CITARASA RINDUAN

Friday, September 28, 2012

Azhar Manufacturing Sdn Bhd, Sri Baharum Rengit, Batu Pahat Johor



Rata-rata warga Johor kalau hendak memborong atau membeli kerepek, kuih muih raya, aneka makanan ringan dan pelbagai makanan kering hasil tangan orang kampung pastinya kedai ini menjadi pilihan utama.


Bertempat di Batu pahat, Azhar Food sangat popular dan menjadi buah mulut orang sekeliling kerana keenakan makanan yang terjual sekaligus pada harga patut dan murah yang diberikan buat pelangganya. Waktu operasi setiap hari kecuali jumaat rehat dari jam 12.30 tengahari ke 2.30 petang.




Lihatlah keadaan ruang yang selesa, pelanggan wajib membuka kasut/selipar seolah-olah kita berada kampung/rumah sendiri. Unikkan?



Tuan tanah harus posing. 2.30petang 28 september 2012 kami anak beranak pertama kali  ke Azhar Food Supplier. Tujuan utama adalah untuk mencari kerepek untuk disumbangkan ke mak saudara En Zalie, kerana majlis kahwin anaknya tidak lama lagi.

Sambil-sambil tu agenda kami santai2 ke halaman kampung datukku, ya.... 8 tahun ku tidak pernah ke rengit kerana selepas arwah meninggal dunia, family ibu berhijrah ke bandar... Rindu bau kampung dan air tanah gambut yang mengalir....


PS: Hanya RM 120 kebawah makanan ringan ini menjadi milikku.....

Kisah Malam jumaat

Senang dan gembiranya kami dimalam hari, asalnya MIL ajak santai2 ke Kulaijaya. Kebetulan aku puasa ganti, pastinya ada agenda makan-makan.

Walahemah kami sekeluarga sukar makan malam, sesekali apa salahnya kan?

Kredit to my En Zalie kerana belanja kami di Secret Recipe. Menu pilihan En Zalie pastinya Tomyam Noodle RM 13.50. Minuman teh o lemon tanpa ais RM 5.00


Umai, memilih choclate sundae RM 9.90 dan Kid's fish & chips RM 11.50

 Pilihanku malam jumaat tadi adalah Fried Rice Satay RM 13.80. Manakala minumanku adalah Yougurt campuran RM 8.50

MIL pilih Fish & chip RM 16.80, minumanya Green Apple Celery RM 7.00.

Manakala adik iparku yang kebetulan balik ke kampung memilih kek yang berharga RM 6.00, Manakala minumannya pula Fresh WaterMellon yang berharga RM 7.00


PS: Arah balik layan tutti Frutti di Indapura, Kulaijaya. Kali ini Cik Mieja yang belanja. Harga kedua mangkuk tersebut hampir mencecah RM 30.00

PS: Sampai rumah, perut kenyang.. cuaca luar yang sejuk kerana angin kuat dan hujan membuatkan aku tidur panjang, terbabas isyak ke jam 1.00malam. Kikikikiki, tak apa boleh solat sunat..

Thursday, September 27, 2012

Alhamdullilah

 Sebelum...
Selepas


PS: Menu berbuka.. syukur, sendiri beli, sendiri bayar, sendiri goreng, sendiri makan... Tapi, MIL nak belanja makan luar.. Wahhhhh...di manakah?

Terliurrrr

Yang ini makan time panas memang ngammm.. 



Cecah dengan sambal kicap!! Peeh....


Kalau dapat makan dengan nasi panas pun syok gak..  


Kalau yang ini macam dah jemu... 


Peeh!! mantoppp 


Tak apa.. ambil yang ini jer, lepas raya kesihatan kena jaga...


PS: Entry untuk orang yang sedang  berpuasa ganti.. Heheheh... Sumber Gambar
(kredit untuk diri sendiri,sendiri masak, sendiri snapp)

Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday 35: Rezeki berbuka


PS: Nyamiii... Gambor atas daku dibelanjakan... Gambor kedua pula daku dapat free.... Rezeki... ( kenyang sudah... alhamdullilah)

Wordless Wednesday 34: Rezekiku


Lama tak WW winduuuu.
Pagi tadi dapat dari teman baikku. Suryani Ibrahim... Sayangnya, tak dapat rasa lagi sebab daku berpuasa ganti....
Thanks kawan

Tuesday, September 25, 2012

Resepi: Roti Manis buah-buahan SARI ALAM

Selamat malam sahabat maya, petang ini meroti lagi. Ada 2kilo tepung roti dalam simpanan.
Sebelum tepung rosak dek serangga,ku buat roti manis buah-buahan.
Resepi dari buku Bun Lover kiriman blogger yang sentiasa dihatiku. Terima kasih untuk beliau.

