Adik perempuanku asalnya bila minta itu ini, ku turutkan… minta nasi ayam, mee bandung.. aku ikut jer… kesian kan orang mengandung.. (Tak sempat nak snap gambar, sebab dah lapar)

 Last sekali hidangan sarapan pagi yang sempat dimakan sebelum bergelar IBU (bersalin) adalah lempeng dan sambal sardine… Masa adik keluar hospital., aku siap gurau, doktor ada kata bau ikan sardin tak?? hahahhaha.. (kak ngah ko memang gila2...kannnnn)



Sarapan pagi diorang nak kuihlah… nak nasi gorenglah… aku usha dalam peti ais ibu dah belikan.. so.. senang kerja aku…. Olah bumbu yang sedia ada jer, buat yang kurang pedas untuk 8 anak saudaraku..)

Hasil air tangan mak ngah buat adik beradik, tentu sekali menu untuk orang2 yang tiada penyakit… kalau ada en zalie aku kena hati2… mujur suamiku tak join kami dikampung.. kalau idak sayuran bening ajerlah.. heheheheh


Entry melompat, bila mereka berkunjung ke Citarasa Rinduan..


Banyak yang ingin ku kongsi tentang percutianku di kampung..

Tapi tulah kan, bila cerita lama… dah jadi basi pula..

So, aku nak syer tentang kejadian petang tadi… sebenarnya kami adik beradik (seramai 5 orang) dah berkampung di halaman tercinta.. tapi tulah kan.. bila dah kumpul banyak yang kami bualkan, sampai lupa nak snap gambar buat kenangan

***********

Mujurlah.. sebelum adik beradikku balik ke USJ, mereka akan singgah ke rumahku di felda sungai sayong, Kulaijaya.. tentu sekali ke citarasa rinduan…

Selalu kalau balik kampung, akulah orang pertama yang angkat kaki awal2 pulang ke rumah… hahahah, (biasalah mak ngah ~gelaran aku~ sibuk dengan kedai makan)




 So, depa kenalah serang citarasa rinduan buat penghilang rindu…


Pertemuan di citarasa rinduan. Mereka nak gak hasil tangan kak ngah jugak.. sabor jerlah..

So, posing dulu ya sebelum makanan sampai


Makanan dah sampai, hingga tamo pandang kamera… chittttt, baik abang long. Kak long, pak su.. menghadap makanan sampai lupa anak2…




Si uda nie, anak dah 2orang.. tapi perangai.. kusss semangat.. hahahhah dia lahap sup tulang macam tamo berhenti ko….



Oleh kerana, kaum ibubapa melahap makanan, mak ngah kenalah jaga anak2 buah.. mari!!! Serbu mak ngah… hahahhah. Ramai pelanggan pun mak ngah boleh layan korang… kekekekkek….  (apron hijau, sponser by petronas)


Dah habis licin??? Em.. mengelat.. siapa tak habiskan, kena cuci pinggan….mak ngah check piring korang ya..


So, makan sudah, bungkus pun sudah… jom…. tinggalkan mak ngah dan pak ngah…, selamat tinggal citarasa rinduan..


PS: pertemuan seperti inilah yang sentiasa menghiburkan daku dan en zalie… bila adik beradikku datang. Semestinya perasaan gembira dengan kunjuan kalian tak pernah berbelah bagi… I love u alls

Sunday, October 30, 2011

Ambil Kesempatan, curi-curi belajar Photografer..



Selamat pagi ahad semua
Wah!!! Dapat berehat malam tadi, buatkan aku menjadi orang baru… Jom kengkawan kita Kerja… buat yang bercuti seminggu tu… jangan malas2 ya…. Mulakan hari ini dengan cara dan rutin harian yang bagus untuk kita, Esok dah start kerja kan????

So.. bagi kredit buat diri kita sendiri.. SEMANGAT!!!!!!!!

