CITARASA RINDUAN

Tuesday, January 31, 2012

Menahan Sakit dari semalam



Bila diuji olehNya, maka hilang nikmat sedikit demi sedikit, sakit pinggang belakangku semakin ketara, berdenyut2 semalaman, minta En Zalie urutkan..lena juga hingga ke subuh, solat agak ganjil sedikit bila rukuq dan sujud aku menahan kesakitan..

Mulanya aku dah rasa berat hati nak berniaga.. namum memikirkan pekerjaku mencari rezeki dari Negara berdekatan..semestinya makan gaji mesti mengharapkan belas kasihan majikan.

Syukur, ku cari altenatif lain.. sambil memasak, aku menahan sakit.. sudah telan pil panadol extent, masih merasa pinggang bagai dicucuk2… memasak tempohku lakukan agak lama.. berkerut2 mukaku menahan sakit.. jam 10 siap juga makanan buat jualan…

Terus mendapatkan khidmat urut dari Nenek Eton, alhamdullilah.. walau sakit, bila diurut.. akhirnya dengan perantaraan dan izinNya, kembali ku berjalan sediakala tanpa berbongkok2 menahan kesakitan


 Rezeki petang semalam, dari sahabat yang pulang kekampungnya Kelantan masa CNY. Terima kasih sue
Dan.. rezeki dari nenek Aisyah yang kerap membeli lauk pauk dan akulah tukang supir yang sentiasa berkhidmat dengan ikhlas kerana beliau tiada anak menantu atau teman untuk memasak dirumah..
Syukur…..

PS: masih belum berkesempatan untuk berjalan2 ke blog sahabat yang lain, jam 2 petang aku akan menemankan suamiku ke regency Hospital.. rawatan biasa beliau, kerap aku temankan agar dia sentiasa mendapat sokongan 100% dari isteri tersayang

Monday, January 30, 2012

30 january hari ulang tahun perkahwinan blogger mana? dan hari Kelahiran klon pemilik Citarasa Rinduan.


Happy anniversary buat blogger Alam sari, iaitu Puan Yusa Sari dan Tuan Rizal Md Noor. Yang ke 12 tahun pada tarikh bersejarah iaitu 30 January 2012, tempoh yang lama menempuhi badai dalam rumahtangga yang terbina

Hanya yang terbaik ku doakan buat beliau, moga kekal hingga akhir hayat..amin
(blogger yusa sari didalam gambar paling kanan sekali, diikuti blogger Mak Et, blogger yatie sinar kehidupanku dan blogger Citarasa Rinduan, itulah detik teristimewa kami semasa berkunjung ke rumah CMG, entrynya klik SINI)


Nak gak tepek gambar perkahwinan Kak Yus bersama suaminya 12 tahun nan lalu, kredit buat blog kak Yus, cute dan sepadannya beliau dan Encik Suami di pelamin… apasal dulu dia tak jemput aku>> hahahah.. pitammmmmmmmmm

***************

dannnnnn Selamat hari kelahiran yang ke 13 tahun buat anak saudaraku Ain Fazlin Bin Halim (anak saudaraku yang ke 2) pada hari ini 30 January 2012..

Ku doakan buat anakku itu semoga apa yang diimpikan dapat dicapai dengan lebih baik dari terdahulu, semoga diberikan kesejahteraan yang baik2 dariNya..
Mak ngah, sentiasa mendoakan anak2 mak ngah Berjaya dari sudut akedemik, rohani dan jasmani..Amin


(bila ku perhatikan wajah anakku itu , iras2 wajahku semasa aku berusia 13 tahun…kecil dan kurus, warna kulitnya sepertiku hitam manis, matanya..) Ya, dia klonku… terima kasih yaTuhan kerana menganugerahkan wajahku kepada anak saudaraku itu)

Pemberitahuan: Gubar Bloglist (entry melekat hingga 30.1.2012)


Sila ambil perhatian, memandangkan aku dah semakin kurang berblog mahupun berBW, nampaknya aku kena adjust ruang bloglist ….

