CITARASA RINDUAN

Friday, March 30, 2012

Dosa sesama makhluk....


Update blog sambil telingaku mendengar khutbah solat jumaat dari masjid berdekatan… tentang dosa besar…. Ku ambil sedikit kata2 dari khutbah itu..

Barangsiapa pernah mengambil walau sedikit harta,tanah atau apa2 hak milik orang, pulangkanlah.. sesungguhnya dosa sesama makhluk hanya boleh diampunkan dengan cara bersemuka…
Malahan dosa terhadap Allah, boleh dilakukan dengan cara bertaubat..
(sampaikan-sampaikalah walau satu ayat)

Menu tengahari, masih panas.. belum diusik kerana menunggu suami tersayang balik rumah…



Tulang ayam, tanpa isi ayam (mak saudara penjual sate, sering sedekahkan tulang2 ayam ke CR) ku masak sop, campak carrots dan juga kentang.. masak ala2 kampung tanpa apa2 perasa…


Penyedapnya.. ku potong ulaman… rasanya sesuai buat sahabat yang sedang berpantang dan sahabat yang mahu kearah sihat..

Mangkuk kecil, ikan masin tenggiri basah.. dah bertahun tak jumpa.. tadi ke pasar aku beli…


PS: kerja tengahari tadi, lepas update blog tentang aktiviti cuti.. aku terus ambil daun pisang.. menu kenduri esok.. Nasi Ambeng..(satu dulang 4 orang)

Apa aktiviti aku hari ini? Ben Ashaari masuk you tube??


Walau hari ini CR bercuti.. aku tak cuti sama.. banyak kerja nak dilakukan memandangkan esok majlis kenduri doa selamat 1 tahun arwah FIL (Hamis B Abu) kerahmatullah.. Al fatihah

Bangun awal, lepas hanta Umai ke sekolahnya, buat kerja pembersihan..Lantai sudah moop….  kapet boleh pasang….


Mop lantai beranda luar pula.. suka boh sabun banyak2.. lepas tu aku luncur ala2 atas snow.. hahhahaha
Tara… dah siap dibasuh.. kasut yang banyak berjasa.. harga hanya RM9.90..

Pembantu tak diperlukan sebab aku suka buat kerja sorang2.. kak Ina yang selalu temankan MIL datang lewat dalam 9.00 pagi, jadi tenaganya tak diperlukan.. hanya mop dan lidi penyapu dah mencukupi membantuku dalam hal ini.. peluh?? bolehlah bakar lemak semalam di SR


Alang-alang dah bersihkan .. aku sambung ke lantai beranda motor, agak2 berapa lah lemak dibadanku yang terbakar ya?? kalau setakat 200gram.. jawapanya kena sambung kerumah korang pulak.. hahahhaha.. pitammm

Masuk dalam rumah, MIL dah siap menjala………. wahhhhhhhh, sarapan pagi yang sangat nyami.



Aku panaskan ayam kari dan rendang daging.. semalam petang masak lauk untuk adik ipar…  sesuaikan dengan roti jala tu, buat aku lapar..… jemput makan semua…


PS: korang dah tengok you tube ben ashaari?? bestnya dia bersama sahabat blogger yang lain dalam cabaran TOSHIBA Intel Ultrabook Jom layan klik sini..




Thursday, March 29, 2012

Eh!!! ke SR lagi?? Kali nie memang membazir...

Ke Secret Recipe lagi malam ini. Dah bertimbun lemak di badanku.. harus aku jogging sejauh 30km.. baru boleh lupus.. hehehhe
Kebetulan adik ipar balik… aku tawarkan ke SR, sesekali layan makan2 di luar.. dah penat memasak di CR.. aku belanjer dia ke SR (kredit to my en zalie sebab tolong bayarkan.. heheheh)
Dapat layan cake Cocolate banana… wahhhhhhhh harga RM 6.50 sekeping.. boleh kongsi2.. memang sedap..
Umai dan makciknya Cik Mijah.. sengih memanjang si kenit bila makciknya balik… lepas solat asar, dia mandi awal.. sarung baju cantik2… tak sabar nak ke SR, dia kata makan kentang ABC.. hahahhaha.. anakku yang bijak..
Mak mertuaku.. kali ini mak pilih menu Chiken Parmigiana… air jus tembikai..  (MIL susah nak bergambar dengan wajah yang manis, tapi serius nak kata.. beliau suka senyum kalau berbual.. I love my MIL)


