CITARASA RINDUAN

Friday, August 31, 2012

Raya dengan kawan-kawan.. Destinasi Sedenak rumah Jejaka Melaya


Terima kasih untuk tuan rumah.. semestinya CMG..Blogger tersohor yang sangat baik hati.. Layanan Bak dan Mak Yah,yang superrrrr.. terharu sangat2... moga murah rezeki kalian...


Ramai blogger yang hadir. karang aku syer gambar lagi. update guna hp sementara nak sampai pasar.. beli bahan mentah untuk CR...

Ada blogger masakkan yang dah lama daku teringin bertemu. Akhirnya bertentang mata.. siapakah? tunggu....

Monday, August 27, 2012

Lama dah berhajat..


Blog Berabuk? penat dah nak mengemas.. lebih-lebih lagi time lepas raya, mood lari.. badan lemah... serba serbi tak menjadi..

Ikutkan lama dah hajat hati nak tutup blog nie. Tapi tulah.. kalau ada `sesuatu` yang ingin diluahkan.. sudah tentulah blog ini kembali bernyawa.. Kalu orang lain berblog dengan happy, ku taip entry apabila perasaan yang tak best tu muncul.... Hahahahha...

Tapi, buat pembaca setia blog CR, ada berita yang kurang best ingin ku kongsi.. buat masa ini.. Blog ini tidak akan seaktif dahulul. Maaf sangat-sangat ya.

Mudahan yang baik2 buat daku dan kita semua, sahabat yang sentiasa mengikuti blog CR.

Jom.. layan gambar marhaban semalam...


(Adakah lebaran mendatang kita akan bertemu?)

Thursday, August 23, 2012

Syawal ke 5: Masih raya atau dah bekerja?


Suasana masih meriah.. kanak2 silih berganti ke teratakku... walau masih keletihan.. ku masih seronok melayan tetamu..

Mak saudara belah En. Zalie tak terkecuali.. mengeratkan hubungan sillaturahim.


Kawan-kawan masih beraya? atau ada yang dah masuk kerja?.

Monday, August 20, 2012

Salam Aidilitri



Salam lebaran dari seluruh warga Citarasa Rinduan buat pembaca setia blog ini.. Ampun maaf ku pinta andai sepanjang persahabatan yang terjalin di alam maya, ada kiranya ku terkasar bahasa penulisan....


Berhati-hati dijalanraya... moga selamat ke destinasi yang ingin dituju. Syawal ke2.. Berkumpul di family emak mertua di Parit Raja Batu Pahat, Johor.. sepanjang perjalanan. 3kemalangan berlaku pada lain-lain kawasan...Sedih hati.. sayu.. moga yang terlibat dengan kemalangan sentiasa sabar dan redha dengan apa yang terjadi.

Buat renungan diri sendiri, sentiasa beringat sebelum terkena.. bertimbang rasa, amalan mulia. Kawal diri apabila menandu sepanjang berhari raya..

Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan ke26: Berbuka puasa dikampung, suprise dari En Zalie


Gembira....
Suka...
Ketawa...
Satu perasaan yang indah2 buatku... terima kasih buat suami tersayang

Tanpa disangka2..selepas ambil Umai dari sekolah... En Zalie ajak pulang ke kampungku F Tenggaroh, katanya rindu bondaku.. serius... ku rasa sebak


(gelagat umai di teratak ibu, pandai bawa diri... tolong neneknya mengemas
. hehehehe)

Kalau tika ini, sahabat bergegas pulang kekampung untuk menyambut lebatan.. berbeza denganku yang tiap tahun beraya dirumah sendiru... syukur, ahli keluargaku dikampung yang akan bertandang ke teratakku pada 1Syawal... alhamdullilah.. ku punya family yang memahami situasiku yang menjaga kebajikan ibu mertuaku..


Alang2 sampai ke kampung, ku pinta ibu gorengkan mee hoon istimewanya. manakala cucur udang, lauk pauk ku masak sendiri.

Selepas maghrib... dengan wajah gembira ku tinggalkan halaman rumah ibu... 2-3 hari lagi 3 adik beradikku yang tinggal di Kuala Lumpur akan meraikan lebaran bersama ibu dan abah... ku tahu... ibu sentiasa ceria dan bangga kerana anak-anaknya pandai membahagikan masa untuk mereka berdua...

Tuesday, August 14, 2012

Puas walau letih

Rasa letih terubat bila lihat hasilnya..... Baru alihkan 2 pasu.. Masukkan tanah. Tuang pokok palma merah dah rasa tulang mahu patah... Hehehe.. Dulu2 gagah jer.. Sekarang dah rasa tua benor .....

Nak buat halwa dan jeruk sudah tentu makan masa. Nak buat sayur betik banyak giler. Panggil 3kampung comfirm xabis dimakan.... Nak peram buat buah betik masak agak-agak menjadi ker?.

PS: KREDIT TO JIRAN SEBELAH. CIK MAT  SEBAB TOLONG AYU ANGKAT 2POKOK PALMA  SEBELUM DIALIHKAN KE PASU. 

