CITARASA RINDUAN

Friday, November 30, 2012

Picasa Album Penuh, aku binggung!!


Dup...dap...dup... dapppp
Dadaku jadi penuh...
dadaku mahu meletop, dek gara-gara blog daku kepenuhan gambar.

(kredit to en google)

Gitulah, suka benor upload gambar banyak-banyak, last-last satu entry pun tak boleh nak ku taip hari ini, alhamdullilah..

Berkat doa dan ku jenis tak reti diam bila sesuatu berlaku, terus aku meluru tanya blogger yang pernah menghadapi masalah sepertiku untuk memuat turun gambar di setiap entry.

Blogger Azie Azah membantu, blogger Murni juga membantu, akhirnya bergoleklah aku ke blog sahabat yang ini.. Qaseh Honey terima kasih sangat2 kerana memberi tunjuk ajar tutorial untuk memudahkan daku berblogging semula.

Kalau blogger lain menghadapi masalah yang sama, klik gambar blog beliau ya..
Qasey Honey
Dan. terima kasih buat blogger Nur NBA kerana pujukan beliau dalam whatsApp, membuatkan jiwaku tenang.. Awak, esok kita gather-gather di SEDENAK ya..

PS: ada blogger yang ingin meramaikan edisi jelajah blogger KL ke Selatan? sila klik blog AKUZLE

Selamat Hari tua Ben Ashaari



(kek tak ada, muffin pun tak ada,jadi bagi ben bunga kat halaman rumah bonda jer. hehhehe

Buat sifuku yang memperkenalkan daku dalam dunia blogger Selamat Hari kelahiran yang ke 36 tahun.

Tanpa beliau pastinya aku tak kenal sahabat blogger yang lain. Terima kasih ben.

Moga dimurahkan rezeki,moga dipanjangkan usianya.. Jua berbahagia dengan kehidupannya bersama family tersayang

PS:
happy birthday buat sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada 30 NOV.

Thursday, November 29, 2012

Masa untuk ?


Sejak minggu lepas ku banyak terlepas entry kawan-kawan blogger.

Memandangkan malam nie daku free... masa untuk BW ke blog kalian ku ingin lakukan.

(jika ku tak sampai, tolong ingatkan ya)

Update dari sini


Lokasi: Tanaman herba hospital Sultan Ismail, Johor.
Sambil menunggu En Zalie check up.. kami berdua cuci-cuci mata dan belajar kenal tanaman herba..


PS:
CR tidak beroperasi seperti biasa pada 29 Nov 2012. Harap maklum

Wednesday, November 28, 2012

4 Hari tak update blog?


Ayam nak kena beri makan...

Tanaman dihalaman nak kena diberi minum

Ibu perlu dihidangkan dan dijaga makan minumnya

Halaman rumah ibu perlu di bersihkan

Tetamu yang ziarah ibu perlu dihidangkan sesuatu untuk membahasi tekak.. sebagai tanda terima kasih dan penghargaan


Atas sebab-sebab diataslah daku bercuti dalam dunia blogger.

ps:
Terima kasih En Zalie kerana mengizinkan daku menjaga ibu sejak sebelum-selepas pembedahan membuang rahim di KPJ KLUANG  hingga kembali ke halaman kampung

Saturday, November 24, 2012

Kosong..kosong....


Baru beberapa minit yang lepas teratakku meriah dengan tetamu
kini!!!  wawaaaaa.... ku kehilangan.

Anak saudaraku Ain Fazlin akan menjaga ibu dikampung.

Anak saudaraku bersama ayahnya akan ke Pahang kerana ada majlis kahwin dirumah atoknya.

Adik lelakiku juga sudah bergerak ke kampung untuk menghantar ibu...

Kembar 3 juga pulang kekampung untuk menemani ibu. Hanya tinggal Umai seorang yang kesedihan tiada kawan.

Adik beradikku juga telah meninggalkan teratakku untuk pulang ke rumah masing-masing kerana masing-masing ada hal yang lebih utama.


Ibu (gambar semalam) juga meninggalkan teratakku.. Oh!!. ku rasa kosong....
Kenapalah cepat sangat mereka meninggalkan teratak kami.. sunyinya..

PS:
nak jaga ibu jugakkkkk...... tapi kedai macamana?

Friday, November 23, 2012

Syukur Ya Allah!


Alhamdullilah...
Akhirnya jam 5 ptg ibu dibenarkan pulang..
Terima kasih kepada semua sahabat/saudara mara yang mendoakan sepanjang ibu berada dihospital hingga pulang kerumah

Terima kasih semua


Adik beradik a.k.a anak-anak ibu sudah berkumpul


Adik beradik belah ibu dan abah yang sudi melawat.



Cucu ibu yang tetap tunggu menanti nenek mereka di dewan bedah.


Terima kasih buat kesemua pelawat dan sahabat-sahabat serta sanak saudara yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu.

Alhamdullilah..

