CITARASA RINDUAN

Monday, July 30, 2012

Antara juadah pilihan pelanggan CR di bulan Ramadhan


Nasi Ambeng: Menu nie paling digemari pelanggan. Dengan warna serunding yang meriah ditambah ikan masin yang mengiurkan, pastinya ianya menjadi pilihan utama berbuka puasa pelanggan setia CR.

Urap Pucuk Ubi: Kalau nak lebih sedap, selain letak ikan bilis, kalian boleh gantikan dengan udang kering, aromanya membuatkan sayur kampung ini cepat dijual, Nak elakkan basi, sila keringkan dahulu kelapa parut. Selamat mencuba


Sayur Nangka masak Lemak: Jual beberapa banyak pun habis, 2-4 kilo dapat dijual sekelip mata. Janji, masa memasaknya perlu diambil yang lama, untuk mengelakkan ianya bertukar rasa dan bau

Sambal goreng: Siapa orang Jawa disini? dengan tahu, kentang, tempe, soon hoon pastinya juadah ini menjadi pilihan wajib buat pelanggan setia CR, seringgit dah memadai.

Sambal kupang/udang/sotong/tahu: Sebutlah apa sahaja sambal.. pasti terliur, lagilah peminat masakkan yang pedas-pedas. Harga dijual dari RM 1.00 ke atas.

10 Ramadhan, Birthday blogger mana?


Selamat hari lahir ku ucapakan buat sesiapa yang menyambut kelahiran pada 30 July 2012, Moga dipanjangkan usia kalian, moga murah rezeki kalian, istimewannya hari bahagia mereka jatuh pada 10 Ramadhan, jom.. kita semak siapa yang menyambut hari kelahiran pada hari ini?.

My Photo
Blogger masak-masak paling akrab dialam maya, belum ada keizinan dariNya bersua, tapi dah pernah borak  mendengar kelunakkan suaranya.


Apakah?
Blogger Apakah? Pernah bertemu di teratak rumah CMG, blogger nie memang hensem. tapi tak boleh kacau, udah berpunya tau.... Heheheh


My Photo
Blogger wanita ini sangat peramah dialam maya, ku belum pernah bertemu muka mahupun mendengar suaranya, kalau nak tau siapakah? klik banner diatas.


Korang wajib klik gambar pink diatas, entry hari kelahiran suami blogger tersebut tersangat sweet, jom.. baca...


PS: Jua, buat kenalan sahabat FBku, seperti adik Nur Amira, dan Apai Fairuz, Happy birthday.. moga yang baik-baik buat kalian semua.

Sunday, July 29, 2012

Menu minuman berbuka : Sirap selasih



Walau hanya air sirap, tapi bila ditambah biji selasih.. Peeh!!!!! Lama daku tak pekena...
(nak minum banyak boleh jer, jangan sampai tak sempat berterawih ya. Hehehhe)

Ramadhan ke 9 (Tahan kentut sebab takut batal)



Assalamualaikum.. salam ramadhan ke 9 sahabatku.. Eh! tiba-tiba entry melompat, apa kess?

Apa khabar teman-teman blogger? Kerinduan sangat melanda di jiwaku, rindu nak menaip, rindu nak sapa korang. Percayalah.. kehilanganku di blog ini tiada paksaan dari sesiapa.. Cuma seminggu yang lepas aku perlu cari ruang untuk menyelesaikan beberapa perkara yang sangat penting.

Kalau korang ada ternampak aku singgah ke blog korang, ianya kebetulan apabila korang ada syer entry di FB.. (maklumlah FB aku tak pernah off) Heheheh.

Hujung minggu yang penuh ceria.. jom.. kita buat suka-suka permainan di FB, korang boleh klik SINI. Nak tau apa keputusan tentang diriku?

Tara

<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<



PS: pandai FB nie.. Jujur, masa aku berusia 7 tahun, aku memang ada kenangan tahan kentut. kui..kui.....

Monday, July 23, 2012

Kisah 3Ramadhan


Kali nie tak ada sessi tayang gambar makanan.. Kami berbuka ala kadar, bila dah start berniaga. Sudah semestinya buah kurma menjadi juadah pilihan kami. Kalau ada lebihan makanan seperti mee hoon, dapatlah ditapau pulang, lewat malam baru masak lauk untuk bersahur.