Oleh itu, buat kalian semua.. jika berminat blog anda disenaraikan dalam bloglist Citarasa Rinduan, sila tinggalkan URL anda, entry ini akan melekat hingga 30 january 2012


PS: semakin ramai blogger kreatif berblog.. banyak pilihan yang perlu ku buat memandangkan jadualku sentiasa padat

Sunday, January 29, 2012

Terima kasih blogger Azrin Rahim (cucuayie) kerana sudi bertandang ke Citarasa Rinduan


Pertemuan pertama kali yang membawa 100%perubahan persahabatan yang terjalin alam maya
Itulah pertemuan special antara aku dengan blogger azrin Rahim, turut bersamanya kakak sepupunya yang sangat sempoi dan spoting sekali…

Sebenarnya, cucuayie dah banyak kali ingin bertandang ke CR, dan mungkin rezeki kami pada 29 January 2012.. terdetik sejarah buat kami berdua.... kalau korang nak tahu, blogger Azrin adalah insan yang banyak berjasa mengubah 100% wajah blog CR.. sehingga blog yang kaku menjadi indah dengan warna kegemaranku Pink Colour..



Terima kasih daun keladi buat CucuAyie kerana sudi singgah ke Citarasa Rinduan, maafkan jika ada terkurang layanan..
Sesungguhnya kak Ayu sangat terharu dengan kehadiran kamu dan sepupumu..
Ku masakkan mee bandung, nasi goreng kampung, tomyam campur dan sotong goreng tepung untuk santapan mereka berdua..

Sebenarnya banyak yang terlintas dikepalaku untuk memasak itu ini.. tapi, memandangkan takut kalau diorang tak boleh balik semula ke pontian.. sebab terlebih kenyang, ku batalkan hasratku, walahemah… aku dah siapkan tempat beradu untuk mereka andai hendak bermalam..hehehhe

Perbualan kami banyak berkisah pada keadaan ekonomi,piliharaya, keputusan AJL,perdagangan antarabangsa dan lain-lain.. hahahhahah.. tipu!!! Tang perbualan tu rahsia ya, yang pasti pertemuan dari jam 2 petang berjalan tanpa kami sedar hingga jam 5 petang…kikikikik

Istimewanya daerah Ayer Hitam selain menjual barangan cenderhati, Putu Bambu Special Juriah paling popular


Masih bercerita tentang kisah semalam

Perjalanan kami arah pulang ke kulaijaya, melalui jalan lama.. dari pekan Ca`ah, terus ke pusat cendermata, barangan perkahwinan turut dijual dengan harga yang murah. Tempat ini semestinya yang paling popular masyarakat kalau ke johor.. Ayer Hitam… 





Pasti korang selalu singgah ke sini, pelbagai barangan dijual dari buahan,makanan kering seperti keropok, dodol,kerepek dan barangan seramik seperti pasu dan pelbagai barangan seni masyarakat melayu turut dijual didaerah ini..



1 tempat yang paling popular bagi peminat putu bambu, korang wajib singgah ke balai polis ayer hitam yang lama.. lokasi keluarga Juriah mencari rezeki..Putu Bambu Special Juriah Ayer Hitam nama kedainya



Ramai pelanggan singgah kesitu.. sekotak putu bamboo hanya Rm 2.50 dengan 6 biji kuih tersebut didalamnya.


Rasanya sangat lazat, enak.. aku kagum dengan semangat perniaga tersebut kerana dengan menjual ditepi jalan mereka boleh menggajikan pekerja lebih dari 10 orang.. tahniah, baju pun sedondon bewarna oren..



Buah cempedak yang kami sekeluarga teringin sangat nak makan.. puas mencari, kali terakhir pada hari rabu lepas, harga sebiji jatuh Rm 46.. peeh! Ikutkan suamiku pasti dibelinya, mujur aku menghalang..

Dan.. rezeki kami, aku dapat harga yang sangat lumayan dan berbaloi bila isinya yang banyak dengan nilai RM20..