Jom, layan aktivitiku beberapa hari bercuti ke kampung tercinta








Gambar 2 adalah hasil tangkapan daku dan adik lelakiku Muhamad Shahrul Nizam Ab Rahman, kredit buat blogger fotografer hebat ini juga!!!!

PS: belajar perlahan2… tapi kata adik aku, ko dah nak hampir setahun pegang DSLR pun tak tau apa2.. hahahha.. nak buat lagu mana, periuk dan sudip bolehlah!!

Saturday, October 29, 2011

Percutian yang memang bermakna

Assalamualaikum,

Beberapa hari ku bercuti, memang banyak perasaan yang ku bawa pergi.. sangat terharu kerana sahabat sentiasa dibelakangku… syukur. Semua yang ku lakukan semasa bercuti dipermudahkan olehNya.

Adik perempuan bongsuku telah selamat mendapat cahaya mata sulungnya… syukur, adik mudah melahirkan zuriat pertamanya.. perempuan, seberat 2.73kg manakala tarikh kelahirannya Mirza (nama anak sulungnya agak panjang, hanya Mirza yang ku ingat.. heheheh) adalah pada hari jumaat bersamaan 1 zulhijah (28hb 10.2011)





Sebelum ini, Selama beberapa hari ku menjaga adikku di rumah.. adik tak ada tanda2 sakit nak bersalin.. hanya adik ada menyatakan ada mengeluarkan air… hingga pagi jumaat adik kata ada darah… masa tu, aku pula yang memaksa ibuayah menghantar adik ke hospital.. 

Walhal adik tak rasa sakit… malah, lempeng yang dicicah sambal sardine hidangan sarapan pagi yang diminta adik dimakan hingga kenyang..

Barulah adik minta di hantar ke hospital.. siap menyatakan terima kasih kak ngah kerana menjaga adik dan beri sokongan untuk adik,  (time nie aku dah menitiskan air mata)

Ku betul2 bangga dengan adik, hingga saat bacaan 5cm, barulah suami tercintanya dari kuala lumpur sampai ke hospital Mersing, Johor..


PS: malahan Majlis perkahwinan anak jiran Ibu yang berlangsung di sebelah rumah pada 29 hb 10 2011 jua berlangsung dengan meriah.. semoga panjang jodoh perkahwinan mereka.. (nantikan entry itu nanti)

Friday, October 28, 2011

Rezeki, macamana nak diet nie


Susah oooooo nak diet, pemberian mak saudara en zalie..
Sangat sedap……….

Tuan rumah tak ada, ini entry auto post

Thursday, October 27, 2011

Bercuti....



Tuan rumah bercuti.. destinasi di mersing, Johor…
Terima kasih buat teman2 yang sentiasa singgah ke blog CITARASA RINDUAN..

Sambal Tomato.. memang Ngammm....


Aku suka bila dapat sejenis bahan yang lain dari yang lain.. ku beli dan ku pelbagaikan masakkan, selasa lepas pergi beli bahan basah untuk kedai, destinasi di TJmart saleng,.. terjumpa tomato yang bentuknya panjang tapi kecil-kecil.. kata amoi tu, sebab raya depavali, kaum india suka masak tomato jenis nie

Terus sambar 200 gram… dalam hati.. semestinya nak buat sambal.. layan dengan nasi panas2…nyamii.



Jom, aku kongsikan resepinya..

Bahan-Bahannya

Tomato kecil ini seperti dalam gambar ini (kredit to google), ku potong 2 (200gram)


Cili padi – lebihkan sedikit, lebih sedap dan mantap..** (blander)
Garam- sedikit
Gula – sedikit
Bawang putih – 4 ulas ** (blander)
Bawang merah – 6 ulas** (blander)
Minyak masak
Cara menyediakan

1.       Panaskan minyak  masak,tumis bahan yang bertanda **, masukkan garam dan gula
2.       Masak hingga bumbu terbit minyak..
3.       Sedia untuk dihidang, ngam dengan nasi panas dan ayam goreng…….sedap ooo


## oleh kerana tomato dah masam, tak perlu masukkan asam keeping, atau asam jawa.nak tambah sedap masukkan ikan bilis, (tuan rumah tak boleh bubuh ikan bilis sebab nak hidangkan buat en zalie)



Selingan ~~ kalau tak ada selera nak makan nasi. Molek korang cuba sambal ini, tak jumpa tomato yang kecil2.. yang biasa pun okey….

