CITARASA RINDUAN

Thursday, May 31, 2012

Pertama kali buat coklat.. Bolehlah...


Assalamualikum, selamat malam jumaat sahabat
Hari ini agak letih sedikit sebab banyak aktiviti bersilat didapur.. jari jemari tak henti-henti menyiapkan tempahan mee bandung, nasi goreng dan nasi Ayam.. Alhamdullilah, rezeki bukan selalu, syukur.

Balik kerumah, teringat pula yang aku dah lama berhajat nak buat coklat sendiri, kemarin beli coklat putih, manakala stok coklat dah lama terlentok di dalam peti ais. Manakala badam pula ku beli setengah kilo untuk menyedapkan coklat ini.
Kalau korang nak tahu, hajat nak buat coklat semuanya bermula sebab blogger Lydia Miza yang secara kebetulan tertayang silikon bekas coklat anakknya Maisarah. Teruslah tanpa malu aku soal bertubi2.. mujurlah blogger LM dan Kakakecik membantuku menjawab soalan2 panas dariku untuk membuat coklat..
Ahaksss.,,,,,,,,


Sesekali jadi budak-budak memang syok, badan yang penat rasa ringan.... lagilah anak daraku membantuku didapur.. Terima kasih anakku..

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday (Bread maker AJAIB saya adalah??)

NOXXA (AMWAY)
Tara............. syer kat teman-teman yang suka meroti... kalau korang nak tanya lebih lanjut tentang oven ajaib nie sila email ke umairahayu@yahoo.com ATAU add FB ku dialamat umairahayu@yahoo.com








PS: bertalu-talu telefonku berbunyi, sms masuk dari teman-teman yang ingin melihat oven ajaib yang banyak membantuku dalam menghasikan roti, pizza dan lain-lain.. 


Tuesday, May 29, 2012

Roti buah-buahan. Semakin rajin meroti


Mood meroti kian menebal buat kebelakangan ini, sejujurnya kalau aku sudah suka.. alamatnya hari-hari aku akan asah bakatku yang ada....


Terima kasih buat suami tercinta yang bersusah payah membelikan OVENku, sunggug mudah sebenarnya bila ada pembantu baru, bubuh tepung. 2-3 jam jadilah roti.. Cuma bahan-bahan kenalah ku cari sampai berjaya, kedai kek kat bandar Tenggara semakin mengenali aku, sebab setiap kali beli, time tulah aku tanya tips-tips meroti. Hehehhehe


Kalau ikut tekak, aku memang tak berapa suka makan roti, tapi.. aku ada pembantu di CR. Depalah tukang perabiskan.. Hulur sikit kat jiran terdekat. Moga amalan sedekah berpanjangan selamanya. Amin

Resepi: Kasui Pandan, First time buat..


Assalamualikum, Entry ini sebenarnya AUTO POST, daku menghadiri 2 jemputan majlis kenduri doa selamat di kampung berdekatan, satu majlis Yasinan, dan satu lagi majlis berkhatan.

Kasui Pandan, terus terang ingin ku kongsi kepada sahabatku. Ini adalah pengalaman pertama daku cuba akan resepi ini. sebelum nie aku hanya tahu nak membakar bingka sahaja, rupanya bila letak kapur makan maka terhasillah kuih kasui. Cuma ku letak tepung ubi untuk menghasilkan kuih yang lembut..

Jom syer resepi Kasui.
Bahan-Bahannya

(ikutkan resepi untuk loyang, tapi bila terpandang acuan MIL yang bertahun-tahun tak digunakan.. aku gatal tangan cuci peralatan lama beliau) Kalau idah, tak lah kasui nie duduk dalam acuan yang comel-comel.. hehehhe

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1  cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan (3 helai)
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh air kapur makan (sireh)
1/2 sudu teh gara,
1 biji telur 
beberapa titik pewarna hijau

** hiasan, kelapa parut yang di letak sedikit garam**

Cara menyediakan
1.campurkan tepung gandum dan ubi kayu didalam sebuah bekas, Masukkan gula dan air pandan, kemudian kacau sehingga gula betul-betul larut.
2.Masukkan pula telur dan bahan-bahan lain, setelah itu kacau sehingga tidak lagi berbintil, Ayu tapis adunan untuk menghasilkan adunan kasui yang cantik
3. Masukkan ke bekas acuan, yang telah disapu sedikit minyak. Jangan terlalu tebal apabila diisi ke bekas acuan
4. Kukus selama 20 minit-25 minit (pengukus mestilah di panaskan dengan air)
5. Apabila telah angkat, kluarkan dari kukusan, tunggu sehingga sejuk. kemudian gaul, tabur kelapa diatas Kuih.

