CITARASA RINDUAN

Saturday, December 31, 2011

Plan aku gagal??? ~Edisi Birthday En Zalie~


Alhamdullilah, misi kejutan buat hari lahir suamiku yang ku buat awal.. Berjaya!! Yehah…
Rasa lega, bila En Zalie, kedu tak terkata.. sekurangnya… dia tak lah tarik muka.. syukur.. lega…
Kek buah-buahan… masih segar kan??



Buat insan teristimewa dalam hidupku, pelengkap hatiku.. selamat hari lahir sayang, moga kesejahteraan abang sentiasa baik-baik sahaja.. azam tahun 2012, saya nak anak seramai yang boleh.. hehhehehehe

Kejutan bersama pekerjaku.. memang mabelesss.. budak2 nie bab tipu memang nombor satu..



Tapikan, sebenarnya mulanya aku planning nak buat malam sikit, tapi terkantoi dengan anak daraku Umai bila kek sampai awal dari rancanganku, Umai nie tak pandai simpan rahsia....masa kek sampai aku dah start berpeluh2.. mujurlah sebelum umai buka mulut aku teruskan misiku…. serang En Zalie awal dari rancangan.. hehehhehehe.. Akhirnya.. En Zalie terharu jugak!


PS:Lepas maghrib nak makan2, ini juga kejutan untuk En Zalie .. siapa mahu aku belanjer?? Cepat angkat tangan… hehehe

Persembahan Jozan dimalam Maharaja Lawak Mega




Inilah video persembahan Jozan pada malam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega.. memang terbaik, bak kata kawan2 FB ku… JOZAN lah Juara.. hehehe

Harap2 plan aku menjadi ~ Birthday En Zalie~

Abang,,, sekejap lagi dalam jam 3 petang, abah ambil saya ya.. saya nak bermalam dirumah ibu.. rindu dekat ibu.. lama tak tidur rumah ibubapa saya..

Ya… pergilah…

Yes!!!! Mudah betul suami aku kena tipu

En Zalie, tak perasan taktik aku.. hehheheeh… aku kena pasang strategi baik2.. cun2… kalau idak.. sure surprise aku tak menjadi…

Esok hari lahirnya yang ke 34 tahun… tua dah suami aku, asal tahun baru, pasti usianya bertambah… aku jer yang masih muda belia.. peweeetttttttttttttttttt


PS: agak2 menjadi tak taktik aku tu?? Jeng2……………. Sebiji kek buah-buahan akan diraikan bersama pekerja citarasa rinduan.. risau gak plan aku tak menjadi,,, en zalie tak suka surprise

OSBON Juara Maharaja Lawak Mega ~ Tak silap undianku!! tapi silap hitunganku saat akhir~


Malam 30 december 2011, Maharaja Lawak Mega adalah pengakhirnya..

Antara kumpulan boboy, Osbon, Syok dan Seahu.. antara mereka adalah pemenangnya…wang tunai sebanyak RM 350,000.000 beserta trofi sumbangan astro, naib juara menerima RM 150,000.00 beserta trofi




Ada 2 persembahan , iaitu BEBAS dan MUZIKAL, keputusan ketika awal pembuka tirai




Persembahan pertama - BEBAS

Seahu— aku kurang faham lawak mereka. Bak kata juri.. biasa2 sahaja

Boboy – memang terbaik. Datin Maimon yang seksi bertukar jadi Datin Seekes, merangkap ahli jawatankuasa masjid.. hehehhe.. terbakar hantu bila terminum ari zam-zam…



OSBON – melayan isterinya yang mengandung, dok tunggu hari nak melahirkan.. paling ku gelak bila OS kata, kalau lahir muka abang??  Jawab Abon,Kalau muka abang, tua dalam perut sue pun sue sanggup.. hahhahah.. sakit perut aku


SYOK – lawak hantu cina, aku Nampak kelemahan sebab terlalu guna ombak rindu, tapi aku suka dengan cara Aaron Aziz kritik kumpulan ini.. sweet sahaja.. hehehheh (gatai pulak aku)