Saturday, January 28, 2012

Cerita majlis persandingan Wani dan Faiz


Alhamdullilah, perjalanan kami ke Dewan Serbaguna Caah,Daerah Labis  Segamat berjalan dengan lancar..

Tiba ke dewan dalam jam 11.20 pagi, agak awal atau tidak, sekurangnya kami tak perlu meredah jem atau dapatlah aku kenal sepupu MIL dan sedara maranya secara aman.. hehehe time tu pengantin belum tiba kan…




Bila sampai awal, semestinya tetamu kurang dan semestinya aku dapat cuci mata dalam dewan ini.. makanan memang super sedap… aku makan nasi minyak akhirnya.. sedapp..


Pelamin masih kosong?... super cantik bukan?? Sangat berseri dengan tema warna pink



Bila pelamin kosong, Jangan pening.. aku dan umai boleh posing sendiri tanpa gangguan.. hahahhahaha



Aksi umai semakin liar jadinya.. aku mau ciummmmm di jelirnya lidah!!.. anak kamu bikin ibu sakit perut.. kredit to my En Zalie…


Nak memperkenalkan ayam goreng segamat yang sangat rangup. Enak dan lazat, kalah ayam goreng popular.. heheheh.. KLFC.. mungkin hanya ada di segamat sahaja.. (untuk makluman korang aku tapau dalam 6 ketul.. heheheh) 

 Untuk tempahan catering atau tempahan buat majlis keraian korang boleh call no 012-7618452..



Inilah tuan rumah (ayah pengantin) namanya  Alias Bin Alime (orang tiak nama glemornya Alias Risda, berbaju puple)



Manakala ini pula isteri Alias a.k.a sepupu mak mertuaku iaitu Hawa Binti Ya`acob (paling kanan berbaju puple dalam gambar), sibuk beliau melayan tetamu yang hadir. Bila cik Hawa tanya siapa aku? Aku jawab menantu Ros isteri arwah Hamis.. hehehhee.. guna nama tu mudah betul orang nak kenal aku… maklumlah suamiku anak tunggal


Mak mertuaku Puan Rosliah Bakar yang seronok berbual dengan sepupunya, lama tak bersua, sepupunya ada yang ibubapanya tinggal di tanah arab.. bila perhatikan wajah mereka.. aduhai.. lawa2 lah.. 

Perhatikan majlis mereka banyak kebetulan ( MIL pakai baju tema ala2 menepati kehendak pengantin puple colour, aku pun ala2 gak, pink colour.. hehehe)



Dan agaknya rezekiku, dapat juga tunggu pengantin sampai, kereta antic yang tersadai di kawasan dewan semasa ketibaan aku, malah ku dah agak dari awal2 lagi inilah kereta yang bakal membawa pengantin kesingahsana..

Betul!! Tekaan aku benar… hehehhe jeng-jeng jom kita lihat raja sehari yang sedondon berbaju pink



Yehahhhhh!! Lihatlah kepadanan mempelai.. sama cantik sama kacak.. aku suka!!



Gurau-gurau sewaktu hendak masuk ke dalam dewan.. indahnya panaroma yang ku tonton melalui kamera cikaiku..

Moga bahagia buat mempelai  (Nursyazwani Binti Alias dan Mohamad Faiz Bin zainal) Wani dan Faiz.. Ku doakan rumahtangga yang dibina kekal ke akhir hayat dengan diserikan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah




Kumpulan kompang yang sangat kreatif, tak silap aku kumpulan kompang ini dari sekolah keb Melayu Raya, gurunya adalah pengasas kumpulan ini..

Aku cuba google dalam internet, ini you tube persembahan yang sangat menarik

Tak cukup rencah?? Ala.. masak je.


Entry post

Orang kata, kalau nak memasak pastikan rempah,bumbu, rencah cukup sempurna..
Tapi, bagi aku.. apa pun nak dimasak, lagilah melibatkan makanan yang tersedia ada… molek kita masak ikut suka suki kita..