Selamat mencuba

PS: permintaan suami tersayang 2 hari yang lepas, hari ini baru ada masa terluang.. siap memasak di CR jam 10.30 pagi, terus balik kerumah untuk menyiapkan kuih ini.. Masa buat, ada rasa takut, risau dan lain-lain, maklumlah pertama kali.. Hehehhe. Syukur jadi juga akhirnya... Kuih ini lembut dan sedap, manis pun kurang



Happy birthday Blogger Lela Lelord

Blogger ini peramah orangnya.. mulanya aku mengenali beliau sebab pertemuan dari blogger Ben Ashaari yang aktif buat pelbagai segmen...

Tak silap tahun 2010, blogger mamamya a.k.a kak lieya orang kampungku, semakin mengeratkan hubungan kami kerana mereka teman sepengajian dari University yang sama

Beliau adalah blogger Lela Lelord... Selamat Hari Lahir buat beliau pada 29 Mei 2012. Ku mendoakan kesejahteraanya baik-baik sahaja, dan sentiasa berbahagia selamanya.
(aksi beliau yang selamba beraksi bersama bunga)

Semakin mengenali beliau, semakin rapat hubungan alam maya yang terjalin. Ingat lagi masa kami mula berkenalan,rajin berkongsi cerita tentang dunia blogger. Masa tu kak lela belum lagi berhijrah ke Doha mengikuti suami tercinta.. sekarang nie semakin aku merindui entrynya yang sering mengisahkan kehidupan mereka di luar negara, selain entry santai-santai, entry masak-masak dan sesekali ada entry petua berumahtangga.. I LIKE
(Najlaa yang comel, lihatlah aksinya sebiji macam mamanya)


Anak perempuan kak Lela iaitu Najlaa sangat cute... sama-sama memiliki anak perempuan, kami berkongsi ilmu mendidik anak kami..

Moga persahabatan yang terjalin kekal selamanya, walau tiada jodoh kami dipertemukan di alam Nyata



Monday, May 28, 2012

Kita layan jer...


Semakin hari semakin menjauhnya diri ini dari dunia blogger.. Terima kasih berlori ku ucapakan buat sahabat blogger yang gagah menaikkan semangatku dalam keadaan diriku JATUH melayang-layang... Mungkin kepenatan aku semakin kurang update blog mahupun BW ke blog korang

Buat sahabat yang sudi follow blog Citarasa Rinduan...terima kasih daun keladi,. insyallah.. ada masa ku singgah menyapa ke blog kalian..


Lewat petang tadi, terajin sedikit... keluarkan doh frozen yang ada di peti sejukku, lembutkan.. dan letak topping pelbagai, Pizza ketam puteri Ayu dan frozen Donut ku hiaskan dengan topping ..

Hanya buat sendiri dan edarkan pada jiran sebelah...

PS: alhamdullilah., hidup ini sentiasa mendapat sahabat yang baik hati, jika sahabat saya tidak Baik HATI.. insyallah... saya tak pernah marah, hanya sentiasa mengucapkan maaf dan memaafkan diatas segala kesilapan yang terlanjur.. Siapalah saya?

Happy Birthday my sister Eliza

Ku dedikasikan ENTRY ini khas buat adikku, Selamat menyambut Hari Ulang tahun kelahiran ke 29Tahun..

Moga Murah rezekimu, moga diberikan olehNya kesejahteraan yang baik-baik, Kak Ngah mengharapkan yang baik-baik buat dirimu dan anak-anak saudaraku...