Persembahan kedua – MUZIKAL

Seahu—persembahannya semakin mantap.. aku suka. Tempat ke tiga MLM.. tahniah sebab berjaya bertanding hingga peringkat ini



Boboy – Naib Juara Maharaja Lawak Mega, bila boboyot dah start merepek, pasti lawak muzikal kumpulan mereka mencetuskan tepukkan gemuruh oleh penonton.. Ya, aku akui… BOBOY punya kekuatan.. dan lawak mereka sangat menjadi.. tahniah, Gegel cute walau rupa kedut, Boboyot usia baru darjah 5?? hahahha



OSBON –   JUARA MLM Lawak muzikal mereka kurang ngam, waktu nie aku dah risau, kredit HP aku kian habis.... sebab banyak lawak berkata2.. tapi aku sangat terhibur… lagilah Abon sangat cute bila pakai baju penyanyi barat .. macamanapun tahniah buat kalian, menjadi JUARA.. memperolehi RM 350,000.00 beserta sumbangan Trofi





 tempat ke empat, jatuh kepada SYOK, RM 50,000.00 berserta trofi



coret-coret:
*13 january 2012.. maharaja lawak ke 6 akan bersiaran di astro Warna 132
*lawak Jozan (sebagai pelakon komedi undangan) sanggat terhibur, 6 sahabat FB aku tulis di wall mereka, JOZAN adalah juaranya, Ya.. aku setuju
* Afdlin Shauki dan Chef Wan dah berbaik, siap hug lagi.. hehehhehe.. alhamdullilah

Friday, December 30, 2011

Layan Maharaja Lawak Mega akhir dengan makan-makan tanpa henti...


Hampir ke penghujung pertandingan Maharaja Lawak Mega pada malam ini

Walau agenda aku padat siang tadi, untuk malam yang pasti ku tunggu2.. aku dah bersantai depan kaca TV
Jangan tak caya, petang tadi, aku  makan macam2 tanpa rasa  bersalah..

Aiskrim yang dibaluti kek.. hehehhe. Aku beli 2…. Bukan semua yang aku tayangkan.. hehehhe





Clay pot ayam.. nyamiiiiiii.. panas ko.. tapi sangat sedap, hampir 2 tahun aku tak makan, petang tadi aku teringin benor.. mujur jumpa di Giants pelentong.. hehehe




Nasi goreng Bangkok, rupa Nampak sedap.. bila makan.. em!! Hampa……… anak dara aku kata, sedap lagi mee ibu yang warna hitam tu.. hahahha



MIL order nasi goreng tomyam, aku tanya sedap tak?? Ibu kata.. bolehlah.. sebab dah 2 hari tak makan nasi.. kikikikiki



Sebelum pulang, aku order SomTom, rasa ala2 kerabu.. tapi SomTom makanan orang Thailand.. sesekali mencuba.. okeylah.. pedas dan masammmm, air mineral tu aku punya, jari tu umai yang punya



Sebelum sampai ke kereta, umai minta icekimo, bila depan matanya.. haram tamo makan.. siapa perlu habiskan?? Jawapannya Akulah kannnnnn



Sebelum sampai rumah, aku order big prosperity burger chicken.. hehehheheh.. siap air oren lagi.. hidangan buat layan MLM malam nie.. wah!!!!!!! Hilang diet aku.. sesekali kan??? Tak salah pun..

Pemberitahuan:Semakin susah nak BW ke blog korang...