Bila en Zalie minta aku masakkan sarapan paginya.. aku yang biasanya hanya minum susu omega 3 dan jam 10 pagi aku akan makan oat, bila tersayang minta buatkan… buat sahajalah dengan senang hati.. walau di dapurku tiada bumbu yang lengkap.

Ada beras, ada petai kiriman ibubapa tempohari, ada ulaman dan bawang dah cukup lengkap ku buatkan nasi goreng petai buat suami tersayang.. kebetulan pula suamiku tak boleh makan ikan bilis, udang kering.. jadi, sangat mudah hidangan pagi tadi..

Tara… nasi goreng buat hidangan 2 orang makan..


PS: korang ke mana hari ini??


CITARASA RINDUAN tidak beroperasi


Selamat berhujung minggu sahabatku…

Hari sabtu nan indah.. moga yang baik2 buat kita. Destinasi kami sekeluarga pada hari ini adalah ke Segamat, majlis perkahwinan sepupu mak mertuaku…

Selain itu, ada 1 lagi majlis perkahwinan di kampung berdekatan…

Bagiku, berniaga-niaga jugak… tapi, bila melibatkan ada undangan dari saudara mara terdekat.. molekku lebih utamakan persaudaraan yang sedia terjalin, walaupun tidak pernah bersua muka dengan…






PS: terima kasih buat sahabat dan kenalan FB yang membantu menjelaskan perjalanan kami hari ini, sekurangnya dapatlah kami merancang perjalanan dengan lancar.. Insyallah.. doakan perjalanan kami berjalan selamat pergi dan kembali ya..

Friday, January 27, 2012

Asal Jumaat kami tak boleh duduk berehat, ada jer aktiviti nak dilakukan


Cuaca hari jumaat yang agak panas.. kami sekeluarga dari f sungai sayong-kota tinggi-pasir gudang-tesco pelentong-TJ mart saleng dan akhirnya kembali semula ke (f) sungai sayong..


Perjalanan yang agak jauh.. demi kesejahteraan tersayang kami turutkan..

Di kota tinggi singgah beli buah berangan dan popcorn.. hehehehe, kami makan dalam perjalanan sementara nak habiskan waktu perjalanan, 3 bungkus popcorn habis ko...... 

Hospital Regency pasir Gudang., rumah ke 2 kami.. rawatan suami tersayang..


Tesco plentong? Mencari makanan tengahari sementara nak tunggu En Zalie solat Jumaat.. bertemu dengan cik Mijah yang berkerja disitu..., Umai lah orang yang paling happy sebab dapat main playground kat situ.. MIL, En Zalie, aku dan cik Mijah order makanan yang sama Clay Pot


TJ mart Saleng,Singgah beli barangan basah untuk Citarasa Rinduan.. bila aku kemas barang., rupa-rupanya aku dapat sekotak limau dan 2 tin biskut.. (Amoi sayur nie balas agaknya time raya hari itu aku beri dia 1 biji kek Asam manis untuknya) rezeki…. Angpau Rm 20.00. heheheh



Sampai rumah terus betulkan basikal hadapan aku yang pancit.. semalam aku tolak sejauh 1km.. hahaha
Sekarang rasa penat, tapi belah petang jam 5 nanti, nak tunggang basikal beramai2.. geng aku tau.. geng budak2 sekolah (darjah 2 dan 4).. karang depa dah naik sekolah aku tak ada kawanlah jawapnya… wawawawawa


PS: esok citarasa Rinduan tidak beroperasi, ada majlis kawin di Segamat, dan berkemungkinan aku akan singgah ke Batu Pahat, siapa nak bersua?? Angkat tangannnnn…. heheheh

Thursday, January 26, 2012

Bunyi dengkuran di langit jam 2 pagi ( lokasi di kota Samarahan )




Video yang berkaitan dengan kejadian jam 2 pagi di Samarahan..langit yang seakan mengeluarkan bunyi dengkuran..
Ada yang kata itu bunyi naga, ada yang kata itu bunyi dajal.. kebenarannya hanya DIA sahaja yang tahu..
Dan kita sebagai umatnya, tahu yang mana baik dan buruknya. Sama2 lah ingat mengingati… 

Bila ubat kurang berkesan, guna cara ini jer


Bila salsema umai tamo kering gak, dengan suaranya dah bertukar garau macam penyanyi rock.. aku guna cara ini jerlah.. usaha jerlah..Perantaraan denganNya, mana tahu berhasil kan??