Temankan adik di hospital..


Dari malam tadi, aku menemankan adik di hospital…

Caya ker??

HEHEHEH. Sorang di hospital mersing, sorang atas katil rumah di f sungai sayong.. hahahha
Mujurlah handphone buat penghubung kami..

Jam 11 kami akhirkan mesej kami..

************
Bila jam 4 pagi, sambung lagi….

Bila aku sapa dia.

Adik balas mesej
Alhamdullilah, okey.. rasanya tengahari nanti dah boleh keluar, baby pun dah cukup gerak, Cuma lambat, dari tadi adik tak boleh tidur, kencing sahaja, tapi nurse dah tidur.. hahahha  (sms dia ayat kontot2.. aku tak berapa suka dan faham.. tapi bolehlah nak  terjemahkan kat korang….)

Part nurse tidur tu.. aku gelak besor.. hahahhahaha biasalah…

Sebenarnya, suami adik masih bekerja di KL… sebulan adik duduk dikampung sebab nak bersalin di kampung.. dapat rasakan saat ini adik tak kisah dengan suaminya, namun memerlukan semangat adik beradik….

Ku tahu adik seorang yang kuat…

Bersabarlah… kerana dalam tengahari kakak ngah akan pulang ke kampung dengan bungkusan nasi ayam, permintaan kamu…. hehehe


PS: sangat besar pengorbanan seorang ibu yang sedang mengandung, apatah lagi saat mahu bersalin….

Wednesday, October 26, 2011

3 Perkara yang buat aku sangat Risau..........


Aku sangat risau ~~ 
Dari 5 pekerjaku, hanya 2 orang yang bekerja, 3 orang cuti ikut suka depa, eih!! Beraya agaknya?? ( rasa nak lempang jer muka diorang, sanggup biarkan kami 3 orang menguruskan kedai makan…..)

Aku sangat risau ~~ 
Tiba2 peti ais di citarasa rinduan  mengalami kerosakkan diluar jangkaan, mujur kebakaran kecil itu tak merebak.. hanya sedikit kebakaran di digital…..( kalaulah aku tak niaga hari ini, fuh! Tak dapat bayangkan berlakunya kebakaran berpunca dari kedaiku hingga merebak ke jiran2 kedai bersebelahan.. …) Subhanallah…

Dan aku paling risau ~~ 
Baby yang dikandungkan oleh adikku yang sedang menunggu hari untuk bersalin  ( sudah 38 minggu ) tiba2 tidak bergerak, 
Syukur.. berita terkini, bila dapat makluman adikku sudah diwad dan dijagaan jururawat….manakala baby ada sedikit pergerakan, doctor izinkan adik dcaj jika pergerakan baby aktif semula


PS: dan aku sentiasa risau jika kalian tidak maafkan aku kerana tidak dapat update entry hampir 24jam……… keadaaku sentiasa sibuk dan menyukarkan aku untuk menghadap lappy uzurku…..

Tuesday, October 25, 2011

Aku tak penyeGan~~ hahahhaha


Aku sangat stress hari nie, masalah tentang tanah yang en zalie dapat bagi generasi felda ke 2,  ingatkan dah sattle, sekali jer… selepas masak, aku kena pi ke pejabat tanah, kena dapatkan sijil carian rasmi dan pengesahan pesuruhjaya sumpah… 

Minta MIL jagakan chesier, lauk pauk aku dah siap masak... sebenarnya kes nie dari tahun 2005 hingga sekarang masih belum ada pemaju yang boleh buatkan rumah… adehhh!! lambatnya...

