CITARASA RINDUAN

Sunday, February 3, 2013

Akikah Auni, meriah!!

Auni anak kedua sahabatku Puan Siti Jamaliah, ku tiak sahabatku dengan nama Liah, teman dari kecil hingga dewasa. Geng susah dan senang, kami berjiran. Teman kesekolah, teman sebilik air, teman terjun kolam, teman sepermainan...
Sepasang dah anak sahabatku. Moga keduanya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Ahli penerokawati blok 10, ahli GPW dijemput untuk meraikan majlis akikah Auni. Bacaan berzanji dibaca dan selawat memuji-muji Nabi bergema saat aku sampai ke kampungku F Tenggaroh 1

Ketua berzanji. Ku tiak Cik Ju membacakan doa penutup dan doa selamat. Moga diperkenankan. Amin

Ibuku paling kanan meng'amin'kan bacaan, jika dahulu ibu ketuanya. Kini ibu sebagai tetamu meraikan, kesihatan ibu belum mengizinkan.


Cenderhati dari Liah buat para tetamu, aku paling suka buku yang disedekahkan kepada kami. Ada ayat Yasin serta doa-doa terpilih.


Paling meriah!!!
Bab makanan...
Nasi Ambeng..... Selain tu ada kuih muih, buah-buahan, kambing masak manis..

Terima kasih tuan rumah kerana mengundang kami sekeluarga.

Saturday, February 2, 2013

Jemputan Majlis Perkahwinan Amar dan Enna

Kalendar 2013, sebagai tanda ingatan mempelai buat para tetamu
(sayangnya ku tidak sempat bertemu dengan raja sehari, kedatanganku terlalu awal dalam jam 12 tengahari, ku perlu cepat ke majlis akikah anak sahabatku di kampungku F Tenggaroh 1)

Haji Noor Azmi bin Othman dan Hajah Rafeah binti Haji Mansor, keduanya pernah berkhidmat di F Sg Sayong. Haji Azmi sebagai Pengarah Plantation manakala Hajah Rafeah sebagai kakitangan pejabat F Sg Sayong...

Apabila menerima undangan dari mereka suami isteri. Ku menerimanya dengan hati yang gembira... Tahniah buat mereka kerana menerima menantu pertama.
Tetamu semakin ramai tanda tuan rumah sangat mesra dan dihati penduduk kampung. Tema oren putih amat menepati majlis raja sehari.. Warna felda.. Ku bangga!!
Bila buah orange sudah habis ku gigiti. Baru teringat nak rakamkan gambar makanan. Dasar blogger kan? Snap sana sini. Bab makanan lupa.. Bahahahhaah
Terima kasih atas pelbagai buah tangan dan cenderhati kepada diriku.



Ps: selamat pengantin baru buat Amar dan Enna jua buat sesiapa yang menyambut hari istimewa pada 2-2.


Pss: buat sahabat setiaku. Ani Rahayu dan Siti Khatijah Torman. Happy birthday. Kenangan kita di POLI kekal abadi.

Friday, February 1, 2013

February datang lagi


Salam penghulu hari sahabat alam mayaku... 
Cepatnya masa berlalu...
Seperti baru 1 january kini masuk 1 february.. Bulan yang penuh cuti umum. Mengharapkan bulan february tahun ini ada sedikit ruangku untuk berehat. Mana tahukan, Tiba-tiba En Zalie menaja ke pulau atau bercuti tepi pantai..
Syoknyaaa....


Menu sarapan epok-epok yang ku buat kemarin, ku frozenkan khas menanti kedatangan ibuabah dari kampung. Kebetulan hari ini appoiment ibu dengan pakar sakit puan. Seperti biasa ku menemankan ibu..
Moga kesihatan ibu semakin baik. Amin..


Ps:
Tiada jodoh bertentang mata dengan blogger kakcik Juariah. Kebetulan semalam Kakcik diJOhor, moga ada izinNYa satu hari nanti.
Buat beliau, moga perjalanan Kakcik selamat ke Kuala Lumpur.