Thursday, November 22, 2012

Betul ker orang sakit 'kosong' jiwanya?


Bacakan al fatihah atas rohnya, kemudian sedekahkan surah yasin atas roh simpulan boleh menenangkan pesakit sembuh dari 'gangguan' sewaktu pesakit baru sedar dari 'tidur a.k.a. kesan ubat bius yang sudah habis'?


Jawapannya?
Ku cuba sebaiknya buat ibuku.. alhamdullilah selepas sedekahkan surah al fatihah dan surah yasin atas roh ibu. Syukur ibu kembali seperti dahulu  Hanya bisa luka akibat rahim disedut keluar di pintu rahim masih terasa.

Ibu gamat? Kolagen atau pati ikan haruan.. Yang mana lebih mujarab untuk sembuhkan luka?


PS:
adik beradikku dalam perjalanan ke hospital dari Kuala Lumpur. Moga mereka selamat sampai pergi dan balik.. Amin

Komplikasi selepas pembedahan.


Walau ibu sudah sedar, kesakitan akibat rahim yang telah dibuang beberapa jam lepas membuatkan emosi ibu terganggu.
Staff nurse kata ianya normal, bergantung kepada pesakit. Sekarang ibu hanya loya. Belum muntah.. Meracau akibat kesakitan yang dialaminya.

Doktor sarankan masukkan ubat penenang/tahan sakit..

Ya Allah.. moga cepatlah ibu sembuh.. amin

Alhamdullilah.....



Syukur, walau ibu belum buka mata.. sekurangnya pembedahan berjalan  dengan lancar, 4jam masa berlalu.... moga tiada sebarang komplikasi. amin

Ps:

terima kasih teman-teman yang mendoakan ibuku saat pembedahan sedang berjalan 4jam lepas.

Perkara yang ku lakukan bila Ibu di bilik bedah

Keadaan ibu sebelum ditolak ke bilik bedah jam 11.45 pagi 22 Nov 2012

Selain berzikir dan berdoa yang tak putus2 untuk ibuku...

Aku mengunakan masa 2 jam sebaik yang boleh, update blog, membaca risalah yang terdapat dikawasan hospital dan merehatkan fizikal badanku di kerusi urut yang disediakan...

ps:
terima kasih keatas teman-teman yang mendoakan dan menasihatkan aku sepanjang menjaga ibu di hospital. Mudahan kalian dirahmati.



Moga dipermudahkan...




Insyallah, dengan izinNya.. Hari ini ibu akan menjalani 1 pembedahan yang melibatkan penyakit lamanya, ujian kecil dariNya. Ku tahu ibu seorang yang kuat semangatnya. Sentiasa redha dengan ketentuanNya.

Doakan ya kawan2....


PS; hati ini sebak dan hiba.. saat membantu ibu untuk membersihkan diriNYa,ku tahu ibu malu...
Ibu.. pengorbananmu mengandungkan, melahirkan hingga membesarkanku tiada tandingan. Ini hanya sekecil kasih yang mampu ku lakukan. Terima kasih En Zalie kerana sentiasa memahami.

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wenesday: Kembar 2





Masih ingat entry kembar 3? tak cukup tangan ku melayan karenah mereka.. suaraku pula kembang dan lantang macam mak tarzan (Eh, istilah mak tarzan tu buat aku teringat blogger Azie Azah)

Monday, November 19, 2012

Bertemu blogger Linda Maniss buat kali kedua dan blogger Kasawari untuk kali keberapa entah?


Kalau korang baca entry yang ini korang pasti terkejut kerana buat sekian kalinya diri ini bertemu untuk 2 hari berturut-turut dengan blogger Linda Manis. 
Kali ini rezeki kami bukan hanya bergathering berdua, namun ditemani anak-anak blogger Linda yang cantik manis seperti uminya juga..

(berdiri dari kanan, blogger Kasawari bersama anak-anak blogger Linda Manis,
duduk kiri Cikgu Linda, CR dan Blogger Linda Manis)

Bertambah meriah dan ceria 4 Muharam 1434 H di Citarasa Rinduan apabila kunjungan dari blogger Kasawari bersama isteri tersayangnya Cikgu Linda, malah dibawanya juga seorang sahabat dari negara Iraq.

(blogger Linda, Cikgu Linda, anak-anak Linda Manis dan Pak Arab)

Terima kasih daun keladi buat mereka yang sudi bertandang ke CR, walaupun sekejap sebab masing-masing ada hal. Namun ianya meninggalkan kenangan yang sangat bermakna buat diri ini khasnya.

Gelagat kandid dari lanser kamera Blogger Kasawari yang hingga kini tawaku masih bersisa adalah:

  • Linda dan Azman fasih berbahasa English, malahan kami juga belajar berbahasa Arab, aku?? terlopoh sahajaaaaaalahhh


  • Terpinga-pinga aku tak faham, Linda tertutup-tutup mata tanda dia memahami dan asyik dengan suara pak Arab ituuu. Huhuhuhu (habis aku kena piat kat peha oleh Linda)


  • Mula-mula kami seriuss

  • Ku gelak tak hingatttt, sampai kedua-dua Linda ketawa geli hati...