Eh!!! Lari pulak entry malam nie, apasal aku tayang tv ku itu? Itu bukan tv baru dah setahun bermaustatin di dalam rumah..

Cuma seminggu sebelum puasa iaitu 13julai2012 bersamaan hari jumaat dengan tiba-tiba bila on tv, tiada paparan apa2....  alamakkkk... Sudah, bak kata en Zalie, time puasalah tv nie nak rosak. RM banyak nak guna, pendapatan bulan puasa berniaga dibazar tak selumayan berniaga dibulan yang lain. Robak kocek...

Mujurlah aku perasan warantty untuk tv plasma nie ada 1tahun lagi, warantty 2 tahun... Fuhhhh!!selamat duit

Cuma untuk pesanan aku buat teman yang lain. Selagi warantty masih on, kalau rosak akibat dari masalah dalaman.. Bukan sebab kita yang ter'rosak'kan dan akibat petir.. Kita boleh claim sampai date expied.. Selamatttt

Lagi 1,kad warantty jangan simpan kat tempat yang korang tak ingat. Molek boh dalam fail yang elok.... Kalau baru beli2 bulan tanpa adanya kad warantty, robaklah kocek korang...

Ps: sebagai contoh, kes tv aku adalah masalah kotak power supply yang rosak. Kalau tanpa kad warantty sure RM450.00 ku terbang,kalau itu berlaku.. Sah, budak2 ya beraya kat umah aku dapat seposen... Kuiiii...kuiii




Sunday, July 22, 2012

Kisah 2Ramadhanku



Asal kongsi cerita tentang Ramadhan pastinya meja makan menjadi tatapan selama sebulan.. kikikikiki.. Juadah berbuka puasa ke 2, ikut nafsu atau ikut syariat agama??

Satu sahaja pesanan buat diri sendiri, asal tak membazir dan berkongsi sesama insan yang berpuasa sudah tentu ianya dianggap sebagai rezeki Ramadhan.. kannnnn


PS: Misi diet? rasanya baju rayaku bakal jadi sarung nangka.. kui...kuiii

Ibu... Nak nasi.


Kisah anak daraku dibulan ramadhan memang melucukan... Dengan usianya yang hampir 5 tahun masih gagal untuk belajar berpuasa.

Tapi... Kalau orang tanya dia berpuasa atau tidak, jawapannya pasti Ya.. Huhuhuhu... Anak ibu....

Bila dikata minum? Jawapannya tak.. Bila soal dah makan? Jawapannya makan nasi.. Hahahaaaa. Tak puasalah tu.

Hari ini minta pisang goreng seawal jam 11.30pagi.. Semalam jam 3petang menangis..' IBU.. Nak nasi' Walahemah sebelum nie Umai susah nak minta makanan

Oh! Anakku.. Sifatmu betul2 menguji kesabaran ibumu

Kisah 1Ramadhanku


Kak Long... Asam pedas ikan kaci
abg long.... Mee bandung
Uda.... Ayam goreng kfc
Utih .... Ikan bakar
Usu..... Kerang rebus

Itulah permintaan adik beradikku... Kadangkala kawan2 hairan... Macamana aku boleh sediakan pebagai menu tanpa bantuan adik beradik, walahemah mereka yang meminta tapi tiada kerjasama... Sebenarnya aku memang minat memasak.. Sebab tu aku suka lakukan dengan rela.. Hasilnya air tanganku tak mendukacitakan mereka..
Bak kata abg iparku... Masakanku terbaikkkk... Hehe.... Kata kak longku
. Semua makan macam ikan pirana... 



Anak saudaraku yang ke 8, cucu ke 9 ayahibu... Buat hati ini rela pulang menyambut ramadhan kekampung tanpa En Zalie... Memandangkan ibu mertuaku keseorangan suamiku terpaksa berpuasa pertama berjauhan dari isteri dan anak.



Adik beradik perempuanku... Wajah terbaru kami pada 1ramadhan jam 9.15 malam di bazar ramadhan berdekatan. Sementara menunggu en Zali mengambilku.. Kami sempat cuci mata... Thank kak Long belanja angah tudung raya... Cantik
Lupa nak syer wajah-wajah kesayanganku.... Anak saudara yang besar panjang.. Sambil tunggu waktu berbuka semestinya ada sahaja perkara yang kami buat untuk mengeratkan hubungan....