Berurut 1 badan dengan Nenek Eton, mak kepada mak saudaraku… jua, tempat aku berurut bila badan2 sakit, demam urut atau sakit yang seangkatan dengannya

PS: korang rajin berurut tak? setahun berapa kali? Aku berurut 3 bulan sekali, tapi tak pernah urut bahagian peranakkan, rasa geli… jadi area tu selalu terkecuali.. hehheheh


Korang tahu tak?


Hari khamis yang penuh tanda tanya.. pagi tadi, En Zalie menonton berita tv 3. Berita terkini tentang bunyi dentuman dilangit? Aku sibuk memasak sarapan pagi.. tak dengar, jadi.. aku tak tahu menahu tentang berita tersebut

Tapi, berita jam 1.30 tv 3. Aku dapat tonton sekejap, itu pun gara2 layan anak daraku makan tengahari.. berita tentang bumbung gelanggang stadium runtuh… subhanallah.. ngerinya masa aku tonton tadi,.

Korang ada info tentang kedua-dua berita tersebut ker? Moga2 tiadalah berlaku kemalangan nyawa... Wallahualam..

Wednesday, January 25, 2012

Restoran ZZ Mee Rebus Tulang sangat onsemmmmm


Bijakkkkkk…
Korang memang terro.. aku dapat makan kat Restoran ZZ  sup tulang yang paling nyami ku makan…

Dah lama mengidam.. dah bertahun dah.. sebab aku agak kurang pasti lokasi sebenar restoran tu… dan biasalah. Masaku terbatas…


Akhirnya google punya kebaikkan dapatlah aku terjah juga hari ini.. (dan tak silap aku, aku makin jatuh cinta kat mee rebus ini masa daddy Ziyyad punya entry lah.. tapi aku dah lupa entry doctor tu …)



Paling special korang boleh makan bersila ala2 dok kat rumah/kampung.. aku tak dapat join sebab keterbatasan suamiku makan dengan selesa tanpa bantuan kerusi



Sarapan mee rebus pepagi.. hehehhe.. ada sup tulang atasnya, berpinar mata dan kepala aku, maklumlah.. orang mabuk daging lembu nak merasa gak……. Akibatnya satu hari aku rasa pening lalat, makan ubat panadol dah 2 kali hehehehhe (eh.. gambar pakai kamera biasa2 nie nampak cun gak..)


Lokasi kedai makan ini sangat senang.. korang kalau jumpa HSA (hospital Sultanah Aminah), dah dekat sangatlah tu…

Nama Gerai : Restoran ZZ Sup Tulang
Lokasi : Jalan Petrie (JKR Daerah), (bersebelahan jalan mohamadiah, jalan Mariamah sehala dengan perkuburan islam/Makam diraja, korang terus ikut jalan Mariamah melalui terowong, kedai tu belah kanan, sekeliling kedai tu ala2 hutan.. unik kan??)
Waktu Perniagaan :07:00AM – 11.00PM

Kredit to blog JBFOODCLUB..