  • Suka yang amat, hingga tak kering gusi kami gelak...

  • Soal jawab blogger Linda buat diri ini, hingga tekanan telah ku lepaskan pada tiang yang tak bersalah ituuuuuu.. huhuhuhuu (mujurlah ada kamera dari Azman, buat kenangan kami)



PS: Kredit to Blogger Kasawari a.k.a Azman Ahmad diatas gamabr-gambar yang disyerkan di FB, juga ucapan ribuan terima kasih atas kenangan yang terindah di pagi hujung minggu 18 Nov 2012

Sunday, November 18, 2012

Anakku kembar 3?

 Ku punya anak seorang?

 Tidak!.. muncul seorang anakku lagi..

Eh!.. Bukan, ada seorang lagi.. Yang ini lelaki...
Berapa kini jumlah anakku?

Tiga?, Ya.. kini ku punya anak tiga, kembar 3 pulak tuuu..


Alhamdullilah bertambah seri rumahtangga kami kini. Kalaulah ini berlaku, nampak gayanya kenalah ku menuntut ilmu menjaga baby kembar 3 dari blogger Mama kembar 3 R.

Dan kenyataannya, kedua anak baru itu hanyalah anak2 saudaraku.... Insyallah seminggu ku akan merasai pengalaman bergelar ibu untuk 3 anak ekspres.. hahahahahah.



Saturday, November 17, 2012

Kunjungan blogger Linda Manis dan Blogger Azian ( 4 M )



Seawal jam 9 Pagi blogger manisss sudah bertandang ke CR... dipeluk dan dikucupnya pipiku. ( Masa ini aku malu2 maklumlah ku berpeluh2 untuk memasak lauk pauk berjualan tengahari).


Indahnya saat dapat bersembang2 dengan Kak linda, manis.. peramah dan  dan murah dgn senyuman..

Kak Linda thanks tau, kerana hajat Ayu untuk bertemu kak buat kali pertama tertunai akhirnya.


Jam 10pagi berikutnya, setengah jam selepas blogger Linda ke CR, Blogger Azian bersama 2 'M'nya.

Ikutkan Azian ada 4 'M' tapi, 2M lagi ditinggakan. Walaubagaimanapun kedatangan Yan sekeluarga membuatkan yang indah-indah sahaja pagi 3Muharam di CR


Nyenyaknya tido, kalau blogger Kak Zakie bersua pasti digomol2 si kecil ini. Gebuss dan montok..

Wajib poss gambar berdua di CR.


Telur masin sebagai tanda ingatan dari Yan buat diri ini.. Ku suka... Terima kasih yan..(Yan ada bela itik tau, tak lama lagi jadi pengusaha telur masin adikki itu, Insyallah)




Kesayangan Yan En Mamat yang membantu merialisasikan impian kami bertemu buat kali ke 3..thanksss sudi ke CR..

PS: insyallahh. Dengan izinNya bulan dec ku bakal bertemu dengan blogger yang lain.. Harap ada jodoh kami. Siapakah? tungguu..

Wednesday, November 14, 2012

Salam Awal Muharam 1434 HIJRAH

Ku mewakili warga kedai makan Citarasa Rinduan ingin mengucapkan Salam 1 Muharam, moga yang baik-baik untuk diri ini seterusnya buat semua pembaca blog CR.

Jangan lupa doa akhir tahun selepas solat asar nanti dan doa awal tahun selepas solat maghrib nanti......

Monday, November 12, 2012

Aku sudahhh.. KOrang?

Beli melalui alam maya.. Akhirnya ibu kolagen dihadapan mataku. Terima kasih buat adikku Blogger Lydia Miza yang sudi mempercepatkan kakakmu berkolagen...


Basuhan pertama, opkoss.. warnanya ala- ala dilautan..

Rendam semalaman.. opsss..sebelum tu kena cuci berulang kali 4-5kali agar ibu kolagen tidak masih dan terlalu hanyir.

Selepas rendam, sila cuci 4-5kali lagi ya, Tujuannya untuk elak tekak kita kembang dengan baunya.. Hehehehe

Rebus 40minit bersama daun pandan, ku ikut saranan guruku... hasilnya memang sedap, tak payah tambah oren sunquid atau gula, daku boleh telan begitu sahaja. 2-3 sehari....

Jommmm kawan-kawan sejantinaku kita kearah cantik,bukan untuk diri sendiri, pastinya untuk suami tersayang...

ps: semasa memasak ibu kolagen, ku telah membuat kesilapan iaitu merendam terlalu lama, mujur guruku menyarankan agar merebus semula. Untuk sepeket ibu kolagen, hasilnya 4 mangkuk (bubur,pengat,koktel) ianya stok sebulan anda.. memang jimatkannn...