Ewahhhhhh. Nak tayang juga menu yang ku ambil, nasi satay,. Air Orange Apricot Slushie (masam dan sangat sedap) 3 cucuk satay aku bagi kongsi kat en Zalie, MIL dan aku.. sedap.. tapi nasi tu 2 sudu masuk mulut.. terus aku tamo.. bukan tak sedap, tapi aku tak ada selera.. membazir lah aku nie… berdosanya..



Spring roll Seafood nie sangat sedap, ada udang didalamnya.. tapikan.. bila perut dah tak boleh masuk apa2 makanan.. jawapannya.. tak boleh habis.. rasanya kena ke situ dalam jam 1 tengahari kot.. baru boleh habiskan dengan jayanya.. hehehe

PS:Harga keseluruhan adalah RM 141.20.. setuju!! Memang mahal.. tapi sesekali bolehlah.. 3-4 kali jangan masuk lagi.. hehehhehe.. 

Banyak Harta tak guna sebaiknya tak kemana..


Harta yang dikumpul walau sedikit….


Kalau pandai guna,pandai uruskan sebaiknya.. insyallah.. akan bertambah dari hari kehari…


PS: moralnya..buat diri sendiri dan sahabat ku..banyak manapun harta kamu, kalau tidak digunakan sebaiknya.. pasti habis begitu sahaja…

(gambar tiada kena mengena dengan entry, aku baru kumpul wang syiling baru.. sikit kan?)


Wednesday, March 28, 2012

Alhamdullilah, berjaya akhirnya.. silalah percaya sahabat




Tadi kan, lepas solat.. aku kluarkan status FB tentang kegusaran dan keberanianku untuk membesihkan aircon dibilik MIL, yalahkan.. kalau nak tunggu tukang servies berkurun lama,.. tempat kampung aku yang pendalaman nie memang payahlah depa nak datang cepat..
So, tindakan dibuat.. aku cuba sedaya upayaku….




Akhirnya, tangga dah ku panjat….




Ku bersihkan debu2 yang ada. Tiru macam tukang servies aircon buat.. basuh kedua2 benda alah itam tu.. nama aku lupa.. huhuhuhu, jirus guna air paip yang paling kuat.....

Hasilnya.. bersih…………… dah boleh guna daaaa… malam nie sila pakai stoking tebal2 ya MIL…
PS: alang2 dah bersihkan aircon bilik MIL, aku terus bersihkan aircon bilikku sendiri… mula tu memang gayat tang tangga, lama2.. rasa selesa... 


Tuesday, March 27, 2012

1 Tahun berlalu?


Baru balik dari belanja bahan2 untuk kenduri doa selamat…




Pejam celik, pejam celik sudah setahun pemergian allahyarham Hamis B Abu (ayah mertuaku)… hingga saat ini, tak pernah hilang ingatanku padanya, mungkin aku satunya menantu… sebab itu aku paling rapat dengan arwah berbanding suamiku…

PS: 31 march 2012 kenduri akan dibuat, pada jam 2 setengah petang… al fatihah atas allahyarham Hamis b Abu.

!!selingan.. esok ke HSI, temankan en zalie bertemu dengan doctor pakar Medical.. result darahnya 2 minggu lepas, moga yang baik2 buat suamiku..amin!!


Sambal Sardine

Nak tayang jugak!!

Sambal sardine…


Lawan lempeng kosong….
Tadi, layan tomyam sardine CMG. Korang klik sini untuk lauk CMG hari ini punya....Aku terliur sama, mujur dah makan… maklumlah, kalau dengan family En Zalie, menu ini tak boleh masuk rumah.. hehehheh


PS: sarapan sabtu lepas semasa dikampung tercinta… suka masak bila ada tukang makan.. hehehe

Blogger ini ada bakat besar!!