**********************
Bila berdepan dengan pekerja kerajaan, uniform aku dah bertukar, dari berbaju T dan berseluar, ku sarungkan baju kurung.. tapi tulah kan……… nak cepat punya pasal aku masih lagi sarung kasutku yang memang khas di citarasa rinduan….

Nak tau macamana kasut ku tadi??

Tara!!!!!!!

Casper Boo Collage shoes

Kredit to google, aku punya kasut casper warna hitam biru… huhuhuhu


PS: mujur boleh labuhkan baju kurung aku, alaH.. Akukan wanita yang tak berberapa nak penyegan orangnya!! Tak kisah punnnnn.. hahhahah


Monday, October 24, 2011

Potong.................



Panjang????



Kasi pendek jer!!

Dia tamo kat salon yang mahal2…. So, senang cerita aku hantar kat member aku jer…. Harga pun murah… RM 5.00




Hah!!!!!!!!!!!! Kan dah comel, bulat……….

PS: malam nie aku tidur awal, masih ada mengantuk pulak, selagi antibiotic tak abis aku bijak uruskan. Nanti lambat baik… heheheh

Tapi nak habaq yang aku tersangat sukaaaaaa sangat, thanks pada blogger ini, kamu memang sangat penyayang… Miss u

Alhamdullilah, Amy (sinar Raudah) semakin pulih

Syukur, blogger Amy sinar raudah semakin pulih, bila baca wall FB beliau, suami Amy telah mengeluarkan status ini..


Ku tahu, Amy Raudah seorang yang tabah, dikelilingi suami, family yang tersayang jua teman2 yang sentiasa mendoakan kesejateraan beliau..

Terima kasih teman2…

Berita terkini tentang Blogger Amy (Sinar Raudah)

Dapat komen dari blogger Adrinarania,
(search blog beliau tak dapat masuk URLnya)



Kalau nak diikutkan  pada wall di FB blogger Amy Raudah, beliau memang sedang demam panas, namun tak ku sangka sekarang beliau sedang bertarung dengan nyawanya...

Semoga beliau cepat sembuh, kerana ku tahu ramai kawan yang rapat dengan Amy raudah merindui beliau…… 

Tips tentang menangani deman denggi supaya cepat sembuh selain minum 100 plus dan air rebusan ketam.. tidak ku tahui, tapi masa en zalie di ICU, ada seorang budak lelaki dalam usia 20an yang koma di ICU akibat demam tersebut.... Kawan2 ada tips lain ker??



PS: kalau kalian ada no handphone Amy (SR)beliau, boleh tak bagi pada aku email di umairahayu@yahoo.com, terima kasih

Sayur yang paling digemari pelanggan..

Chak!!!!!!!!!!

Jangan hairan aku dapat online ya, en zalie bagi aku rehat kat umah.. lepas masak lauk pauk dalam jam 11 pagi, en zalie suruh aku makan ubat.. habiskan antibiotic, disuruhnya aku makan ubat salsema, katanya dia tamo aku sakit, yes bosss!!…. Ikutkan jerlah.. pil antibiotic ada 8 biji lagi, maksudnya 2 hari aku kena habiskan gak,,, glupppp..

Hari nie aku masak sayur paling digemari pelanggan, sayur nangka, aku tak boleh makan, asal makan sure perut rasa kembong, so tak payah pening kepala kita makan apa yang boleh jer…

Kalau korang nak cari resepi versi citarasa rinduan, boleh klik sini ya…..






Dan.. berita yang paling menggembirakan…………



Kiriman sms dari jururawat desa pada jam 9 pagi, Syukur, tahun lepas result pun sama…. So 2 tahun lagi baru check semula, geng2 kaum ibu dah check ker??

Penangan Ubat, Aku laloq dan mengantuk!!

Penangan ubat salsema, demam dan antibiotic buatkan ahadku yang sangat mendamaikan a.k.a laloq… dari jam 1 tengahari makan ubat, aku tertidur hingga jam 4 petang, bangun terus ke kedai gantikan tempat en zalie di chasier Citarasa Rinduan…

Opss.. lupa nak tunjukkan keadaan di klinik semalam…. Tara…… !!