(gambar percutian Eliza dan anak-anak ke Germany)

PS: semakin hari mood berblog semakin berterbangan.. tolong!!!!!!

Saturday, May 26, 2012

PPUM?? ada apa aku kesitu?

Salam hujung minggu sahabat..

Semalam aku ke PPUM,bila menerima pelbagai ucapan dan pertanyaan dari sahabat yang lain.. ku teramat terharu.. sebenarnya, anak saudaraku Danish B, Halim sudah hampir sebulan di hospital, awalnya di Hospital Sg Buloh, 2 minggu lepas, barulah dipindahkan ke PPUM (pusat perubatan University Malaya) untuk pembedahan..

Itulah penyebabnya aku ke sana, daku sebagai mak saudara bergegas ke Petaling Jaya, walau balik hari dalam keadaan penat mendatl dan fizikal tetap gigihkan diri untuk memberi semangat pada anak saudaraku itu.

Danish semakin sembuh, kata abang iparku. Insyallah... isnin 28hb Mei Danish akan dcaj ward.. Syukur..
Buat semua sahabat, yang mendoakan dan sentiasa memberi sokongan moral pada kami sekeluarga, hanya ucapan terima kasih kerana berada dekat disisiku


PS: sarapan esok pagi.. masih ada lagi roti sosej dan mini pizza yang masih belum sempat ku bakar, update entry sebagai tanda terima kasih buat teman-teman semua...

Friday, May 25, 2012

Selamat Bercuti

AUTO POST, tuan badan ke PPUM. 
Salam penghulu hari sahabatku semua
Cuti sekolah 2 akan bermula, ucapan selamat buat semua sahabat yang bergelar guru, pelajar sekolah dan suri rumah...

Gunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya... Manfaatkan peluang bersama keluarga tersayang dan rancang percutian dengan teratur...

Salam sayang dariku blogger CITARASA RINDUAN

Thursday, May 24, 2012

Percubaan pertama nampaknya berhasil


Selamat malam sahabat, malam ini teringin benar aku berkongsi pengalamanku mengasingkan tidur antara aku dan anakku Umai, sebenarnya suatu perasaan yang sangat sukar..

Memang kami berdua suami isteri dah berbincang, nak cuba asingkan tidur dengan Umai.. namun, bila tahun berganti tahun,, dan Umai hampir 5 tahun bulan sepetember nanti.. ku rasa semakin berat untuk berbuat demikian.. sebak hanya Allah yang tahu perasaanku

(gambar Umai masa hari jumaat, perjalanan sebelum ke kampungku Mersing.. Makan KFC)

Alhmadullilah, hasil pengkongsian blogger ini. korang boleh klik SINI untuk baca cara beliau mengasingkan tidur beliau dengan anaknya sendiri... akhirnya berjaya juga untuk membiarkan Umai tidur berlainan bilik.

Malam pertama:
Umai ulang alik dari bilikku kebiliknya.. mujur umai satu bilik dengan MIL, jadi dapatlah aku pujuk secara berhemah, kebetulan adik iparku ada.

Malam kedua
Jam 2 pagi, terdengar Umai menangis teresak2, ibu manalah tak bersimpati.. namun, ku kuatkan hati.. Mujur En Zalie tidur tak sedar, kalaulah dia tahu.. pasti Umai dapat tidur dengan kami lagi..

Malam ketiga
Umai sudah kembali normal, menciumi pipi kami, pesan baca doa dan sedekahkan Al Fatihah buat arwah FIL (atuknya), syukur.. moga esok-esok malam.. semuanya seperti sediakala..

PS: korang yang masih mencuba untuk asingkan tidur dengan anak, berfikiran positif, kena tabah dan semangat untuk berbuat sesuatu, mula-mula sukar, seperti menjauhkan anak kita dari menghisap susu dengan puting botol. Namun lama-lama berkat kesabaran, pasti berjaya. 
Ibu manalah yang rela berjauhan dengan anak?, namun untuk kebaikkan ianya wajib dilakukan segera.

Wednesday, May 23, 2012

Wondless Wednesday 32 A.. Buah laici..