Jom... kita semak resepinya

ROTI MANIS BUAH-BUAHAN SARI ALAM
(cup cake menghasilkan 20biji roti)
Bahan-bahannya:
300g tepung high protien
11g Yis
1sudu teh garam
40g Gula kastor
20g susu tepung, Ayu guna susu omega 3.. alang2 tinggal sikit. Hehee
210g susu kotak, Ayu guna ducth lady, Umai punya agaknya. Lama dalam peti ais.
11/2 Sudu teh bread improver
50gram buttercup
150g mix fruits

Topping:
2 Sudu teh gula
20g badam

Cara menyediakan:

  1. Kembangkan yis dalam air suam. Adun tepung high protien bersama garam,buttercup,gula,susu tepung,yis dengan susu kotak dalam satu mangkuk.
  2. Uli hingga jadi doh. Masukkan mix fruits. Jika adunan melekat dijari tambah tepung sedikit demi sedikit.Rehatkan selama 30minit doh
  3. Masukkan kedalam loyang, kalau ikut kesenanganku masukkan dalam cup cake. 
  4. Tabur gula dan badam diatasnya
  5. Bakar pada suhu 170c selama 20minit
  6. Selamat mencuba

Monday, September 24, 2012

Resepi: Puding Santan Selasih.

Ke'gila'anku  terhadap dunia memuding nampak gayanya semakin maju kehadapan. Tadi pagi bila aku tanya En Zalie tentang idea nak memuding lagi.. En Zalie cadangkan puding jagung dimasukkan biji selasih. 

WhatsApp dengan adik beradik, mereka kata pelik...
Aku okey sahaja, maklumlah bila ada permintaan dari suami, sudah tentu aku tunaikan.

Aku buat selepas ambil Umai dari sekolah, sambil menunggu kukusan talam Roti bercoklat masak. Puding Santan selasih siap dalam periuk. Senang dan mudah kan?


Kerja-kerja memuding tak lama. 15minit dah siap, lepas nie kalau ada majlis atau yasinan. Aku nak hantar puding2 jerlah. Asalkan bahan-bahan ada di dapur.

 Jom semak resepi mudah ini.

Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar 17g
Susu cair 1 tin
Air 1200ml
Daun pandan 3helai,basuh dan blander. Tapis atau pewarna pandan.
Santan kotak 200ml (kalau korang guna santan parut kelapa. Korang sukat 1400ml air santan tak payah guna air, bersamaan 1 biji kelapa parut)
Gula 140gram
1/2 biji selasih yang dijual RM 1.00


Cara Menyediakan:
  1. Basuh agar-agar, toskan masak agar2 dengan air, bila sudah larut masukkan gula. Kacau hingga mendidih
  2. Masukkan santan,susu,air pandan atau pewarna dan biji selasih. Kecilkan api hingga mendidih.
  3. Sedia di masukkan dalam acuan. Sejuk, simpan dalam peti ais.
  4. Sesuai untuk pencuci mulut selepas makan atau hidangan semasa cuaca panas. Selamat mencuba.


Sunday, September 23, 2012

Resepi Puding Jagung. Saya belajar dengan Blogger Jebateja


Selamat malam sahabatku,. sebenarnya saya pengemar puding, apa-apa yang berkaitan puding saya akan makan tanpa bersalah, walahemahnya badan saya membesar dengan jayanya. Hahahah..

Sayangnya bila saya sentiasa sibuk dengan urusan saya, saya tak pernah belajar membuat puding sendiri, Akhirnya pada 1 September 2012, saya dapat resepi dari sahabat blogger lelaki yang sangat mahir dalam dunia puding memuding, kalau nak lihat betapa terronya beliau membuat puding, korang boleh ke You Tube cara-cara menyediakan puding, tak silap dah berpuluh-puluh resepi beliau syer dalam dunia maya. KLIK sini ya. (masa saya cuba puding jagung, saya tak perasan yang beliau banyak kongsikan resepi dalam you tube, pemesnya beliau, Saya perasan bila skodeng blog beliau sahaja itupun sebab nak bagi kredit untuk beliau)

Maafkan Kak Ayu, wahai Jebateja.3 minggu barulah kak beranikan diri cuba memasak puding Jagung kamu.
Saya tetap sibuk dengan urusan saya, walau resepi dah diberi saya biarkan sahaja, bahan-bahan saya sediakan akhirnya pada 20 hb September, itupun sebab saya semakin yakin untuk memuding.