WAP panas menerpa ke muka sebaik sahaja tudung pengukus berbalut tuala putih itu disingkap. Berpeluh sekejap muka Indrawati. Dia menepis-nepis wap tersebut dengan tapak tangannya yang mulus. Wajahnya berseri memandang permukaan kuih yang licin. Hijau itu damai, hijau itu seperti taman yang menerbitkan bau wangi setiap kali musim bunga. Tidak sia-sia dia menyelongkar ke dapur-dapur maya. Rasa berbaloi ketekunannya mengadap komputer setiap kali selesai menyiapkan tugasan pensyarah. Betullah kata orang tua, orang perempuan kalau belajar setinggi manapun, duduknya pasti di celah dapur. Sekeras manapun hati seorang perempuan, minatnya pasti tumpah juga ke dunia masakan sekurang-kurangnya untuk memenangi selera sendiri.

“Cepat.. cepat.. aku tak tahan dah ni!” Indrawati terkejut. Dia berlari ke ruang tamu.
“Astaghfirullahal’azim, korang ni cubalah belajar bagi salam sikit...” leternya. Indrawati menahan gelak melihat gelagat Rahayu yang terkocoh-kocoh masuk ke dapur hampir sahaja melanggar dirinya. Ah, biasalah Rahayu, suka benar menahan kalau nak buang air tu, alasannya tandas di kolej kotor, geli, busuk, macam-macam lagi alasannya. Sanggup menahan sehingga sampai ke rumah, dibuatnya terkucil di tengah jalan alamat tak jadilah Razali masuk meminang, baru tau, bisik hati Indrawati.

“Eh, kau masak apa ni, Mak ET? Macam sedap jer... Amboiiii... kau sejak kenal Pak Mat Gebu tu, bukan main lagi kau ya. Kau cuba buat kuih apa pulak hari ni?” Pertanyaan atau omelan, Indrawati kurang pasti tapi antara mereka bertiga, Ismaliana yang mereka panggil Lia tentunya yang paling kecoh. Kalau Ismaliana pulang ke Kota Tinggi, alamat semuanya mati kutu sebab Ismaliana sentiasa ada idea menyemarakkan suasana rumah yang mereka sewa sejak setahun lalu............

**********
Bebakat dan kreatifnya blogger ini…. Bagi peminat novelis atau suka dengan dunia penulisan jom kita baca sambunganya.. klik sini untuk part 1, klik sini untuk part 2

PS: bila namaku diabadikan didalam penulisan itu ditambah kekasihku Razali, bersama2 sahabat blogger yang lain seperti mak et, sis lin, kak lieya, oh oyea, ..malahan sifu2 masak2 seperti kak ummi, blogger adnan ianya membuatkan hatiku berbunga riang, indahnya persahabatan.. terima kasih buat blogger BERBAKAT ini

Sunday, March 25, 2012

CR menghilang? tiba-tiba pula tu....


Assalamualaikum sahabat,
Maafkan daku teman.. menghilang 3 hari tanpa berita… hilangku kerana merindui anak2 saudara kesayangku yang pulang ke kampung…. Mungkin kerana perancangan saat akhir, aku lupa untuk mengirimkan berita buat teman2 mayaku..

Terima kasih buat blogger kak lieya dan blogger sari yusa yang sentiasa mengingati diri ini.. kiriman sms kalian ku terima dengan hati yang sangat terharu, bangganya dengan persahabatan yang terjalin.. Ingatkan tiada yang rindu diri ini.. heheheh, perasannya saya



Wajah anak-anak yang buat diri Mak Ngah sentiasa tawa walau terselit duka..

PS: 25 march, hari istimewa buat blogger yang paling hot dan seksi..iaitu blogger Gedek.. moga Allah merahmati uncle, jua buat sahabatku As, selamat hari lahir…


Ku kirimkan bunga dari halaman kampungku di Tenggaroh, Mersing… sebagai tanda hari ulangtahun kelahiran mereka berdua

Selingan—balik dari kampung.. terus ku online, belum ada masa BW lagi, paling kurisau bergelar blogger bila tidak sempat BW ke blog sahabat yang lain.. maafkan aku…



Thursday, March 22, 2012

Kemarin layan sayur, sekarang layan lauk pauk di CR


Selamat malam  jumaat sahabat.
Hari ini badan penat sikit.. tapi ambil masa sedikit buat entry buat sahabat yang sentiasa menyokong daku di dalam dunia blogging. Belum ada masa nak BW 2 hari ini.. insyallah.. ada masa ku singgah ke blog sahabat yang lain.
Lauk pauk tengahari tadi, gambar diambil jam 10 pagi.

