Bila Umai yang berusia 5 tahun, mengadu giginya berdarah.. Berdetik hatiku untuk memberi semangat kepadanya agar melakukan pemeriksaan di klinik Gigi, Ya.. Umai anak daraku yang berani. Mungkin juga melihat aku sering ke dental sejak dia dilahirkan, membuatkan kekuatan fizikalnya untuk tidak gentar dengan dental terserlah..
Akhirnya semalam, jam 11 pagi.. Umai telefon handphoneku.. Mendengar suaranya yang meminta mahu ke klinik gigi.... Aku yang kesibukkan di CR mengiakan sahaja.
Lihatlah wajahnya dikaunter pendaftaran. Senyum tanda suka...
14minit menunggu, doktor personalku memeriksa gigi Umai. Kebetulan doktor tahu ini kali pertama kali Umai cabut gigi, doktor tidak mengunakan istilah 'cabut gigi' tapi gosok gigi. Hehee
Selepas sejenis gam diletakkan ke kedua gigi bawah yang rosak, mungkin digosok (aku seriau time tu tak ingat dah), 4minit doktor kembali untuk memulakan mencabut gigi yang rosak.
Alat yang sama seperti orang dewasa, gigi susu Umai sebanyak 2 batang akhirnya tercabut juga.
Tiada tangisan atau jeritan kesakitan dari anakku.. Tahniah Umai.. Ibu bangga.
ps:
molek seawal usia 4-5 tahun,didik anak agar tidak takut melakukan pemeriksaan gigi..




Si twin mesti nagis punyer
ReplyDeletebagus umai..tulah anak saya yang dua orang tu pun alhamdulillah tak takut ke dentist..
ReplyDeletebagusnya umai
ReplyDeletetgk senyuman Umai, tetiba tersenyum juga.....
ReplyDeletesama dgn ank pcl tu,si umairah pon suka...tak takut cabut gigi.
ReplyDeleteBgusnya dia...ank sy nmpk je doc gigi dia menjerit ni kan nak cabut...sampai doc yg takut..adoiii
ReplyDeleteBagusnya Umai. Thumb up!
ReplyDeletebagus umai!!! tahniah..
ReplyDeletedentist tu pun pandai guna psikologi utk kanak kanak..guna term ' gosok gigi' hihihihi
Hebatnya Umai... Go go girl!!...
ReplyDeleteZaman dah canggih cabut gigi pun dah tak sakit, tak macam zaman kita kecil-kecil dulu. Saya dulu kalau tengok van klinik datang sekolah lutut dah gigil... bila kena panggil nak nangis.... sakitttt
ReplyDeletebagusnya umai..... munna pun nak bawa budak berdua tu ke dentist tapi tak sampai2 lagi....
ReplyDeletewah respeklah kat umai... senyum lebar je dia
ReplyDeleteBagusnya umai..good gurl..
ReplyDeletep/s: rindu akak jugak..