Tempahan
Contact: ZZ Sup Tulang JKR Daerah, Jln Petrie, JB 012- 722 7209 (AMY) 013- 749 2671 (AMIN) ZZ Sup Tulang Tmn. Setia Tropika 019- 771 6650 (RITA) 016- 732 0980 (ZARIDAH) ZZ Sup Tulang Damansara Aliff 012- 750 5018 (ZAINI) 017- 766 4834 (MAZNAH

Awal pagi kami kesini


(gambar semuanya agak malap sebab gambar ditangkap pada jam 8 pagi)

Baru balik dari hospital sultanah Aminah, Johor baharu…

Temujanji yang agak kelakar, sebab staff kat situ salah faham… masa aku buat temujanji pada 9 hb, sepatutnya tarikh asal 18 january, ditukar ke 25 january sebab 18 hb suami aku ada temuduga di pejabat tanah....

Masa temujanji dibuat.. aku dah beritahu suami aku check sleep study.. tapi tulah kan, tak ada siapa pun yang salah pun..bukan silap aku, atau staff kat situ. SEBENARNYA masa temujanji dibuat staff kat situ suruh datang pada jam 8.30 pagi, walhanya jam 2 petang adalah masa temujanji yang sebenar.. aku pun semalam tak telefon semula untuk sahkan masa sebenar temujanji… (sebab cuti CNY)

Disebabkan temujanji tu belah petang, kami minta tukar ke 22 febuary 2012, penat tunggu kan dari jam 8 pagi, doctor belah pagi memang tak boleh nak bantu sebab doctor pakar yang dikhaskan hanya datang belah petang jer..



Tak apa, disebabkan temujanji cancel, dapat lah aku bawa umai pusing kawasan hospital, tangkap gambar dengan ikan ditaman. Hehhehe (umai tak sekolah, sebab salsemanya masih belum kering sangat, cikgu kat situ tu tamo aku hantar umai kesekolah, takut kanak2 lain terjangkit)





Dan rezekiku, restoran yang dah lama ku idamkan tapi belum ada kesampaian dapat ku terjah..  entry kedai makan tu.. aku sambung belah petang ya.. tunggu.. hah!! Kalau korang cerdik pandai, cuba teka restoran mana aku bersarapan?? aku tengah pening kepala yang amat lepas makan kat situ....hehehhe, ayat pun macam kepala aku jugak,. 

Happy birthday Blogger GB


Happy birthday buat blogger Gadis Bunga, blogger yang masih single, manis, cute dan yang paling menawan lesung batu ,  pipit dipipinya (ehemmmmm.. ada sesiapa masih solo?? Mai sini isi borang.. heheheheh, aku boleh adjustkan…)

Ampun GB… gurauuuuu..

Hari kelahirannya pada 25 january 2012…. k.Ayu mendoakan kesejahteraan kamu sentiasa baik2.. dan sentiasa berbahagia dunia dan akhirat.. semoga kamu sentiasa wangi bak bunga di taman dan dimana2 bunga2 yang ada diseluruh pelusuk negara


Nak bagi hadiah kat GB, jauh sangat, angpau pun dah habis 2 hari lepas.. heheheh so, tayang kucing peliharaan mak saudaraku pada beliau jerlah… buat kenangan… nak bagi, orang punya.. hehehhehe

Tuesday, January 24, 2012

Serina selamat lahirkan bayi perempuan pada CNY

Tahniah buat keluarga dato Chef wan..

Cucu kedua dato telah selamat dilahirkan pada 23 hb January 2012 (hari raya cina?peehH.. pasti banyak angpau HEHEHE..)

Sebenarnya aku tak tau pun yang serina mengandung lagi.. dapat tau dari blog kak Miss Mirror masa aku BW petang tadi..

Google dalam mstar.. ini kisah Serina bersalin pada hari isnin (semalam)..

PETALING JAYA: Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella kira-kira pukul tiga petang pada Isnin.
Menurut bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam satu entri menerusi Facebook miliknya memberitahu cucu keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram.
"Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya.
"Walaupun sedikit kecewa tidak dapat bersama mereka tetapi ibu dan anak diberitahu dalam keadaan sihat," ujarnya.
Chef Wan yang kini sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja sempat meninggalkan status dia teruja untuk membeli belah pakaian dan barang keperluan lain untuk cucu keduanya itu.
Terdahulu, Serina telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Tristan, setahun lima bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.