Ikan bawal masak 3 rasa, ku suka goreng ikan bawal yang kusalutkan dengan tepung jagung. Jadi.. ikan akan cantik tak mudah hancur.Resepi dari mertuaku...


Ikan sembilang dimasak asam pedas, bubuh daun limau purut semasa blander bumbu, menjadikan baunya harum dan rasanya pasti buakan korang nak tapau.. heheheh


 Aku suka masak ayam goreng kunyit yang diletakkan buah carrots, semakin cantik dan menarik hasilnya


 Kari ayam, selalunya gunakan rempah adabi.. tak pernah curang dengan keluaran lain…



Ikan asam pedas, bila ada ikan yang berbau (macam ikan sembilang) aku kena masak ikan asam pedas yang tanpa bau macam ikan kerachi, ikan kembong, ikan kerisi.. pelanggan ada yang tak boleh telan ikan yang hanyir macam mayong, pari…

PS: berniaga, lauk pauk.. fikiran kena seimbang… kena ambil tahu selera pelanggan.. nampak mudah tapi kena sentiasa kreatif

Wednesday, March 21, 2012

Pengalaman pertama kali bersama Secret Recipe


Seumur hidup inilah pertama kali aku jejakkan kaki ke dalam restoran Secret recipe.. semuanya gara-gara aku hantu coklat… selalu pandang kawan2 layan makan kek di sana…

Dahlah kek secret recipe tu nampak menyelerakan, berlayer2 pulak tu, gebu.. empuk.. wahh!! kecur sudah…. 
Terus mengidam tak sudah2… dan kebetulan, pagi tadi en zalie ada berbunyi nak ajak kami makan kesitu… tanpa wasangka aku terus mengosongkan perutku.. yahoooooooo  (selalunya kalau suami dah ajak, dia tak akan tipuuu)

Pilihan pertamaku kek dibawah, (3 hari lepas sahabat FB yang bernama Zulazlah As telah mencadangkan aku mencuba cake ini chocholate indulgence….)



Tanpa malu2 aku terus order kek ini…memang terbaik.. aku suka sangat, maklumlah peminat coklat.. horeyyyyyyyyyyyy.. terima kasih sahabat, walau tak kenal kamu tapi sebab SR aku rasa macam kenal lama… Insyallah. Ada rezeki kita ajak pasangan masing2 makan di SR (aku belanjer)



Pilihan anak daraku, yang ini free tau sebab aku dah order 3 jenis makanan, comelnya kid`s fish & chip tu ada abjab ABC… umai lonjak2 kegembiraan


Pilihan bonda, mak mertuaku pilih laksa singapore.. aduh.. bab ada susu/lemak2 yang tersangat malas nak makan…. Tak abislah jawabnya, namum air green Tea sebagai penyelamat


Yang ini pilihan daku… nasi thai, oleh kerana tak biasa makan malam.. jawabnya, tak habis gak (mujur Mak mertuaku boleh habiskan, thank mak)… kombinasi antara nasi dengan udang yang diblander mengembangkan tekak aku, mujurlah ada hirisan limau…syukur, sekurangnya aku dah tau akan datang boleh order apa…kannn. minuman? aku pilih lemon teh,sedap.... boleh order lagi


Pilihan suamiku, dia pilih ayam, nama aku lupa nak tanya dia… dia kata sedap, lagipun pandang piring dia yang kosong tu.. dah taulah.. memang sedap sangat.. pilihan airnya pula fros lemon teh


Cop… layan gambar aku dulu ya.. kikikiki.. (nak nunjuk gak muka yang 1 hari tak berehat.. biasalah perniaga kedai makan, kerjanya memasak jerlah)

Wajah kesayangku.. anakku Umai… dari awal sampai hingga balik rumah.. tak henti2 mulutnya memuji keBESTan ke SR.. okey!! Ibu akan bawa kamu kesana lagi…janji makan sampai habis, akan datang kita ke SR bila Citarasa Rinduan tak beroperasi ya..