Badan tak berapa nak best, tekak lain macam.. Moga dijauhkan dari sakit yang bukan-bukan.. Amin

Wondless wednesday 32 (percubaan pertama Donut bertopping)



Kredit to my Umairah.... Terima kasih anakku, membantu ibu hiaskan donut hingga indah begitu rupa.

Tuesday, May 22, 2012

Jom order Sos Keju Jalapeno..


Assalamualikum... selamat berbuka puasa sunat sahabatku semua.....
Hari ini hari paling istimewa bila adik perempuanku singgah bermalam ke rumah, oleh kerana Umai rapat dengan mak saudaranya.. Malam ini, dapatlah aku update blog tanpa gangguan.. Hehehehhe, lepas nie nak pujuk adik kerap balik rumah...kikikiki

Menu berbuka biasa-biasa buat kami sekeluarga, untuk MIL aku masakkan tomyam campur, telur dadar. Manakala buat adikku, aku buatkan pizza ayam untuk santapannya, kebetulan menjadi kegemaran Umai jua, maka donut Frozenku, tidak digoreng.. tak apa. Esok-esok boleh goreng

Amacam pizza ayam daku? kalau ikutkan adikku, jawapannya dah ala-ala pizza HUT, ewahhh.. kembang semangkuk terima pujian..

Tapikan, sebenarnya kalau korang nak tahu. kerana sos keju Jalapeno cikgu Jajalah penyebabnya.... selain bau oregano yang ku letak secara berlebihan hingga baunya harum semerbak di dapurku.. hehehhe

Kalau korang nak tau, sos Keju Jalapeno tu senang jer nak bancur hanya masukkan sedikit air panas, hasilnya sebiji ala-ala sos keju di KFC dan Pizza Hut

Korang nak order?? Jom klik sini






Apa perasaan kalau kena skodeng??

Marah???
tidak.....

Malu??
pun tidak...

Gitulah perasaan aku bila kena sekodeng, mungkin sebab niat sahabat nie nak syer kisah aku, apa yang boleh ku katakan, aku terharu yang amat-amat bila diri ini kena sekodeng...

Korang nak tengok macamana aksiku apabila disekodeng tanpa pengetahuanku?

Jom, baca kisah di entry ini

Bersawang sudah... Masa untuk titipkan perasaan.


Assalamualikum sahabat. Salam 1 Rejab, Kepada sahabat yang sedang berpuasa sunat.. ucapan selamat berpuasa buat kalian semua, moga amalan sunat yang dilakukan oleh kita diterima olehNya, Amin

Rindunya daku untuk berblog, rindu untuk BW ke blog sahabat yang lain, namun.. keutamaan yang hakiki perlu diuruskan dahulu, maaf berlori buat blogger yang sudi memberi komen ke blog CR, namun tiada balasan dari pemilik ini... Terima kasih buat sahabat yang sentiasa memberi sokongan buat blog CR..daku terharu...


Jummat lepas daku menjenguk ibuayah tercinta.. Bila bergelar anak, pastinya perasaan rindu mengebu dihati.. Mendengar suara ibu, mendakap tubuhnya, cium keringat beliau semestinya rasa penat, letih dan rindu berterbangan bergitu sahaja, ku puas bertemu ibu.

(gambar diatas, tanaman pokok-pokok yang tertanam di halaman rumah, banyak sebenarnya pokok bunga yang ada, namun ku kongsikan hanya berberapa jenis bunga-bunga yang mengindahkan teratak ibu..) khas tatapan sahabat yang lain



Semakin hari semakin minat ku meroti, ahad 20 Mei 2012 ku belajar membuat pizza, alhamdullilah.. ramai sahabat yang sudi berlajar resepi ini, ada yang berseloroh meminta aku menjual.. Namun, nanti-nantilah kerana bagiku kerja meroti perlu dilakukan apabila ada masa terluang.