Ramai bangsa india yang sakit semalam…. Semuanya demam.. aku kan terlebih ramah, asal pi mana2 boleh lagi sapa orang2…. I like!!!


Yang pasti umai yang sakit macam aku pun dah boleh tersenyum riang, aku jer masih lagi lepak dan gigil di klinik semalam… hahahha.. (rupaku sangatlah pelik….kannnnnnn..)




Okey sambung semula kes semalam, jam 7 malam aku sambung makan ubat  lagi, makan ubat lepas  makan malam,  aku masih lagi gagah layan pelanggan walau kepalaku kunang2.. (penangan ubat dah mula menjalar ko…)

Time jam 9 mengantukku dah tak boleh ditahan, walau aku tersenyum kat pelanggan, pekerjaku kata aku tidur sambil kira duit!!! Hah????

Biar betul, dalam 9setengah malam en zalie datang ke citarasa rinduan.. masa nielah en zalie papahkan aku ke storm.. hahahhahahaha…….

Teruk benor rupa aku kalau mengantuk, ala… bukan salah aku pun!!!!

Ubat salsema yang punya hal..

Yang pasti sekarang aku dah baik daaa, hidung tak meleleq lagi...… nak pi kedai dan mula operasi memasak… salam pagi isnin sahabatku semua…………….

Sunday, October 23, 2011

Aku rindu doktor peberat aku........


Kepala sakit,mengigil 1 badan sejuk semacam, pakai selimut tebal sampai 2 helai.. hidung dah 2 hari berair,bersin memanjang

Ikutkan dari semalam aku tak larat nak uruskan kedai, namun memandangkan pekerjaku yang pandai memasak ada 2 orang jer, tu pun boleh goreng makanan seperti mee, mee hoon, mee teow, nasi.. lain2 menu depa ada kurang pandai sikit…

Itu yang aku turun padang sisih lengan baju (sebab time malam aku suka pakai baju kurung.. Ayu gitu..)… sampai rumah lepas minum anlene dan oat dalam jam 11 malam , aku tidur tak sedarkan diri…

Nak jumpa doctor tengahari nanti, dah tak larat nak drive, minta en zalie yang hantarkan… agaknya dah beberapa bulan aku tak pernah sakit, dah lama tak pi klinik peberat kami sekeluarga , adakah aku rindu doctor india itu……. Hahahhahah,, statement poyo…

Yang hairan, kalau pi sana, umai yang sakit sampai tak boleh jalan, duduk menghadap doctor terus boleh jalan sendiri?

AKU??? pun sama………. Waka..waka…


PS: korang sure ada doctor peberat kan? Walau doctor tu dah tua ker, walau doctor tu lain bangsa ker, sure korang serasi dengan ubatan di klinik tersebut… korang serasi doctor swasta atau kerajaan?

Saturday, October 22, 2011

1 batang tak cukup!! 10 batang baru masyukkk...


Kononya aku nak berdiet, maklumlah.. bila hampir majlis kawin di kampungku, jiran sebelah rumah.. aku nak lah bergaya habis.. hahahahhaha.

Semalam aku memang dapat kurangkan makan..

Hari nie pun bila sibuk, uruskan tempahan dan uruskan kedai (hujung minggu) memang tak ada peluang nak duduk senang, so.. kerja dengan tak cukup tangan, asyik menguruskan tempahan makanan dan minuman pelanggan... dapat update blog pun taip ikut naluri hati jer.. hahahha..


Mujur aku dapat gak update 2 entry hari nie….heheheh
Rasanya diet aku GAGAL.... nafsu aku terhadap makanan memang dah tak boleh dihalang..

Sebab apa????


Tauke sate, iaitu mak saudara en zalie yang berniaga sate dah kembali berniaga, disebabkan dia ambil tempahan sate untuk musim perayaan, hari ini baru dia dah dapat uruskan perniagaan satenya di hadapan kedaiku…

So, dengan rasminya aku tak boleh nak diet…

1 batang sure tak cukup.. so, cukupkan 10 batang kot!!!!!!!!! nak sate ayam jer eik, daging tamo..