Insyallah panjang usia kami berkumpul lagi dipagi syawal...

Monday, July 16, 2012

Lirik lagu ini, ingatkan aku tentang?


Setiap hari ku harapkan
Setengah mati ku korbankan
Apa yang ku lakukan demi kamu...


Selamat petang sahabatku... Lirik lagu diatas yang aku lupa nama penyanyinya...  pendatang dari Indonesia kot.

Yang ku tahu lirik lagu ini tentang pengorbanan seseorang terhadap seseorang... Wah!!! Bila sesekali layan lagu...seakan-akan penulis lirik tujukan lagu ini khas untukku.. Kikikiki

Apapun... Kita sebagai manusia kadangkala ada rasa dan ada jiwa yang menyatukan antara  diri kita dengan sesebuah lagu yang tengah berkumandang di corong2 radio.. Kannnnn

Apapun.. Tabah dan banyakkan bertawakal atas yang DIA telah tetapkan... Peringatan untuk diri sendiri... Sentiasa redha dan berusaha.. Insyallah pasti berjaya

DIA takkan uji kita melebihi kudrat yang ada

4 Hari lagi


Assalamualaikum sahabatku... Salam 26 Syaaban. Moga yang baik-baik buat kalian semua.... Moga diberikan kesihatan yang memuaskan menjelang bulan ramadhan... Moga ibadat yang bakal dilakukan dapat dibuat dengan sebaiknya. Insyallah

Buat diri ini.. Insyallah akan berlakukanya sesuatu dln kehidupanku.. Moga tertunai harapan yang selama ini kami sekeluarga hajati.. Amin


Buat peminat makanan kampung.. Jangan lepaskan peluang untuk merasai air tangan daku di CR. Hanya tinggal 4hari lagi CR dapat beroperadi sebelum munculnya ramadhan.

Kerana pada bulan ramadhan. CR tidak akan beroperasi kecuali menjual lauk pauk berbuka dipetang hari dari jam 4-7petang. Insyallah...

Lokasi seperti tahun sebelumnya di hadapsn BSN F sg Sayong. Kulai. Johor...



Friday, July 13, 2012

Persiapan......


Semakin hampir bulan nan mulia.... Ikutkan waktu start malam nie, minggu hadapan kita dah start bertarawih.....

30 Hari berikutnya dah raya....... Cepatnya masa berlalu.... Rasa macam tak percaya pulak.

Gambar diatas adalah persediaan kudapan bersahur mahupun berbukaku. Mana tau... Kot2 tak lalu nk makan yang berat2 kannnnn.

Rancang nak bertarawih dan bersahur dikampung.. Tapi, terpaksalah berjauhan dari en ZAlie..... Eik!!!!

Wednesday, July 11, 2012

Kek Pisang Merindu.. Ya Aku Rindu.



Selamat petang sahabatku, blog ku bersawang? gitulah kalau kesibukkan... kita biarkan dahulu kes blog yang tuannya asyik menghilang, kita lihat resepi kek pisang Merindu yang gebu dan menawan mata.. Hehehhe

Apasal aku boh nama Merindu?? Tak boh nama lain.... Letaklah nama Kek Pisang Rinduan ker, terindu ker... Huhuhuhu.. Jawapannya, Sebab aku terlalu merindui geng-geng blogger (alam maya) terus hatiku mahu letak nama kek ini macam tu... (gitulah kisahnya) 

Kebetulan, ku terima tempahan kek Orange dan kek pisang, adunan kek pisang terlebih.. Mangkuk muffin pun masih banyak, terus ku tuang kedalamnya, nampak comel jer kan? waka..waka.. awak ku perasan?