Ini entry auto post

Sebenarnya walau aku sibuk, mungkin aku akan luangkan sedikit masa berblogwalking ke blog kawan2.. blog yang aku masuk mungkin yang sama2 update entry atau yang ada tinggalkan jejak ke blog saya, bukan sombong tak nak jengah blog yang lain.. tapi korang faham-fahamlah situasi aku yang bukan 3-12 jam kerja menghadap pc…



Sekarang aku ada masalah nak berBW, masalah ini dah lama… tapi bila melibatkan banyak blog yang terlibat, aku patut syer entry pemberitahuan. Ada 2-5 blog yang aku tak dapat masuk… ianya kosong, seperti blog Diana senyum-senyum dan mamaNoriz




Harap2 tuan badan dapatlah baca entry ini… makin sedih sebab aku tak dapat baca entry sahabat yang best2 tu…

Korang memang kreatif, ada tegur 2 blog sahabat yang lain, kebetulan mereka ada FB aku, alhamdullilah.. blog mereka dah okey..

Jumaat yang sibuk, handphone tak bawa?


Hari ini agenda aku yang sangat padat, rutin dipagi jumaat pasti ke kubur, siap sahaja tahlil dan doa.. (moga arwah Hamis B Abu ditempatkan kedalam golongan orang2 yang beriman) al fatihah… aku terus bergegas ke klinik kesihatan

Suntikan typhoid aku dah mati.. 3 tahun berlalu rupanya.. kebetulan aku baru ambil seorang pekerja baru, terus aku ambil kesempatan menguruskan hal suntikan agar mendatang tak timbulkan apa2 masalah.. temujanji dengan pegawai kesihatan jam 8.00 pagi


Bacaan bp aku 129/73 manakala gula dalam darah adalah 5.4 syukur… aku sihat.. suntikan terus dijalankan, sakit sikit jer......... 

Hanya terpaksa tersangkut lama, gara-gara pekerja baru ku itu mempunyai masalah bacaan bp yang tak cantik 140/82.. Emmm…………………. Sabor jerlah kan, kena relaxkan dia pula... biar bacaan bp dia menurun

Teringat En Zalie, nak buat laporan gara -gara kelambatan aku, (maklumlah masa aku keluar aku tak siapkan sarapan) tapiiiiii..

Bila aku check beg, adehhhhhhhhhhhhhh telefon bimbit aku tertinggal lah pula.. nie mesti gara-gara aku nak elakkan anak dara aku ikut awal pagi tadi,kes nanya sungguhhh..

Gitulah kan…… bila dah usia kian meningkat, aku dah semakin tuaaaa………..


PS: petang nak ke hospital regency.. lepas tu nak cari barangan plastic buat citarasa rinduan, peralatan sudu garphu dan banyak hilang, rasanya aku jual makanan bukan jual sudu garphu.. hairannnnnn sungguh…. Siapa yang makan entah??

Thursday, December 29, 2011

Blog Citarasa Rinduan pemenang Anugerah EKSRAVAGANSA 2011


TERHARU sungguh aku dengan anugerah ini…

Terima kasih buat penganjur anugerah ini buat blogger Awie Omar, syukur.. ku hanya berblog untuk berkongsi kisah ceritaku, bagiku tiada yang menarik namun.. bila aku diberi anugerah ini… 100% hatiku berdetik… bahawa setiap pekerjaanku selama ini bukan sia-sia…


PS: terima kasih buat semua pengunjung yang sudi membaca coretanku, walau selalunya aku kurang BW kerana sentiasa mempunyai pekerjaan yang tetap di alam nyata..


Malam jumaat datang...... Pelakon tentang DHIA memang pandai-pandai



Masih lagi bercerita tentang DHIA.. hehehhehe, gurau.. jangan marah kawan2…

Episod akhir tentang DHIA, cinta DHIA dan ZIKIR sampai mati.


