Selamat petang buat sahabat alam mayaku, terima kasih buat follower baru dan setia blog Citarasa Rinduan. Walaupun blog ini sudah berusia 3 tahun pada 19 Jan lepas. (Ya.. Happy aniversarry to my blog) seperti biasa daku tersangat 'sibuk' hingga terlupa tarikh istimewa blog ini wujud.
Jom... Semak resepi:
6 Keping roti (potong kecil)**
1 tin susu cair**
6 sudu makan susu pekat**
4 sudu makan gula pasir**
2 biji telur ayam**
2 titik Esen Vanilla**
1 bungkus agar-agar tali
5 cawan air paip
3 pewarna makanan, daku memilih strawberry, pandan dan telur kuning.
3 sudu makan serbuk milo
(cara marbel, asingkan kepada beberapa mangkuk)
Cara menyediakan:- Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar larut
- Blanderkan bahan berbentuk ** hingga hancur. Masukkan kedalam periuk agar-agar hingga mendidih.
- Matikan api, asingkan kemangkuk berasingan seperti gambar diatas untuk kejadian marbel.
- Selang selikan warna dalam loyang, pelbagai mangkuk kesukaan kalian hingga sejuk.
- Sejukkan dalam peti ais. Sedia untuk dimakan.
(pelbagai acuan boleh digunakan, adunan menghasilkan seperti gambar diatas)
Ps: rasanya kurang manis, sekiranya kalian suka manis, tambahkan 4-5 sudu susu pekat.






pernah buat tapi akak sorang jer yang makan
ReplyDeleteYa kak umi alya..
DeleteAyu buat bagi kawan sekolah anak dan pelanggan CR.
Tapi happy bila kjadian puding y sweet rasanya dan cantik kejadiannya
rajin awak memuding ye....masih dok teringin dan teringat puding oreo awak..huhu
ReplyDeleteselamat ulangtahun ke3 CR
Shida:
DeletePuding baki oreo tu ada baki sepotong. Bila entah nak habiss.
Hehhe
Thanks awak
bak kat saya lah puding oreo tuh. ;D
ReplyDeleteGb..
DeleteJommm dating mai CR
Tergolak sekejap sebab dalam resipi ada bahan ‘air paip’. Biasanya orang tulis air saja.
ReplyDeleteheheheh AYU ni kelakar.
Wahhh...terbaek dari LADANG....ahakz
ReplyDeletehehehe ye lah Ayu.. akak pun sonyum sokojap tang air paip tu
ReplyDeletenasib baik air paip kok air perigi mano nak carik...
tapi memang memikat corak puding ayu ni
kalau kat umah akak, laku betul puding roti ni tau!!
ReplyDeletetgk cara n bahan2 senang, akan cube nnti cume tak tau bile hehehe
ReplyDeletecantiknya kejadian diaaaaa! nape hari tu tak buat???? :p
ReplyDeletekalau datang mood rajin , pB nak cubalah
ReplyDeleteassalamualaikum ayu...sedapnya tengok roti marble tu...;)
ReplyDeletewah bestnyer, kena cuba ni !
ReplyDeletefai suka betul jalan2 blog akak ni. banyakkk resepi yg boleh fai cuba :)
ReplyDeleteJadi berapa loyang
ReplyDeleteJadi berapa loyang
ReplyDelete