Jom semak resepi..
Bahan-bahannya

Telur 4 Biji (gred B)
Tepung gandum 1 cawan
Tepung serba guna 1 cawan (ku guna jenama blue Key)
Tepung baking powder 1 sudu teh
Bikabonat 1 sudu teh
Pisang 5 biji (ku guna pisang 44 hari, lenyek halus)
Butter 150 gram bersamaan 1 cawan
Gula 3/4 cawan
Asin vanilla - sedikit

Cara menyediakan


  1. Pukul mentega dan Gula hingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu, masukkan asin vanilla dan bikabonat.
  2. Masukkan pisang yang sudah dilenyek, tepung gandum,tepung serba guna dan baking powder yang telah diayak bersama dimasukkan sedikit demi sedikit.
  3. Griskan loyang dengan minyak masak, tuang adunan. Sekiranya korang menggunakan loyang 6x6, lebihan adunan korang tuan ke dalam mangkuk muffin, kemudian hias diatasnya dengan potongan pisang yang dibelah nipis.
  4. Panaskan oven 175darjah, masa 55minit, selamat mencuba

Monday, July 9, 2012

Resepi: Kek Coklat


Malam ini tiba-tiba mood nak membuat kek coklat naik mendadak, sebenarnya ada cerita disebaliknya.. tapikan.. kalau ikut mood aku nie, bila dah okey, masalah yang bersarang kat kepala aku dah sattle... aku malas nak kongsi.. So, biarkanlah cerita itu tutup begitu sahaja ya...

Asalnya, resepi nie adalah dari Blogger Cik Mat Gebu, lama dah saya minta dengan dia.. cuma malam nie bila angin yang melanda, buatkan 100% perasaan rajin menyerpa di seleuruh sendi-sendi saya.. Syukur, ilmu yang CMG kongsi telah saya gunapakai, thanks CMG.

Kita kongsi resepi mudah ini, kalau korang nak tahu.. Hasil kek coklat nie memang sebiji ala-ala kat kedai KEK, cantik, ala-ala span jer kek coklat nie.

Bahan-bahan A
1/2 cawan coco
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan gula halus
1/2 air panas
1/2 sudu teh Nescafe
 (kelima-lima bahan nie, digaul dalam satu bekas kemudian korang tapis.)

Bahan-bahan B
1 cawan tepung gandum/tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder ( tepung dan baking pawder diayak bersama)
2 Biji Telur gred A
150 gram Mentega/butter cup
1 cawan gula pasir
1 sudu teh Asin vanilla


( sebelum dibakar)

Cara Menyediakan
  1. Pukul mentega, gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan Asin vanilla.
  2. Perlahankan mesin, masukkan sedikit demi sedikit tepung dan baking powder. Matikan mixer, satukan dengan BAHAN A, godak perlahan-lahan. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk Muffin, kalau dalam loyang, aku cadangkan korang cari 6x6 sebab adunan tak banyak
  3. Panaskan oven 175 darjah, selama 10 minit, baru masukkan adunan ke dalam oven, tetapkan masa selama 45minit, Selamat mencuba

Toping coklat cair
Sedikit coklat masakkan yang dipanaskan didalam oven, gunakan dauble boiler (cari dulang yang diisi air panas, kemudian cari dulang kecil, masukkan coklat) 20 minit baru coklat cair, korang boleh letak sedikit coklat cari atas kek korang, serikan dengan coklat rise..


PS: maaf berlori buat semua sahabat blogger yang sudi singgah ke blog CR, buat masa ini, keterbatasanku berlamaan di hadapan Lappy membantutkan segalanya, Minta maaf kawan-kawan. 



Saturday, July 7, 2012

Wajah ELLA dimajlis perkahwinannya


Cantik, molek dan segar.. Tahniah buat Norzila Aminuddin, atau nama glemnya Ella, ratu rock Malaysia telah sah menjadi isteri orang pada malam ini 7 July 2012, SELAMAT PENGANTIN BARU buat beliau dan pasangannya Azhar Ghazali, yang berasal dari Muar Johor. suka lihat gambar ini, kredit untuk FB Media Hiburan,.




Cincin tunang dan nikah dari pihak lelaki buat Ella


(wajah Ella semasa disolekkan)

Mereka panggil mak, aku panggil DIA ibu..


Selamat malam sahabat, Terima kasih untuk ucapan selamat hari lahir buat ibuku, terharu sangat2 atas ucapan kalian. Tak dapat balas ucapan kalian buat masa ini, insyallah..akan cuba menyapa ke blog kalian bila masaku terluang.

Rentetan dari entry sebelum ini, hari kelahiran ibuku Jumiah Ramli.. sebenarnya aku tertarik dengan komen sahabat yang ini..

Terima kasih buat blogger tersebut yang sudi buat entry panggilan ummi bertukar ke panggilan ibu.. korang boleh klik SINI untuk entry beliau..