Ramadhan ke 25: guna langsir 4tahun lepas?

Fuhhh.... Awal pagi tadi tanggalkan langsir.. Kemudian terus rendam... Hasilnya jam 9.15pagi dah siap dibasuh. langsir yang 4tahun berkhidmat di tingkap dan pintu rumah, memandangkan warnanya masih cantik dan tak koyak lagi ku gunakan lagi tahun nie...... 

Kebetulan cuaca elok dan kebetulan semalam adalah hari terakhir berniaga dibulan Ramadhan.. Hari ini mulakan operasi  yang sepatutnya.. Kalau rajin petang nie adalah sejenis biskut. Kalau malas.. Beli jer? Hahaahaa...

Kalau terlebih rajin petang nie nak hantar kek buahan. Tempahan dari mak saudaraku. 2buku jer... Jangan pitam depan oven sudahlahhh...

PS: Kawan2 masih berkerja ya?.. Kuih raya dah buat ker?. Daku terlambat lahhhh

Monday, August 13, 2012

Ramadhan ke 23: Alhamdullilah walau ditimpa bencana kami selamat


Assalamualaikum.. Salam Ramadhan ke 24 buat sahabatku yang beragama islam dan salam sejahtera buat sahabat non muslim..

Semakin hampir bulan syawal.. Daku semakin sibuk menguruskan Citarasa Rinduan. Hari ini hari terakhir daku berniaga dibulan Ramadhan... 

Buat sahabat yang teringin merasai makanan kampung termasuk kuih muih, roti jala, nasi ambeng dan lain- lain. Jangan lepaskan peluang mengunjungi bazar di hadapan BSN f Sg Sayong, Kulaijaya...

Semalam keadaan cuaca yang amat menakutkan buat para peniaga. Kilat petir sambung menyambung.. Kecut hati kami menguruskan jualan. Syukur.. Rezeki Allah.. Jualan habis dijual. Manakala kami selamat walau rasa ketakutan yang amat....

Berikut akibat kerosakkan ribut petir semalam.... Pokok tumbang. Modem Internet turut terjejas... ada terdengar bazar Bandar Tenggara yang berdekatan tempat kami ditimpa kemalangan. Payung berterbangan. Barangan jualan tidak dapat diniagakan...




Update guna hp
PS: Salam simpati buat para perniaga yang mengalami bencana.

Wednesday, August 8, 2012

WW: Pilih pokok untuk Raya?



Pokok diatas adalah pokok Kipas. Kalau dulu2 aku perhatikan ibu tanam pokok yang namanya sama iaitu pokok Kipas daunnya lebar2. BESAR BENOR.. Sambai aku suka main pondok2 kat bawahnya. Kalau hujan... Tak tempias pun...

Zaman sekarang pokok nie tengah popular. Beli pasu yang besar kemudian masukkan pokok diatas... Daunnya kecil. Dahannya rendang, tu yang bakal mengindahkan lanskap.

Belum beli, tapi sedang merancang.. Nak beli ker idak untuk hiasan halaman rumah...

PS: pokok hari raya? Kuiii.kuiii. Ingat sofa, karpet jer ker kena ganti......

Tuesday, August 7, 2012

Ramadhan ke 17 Semakin meriah dengan bunga api.




Inilah saat yang paling membangkitkan 100% semangat hari Raya. Percikkan bunga api, kepulan asap sudah menunjukkan tanda lebaran semakin hampir.

Umai bermain seorang diri dengan ditemankan En Zalie dan bibik Iqa. Aku layan bual dengan mak mertua....tiba-tiba sorang-sorang kanak2 memenuhi halaman rumah.

Rezeki budak2, datang berbelas-belas orang pun kami xkisah. Kongsi bunga api yang ada. Janji kalian semua happy.

Raya memang untuk budak2 jer. Kita yang dah besor panjang kutip amalan bulan Ramadhan banyak2. Kannnnn

Monday, August 6, 2012

Salam Nuzur Quran. Umai dapat cuti, korang?


Assalamualaikum.. Salam Ramadhan ke 17 buat sahabatku yang beragama islam. Dan salam sejahtera buat sahabat non muslim. Tika ini aku di bandar, menunggu En Zalie membeli keperluan dapur. Semakin hampir bulan Syawal ada sahaja barang yang tak cukup.

Belum lagi stok ubatan beliau dan MIL, sehelai baju dan seluar untuk daraku, alang-alang cuti sekolah sebab cuti Nuzul Quran dapatlah Umai temankan abahnya.

Tapi, tak silap aku sepanjang perjalanan ke bandar. Ku perhatikan office, bank dan sekolah kerajaan ( depan rumah aku sekolah rendah) beroperasi seperti biasa. Nampaknya Johor tak ambil cuti Nuzul Quran rupanya...

Hanya sekolah Pasti yang bercuti.

