CITARASA RINDUAN

Saturday, April 27, 2013

Terharunya!! kiriman sahabat alam maya

MIL kata dirumah ada 2 pucuk surat. Kebetulan sebelum tu daku memang tertunggu2 'sesuatu' kiriman dari 2 sahabat blogger...Daku tak sabar nak pulang kerumah. Memasak asyik tertanya2 adakah kiriman sahabat alam maya ada kaitan dengan sampul surat yang dah selamat sampai ke rumahku?

Akhirnya.. wah!! terharuuu sangat. Betul rupanya sangkaan daku. Terima kasih  daun keladi, buat kedua-dua sahabat tersebut, tiada ucapan lain yang boleh daku ucapkan. Budi baik kalian akanku ingat sampai bila-bila.

ps: pelbagai biji benih dikirimkan oleh blogger belah timur. manakala penanda 'bookmark' pula kiriman dari blogger belah barat. Seronoknya!!!

Terbaik!!

Sambal belacan,ayam goreng,sambal goreng,ulaman dan asam pedas.. sudah semestinya makanan melayu yang sangat ngam denganku.
Amacam terliur idak? Air tangan ibu kan... memang terbaik!!

(balik hari ke kampung, sedut bau kampung persekitaran buat daku bersemangat. Nak mula memasak lauk berjualan. jommmm kerja.)

Friday, April 26, 2013

Minyak... OH! minyak


6 Stesen minyak daku redah malam tadi, entah apa puncanya minyak diesel habis.. puas aku merayu pada pekerja stesen minyak. Baik orang kita mahupun bangla, semua geleng kepala...

Adoiiii.... diesel oh!! diesel dimanakah dikau. tensen sungguh. 

Stress punya pasal pagi2 daku sarapan orang putih plus orang melayu.
Bingka roti coco Rasin dan aiskrim strawberry...
Sedappp (sendiri tekan lif, sendiri naik) BAhhhahahahaha

(nak resepi?, esok2 ya.. daku mau balik kampung. Rindu kat ibu abah)

Thursday, April 25, 2013

Cuba yang ini pulak!

Dari produk penjagaan kulit wajah yang mahal ke murah (mahal tu harga dalam RM500.00, murah tu harganya RM 5.90.
Dari produk MML ke produk pasar malam  (pasar malam opkoss bedak sejuk), Kali ini nekad cuba yang ini pula. Namanya AS BEAUTY. Yang paling penting bebas Hydroquinone.

Aku beli secara online dengan sahabatku.

Korang ada pengalaman guna produk ini?, jomlah syer..


( kesibukkan buat daku tiada kesempatan BW ke rumah2 kalian.. maafkan daku)

Tuesday, April 23, 2013

Bukan minta simpati


Bulan MEI mendatang, bulan yang mungkin akan menyesakkan hati dan poketku, apasal aku seperti orang mengeluh? ya!! aku hanya ada satu akaun FB dan satu akaun Blog untuk meluahkan perasaan, di FB jarang aku syer perkara negatif tentang kehidupanku, hanya blog CITARASA RINDUAN satu-satunya tempat untuk aku berkongsi pendapat


  1. Cuti lompat-lompat, 1 mei 2013 cuti Am, 2 mei berniaga, 3 Mei cuti (jumaat), 4 mei berniaga, 5 mei (undi pilihanraya), 6 mei berniaga, 7 mei cuti (hantar En Zalie check up di hosiptal) amat remeh untuk aku berniaga seperti itu. Pastinya keluhan dari pelanggan tetap CR. Harap mereka memahami 
  2. 3 orang pekerja berhenti serentak tarikh "last"bekerja pada 30 april 2013, sudah sebulan mereka memberitahu kepadaku, namun hingga sekarang tiada seorang calon pekerja datang memohon bekerja walaupun pelbagai altenatif sudah ku buat.

Ya, Allah.. Kau permudahkan segala urusanku. Moga ada penyelesaiannya, sahabat alam maya semua.. Ku mohon doa kalian mudahan masalah yang kuhadapi dapat diatasi segera..

PS: bukan minta simpati, namun hanya berkongsi sedikit kerisauan dihati ini agar lapang dan melegakan.

Monday, April 22, 2013

Aku terlayan pulak!!


Siapa layan drama bersiri JODOH?? sila mengaku cepat?
pertama kali aku layan drama bersiri ini pada malam semalam (ahad malam isnin) teruslah hatiku tangkap leleh ngan drama best giles nie.

Macam biasa kalau dah suka, surelah aku meng'google' rupanya drama ini dah lama bersiaran, alahai!! terlambat gilessss... waka..waka....

Kalau yang biasa tengok, pasti tahu jam berapa tayangannya kan? Setiap hari isnin pada jam 9 malam kan? Hah yang macam gambar kat bawah nielah

(kredit to mr google)


Tapi apa yang berlaku pada diriku? tetibalah bila semangat jatuh cinta tu dah menyerap, siap jer solat maghrib, daku terus berdesuuuppp ke 2 pasaraya untuk belanja bahan-bahan untuk berniaga esok hari. Makan malam pun kelam kabut jer, maklumlah set jam 9 malam wajib di depan Tv.

Jam 9.15 malam masukkan bahan-bahan yang dibeli dengan cepat gitu, siap pujuk hatilah drama JODOH dah main 15minit, rugiiii ooooooo..