Alhamdullilah, dengan resepi yang Jebateja kongsi di PM FB saya, akhirnya menjadi juga puding Jagung Jebateja...

Terima kasih banyak-banyak dik, syukur sangat-sangat mengenali kamu, walau dah hampir 2 tahun Kak Ayu kenal kamu, selalu dijamukan mata dengan pelbagai puding di blog kamu, akhirnya berjaya juga Kak Ayu memasak puding, Insyallah.. akan digunapakai untuk diri sendiri dan sahabat yang lain.


Saturday, September 22, 2012

Jumpa blogger KakZakie


Ada kisah disebalik pertemuan semalam - jumaat (jam 9.15 Malam)
Maaf entry ini sangat panjang, tapi ianya kenangan yang teristimewa untuk simpanan daku.

Kisah 29 Ogos 2012
Bila mendengar suara kakZakie, hatiku terus teruntun hiba,, "Atok Eksiden Ayu".... (lemah suara kakZakie, selang seli dengan tangisannya), masa itu niatku untuk mempelawa kakZakie sekeluarga ke Teratak CMG untuk perhimpunan Raya pada 31 Ogos terbantut. 

Pada masa yang sama, dikepalaku hanya ingin segera ke HSA, hospital yang ditempatkan ayah kakZakie, sambil ku update FB untuk memberitahu berita sedih tentang situasi yang menimpa kakZakie di bulan Syawal, ajak sesiapa yang hendak melawat ayah kakZakie di HSA. Akhirnya aku dan blogger GB mengambil keputusan untuk ke HSA pada 30 Ogos (jumaat) selepas waktu office GB berakhir iaitu kira-kira jam 6 petang .

Kisah 30 Ogos 2012
Dalam perjalanan ke HSA, sambil ditemankan kedua orang tuaku dari Mersing aku terfikir untuk menanyakan wad mana atok berada, mungkin masa itu aku baru terfikir nak tanyakan soalan itu, walahemah sejak dari awal pagi aku dah simpan hasrat untuk telefon awal-awal. Sibuk memasak di CR daku terlupa.

"Atok dah dcaj Ayu, sekarang kak bawa atok ke rumah ( taman Damai, Senai) suasana rumah kelam kabut sikit.." 
"Alhamdullilah", bisik hatiku, gembira sebab Atok dah pulang ke rumah,.
"Abah, pusing semula.. kita patah balik, sebab ayah KakZakie dah keluar wad..", aku beri arahan pada ayah kandungku, sebab semasa ke HSA aku minta abah drive.. hujan turun dengan lebat tika itu.

"Kenapa tak terus kerumah kawan ayu?, Ibu tanya dengan tenang.." walahemah dia tau anaknya nak sangat berjumpa ayah kawannya yang cedera kemalangan
"Kakak takut menyusahkan KakZakie, faham dia pasti bingung bila ayahnya yang sakit ditempat baru" aku jawap ringkas dan padat.

Khamis 13 September
Ayu, atok makin sihat,.. alangkah indahnya bila suara kakZakie ceria dihujung corong telefon, panggilan dari kakZakie meyakinkan aku, kakZakie sudah gembira dari dukanya sejak awal Syawal lepas..

Selasa 18 September
Dik, jommm dating ngan kakZakie, 
Jommmm
(itulah whatsApp antara aku dengan blogger GB)

21 September 2012
Akhirnya, pertemuan kami menjadi kenyataan.. Keramahan suami tersayang kakZakie, jua membuatkan aku tak ada rasa malu, pertemuan kali ini sangat special apabila En Zalie, Umai, MIL, blogger GB dan sahabat baik.. (eh!! jantina still rahsia ya) sangat indah dan santai2..

Atok?? Jangan terkejut sangat2 ya.. Atok sangat sihat, bantuan dari anak, doa dari semua keluarga dan sanak saudara atok, kini atok kembali sihat, nak tengok wajah atok terkini? sila klik ke blog kak Zakie ya.
Saat aku bertemu semalam, atok berdiri.. berjalan ke arah kami, aku tergamam... dan lebih tergaman sebab atok boleh speaking LONDON, India, Cina dan macam-macam, siap bertutur jawa dengan kami, aku? Ternganga sudahhhh, Hahahha, Cayalah atok.