Wordless Wednesday (Part 29 A) Buah ini banyak khasiat


Buah ini banyak khasiatnya, buah susu a.k.a buah Markisa…klik sini untuk mengetahui khasiat buah ini. Buah ini aku petik dihalaman rumah bonda.. aku tak tanam sendiri sebab tak pandai nak buat pegola...

PS: soalan ww pagi tadi dah ditutup jam 1 tengahari.. ada pemenang tau,… hehhehe,hadiah FM dari Thailand, pemenang aku akan umumkan lepas entry ini..


Wordless Wednesday (Part 29) Nama apa bunga itu?



PS: cer…cer.. cuba teka, nama apakah bunga2 itu? Hadiah? Siapa yang datang CR aku belanjer.. 

Tuesday, March 20, 2012

Jom cuci mata, kita layan sayuran di CR


Selamat petang selasa sahabat..
Chakkkk bah!!!… ewah,.. awal petang aku berblog.. serius bila start berblog, aku pasti merindui kalian semua… itu yang bila buat kerja, aku pasti akan fikirkan apa entry yang ingin dikongsi…
Untuk petang nie, jom kita layan beberapa sayuran yang terjual di CR pada 20 March 2012..

Gambar di snap jam 8.50 pagi (time tu lauk pauk masih panas2 lagi)
Sambal goreng, johor riot memang tak boleh tinggal menu nie, tapi yang tak suka makan minyak… anda tak boleh ambil menu nie.. hehhehe 



Sop sayuran.. menu nie budak2 paling suka, golongan warga emas pun suka… kalau makan nasi dengan sop sayur tanpa lada nie.. pastikan tak payah minum air.. karang hirup kuah dah kenyang

Peria katak, aku suka boh udang buat penyedap rasa.. tambah dengan tahu yang digoreng, kuranglah sikit pahitnya…..

Yang ini pula peminat sayuran berkuah lemak.. pucuk manis dan labu manis, cantuman sayuran yang paling digemari oleh pelanggan setia CR, selalunya ikan masin akan di gandingkan kedalam nasi putih bersama sambal belacan.. (lebih2 lagi makan time lapor… tentu kenyang)
PS: lauk pauk semua dah habis terjual.. syukur.. rezeki yang ini belum pernah putus.. (ku bersyukur padamu Illahi)


Monday, March 19, 2012

Rezeki.. Tak dapat yang itu, DIA beri yang ini


Salam malam isnin sahabat…
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”

Sesungguhnya apa pun yang ku perolehi merupakan rezeki buatku dan seluruh keluarga…
Rezeki yang sekian lama ku nantikan belum jua ku perolehi.. walau hati bersimpul seribu kesedihan.. namun ku tahu masih ramai lagi yang sedia menunggu kehadiran rezeki tersebut..
Jika ada.. maka adalah…
Rezeki itu belum kunjung tiba, namun saban hari ku menerima rezeki dari orang-orang yang sentiasa menyayangiku.. terima kasih semua.. sesungguhnya DIA maha berkuasa..


Cendermata dari adikku.. wahhhhh… dari bali, belum pernah sampai kesana, tapi seakan ku sudah menjejakkan kaki kesana apabila sabun bali berbau Vanilla harum mencecah kulitku.... hehehhe



Makanan, rezeki minggu lepas… tak putus2 sahabat kirimkan makanan buatku, 1 rumah menjamu selera, malahan pekerjaku menerima tempias yang sama, terima kasih buat sahabatku Ema




Cendemata dari Thailand, Mak saudara ke sana, aku menerima beberapa koleksi FM dan kerongsang tudung, cantik… aku suka…

Dodol dari Kelantan jua Keropok losong dari negri Terenganu, … 1 hari tak makan nasi,, aku rebus sahaja tamo goreng.. sedap sangat ditambah dengan pencecah keluaran Ummi

PS: hari ini menerima kedatangan tetamu dari Bandar johor.. serius aku tersangat suka, terima kasih teman2.. kehadiran kalian jua rezeki buatku….