Hahahhahhaha, entry tentang sate warisan keluarga en zalie sila klik sini, kredit to my cosin Nurhafizah Zaidi

Siapppppp...


Alhmadullilah, syukur…… siap sudah tempahan yang perlu ku hantar jam 12 tengahari tadi, dengan bantuan 4 pekerjaku semuanya menjadi mudah..

Kedai tetap beroperasi, tu yang ada kelam kabut sikit.. tapi tak apalah. Asal pelanggan dapat apa yang mereka mahu, karang majuk pitammmm daku.. hehehhe




Tempahan dah siap atas keretaku… so, aku pun dah hantarkan ke rumah pelanggan tersebut, tunggu jer beliau sms untuk sahkan keenakkan rasanya…..hahaha

Moga2 majlis beliau berjalan dengan lancar amin……..

Friday, October 21, 2011

Dah kurang sibuk daa.....Tolong blogger tunjuk arah jalan? Macam terro!!

Menu makan malam jam 7.30 malam tadi adalah sop sayuran yang kumasukkan mee siput.. sebenarnya kalau di rumah aku masak apa sahaja yang ada… mee siput tu tak silap baki masa bulan puasa….( tinggal 2 keping, eh!! Mee siput tu ala2 maggi lah.. hahahha) Menu diet untuk tersayang..

Sup sayuran untuk 3 orang makan , MIL, umai dan En Zalie… Aku?? Tamo makan. Sebab aku dah rasa bentuk badan aku dah naik.. hahahhaha, kenduri kawin dikampung tinggal 6 hari lagi, mana boleh gemuk2.. karang kawan sekolah lama aku tak kenal.. waka..waka……. kena gelak, maluuuu oooo……




Tempahan untuk esok sattle, segala sayuran dah siap aku siang, sambil buat kerja di citarasa rinduan aku sempat bantu blogger cik pulau yang dalam perjalanan ke Johor baharu, sepupu blogger cik pulau kawin…



Tolong tunjuk arah dari Kelantan- mersing- haiway pasir gudang (sebab sebelum sampai kota tinggi, banjir dipanti) – taman daya- masjid kempas..

Alhamdullilah, mereka dah sampai da………

Tu sebab hp cap ayam aku siap posing atas bungkusan sayuran yang dah siap disiang.. hehehhehehe


PS: Bantu membantu amalan mulia…sebenarnya tak lah pandai sangat pun selok belok laluan yang cik pulau berserta familynya keKempas, tapi beranikan diri supaya mereka tak sesat jalan.............


Sibuk-sibuk pun masak juga/ Bantulah mereka....


Sudah semestinya tak cukup tangan hari ini, masih banyak kerja yang perlu ku uruskan….

Bila dapat tempahan, semestinya aku mahukan yang terbaik, agar pelangganku puas hati….

Masih sibuk, tetap memasak untuk family tersayang, ikan bakar yang sambal asamnya tak sempat ku snap, sayuran campur dengan sedikit bebola ikan, jua ikan goreng selar kuning kegemaran mertuaku….




*************

Untuk diwar-warkan bersama-sama, marilah kita sama2 membantu pada yang memerlukan, berat yang memandang, berat lagi yang memikul…. Ku pernah hadapi saat itu.. sungguh!!, banyak pengorbanan yang telah berlaku, syukur.. semuanya adalah pengalaman yang mengajar aku erti kesihatan dan kehidupan….

 

Semoga abang angkat blogger liza iaitu abang Sudin cepat sembuh, klik blogger liza untuk entry tersebut.., semoga ramai yang menghulurkan bantuan... Amin

Sibuk-sibuk pun aku kena uruskan..