PS: sekali lagi ku ingin memohon maaf, tidak menyapa dan tidak menitipkan pesanan buat sahabat dan adik-adik dialam maya, ketahuilah aku sentiasa mengingati kalian semua, salam sayang dariku buat pembaca blog Citarasa Rinduan

Saturday, May 19, 2012

Mini Pizza, pertama kali mencuba

Assalamualaikum sahabatku, selamat berhujung minggu.. Hari ini badanku agak kurang syok gitu... mungkin kepenatan yang bertimpa2.. semalam dapat jenguk ibu tercinta.. hilang perasaan yang mengebu didada, siap aku bawakan roti sosej untuk hidangan santai kami.. (gitulah daku kalau dah minat, harus teruskan hingga berjaya)

Malam ini, balik dari belanjer bahan-bahan kedai, terus uli doh... buat pizza untuk satapan pekerjaku esok pagi.. sebenarnya ada citer yang amat panjang disebalik mencari bahan-bahan pizza.. ahaksss.. Semuanya gara-gara nak dapatkan cheeze Mozzarela.. 

Thanks Kakcik Anis :Latif dan KakLong Ina Latif.. Muahhh, you all memang baik sangat..


Akhirnya berjaya juga dapat benda alah tu.. Cheeza Mozzarela nie, kalau tak ada maka tak cunlah hasilnya... Ibarat tanpa irama, tiada lagu.. wahhhh gitu

Rasanya tak payahlah aku syer resepi, sebab doh sama macam roti sosej yang aku buat 2hari lepas, korang boleh KLIK SINI, cuma aku topping simple-simple, guna sosej ayam, cheeze.

 Sebelum bakar, kerjaku agak serabai situ.. Gitulah kalau pertama kali, gigil semacam... Heheheh

Tuan badan yang kerap memuji masakkan Ibunya, terima kasih anakku Nur Umairah... Makan sampai habis ya, harap-harap kamu jangan makan sosej jer.. semuanya wajib dihabiskan..

Thursday, May 17, 2012

Roti Sosej, sarapan paling sempoi.


Assalamualikum, selamat malam sahabat... Kisah hari ini amat memenatkan, namun ku bersyukur semuanya dipermudahkan olehNya, moga Dato dan rombongannya makan dengan berselera, rancangan akhir tak berjalan seperti yang dirancang, DATO terpaksa memohon segala makanan yang dimasak dibungkus ke tempat yang DATO patut dijadualkan... 

Tak terkilan pun hati ini kerana menerima panggilan telefon beberapa jam kemudiannya Dato mengucapkan terima kasih atas hidangan yang lazat.. Syukur, lagilah semua kesemua bekas-bekas makanan dipulangkan dengan isinya kosong.. Terharu

Walau letih, tetap gigih menyediakan menu kegemaran anakku Nur Umairah.. Sosej Ayam buat santapannya, lepas siap mandi malam ku terus bergegas menguli Doh roti... Nak syer resepi agar kalian dapat menyediakan untuk anak-anak yang gemar akan menu ringkas ini

Bahan-bahannya Doh:
a) tepung roti 500g
b) tepung bread improver 1 sudu teh
c) Air 2 cawan
d) minyak atau mentega 50g
e) Yis maripau kering 11g
f) sedikit garam
g) Gula 3 sudu besar
h) telur sebiji
i) susu tepung atau susu cair 70g

Bahan-bahan untuk kilatan kulit:
a) kuning telur
b) sedikit air
c) berus
d) bijan

Bahan-bahan isi:
Sosej ayam atau sosej Daging

(bila si kecil yang minta, maka wajiblah gambar roti sosej ditayang bersama tuan badan)

Cara menyediakan
a) kembangkan Yis dengan air suam.biarkan seketika, masukkan telur dalam mangkuk, tuangkan majerin/minyak,gula,susu,garam uli bersama tepung roti dan bread improver sedikit demi sedikit.
b) uli dan masukkan sedikit demi sedikit air yis. Uli sehingga doh naik.
c) buat bulat, leperkan dan balut sosej ayam/daging didalamnya, kelar atasnya
d) Kilatkan kulit atas dengan bahan kilatan telur dan air dan taburkan dengan bijan
e) Panaskan Oven dalam 190c, selama 20minit
f) selamat mencuba.


