CITARASA RINDUAN

Thursday, March 21, 2013

Harap maklum: CR beroperasi hingga jam 3.00 petang

Pada 21 March 2013 bersamaan hari khamis iaitu pada hari ini, CR tidak dapat beroperasi seperti sedia kala..
Kesulitan amatlah kami kesali.


Ianya untuk memudahkan daku menyiapkan makanan dan minuman untuk kenduri doa selamat arwah ayah mertuaku yang telah ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham Haji  Hamis B Haji Abu dicucuri rahmat. Al Fatihah.


ps: 2 tahun rupanya ku ketiadaan ayah mertua, bagiku arwah sentiasa bersamaku untuk memajukan Citarasa Rinduan.... Abah tetap di hatiku...

Wednesday, March 20, 2013

Wordless Wednesday : CR sentiasa menerima tempahan



Good luck students SPM 2012


Ku mengajikan 4 pelajar lepasan SPM, sejak habis sekolah, ada yang dapat PLKN, habis kursus 3 bulan, masih setia bekerja full time di CR. Ada yang dah ada lesen kereta, lesen motor. Pandai mereka mempelbagaikan gaji.

Ku sebagai majikan, mendokan kejayaan milik mereka. Amin.

Buat sahabat, adik-adik yang mengambil result SPM. Apa jua keputusan SPM, jangan jadikan alasan untuk cita-cita anda tersekat.

Universiti, matrikulasi, bukan penentu... Pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan terdapat ditempat kalian. Rajin-rajin bersua ketua kampung, AJK taman dan sewaktunya untuk bertanya...


ps: SELAMAT MAJU JAYA

Monday, March 18, 2013

Resepi Rendang Hati Ayam

Jemu dengan rendang daging lembu?, rendang daging ayam?... kali nie kita cuba rendang hati dan pedal ayam pula.
Sedikit kelainan untuk bahan metah tapi membuatkan seisi keluarga memuji masakkan anda.

Menu ini paling digemari oleh pelanggan CR. Daku dapati pelanggan berbangsa Indonesia begitu menyukai. Jom semak resepi


Bahan-Bahannya

  1. 500g Hati dan pedal ayam yang telah direbus dengan sedikit halia dan bawang putih (buang hanyir)
  2. Bawang besar 2 biji ***
  3. Bawang putih 4biji ***
  4. Halia (sebesar ibu jari) ***
  5. Buah keras 4Biji***
  6. Cili padi 15biji ***
  7. Kunyit hidup (sedikit) ***
  8. Garam sedikit
  9. Gula 3 sudu besar makan
  10. Kerisik 200gram
  11. Asam keping 2keping
  12. Susu cair 1/2 tin
  13. Serai 3 Batang (titik)
  14. Daun kunyit atau daun limau nipis.
Cara menyediakan
  1. Blander bahan bertanda ***
  2. Masukkan bahan blander terus ke dalam kuali, buka api dapur dan masak hingga bahan naik bau, masukkan serai, garam,asam keping dan gula. 
  3. Di ikuti hati dan pedal yang telah direbus berserta susu cair
  4. Apabila semua sudah sebati, masukkan kerisik. Gaul rata
  5. Potong halus daun kunyit atau daun limau nipis. Taburkan. 
  6. Matikan api, sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba.

Sunday, March 17, 2013

Menu tambahan di CR


Dari jam 2.30 petang -6.00 petang.
Jua sedia menerima tempahan.
Selain Pau kukus pelbagai inti, makanan gorengan panas jua dijual di CR.

Jommm ke CR

Saturday, March 16, 2013

Hanya suka-suka,kini menjadi kenyataan

Awalnya hanya aku mencuba suka-suka.. tanpa guru dan tanpa tunjuk ajar sifu dihadapan mata. Akhirnya setelah ku belajar sedikit demi sedikit kerana minatku dalam bidang bakery. Kini pelbagai roti telah dapat ku jual di kedai makan kecilku. Ya!! hanya terdapat di CR.

In shaa Allah dalam masa terdekat ku ingin belajar dengan sifu bakery. Walau sesibuk mana, ku perlukan masa sedikit untuk belajar dari bawah.

Doakan ya sahabat untuk aku berjaya.

Resepi KEK BATIK paling lembut dan sedap

Korang peminat kek? tapi tamo berlamaan didapur,tamo menghadap tepung, mesin mixes dan oven?
Kek batik adalah jawapannya. Senang dan mudah dimasak. Dan ianya adalah dari jari jemari korang... Wowwww...


Jom semak resepi

  1. Milo ( 1 cawan)
  2. Serbuk koko 3 sudu makan
  3. Buttercup 250g
  4. Telur 2 biji
  5. Biskut marie ( 1 bungkus ) 298g
  6. Susu pekat manis 1/2 tin
  7. Air putih 1/2 cawan

Cara Menyediakannya:

- Ambil periuk,masukkan kesemua bahan diatas kecuali biskut marie dan buttercup. Gaulkan semua sehingga sebati
-Hidupkan api dapur. Masak dengan api perlahan sehingga masak (kena sering godak/kacau) untuk elak hangus.
-Masukkan buttercup hingga cair.


-Padamkan api. Susun biskut marie dalam mangkuk (aku guna tuppaware) alaskan plastik, nanti senang nak tanggalkan.
-Selang seli masukkan cairan coklat dengan biskut. Tekan dengan sudu, supaya hasilnya padat seperti gambar diatas.
-Apabila sejuk masukkan dalam peti ais. Selamat mencuba.

Friday, March 15, 2013

Bismillah......

Salam penghulu pagi sahabat alam mayaku, ku memohon 10 jari kerana sudah lama menyepikan diri
Agak kekok bila lama tak update blog. In shaa Allah... ku akan kembali aktif berblog seperti dahulu.
Izinkan aku mencuri masa untuk mengziarahi blog sahabat yang lain.




Alhamdullilah.. akhir-akhir ini rezekiku tidak pernah putus dariNya. Syukur Ya Allah...
Sarapan pagi ini, sarapan korang apa pula? Sekejap lagi hendak ke tanah perkuburan, al fatihah buat arwah mertua. Seminggu lagi genap 2 tahun Allahyarham Hamis B Abu ke rahmatullah. Moga rohnya dicucuri rahmat