Friday, January 4, 2013

Resepi Pau Sambal, bergantung pada kesedapan sambalnya..

Sambal yang kering dan rasanya cukup pedas,manis dan masam pastinya harus sebati untuk menghasilkan pau sambal yang istimewa.

Pau sambal, juga dipanggil burger Malaysia sangat digemari penduduk Malaysia khasnya yang berbilang kaum. Sesuai dimakan semasa sarapan pagi atau minum petang.

Auwwww..
Mukadimah ku yang panjang gituwww...
Petang ini kukongsikan resepi pau versi ibuku Puan Jumiah Ramli. Moga perkongsianku dimanfaatkan.


Bahan untuk sambal:

100gram lada kering yang telah digunting,direbus.***
3 Biji bawang besar.***
1 sudu garam
5 sudu gula pasir
1 sudu asam jawa adabi
1 sudu udang kering***
minyak masak untuk menumis

Cara memasak sambal:

Blander bahan bertanda ***
Panaskan kuali, tumis bahan, apabila bahan lari dari minyak (cukup masak)
Masukkan gula,garam,asam jawa.
Biarkan sehingga kering.
Matikan api.

Bahan adunan doh Pau:

400 g Tepung gandum
1/2 peket mauripau yang telah dikembangkan dengan air suam
2 sudu gula pasir
1 sudu majerin
2 sudu susu tepung (guna sahaja tepung nestle)
Sedikit garam
Sedikit air untuk mencanai doh

Cara Menyediakan:
Masukkan tepung kedalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan2 dan uli hingga lembut.
BIarkan doh,apabila kembang, goreng mengunakan api perlahan.
Belah tengah masukkan sambal.
Siap untuk dihidang.

Ps:
Hari ini hantar ibu ke Hospital,alhamdullilah.. semuanya berjalan dengan jayanya.. Syukur rawatan susulan yang membuatkan bunga2 dihati... Entry tentang ibu,abah dan shopping... akan ku kongsikan kemudian.

21 comments:

  1. simplenya akak tengok resepi sambal, bawang putih tak guna ya & bawang besar tu perlu dikisar @ tak?

    banyak pula soalannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak tini:
      bawang besar blander. opsss lupa nak taip tanda ***. thanks betulkan.
      ayu mmg xguna bwg putih

      Delete
  2. sedapnyer kak ayu.. akak mmg wat sambal xletak bawang putih ngan halia ye? kalau sambal nasi lemak akak masak camner? hasben dia request sambal nasi lemak yg mcm og jual pagi2 tu, tp tun wat xpenah rasa sama. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tun..
      sbnarnya itulah sambal nasi lemak CR

      Daku mmg xboh halia dan bwg putih.
      try ya tun

      Delete
  3. senyum2 pau tu, akak nak cuba buat style Citarasa Rinduan, terima kasih, ayu...


    (donut pun nak buat tak terbuat2 lagi, hehe)

    ReplyDelete
  4. betul..klu sambal sedap pau tu pun jadi sedapp:)comel2 smuanya:)

    ReplyDelete
  5. sedapnya..pau sambal ni mmg peberet adda dr kecik..setakat 4-5 biji tu mmg 5minit jer bleh lesap..

    ReplyDelete
  6. saya tak pernah makan kuih ni.. org kata sedap tp xpernah try

    ReplyDelete
  7. Apa2 yg bersambal mmg sedap..ehehe...sedappp nya nmpak..nampak je dah sdap..blom mkn lg aihhh

    ReplyDelete
  8. ayu..burger malaysia versi ayu ni tak ada letak ikan bilis kan...
    kat sini diorang buat jual semuanya buat inti sambal bilis.

    kalau yang macam ayu buat ni, best la....:-)

    ReplyDelete
  9. sampai trlebih2 sambalnya ..kalau yg beli mana de camtuh ayu...

    serius kami tak penah buat kuih muih sblm ni tp baru nak mula berjinak...

    ReplyDelete
  10. Oooo kisahnyaa...
    Tak perlu bubuh bwng putih rupa2nya.
    Patut Kak Sam buat tak sama mcm kat kedai, puas akak memikir2 tau.. thanks for sharing Ayuku darlinggg!!.

    ReplyDelete
  11. salam sis
    Benar ! Sambl lah punca kesedapannya
    Melawat sis di pg sabtu

    ReplyDelete
  12. Betul kak....berger malaysia ni kalau sambalnya sodap.....maka sodap lah berger malaysia tu....deb suka yg manis2 pedas....ahakz

    ReplyDelete
  13. Kekadang bila tidak ada pilihan, IM akan pilih pau sambal untuk makan pagi di tempat kerja.

    Cumanya, agak janggal sebab lepas makan pau sambal yang rasanya pedas, minum pula teh tarik yang rasanya manis....

    ReplyDelete
  14. Oh.. Ayu panggil ni pau... Nur panggil burger sambal.. hehe.. Nak cuba resepi ni...Sedap tengok pau tu.

    ReplyDelete
  15. betul tu ayu...
    sambal tu yg penting..

    ReplyDelete
  16. memang sedap sambal ayu buat..ayu pro buat sambil borak2 lagi malam tu..hehee..nanti boleh la cuba resepi ayu

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..kalau x guna susu x per ke sis?

    ReplyDelete