Salam pagi penghulu hari sahabatku semua

Hari nie hari jumaat ker?? Fuh!! Sekejapnya masa berlalu.. rasa tak caya pulak esok aku terima tempahan majlis kesyukuran dari kampung berdekatan…

Hari ini, ada banyak kerja menantiku… yang pasti ke pasar borong cari bahan mentah…

Kena check list betul2.. sebab bila dapat tempahan kenalah pastikan semuanya teratur.. kalau ada barang yang tertinggal pasti akan kecoh esok hari.. kann……..

Petang karang, dah start sessi siang menyiang..sayuran perlu di potong, sukat lebih sikit. Kalau ada lebih bolehlah sedekah kat kedai sebelah menyebelah.. Cuma ayam aku ambil esok pagi jer.. tamo ayam yang tak fresh…. Ku mahu segar2……. hehehhehe

Semoga semuanya baik2 sahaja, mengambil keberkatan dipagi jumaat..


PS: maaf berlori, masih belum dapat berjalan2 ke rumah kalian.. ampunn…

Selingan~~ kalau aku ada pekerja lelaki yang boleh dipercayai, sure aku boleh duduk rumah layan anak daraku… namun.. zaman sekarang budak2 lelaki tamo kerja kedai makan, pelikkan? Ker, hanya di tempat ku sahaja??

Thursday, October 20, 2011

Tips buat isteri yang menghadapi dilema rumahtangga


Dalam kehidupan berumahtangga pastinya pelbagai dugaan yang ditempuhi, bagi yang baru melayari rumahtangga pastinya ada tika cepat terasa dan ada kala menyampah dengan pasangan anda… perasaan itu normal…

Seawal usia 1-2 tahun sering kita dengar bahtera yang dibina hancur tiba-tiba samada melibatkan orang ke 3, rasa ego antara satu sama lain atau apa2 sahaja halangan hingga mengakibatkan jalan terakhirnya adalah menjurus kepada penceraian…

Namun dari sudut rohaninya, kadangakala perasaan tidak puas hati adalah aspek utama yang melibatkan pasangan ini.. tidak pandai berkomunikasi secara baik punca utama hingga berpecah belah..

***************

Semalam, ku menonton satu drama THE TARIK KURANG MANIS, lakonan zul huzaimy, erin malik, fasha sandha dan lain2…

Percintaan yang hanya berlaku 2 bulan, antara seorang lelaki yang bekerjaya dengan wanita kampung (guru) hingga berakhir ke jinjang pelamin..

Namun, akibat si isteri yang tiba2 merelakan dirinya diberhentikan kerja, sanggup belajar memasak apa jua yang digemari suaminya mungkin kerap menelefon sehari hingga 20 kali panggilan kepada suami tersayang, hanya kerana bosan dengan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dirumah.
Mengakibatkan si suami sanggup berkawin lain dengan rakan sekerjanya…

Di sini, wujudnya punca akibat si suami yang tiba2 jatuh cinta pada wanita yang berkerjaya, punya wawasan, pandai berdikari dan banyak lagi ciri2 wanita yang tabah hingga si lelaki mudah terpesona dengan wanita lain..

********************

Kesimpulannya,

Ayuh si isteri.. sesekali sombonglah pada suami anda, jika setiap hari anda menelefon 3 kali panggilan pada tersayang, cuba telefon hanya sekali sahaja, berbuat baik apabila dirumah, wujudkan suasana persahabatan antara kalian berdua walau marah masih ada…

Mungkin, yang sudah mempunyai cahaya mata. Ianya satu tiket untuk anda sesekali mencuri peluang yang ada….. guna anak anda untuk mengambil hati si suami

Semoga kalian dengan pasangan anda dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berbahagia selamanya hingga akhir hayat


PS: namun, sekiranya benar tertulis jodoh tiada, walau pelbagai cara telah anda lakukan, ianya adalah ketentuan yang kalian perlu hadapi, namun,yang pasti setiap penyelesaian itu ada jalan penghujungnya..

Kembali menyapa.. Ya!! ku rindu korang..