Ps: sahabat yang di negeri-negeri lain dapat cuti Am kah?. Daku tak dapat online seperti biasa sebab modem internet terbakar dik petir. Salah diri sendiri. Heheeee.

Saturday, August 4, 2012

Ramadhan ke 15, menu berbuka: Cengkodok Sayur


Salam Ramadhan ke 15, esok dah hari ahad. Minggu hadapan jumpa ahad lagi. Minggu tulatnya dah 1 Syawal. Maksudnya kita umat islam dah sambut hari raya. Sedihnya nak tinggalkan Ramadhan, masih banyak lagi amalan yang belum ku buat. Subhanallah. Ya Allah jika kau ambil nyawa ini. Kau biarkanlah aku dalam keadaan yang cukup amalan untuk dibawa kesana, amin.


Menu ifftar hari ini hanya jemput-jemput sayuran. Kalau belah negeri atas depa tiak cengkodok sayuran. Kannn?. Nak buat jemput-jemput sayuran, korang boleh tambahkan pati ayam dan lada sula untuk menyedapkan rasa. Nak lagi harum.. Daun sop jangan dilupa

Tahun ini dan tahun sebelumnya tak pernah ifftar di luar, kecuali berbuka di kampung. Ku tak berapa selesa berbuka di kedai makan atau pasaraya. 

Guma ada keinginan nak berbuka di hotel. Heheeeee. Mudahan satu hari nanti impian termakbul. Amin..

Tahun nie si Ayah shopping baju raya untuk anak kami.


Assalamualaikum. Salam Ramadhan ke 15 sahabatku. Hujung minggu yang indah. Ku tahu, rata-rata kawan semua sedang sibuk membeli belah baju raya untuk diri sendiri atau family...

Ku tak terkecuali. Bazar Ramadhan hari ini tutup. Sebenarnya awal pagi tadi ada berlaku sesuatu yang menyebabkan hasrat nak berniaga terbantut. Tak apa, sekurangnya bolehlah kami shopping baju tambahan untuk daraku.

Hasil pembelian En Zalie buat anaknya. Jubah puple untuk menambahkan baju kurung 2 helai yang telah siap ku siapkan sebelum Ramadhan.

Syukur... Suamiku memang boleh diharapkan.. 

Thursday, August 2, 2012

Pak Ngah Farid Ismeth Emir tag FBku, Doa untuk dapatkan Zuriat.


Selamat pagi sahabat... Pagi yang indah dan berseri...
Tambah seri bila melihat FBku dipagi khamis yang indah...


(siap ada gambar perempuan mengandung)

Perasaan yang terlalu segar bila menatap kiriman dari Farid Ismeth Emir (Pembaca Berita tv 1) tentang doa dan amalan untuk mendapatkan Zuriat

Macam tahu-tahu sahaja Pak Ngah yang aku memang sedang berusaha ke arah itu.... Amin... Amin.. terharu sangat2, memandangkan aku tak pernah bertegur sapa dengan Pak Ngah di FB, namun kerana hari ini.. Aku terbuai satu perasaan yang Indah-indah

Buat beliau terima kasih daun keladi, ku abadikan entry ini sebagai tanda terima kasih, segali gus berkongsi ilmiah kepada sahabat yang sedang berusaha menambah cahaya mata dalam masa terdekat...

Doa dan amalan untuk mendapatkan Zuriat.

"Ya Musawwir" - Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan bacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 kali. Kemudian minum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi suami, hendaklah buat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian, pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 kali. InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh


PS: Doa bagi orang yang sedang berpuasa, Insyallah akan di makbulkan olehNya, Amin

Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan ke 11: Aku cuba Instagram



Instagram - Fast, beautiful photo sharing for your iPhone

Assalamualaikum selamat petang sahabatku, kalau nak diikutkan aku tak berapa pandai tetang perisian terbaru IT, kalau dulu bila kenal beberapa perisian gambar contohnya seperti picasa, puas aku minta tolong kawan2 bagi URL nak download perisian tu... Kikikikiki

Sekarang nie rata-rata kawan2 semakin maju, syer gambar yang lebih mantop dan ceria. Kelass ko, bila lihat gambar kawan-kawan dalam FB cun habisss.... Rupanya depa guna perisian Instagram

Jadi, aku nak kongsi untuk kawan-kawan URL Instagram, korang boleh klik gambar kat atas tu ya, aku dah bagi link. (dan sebenarnya aku nie tak berapa nak pandai sangat, cuma nak syer apa yang ku pelajari)

Kat bawah nie beberapa keping gambar yang telah selamat ku syer dalam Instagramku, aku guna nick name RuhayuRazali, pada sesiapa yang ada Instagram.. bolehlah kita berkongsi gambar yang kita sama-sama snap.
(gambar tetang koleksi Ringgit Malaysia 1.00 yang kusimpan)

( Umai bersama buku Nombornya, gelak besor nila lihat Dinosaur umai yang warnanya macam tak cukup colour.. kuii..kui)

(Ini gambar pertama aku cuba, kurang menarik.. tapi bolehlah.. heheh)