**menu tempahan ada 2 jenis yang tak dapat ku ikuti kehendak DATO, ikan baung lemak cili padi ku tukar dengan ikan patin cili padi, manakala udang galah yang dipintanya ku tukar dengan udang harimau. Mujur DATO memahami kerana masalah bahan mentah yang sukar ku temui..
Terima kasih buat semua sahabat yang telah ku minta tanpa malu untuk bertanya tentang bahan mentah itu, 
Terima kasih buat blogger tersohor yang sudi memberi idea untuk memasak ayam hutan. 
dan terima kasih buat blogger terkenal yang sudi membuat kejutan waktu aku sedang menghadapi masalah, rasa sangat2 dihargai..
Terima kasih semua**


Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday 31 (Kad Hari Guru)



(Buat semua GURU, terimalah KAD hari guru dariku)
~~ Ku hantar kiriman sms buat sahabat yang bergelar Guru sebagai tanda ingatan , namun diri ini terharu apabila menerima kiriman balas, isinya berbunyi Terima Kasih.... Semoga kita menjadi Guru terbaik untuk anak-anak kita ~~

Nak tahu siapa antara sesama blogger bergelar GUru? sila klik sini

Tuesday, May 15, 2012

Tak berapa nak Wordless Tuesday..


Alhamdullilah, itu yang terpancul dalam hatiku bila menerima rezeki bertalu2.. Itu tandanya, walau DIA tak beri rezeki yang itu, dia lebihkan rezeki yang di sini...

Menerima cenderhati sekali lagi dari seseorang, syukur.. itu tanda aku diingati., Terima kasih daun keladi, Baju dari Bandung Indonesia dan Tudung bawal yang indah itu akan ku abadikan untuk selamanya, Amin


Menerima kunjungan terjahan dari DATO dan rombongannya, buat aku rasa terlebih bersilat di dapur.. 15 Minit, makanan siap, DATO terus cari tempat.. Syukur, atas doa kawan-kawan semuanya dipermudahkan



Kini, yang berat dikepalaku adalah menyediakan beberapa menu yang bagiku agak sukar ku cari bahan mentahnya pada hari khamis nanti.. Mohon sahabat mendoakan agar semuanya dipermudahkan....
Ayam Hutan dah ku temui, Udang Galah dan Ikan Baung yang masih dalam pencarian, kalaulah tak ku temui  esok hari, aku cadang nak ganti udang Galah kepada udang kering.. kikikikiki

** kalau korang perasan, aku dah mula meraban... post tajuk wordless wednesday..ahakssss** 

Monday, May 14, 2012

Kalau tak suka jangan kutukkk


Aku tak pandai nak kata perkara itu tak baik, perkara itu baik...

Sebagai contoh, aku tak suka MLM, tapi aku suka akan sesuatu produk yang ada kaitan dengan MLM, hari-hari aku amalankan untuk kesejahteraanku dengan mengambil ubat tambahan (eloknya produk yang ku amalkan tak perlukan aku syer pada korang, untuk tidak menimbulkan masalah kat sahabat yang lain)

Tapi apabila aku terbaca sesuatu bahan rujukan dari Internet atau apa2 bahan bacaan yang menjelaskan produk tu tak elok ker, tak sesuai ker, tipu pembeli ker.. Bagi aku ianya tidak adil.

******************
Bagi aku dengan mengamalkan sesuatu produk, sekurangya badan aku rasa cergas dan bertenaga... aku akan teruskan pengambilan dan cuba untuk berkongsi sesama sahabat yang lain

Kalau aku rasa produk tu buat badan aku lemah, 3 bulan berturut-turut badan rasa sama sahaja, atau kesannya makin menambahkan masalah, aku akan hentikan pengambilan barangan tersebut. Termasuklah pemakaian sesuatu pakaian buat satu badan aku gatal-gatal (bukan murah-murah harganya,riban-riban oooo)

Namun, tak terlintaslah dihati ini nak kondem, nak komen atau tulis kat FB aku yang produk tu tak elok... buka page baru kat FB dengan tajuk AKU BENCI toottt....Atau, tak adalah aku nak tubuhkan satu blog nak memburuk-burukkan produk yang pernah ku ambil.