Pertemuan semalam juga membuktikan blogger TITiSAN NURANI (kali ke dua sebenarnya daku bertentang mata dengan kakZakie) bukan sahaja ramah di alam maya, malahan tetap manis dan ramah di dunia nyata, tambahan lagi air tangannya sangat superrrr...............

Buktinya?

(pingganku sangat sarat dengan lauk pauk hasil tangan kakZakie, kredit untuk En Suaminya yang sentiasa membantu)

(cekap sungguh dan bertuahnya suami kakZakie ada isteri yang mahir dalam apa2 pekerjaan, walau menguruskan ayahnya tetap memasak pelbagai)

(inilah sahaja wajah yang dapat ku rakamkan, yang lain-lain sangat malu untuk bergambar bersama, begitu juga wajah kakZakie, dia memang sangat pemalu, tapi sangat cantik dan manis)


PS: moga persahabatan kami semua berkekalan hingga hujung nyawa, terima kasih daun keladi buat seluruh family kakZakie yang melayan kami dengan ramah, tak segan pun semalam.. siap tambah2 lauk lagi, Umai? main sorang2 dengan permainan adik (anak bungsu kakZakie)

Thursday, September 20, 2012

Resepi Puding Oreo bercoklat. Serius memang sedap.

Assalamualaikum, selamat tengahari sahabat alam mayaku... Buat follower baru dan follower yang sentiasa sudi ke blog CR, terima kasih ku ucapkan,.. tiada perasaan lain yang ku rasakan, hanya yang indah2 terhadap persahabatan yang terjalin. Moga ukhwah kekal selamanya.

Sahabat FB, dah pakat tanya resepi puding ini, sebenarnya kemarin BW.. bila singgah blog teratai. Daku ala2 terkejut sebab gambar perkahwinan anak saudarannya sama macam gambar perkahwinan anak saudara k.Nor Secubit Garam, (cerita nie panjang sedikit..) jadi penghujungnya barulah ku tahu kak teratai ada hubungan dengan k. Nor, kecilnya dunia. Terlanjur singgah blog kak Teratai, daku sekodeng entry lepas2.. sekali jer terpandang entry anaknya chef Aiman buat puding Oreo bercoklat tu. Wah!! apa lagi, edisi membuat puding bermula ( daku memang suka gile tau kat puding2 nie..) Lagipun resepinya mudah.


Yang kelakarnya, bila singgah ke link kak teratai berikan, ku masuk ke blog sehari di dapur (Namia namanya), bila baca resepi.. lah!! dari blog  K.Nor secubit Garam rupanya.. Hahahhaha pusing2 kembali lagi ke blog kak Nor, Jadi kenalah bagi kredit pada ketiga-tiga blogger yang syer resepi Puding Oreo Bercoklat ini. Terima Kasih Teratai, Namia dan K.Nor.. 

Tapi kan resepi asal adalah dari blog HomeKreation Kitchen Corner (Along Ros namanya) terima kasih buat Along yang sudi syer resepi puding tersedap ini. Serius sedap sangat. Seperti dalam entry Along, time makan puding tu boleh terpejam-pejam mata. Lazat tau. Buat Along, salam persahabatan. Ayu memang tabik toing2 dengan kamu, puding milo bercoklat yang lazat ini memang buat tidur malam ayu nyenyak.


Jom, semak resepi Heavenly milo &  Oreo Jelly (Agar-agar Milo Lapis Oreo)
Resepi asal Ros HomeKreation.
BAHAN-BAHAN
Saiz 8"persegi
1bungkus agar-agar/10gram serbuk jelly (Ayu pilih 1 bgkus agar-agar putih)
750ml air (sukat guna botol air mineral 500liter, tambah 1 cawan)
170 gula (ayu ikut k.Nor guna 140gram sahaja)
1 tin susu cair 400g
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau  dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih, kacau betul-betul ya.
  2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati
  3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
  4. Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo. ( ada 3 LAPISAN ya )
  5. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais
  6. Selamat mencuba.
TIPS UNTUK MELAPIS
  1. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
  2. Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya..




Wednesday, September 19, 2012

Resepi: Pizza mudah dan sedap



Assalamualaikum sahabat..
Selepas syawal mood meng'baking' memang lari ke laut.. ambil mood lepas raya memang agak sukar... sudahnya asyik kena perli sahaja dengan En Zalie. Hahahah.. gitulah kan,bila dah berkeluarga nie kita kaum perempuan akan sentiasa mendapat galakkan dari suami tersayang, jadi.. buat adik2 yang belum kahwin tu... cepat2 lah mendirikan rumah tangga... bukan sahaja boleh masak lauk, buat kuih muih,buat kek, roti dan macam2 lagi. Itupun sebab melihat raut wajah anak2 yang mahukan ibunya masak macam2....
Tapikan ramailah kawan2 yang belum kawin lebih terro didapur... kannnnn...

