Durian Sarawak diterbangkan dari bumi kenyalang. Rata-rata entry WW semalam dan komen sahabat fb, tidak mengenali raja buah tersebut..Sebenarnya aku pong tak pernah jumpa!! jakun sekejap. Hahhahahha
Dan, kebetulan kunjungan blogger Sunah Muhamad ke teratak dan CR, dengan ole-ole durian dan 3 helai kain tudung pesanan online dariku. Akhirnya daku dapat merasai durian dari kampung beliau. Terima kasih Sunah
Kalau korang nak mengenali lebih dekat lagi durian Sarawak, korang klik SINI, blogger Sunah ada jawapannya. Kalau ikut tekak aku, rasa durian tidak lemak, tidak pahit, bijinya berwarna gelap dan baunya juga kurang. Bagi bukan peminat tegar durian. Korang wajib rasa durian kuning Sarawak.
Sejak jam11.30 pagi hingga jam 6 petang Sunah di F Sg Sayong, aktivitiku bersama beliau adalah bermain didapur, sempat menguli donut. Ku bekalkan donut dan roti manis buat Sunah dan rakan serumahnya di UTM. Sempat juga Sunah merehatkan diri, maklumlah perjalanan dari KL- Johor bukannya dekat.
Aktiviti shopping di pasar rabu tidak ketinggalan, setiap hari rabu, di Bandar tenggara seminggu sekali para petani berniaga. Dapatlah si Umai kakak angkat sementara lihatlah mereka berdua, seperti adik beradik bukan?, Sunah!!! kak Ayu winduu kamu.
Walau sekejap, walau beberapa jam bersama beliau, buatkan waktuku dipenuhi cerita dan kisah yang pelbagai.
Moga tak serik, moga ada izinNya, datanglah lagi ke CR, Kak Ayu sentiasa nantikan kunjungan kamu bersama blogger yang lain.





Rozie pun jakun jgk. Hehehe.....
ReplyDeleteRozie:
Deleteisinya xmudah rosak. kering jer. langau xhinggap pun
ayu..bila part umai dapat kakak angkat tu sedih dan sebak plak shida..takpe nanti shida pegi umai dapat ateh plak..mak sedara..tp kalau nak bg panggil kakak pun boleh jugak hehe...
ReplyDeleteeh sunah ke tu yang bertudung hitam nampak dia tinggi je
tunggu ye kedatangan shida dr utara pada 24hb nie...
shida:
Deletecantikkan sunah.
mmg dialah y btudung hitam
amboiii. kalau tiak ateh. tentu ayu ditiak ibu. kalau tiak kakak?. Ayu? umai kena panggil kakak juga.
hahah
insyallah. ayu tggu kdtgn awak
sekali tgk durain sarawak tu mcm cempedak pun ada...
ReplyDeletekak Kamsiah:
Deleteiras2 kan mcm cempedak..
sgt sedappp
nak nanges bacaaaaaaaaaaaa... huwaaaaaaaaaa... :"((
ReplyDeletebila part kat pekan rabu tu nak tergelak tengok, ada jugak kak ayu amek gambar..hahahahahhahahaha
umai memula malu2, lepas tu banyak cakap..hihihi
kamsiah, aha...housemate pun cakap camtu, macam cempedak...
nah tisu.
DeleteEh!!
nahhh tuala. hahahahahha.
kenangan tau awak di situ.. heheh
umai mmg mcm tu dik. dia klu xkenal.gitulah.. dh kenal.. amboii
tak pernah tengok live la durian sarawak ni.... banyak kali gi sarawak pun tak pernah jumpa
ReplyDeletetak pernah tgk Dan tahu.... hihihi..
ReplyDeleteDonut....durian...pehhh...tah leh tahan...mengoda....
ReplyDeleteBegitu rupanya durian Sarawak...
ReplyDeleteBerkunjung merapat hubungan, menjalin kasih yang tidak dapat ditulis dengan perkataan...
Kan?
waahh.. kuning nya durian itu... cam cempedak je gayenya ya kak..
ReplyDeletelama tak singgah blog.. maklum la baru ingat paswed.. hehehe..
untung la blogger tuh! hehehehhehee
ReplyDeleteBilalah Nur nak sampai kedai Ayu..
ReplyDeleteassalamualaikum ayu...seronoknya sunah dpt jumpa ayu ...:)
ReplyDeletesalam kak..kalo kat sabah ni durian kuning pun ada jugak tapi x tau la sama x ngn sabah..azie x suka...hihi..mungkin x kena ngn taste azie kot lagipun bau dia mcm pelik sikit...hihi...hubby azie ckp kak..tmpt kita kat semenanjung pun ada cuma buah ni dlm hutan...buah hutan org panggil...mmg kita x makan kalo kat semenanjung...gitu la alkisahnya...hihi
ReplyDelete