Salam pagi khamis sahabatku.. semoga yang baik2 sahaja berlaku atas diri kita, semoga kita dipelihara hati untuk menempuhi segala yang telah ditetapkan olehnya, kita maha merancang hanya DIA yang menentukan…

Sungguh! Ku rindu untuk berkongsi cerita dan menyapa kalian di alam maya.. insyallah.. ada ruang, ada masa akan ku bersenang2 dengan kalian semua

Terima kasih kerana selalu ada tika aku memerlukan…

Terima kasih teman2…

Monday, October 17, 2011

Bercuti lagi..

Entry ini nampaknya adalah keputusan yang paling pahit perlu ku kongsi dengan kalian.. namun, ku tahu.. kehidupan yang hakiki adalah yang lebih utama…

Bukan bercuti bermaksud terus melupakan sahabat alam maya, namun.. ada kesempatan, insyallah pasti ku akan layarkan khabar berita buat kalian..

Salam sayang buat penghunjung blog citarasa rinduan..

 

PS: Jika cutiku tak lama, aku akan curi2 update, jika lama.. mungkin ini entry terakhir hingga aku benar2 dapat menguruskan kehidupanku…



Selingan: moga urusanku dipermudahkan olehNya,.. amin

Blogger Maya Mayana tanya Citarasa Rinduan jawab (Rahsia tiada uban)


Ibu ada uban masa ibu berusia 33 tahun..time tu ingatkan kerana ibu jaga kami adik beradik, maka mestilah ibu banyak masalah dan kepala dok pening  fikir itu ini, biasalah budak2 kan.. semuanya serba serbi nakal.. hehehehhe…

Bila ibu kata, siapa cabut uban, dapat 20sen, kami pakat cabut sama2… nanti boleh beli aiskrim Malaysia kat kedai cik sal hujung rumah… selalunya imbuhan kami banyak.. sebab ibu memang banyak uban..

Bila abah nak minta cabut uban, kami tamo.. rugi oooooooo, tak ada pun uban yang ada dihelaian rambutnya, sangat penat tapi tak ada upah….hahahahah
.
Namun, bila usia beranjak ke 57 tahun.. rupanya benar. Rambut abah jenis yang liat… uban tamo tumbuh jua…



Rahsia rambut abah sentiasa hitam, sebenarnya yang ku perhatikan abah tak suka basuh rambutnya dengan apa2 produk shampoo dipasaraya… Cuma dalam setahun ada 3-4 kali abah akan ke salon untuk cuci rambutnya…

Dan kami adik beradik sentiasa cemburu bila lihat rambut abah sentiasa hitam, walhal.. kami 3 beradik yang usianya kian hampir 30an dah tumbuh uban!!!! adehhhh




PS:Menjawab pertanyaan sahabat kadangakala menyedarkan aku bahawa kita sering ada kaitan, sekurangnya dapat mengambil sedikit pengalaman buat kehidupan mendatang.. kannn……

Baru ku sedar aku tak boleh manja-manja lagi..


Salam pagi isnin sahabatku semua…..

Semalam temankan abah dari kampung ke rumah adik beradik beliau (di senai).. Sungguh!!… jika bersama abah rasa aku macam budak kecil lagi.. hehehehhe.. minta itu ini…. Suka sangat2 manja dengan abah….

Lagilah abah jenis yang tak kisah bersama anaknya….walau dah berusia 57 namun abah kelihatan muda lagi, uban pun tamo tumbuh atas kepala abah..… cucu pertama dah usia 15 tahun hahhahahha… bakal dapat 8 cucu dari 5 anak-anaknya



Tapi, semalam aku betul2 terlupa.. bila jalan bersama abah, aku boleh terlupa ada umai antara kami..

Jalan kehadapan, Umai tiak atok!!!…. Jalan kebelakang umai tiak atok!!!…

Baru aku sedar yang aku dah ada anak… hahahhahah



PS: awal pagi lagi aku dah start BW ke sesetengah blog sahabat, tapi aku terlupa perlahankan sound pc, bunyi muzik yang kuat menganggu en zalie dan Umai.. sorry!!