Tengahari tadi mulalah daku merajinkan diri... Bismillah. jadi juga pizza seafood yang senang dan mudah.

Jom semak resepi.

Bahan-bahan Doh roti
500gram tepung high protien
11gram yis mauripan
75gram buttercup
1 sudu gula
1 sudu teh garam
1 biji telur
1 sudu bread improver
1 sudu bread softner
Air 200ml (seelokanya dari peti ais)

Bahan-bahan INTI pizza (topping)
Bawang Hollan (hiris halus)
Lada Benggala (hiris halus)
Sayur campur - sedikit
Bebola daging, ayam, sosej, ketam (ikut selera kalian)
Cheese Mozzarella
Oregano
1 Tin Tomato pure 
1 Tin Marshroom
Nanas dalam tin



Cara menyediakan
Doh (kulit pizza)

  1. larutkan yis dalam air suam. Gaulkan tepung, bread improve,bread softner, air sejuk, garam, gula, buttercup dan telur hingga menjadi doh.
  2. Ulang lagi sehingga doh betul2 lembut, jika masih melekat tambah tepung. Simpan sekejap doh dalam suhu sejuk. 
  3. Ratakan dalam dulang yang telah digris majerin/minyak masak.
  4. Adunan ini bakal menjadi 5 dulang pizza



Inti Pizza (topping)

  1. Gaulkan tomato pure dengan Oregano.
  2. Taburkan kesemua bahan2 INTI dimulakan dengan bawang, lada, tomato pure, sayuran, nanas, cendawan, pelbagai bebola atau daging bugger. Diakhirkan dengan Cheeze Mozzarella
  3. Panaskan oven dalam suhu 170c, 10 minit.
  4. Kemudian masukkan adunan yang siap dalam oven, bakar dalam 25 minit
  5. Siap untuk dihidang.

Tuesday, September 18, 2012

Terima kasih Blogger EQBAL


Apabila melihat alamat yang tertera.. ku senyum lebar tanda suka... 5minit senyuman bertukar kepelikkan... Eh!, betulkah ini kepunyaanku?.. Rasanya contest dah lama tak ku sertai, pembelian online rasanya tiada, maklumlah hujung bulan lagilah lepas raya RM banyak mengalirnya.

Apabila ku amati... Ya, bungkusan ini kepunyaanku... itupun apabila terpandang nama blogger Eqbal dibelakang sampul bungkusan...

Buat Abang Eqbal, terima kasih daun keladi... Ayu sangat hargai pemberian yang abang berikan pada Ayu, Moga ukhwah kita berkekalan sampai bila2..

Koala Bear dari Australia..dapat sepit kuku comel tu, daku sangat bertuah... Mengikut wshup Abang Eqbal, dia poskan sebelum fly ke Brisbane... Wah!!... Saya suka, saya sukaaaa....

Susah nak cari...



Semalam lepas niaga aku dah cari di Cowboy, Kulaijaya. Bila tak jumpa cari di Sakan Nilai. Kiranya kedua2 kedai tu merupakan gedung yang terbaik menjual periuk,besen dan macam2 atok nenek barangan dapur di Kulaijaya.

Pagi tadi siap memasak lauk pauk aku cari kat kawasan Kota Tinggi pula. 5 kedai ku redah untuk mencari periuk kukus seperti gambar diatas.

Samalah macam kat Kulaijaya,periuk tu dah tak ada dijual. Tokey kedai semua pakat tunjuk kukus pau atau kukus pulut.

Kukus pulut memang okey,masalahnya kecik benor,aku nak tanak nasi ayam bukan sikit2 kilo.. Aku dah guna 5tahun kukus tu, uzur benor kannnn...

Eh, korang pernah nampak tak periuk kukus yang ku tayangkan tu.?.. Kalau ikut MIL, periuk tu ada jual di Indonesia jer

Monday, September 17, 2012

Untungnya.....




Hadiah hari lahir Umai dari mak saudaranya Cik Ijah,. wow..... aku belek2... bukan sikit2 murah nie.....
Untungnya anak daraku...
Buat Siti Hamizah Jamil. Terima kasih.... kak Ayu sangat hargai... Moga kamu dirahmati dan dimurahkan rezeki olehNya... Amin

PS: Hadiah ini, kenalah ibu Umai simpan baik2.. kalau Umai yang jaga, tak sampai 6bulan.. kalau tak hilang, rosak jadinya....