Bagiku, cukuplah aku tahu sendiri yang metabolisma aku tak sama dengan orang lain.

PS: sedih bila baca blog seseorang yang memburukkan sesuatu barangan, komen kawan-kawan semuanya dipandang nagetif, ayat-ayat semuanya mengutuk dan mencarut kata-kata nista, Astafirullah, bagus ker berkawan dengan mereka?



Rentung sudahhhhhhhh


Aku dah kata dahhhhh.. kalau hatiku dilanda resah dan gelisah inilah jadinya...

Selepas siap memasak, aku balik ke rumah, menDonut lagi, dan buat bingka bakar.. Biasalah kalau sedang rajin, semuanya aku mauuu buat, tapi mengecewakan.. sebab hasilnya mendukacitakan.. alahai....

Namun, alhamdullilah.. sekurangnya boleh di makan lagi, minum petang kami hari ini, kalau korang nak tengok resepi asal, boleh klik SINi,

Namun, jam 12 trengahari baru lega dihati.. apabila mengetahui anakku tenang menjawap peperiksaannya... betul atau tidak, ku berserah padaNya.. sekurangnya peperiksaan anakku yang dihadapi minggu ini dapat menguji sejauh mana IQnya... Insyallah



Sunday, May 13, 2012

Selamat hari Ibu dan Selamat Hari Lahir Buat Blogger Alam Sari


Assalamualaikum..

Ku dedekasikan entry ini, buat bondaku tercinta Ibu Jumiah Bte Ramli, buat semua wanita yang bergelar ibu, mama, mum, ummi, mak, mummy dan apa-apa jua panggilan buat kaum sejenisku, dengan ucapan
SELAMAT HARI IBU BUAT ANDA SEMUA, SEMOGA KITA MENJADI IBU YANG SUPERB DAN IDOLA UNTUK ANAK-ANAK KITA, AMIN.

Jua, buat yang teristimewa Blogger Sari Yusa yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 37 tahun, pada hari yang indah buat beliau... SELAMAT HARI LAHIR.. Moga murah rezekimu, moga diberikan olehNya kesejahteraan yang baik-baik..Dan kepada sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada 13 Mei 2012. Moga panjang usia kalian semua.

Kalaulah kak Yus dekat dengan tempat tinggalku, pastinya aku dah hantar sepiring donut buat sambutan hari kelahirannya... 

Kuih Donut kampung, resepi tak perlu ku kongsi, kalau nak try juga korang boleh lihat di entry INI. Sudah habis ku edarkan kepada pekerjaku di Citarasa Rinduan, Donut belah kanan atas tu aku frozenkan untuk sarapan anak daraku Umai, stok buat beliau sebab Umai suka makan donut.

Esok bermulalah peperiksaan yang bakal menguji IQ anak daraku, sedikit gementar di hati ini mujurlah dengan entry ini, ku menerima banyak respon dari sahabatku yang lain, sungguh terharu kerana ada KAWAN yang baik seperti kalian semua... terima kasih sahabat. Leganya hati ini




Saturday, May 12, 2012

Aku suka, Mat GEBU pun suka.....


Acapkali lah aku perhatikan.. bila CMG update blognya tentang sesuatu menu makanan, sah2 didapurku ada juga makanan yang seakan-akan sama dengan selera kami sekeluarga, mungkin tekak kami seakan ngam gitu... selera kampung menyebabkan jiwa kami sama..

Pitammmmmmmmmmm CMG baca entry ini.. ampun tuan.....

Tapikan, ada kebetulan sebenarnya, buktinya... aku buat roti kampung nie....


CMG buat apam kampung.... (hehehhehehe) kredit to blog tiffin biru, tak boleh nak kata apalah bila Apam suci murni itu melambai-lambai anak tekakku..

rsz_dsc_7592

Umai tak tahan di goda dengan apam kampung CMG, terpaksalah roti kampung aku tu yang asalnya nak dimakan untuk esok pagi dipotong sedikit buat anak daraku.... Kiranya satu bonus buat beliau sebelum ambil exam minggu hadapan nanti, doakan ya kawan-kawan