Sebenarnya, dalam familyku.. semua adik beradikku memanggil ibuku dengan panggilan MAK, cuma aku seorang sahaja yang memanggil ibuku IBU..

Pelik?? tak, aku suka cipta kelainan dan aku rasa normal, sebab panggilan ibu sangat halus, lembut sebutannya...

Sebab itu, sejak umai lahir aku memanggil diriku Ibu.. Ibu Ayu, ya!!.. aku suka panggilan Ibu..

Selain itu perkataan IBu buatkan perasaanku terbuai sama, dari seorang wanita yang ala-ala brutal.. aku mengubah diriku menjadi lemah lembut..

Korang pula? Jom.. kongsi panggilan apa yang kalian inginkan dari bibir anak-anak kalian?


Thursday, July 5, 2012

Untuk DIA


Istimewanya tarikh 5 July...
Hari paling teristimewa untuk DIA

DIA... manusia pertama yang kucintai
DIA... manusia pertama yang mengajarku erti kehidupan...

Semoga DIA sentiasa diberi kesihatan yang baik-baik
Semoga DIA ada ketika aku suka dan aku gembira

Untuk DIA.. selamat Hari ulang tahun kelahiran yang ke 56 Tahun..
Ayu sayang IBU...



PS: selamat hari lahir buat sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada 5 July, moga kalian diberi kesihatan yang baik-baik dan semoga berbahagia selalu

Jom join Bloglist Kakcik Seroja





Sambil saya belajar buat kuih Lompang feberat saya... saya terhenti di blog kakcik...
Kawan-kawan.. Jom pakat ramai-ramai kita pastikan blog kita di bloglist kakcik, selain meramaikan, kita mengeratkan hubungan yang terjalin...

Insyallah, kalau baca entry kakcik yang itu, dia tak kisah kalau kita hanya letak URLnya di entry tersebut, tapi... sebab saya mahu war-warkan dengan kawan-kawan saya ciptakan entry khas untuk memberi sokongan padu kepada kakcik.....


Jom.... klik sini

PS: sebenarnya, sama mahu cipta entry khas buat si DIA.. tapi saya masih blurr!..

Eqbal Zack: Brisbane Giveaway...


Bismillahirahmanirahim.....
Moga yang baik-baik buat kita semua... (15 Syaaban) Di kampung tercinta hujan turun dari semalam, moga hujan rahmat yang mengalir memberi rahmat buat kita semua...

Kawan-kawan, korang kenal tak dengan blogger Otai yang bernama Eqbal Zack? Pastinya rata-rata korang mengenali jejaka tersebut. Femes tau blogger nie, dan Kebetulan beliau berada di Queensland University of Technology- Brisbane Australia, kerana menyiapkan kajian PHDnya disana.

Ku doakan moga urusannya dipermudahkan, kawan-kawan doakan sama ya..


Korang minat dengan cenderhati di atas?? Abang Eqbal bermurah hati nak bagi korang, dengan syarat korang join GA tersebut, caranya?? mudah sahaja... KLIK SINI
Apa lagi, jom.. pakat ramai-ramai kita join GA abang Eqbal.


Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday ( Frozen Donut)



Terima kasih buat blogger INI, kerana ideanya kerjaku semakin mudah dan senang.. terharu.

Tuesday, July 3, 2012

Al Fatihah buat Blogger Lieynanilaz


Salam takziah dari blog Citarasa Rinduan untuk ahli keluarga pemilik blog KISAH KEHIDUPAN, blogger ini menggunakan nama penanya sebagai Lieynanilaz...

Jua buat allahyarhamah moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman...

Komen beliau yang terakhir pada 1 july 2012, diblog Citarasa Rinduan, arwah yang sangat perihatin, baik hati dan sentiasa mengambil berat tentang sahabat-sahabat blogger yang lain buatkan diri ini tersangat sayu.... Kehilangan beliau amatlah aku rasai, hinggakan keinginan aku berhenti seketika dari dunia blogging, terciptanya entry ini untuk pemberitahuan kepada sahabat yang lain

Allahyarhamah meninggal dunia, akibat darah tinggi dan paru-paru berair pada petang 2 july 2012.

kredit to blogger Gb dan blogger Tihara (sahabat baik arwah)