Friday, September 14, 2012

Blogger manis yang ke CR ialah.....



Dia jeling kita, kita jeling dia..... ( kami dah tak tahu nak pandang kamera yang mana satu.. hahaha)
Ewahhhhh!!!!!!
Dah kata dah... memang manis blogger tersebut kan?

Rasanya dah ramai kenal bloger ini, memang bertuahnya diri ini apabila blogger GB sudi membuat kejutan ke CR pada jamuan Hari Raya CR.

Saat daku kesibukkan melayan para tetamu, dan rasanya... memang sukar nak cam muka tetamu sebab suasana jamuan semalam yang tersangat meriah... hingga tak nampak sebiji kerusi yang kosong pun...

Hingga ada tetamu yang sanggup makan/minum secara berdiri..

Saat itulah.. aku dikejutkan dengan lemparan manis blogger GB kearahku... (sungguh!, beliau yang tak pernah datang ke CR, tiba2 berdiri tegak dihadapanku) cayalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Terima Kasih buat GB dan sahabatnya yang sudi ke jamuan tersebut... (dia ada entry khas untuk meng`Suprese'kan daku!!! jom baca)

-------------------------------------------

(30kilo mee, 10kilo mee hoon, 120 ketul ayam masak kicap, 10 kilo daging rendang, 300 biji kuih muih, 5 tong koktel, 250biji nasi Impit dan berpuluh2 kilo nasi untuk menjadikan nasi goreng dan lain-lain adalah satu bukti stok untuk tetamu CR, puas hati sebab dapat menjamu mereka)

~~ Hingga kini, kaki dan tangan masih kebas2,~~


Thursday, September 13, 2012

Suasana kemeriahan sambutan Hari Raya di CR


SELEPAS

SEBELUM

Terima kasih sekalung budi buat para tetamu.... suasana yang sangat meriah berlangsung di CR pada malam tadi.
Maaf andai terkurang layanan...

ps: sangat kelam kabut kerana tetamu datang tanpa henti... ada blogger manis sudi ke CR.. kejutan yang sangat2 membuat daku hingga kini tak mempercayainya.
entry! tunggu..... siapakah beliau?

Moga dipermudahkan



Hari ini dah hari khamis ya?..
Menggeletar seluruh badan.. jamuan hari raya buat Citarasa Rinduan akan berlangsung dengan izinNya pada malam ini.

Aktiviti selepas maghrib diadakan bacaan yasin dan tahlil seterusnya selepas isyak,para jemaah masjid akan berkumpul di CR untuk marhaban.

Buat sahabat marilah meramaikan...

Wednesday, September 12, 2012

Undangan Jamuan Hari Raya 2012





Selamat pagi......
Buat sahabat blogger semua, daku menjemput kalian ke teratak Citarasa Rinduan bagi Jamuan Hari Raya/merdeka.

Tarikh: 13 September 2012
Hari : Khamis
Jam : 7.30 Malam- 10.30 Malam
Alamat: No 1. Jalan Besar Felda Sg Sayong. Kulaijaya

Atau email ke umairahayu@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan tentang majlis tersebut

Monday, September 10, 2012

Nur Umairah 5 TAHUN...


Happy birthday sayang, moga menjadi anak yang solehah didunia dan akhirat.

Semakin matang anakku dalam kehidupannya, engkaulah satu2 penawar buat kehidupan kami berdua....
Ketahuilah kasih sayang kami tidak boleh dijualbeli.
Moga dirahmati dan sentiasa diberkati olehNya, moga diberi lindungan... AMIN


Umai sentiasa dikelilingi orang2 yang menyayanginnya...



Majlis kecil yang sederhana.. tetap meriah disamping sahabat Umai.. Ibu masakkan dengan penuh kasih sayang.

Maaf. Ibu agat letih mungkin akibat terlalu sibuk menguruskan masakkan di CR kemudiannya untuk majlis Umai, ditambah demam,batuk dan salsema yang belum sembuh.. Namun ibu gembira sebab kamu suka majlis ringkas ini


Sayang abah!!!! Umai suapkan kek untuk abah, abah tak dapat meraikan hari ulangtahun kelahirannya di sekolah.


Hadiah untuk Umai.. Terima kasih untuk Cikgu, sahabat Umai, pekerja CR dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran Umai yang ke 5 Tahun