Biarlah orang nak kata apa tentang waktu siaran tentang DHIA,. Aku tamo hipokrit, sebab drama ini ada kelainan, awal dulu aku memang layan drama ini,tapi aku hentikan niat aku nak teruskan tonton sebab bila dah ada kaitan dengan bab bomoh2…

Bukan aku tak percaya, tapi orang melayu mudah tersentuh oooo bab bomoh2 nie. 
So.. stop!!!!
Aku nak syer ngan kalian tentang episod akhir drama yang buatkan ramai sahabat.. opsss bukan ramai, tapi semua sahabat dok keluarkan status di wall FB tentang drama ini…

Dhia kena kansel rahim tahap 3, lihatlah rawatan yang dhia buat, iaitu kimo yang mengakibatkan rambutnya gugur,



Melly yang asalnya aku betul2 tak suka, sebab dia sangat jahat menganggu kehidupan dhia dan tunangnya Azmi, menjadi sahabat yang sangat baik sewaktu zikri tak ada disisi dhia, dihadiahkan rambut palsu buat dhia sewaktu hari ulang tahun kelahiran dhia… 



Melly bersama dengan raffi, (jua lelaki yang sangat mencintai Dhia), berbincang tentang keadaan Dhia yang sakit kansel, aku tamo panjangkan tentang perbincangan mereka, Cuma nak syer, betapa berjayanya penerbit dan seluruh kru drama ini yang Berjaya mengambil screen yang cantik.. fotografie yang terdapat dalam drama ini memang TERBAIKKK, cun kannnnn..



Azmi dan Melly disatukan, waktu tu.. aku tahu azmi memang menyayangi Melly setulus hati. Dah tak ingat macamana mereka boleh bercerai, banyak episod aku terlepas.



Dhia, memilih bermadu, aku sedih okeyyyyy.. sangat sedih…
Masih jelas ditelingaku..

Abang, hanya abang yang Dhia sayang, sumpah demi Allah tiada lelaki lain dihati Dhia,
Hanya mati yang boleh pisahkan kita



Bila ku Salmi, nenek, zetty menegakkan benang yang basah apabila Zikri dah mengetahui punca dia dan dhia semakin jauh.. waktu itulah sahabat dhia berkumpul dirumah mereka, paling sakit hati bila Ku Salmi kata

Tengok, berapa ramai lelaki yang mencintai Dhia?

Jawab Raffi, betul,. Memang ramai yang mencintai dhia, tapi dhia hanya cinta anak makcik… jeng2….



Dialog, yang menambah senduku,

“Abang salah, abang lupakan dhia”
“Abang tak salah, tuhan menguji kita, kesabaran kita, cinta kita… malah membuatkan cinta Dhia semakin dalam kepada abang”

“Kenapa dhia suruh abang kawin lain?”
“Sebab Dhia sayangkan abang..” cinta tanpa restu umpama.... (kalau nak tau, aku dah emo dengan 1 kotak tisu)


Banyak yang abang buat, hingga melukakan hati Dhia,
Jawab Dhia, selagi abang cintakan Dhia, tiada sesiapa boleh lukakan hati Dhia,




Zikir berkawin dengan Ros, namun malam pertama dah kembali semula ke rumah bertemu Dhia, Ros mengamuk.. masa inilah tahap kansel Dhia semakin meningkat, hingga darah banyak keluar.. 



Dhia yang terlantar, zikir membacakan surah yassin kepada isterinya..
Dhia menyatakan kepada Zikir, bahawa dia tahu siapa yang sayangkan dHia, jawapanya, Tuhan
Malah, berpesan.. jangan cintakan Dhia lebih dari cintakan pada Allah…



Pengakhiran drama yang sangat sedih, aku tak pernah tengok ending yang sedih..
-Zikir dan Dhia sama2 mati diatas katil hospital, Zikir mati semasa tidur, diserang angin ahmar
-Raffi, ke luar Negara untuk melupakan semua peristiwa
-Melly, bahagia hingga akhir hayatnya bersama suaminya Azmi



Moral drama ini, cintailah Allah yang maha Esa, hanya dia yang sesuai dicintai…. BUKAN siapa-siapa

Jom, ramai2 kita layan semanis kurma malam ini…
BERCINTA SETAHUN, KAWIN SEHARI…




Aku layan tentang DHIA gara2 blogger hensem tu!!


Nie semua gara2 bujal yang agak emo dengan drama ini..

