Tuesday, January 29, 2013

Resepi Agar-agar roti marbel


Selamat petang buat sahabat alam mayaku, terima kasih buat follower baru dan setia blog Citarasa Rinduan. Walaupun blog ini sudah berusia 3 tahun pada 19 Jan lepas. (Ya.. Happy aniversarry to my blog) seperti biasa daku tersangat 'sibuk' hingga terlupa tarikh istimewa blog ini wujud.

Buat peminat roti khususnya, lewat malam semalam daku sempat menyelamatkan 6 keping roti berjenama gardenia dari dibuang begitu sahaja. Maka terhasillah Agar-agar roti Marble.. Menu sarapan termasuk menu minum petang hari ini.

Jom... Semak resepi:
6 Keping roti (potong kecil)**
1 tin susu cair**
6 sudu makan susu pekat**
4 sudu makan gula pasir**
2 biji telur ayam**
2 titik Esen Vanilla**
1 bungkus agar-agar tali
5 cawan air paip
3 pewarna makanan, daku memilih strawberry, pandan dan telur kuning.
3 sudu makan serbuk milo

(cara marbel, asingkan kepada beberapa mangkuk)
Cara menyediakan:

  1. Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar larut
  2. Blanderkan bahan berbentuk ** hingga hancur. Masukkan kedalam periuk agar-agar hingga mendidih.
  3. Matikan api, asingkan kemangkuk berasingan seperti gambar diatas untuk kejadian marbel.
  4. Selang selikan warna dalam loyang, pelbagai mangkuk kesukaan kalian hingga sejuk.
  5. Sejukkan dalam peti ais. Sedia untuk dimakan.

(pelbagai acuan boleh digunakan, adunan menghasilkan seperti gambar diatas)

Ps: rasanya kurang manis, sekiranya kalian suka manis, tambahkan 4-5 sudu susu pekat.

18 comments:

  1. pernah buat tapi akak sorang jer yang makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak umi alya..
      Ayu buat bagi kawan sekolah anak dan pelanggan CR.

      Tapi happy bila kjadian puding y sweet rasanya dan cantik kejadiannya

      Delete
  2. rajin awak memuding ye....masih dok teringin dan teringat puding oreo awak..huhu


    selamat ulangtahun ke3 CR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shida:
      Puding baki oreo tu ada baki sepotong. Bila entah nak habiss.
      Hehhe

      Thanks awak

      Delete
  3. bak kat saya lah puding oreo tuh. ;D

    ReplyDelete
  4. Tergolak sekejap sebab dalam resipi ada bahan ‘air paip’. Biasanya orang tulis air saja.

    heheheh AYU ni kelakar.

    ReplyDelete
  5. Wahhh...terbaek dari LADANG....ahakz

    ReplyDelete
  6. hehehe ye lah Ayu.. akak pun sonyum sokojap tang air paip tu


    nasib baik air paip kok air perigi mano nak carik...

    tapi memang memikat corak puding ayu ni

    ReplyDelete
  7. kalau kat umah akak, laku betul puding roti ni tau!!

    ReplyDelete
  8. tgk cara n bahan2 senang, akan cube nnti cume tak tau bile hehehe

    ReplyDelete
  9. cantiknya kejadian diaaaaa! nape hari tu tak buat???? :p

    ReplyDelete
  10. kalau datang mood rajin , pB nak cubalah

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ayu...sedapnya tengok roti marble tu...;)

    ReplyDelete
  12. wah bestnyer, kena cuba ni !

    ReplyDelete
  13. fai suka betul jalan2 blog akak ni. banyakkk resepi yg boleh fai cuba :)

    ReplyDelete