Bila dia tulis entry macam ini, malam tadi aku kembali layan drama TENTANG DHIA, eh.. buat bujal, malahan kawan2 lelaki yang suka layan drama ini.. jangan marah2.. jangan emo2.. malam ini episod last tau!!!




Jom, kita layan episode akhir selepas solat maghrib dengan mengunyah putu bambu dan putu piring.. hehehhehe..

PS: bujal, kak makan untuk kamu ya, sebab gigi kak dah baik.. eikkkkkk

Wednesday, December 28, 2011

Macamana nak tahu keywoods yang di search oleh pembaca di blog kita?


Menjawab pertanyaan blogger JemariSuri, tentang macamana kita nak tahu, apa yang disearch oleh pembaca di blog kita..


Kalau JemariSuri ada pasang nuffnang, boleh ke laman nuffnang, klik ke analytics..  pasti terpapar kata carian oleh pembaca



Atau, klik sahaja ke laman blogspot. Klik ke ruang stats, 


Di bahagian paling bawah ada keywoods, seperti gambar dibawah:


(sebenarnya enjin carian oleh pengguna kadangakala jika ada kaitan, memang akan terlajak ke blog kita, walaupun kita pernah komen di blog sahabat yang lain)


PS: tak berapa pandai juga, tapi membantu apa yang kudapat kongsi bersama



Yang ini pula siapa yang search?


Pernah diblog aku ada yang cari gambar bogel blogger popular, aku mampu tersenyum sahaja.. macam2 hal 

Yang ini pula siapa yang punya?


Jangan malukan kaum wanita, destinasi betul2 berhadapan kedaiku, dok comel terselit kat helaian rumputan..

Aduh!!! Malunya…. Buat renungan sahabat wanita diluar, berhati2lah dengan hak peribadi anda.. kerana wanita itu semulajadi, ayu, dan cantik.. kejadian dariNya, semuanya serba serbi indah… tolonglah berwaspada…

Kepada sahabat lelaki diluar, ingatkanlah kepada adik perempuan, kakak dan anak2 kamu.. 


Cepat mengaku siapa punya??




Tuannya dah ambil, tak silap aku 2 hari gak kes selesai.. bangsa India yang punya.. dia bagi aku upah RM 15.00 aku tamo.. bukan tolak rezeki,bagi aku jika barang2 yang tertinggal dah jadi tanggungjawab aku untuk menyimpannya.. kasihan 


Kunci kereta dan kunci lori.. seminggu gak baru tuan punya datang ambil. Hairan benor aku, awat tak perasan kenderaan depa tak ada kunci?? Depa pi hidupkan kenderaan guna kunci mainan agaknya.. pitammmmmm


Yang nie pula, hari nie punya cerita.. aku dok nantikan tuan badan, kalau korang rasa dompet korang yang punya, mai ambil cepat…

Aku tamo hantar balai polis, sebab pernah bantu, last2 aku sendiri yang susah, kena turun naik mahkamah, kena pi sana sini.. menyusahkan!


PS: hairannya aku, macamana depa boleh sentiasa sering terlupa? Dah baca blog papa mifz?? Kat kedai dia (cermin mata), selain ada kes tertinggal minyak masak, ada gak kehilangan anak.. eikkkkkkk


Tuesday, December 27, 2011

Bila dah baik......... Tak kira aku nak cari gak !!


Bila gigi dah baik.. mula lah tangan dok gatai.. tekak pun dok gatai sama

Hahahhah..

Nak makan aiskrim




Capai aiskrim terbaru. Magnum perisa coklat. Lepas tu rasa seriau.. last tak jadi, masuk semua dalam freezer.



Teringin nak makan kacang tumbuk.. hahahhahaha.. tertelan air liur aku bila pandai susunan kacang tumbuk yang beraneka rupa.... sekali lagi, tak berani gak….



Nak capai gula2 pun tak jadi. Bukan tak berani, tapi takut gigi sebelah terjangkit sama, mana tau.. habis ulat2 dok makan kesemua gigi aku, karang jadi nenek2 pulak... hahahhaha