Masuk dalam rumah dah jam 9.30malam, siap arahkan EN ZALIE tolong kuncikan gate pintu sebab aku dah tak sabar nak tengoh Scha dan Dazrin berlakon, comelll gitu. Namun punyalah hampa bila lihat di tv saluran RIA 104, tak ada drama tu, meraunggg oooooo. Kira frust gak (putus cinta pun tak macam nie kannn), anak daraku boleh pula kata, "ibu.. belum mula lagilah, drama tu start jam 10 malam"

Wawwawawawwawaw,,. lorrr!!! rugi 30minit, kalau tak tadi dapat aku rembat minyak wangi bilik... APTB

(PS: korang pernah kena macam aku tak, baik mengaku?)

PSS: mujur gak dapat update blog, eh!! korang dah tolong aku ker?, mailah LIKE daku disini


CITARASA RINDUAN eik, nak vote kengkawan lain pun okey, CMG ada, BEN ASHAARI ada, ramai lagilah... jommm LIKE (vote) kami

Aku rela.. pergilah!.

Berat hati?
Sebak....?
Siapalah yang inginkan perpisahan sementara atau kekal?

In Shaa Allah, moga ada pengantinya..

PS: agak sibuk sedikit untuk minggu ini, ewah.. ala2 calon pilihanraya pulak.. Bahhahaah, tapikan daku minta jasa baik sahabat alam maya untuk LIKE daku di:

https://www.facebook.com/advertlets/app_190322544333196

Sunday, April 21, 2013

Doa ketika Hujan

Allahumma Syoyyiban naafia,an
"Ya Allah jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat" (hadith Riwayat Bukhari)

Keadaan dikampungku yang beberapa hari ini agak panas terik, tiba-tiba angin kencang jam 12 tengahari, sungguh tidak ku duga, beberapa biji kerusi terbang ditiup angin, manakala khemah bagi majlis pada malam semalam bergerak ke bank berdekatan, Ya Allah.. petama kali ku melihat keadaan sedemikian..

 Syukur semasa ku sedang menaip entry ini, hujan berhenti dan tiada kemalangan yang berlaku...
Terima kasih Allah..


(Alhamdullilah semua yang berlaku atas kehendakmu, dan terdapat nikmat yang tersendiri, Amin)

*****************************
Kawan-kawan ku meminta bantuan kalian untuk LIKE di link ini (klik CITARASA RINDUAN)
https://www.facebook.com/advertlets/app_190322544333196

TERIMA KASIH

Saturday, April 20, 2013

Resepi Famous amos chocolate chip cookies edisi DERHAKA

"Ibu, dah nak raya ker?
"Eh!! ini bukan biskut raya, tapi biskut pilihanRAYA" kataku, heheh... hampir 8 hari kita rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab untuk negara sebagai rakyat Malaysia khasnya, 5 Mei 2013 adalah hari yang kita nantikan untuk mengundi pemimpin yang sewajarnya memimpin negara kesayangan kita.

Tapikan, daku nak minta jasa baik sahabat alam maya untuk undi daku, Hehehhe... bukan undi pilihanraya ya, tapi undi untuk pertandingan L4 GRANDE MITHSUBSHI ELECTRIC, korang klik LIKE kat page ini,
https://www.facebook.com/advertlets/app_190322544333196
cari daku yang guna nick name CITARASA RINDUAN,  kena klik guna komputer atau laptop jer, telefon bimbit/pintar tak boleh ke link tersebut.

******************
Okey, tutup cerita pilihanraya, kita bercerita pula tentang biskut Choolate chip cookies edisi DERHAKA, apasal aku memandai2 'tiak' derhaka?, sebab tak sampai 5 jam resepi yang ditagkan oleh blogger kak Yatie Sinar kehidupanku di FB, akhirnya biskut rangup ini terhidang dihadapan mataku. Salah satu antara DERHAKAnya adalah:-

  1. bahan-bahan tidak mencukupi
  2. tak sesuai lah namanya chocolate chip, sebab daku letak badam. Bahahhahah....(gelak jahat)
  3. pertama kali daku buat biskut chocolate chip telah diPUJI berulangkali oleh EN ZALIE dan Umai. Yahoo!!

Jom, semak resepi
RESEPI ASAL dari Blog http://yatiememories.blogspot.com/
Resepi derhaka olehku

BAHAN-BAHAN
  1. 1 cawan gula kastor/halus- yatie guna 1/2 cawan je (daku pun 1/2 cawan jugak)
  2. 1 cawan gula perang
  3. 1 cawan mentega (daku guna buttercup, lebihan buat roti/pizza)
  4. 1 cawan minyak
  5. 1 biji telur
  6. 1 sudu besar susu segar (daku guna santan kotak)
  7. 4 cawan tepung gandum
  8. secubit garam
  9. 1 sudu kecil cream of tatar
  10. 1 sudu kecil baking soda
  11. 1/2 cawan walnut cincang
  12. 2 cawan semisweet chocolate chip (daku guna badam, cincang sendiri)
  13. 1 sudu kecil esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, santan dan vanilla hingga sebati
  2. Masukkan tepung gandum, garam, soda bikabonat, walnut dan coklat chip
  3. Adunan memang lembik, sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar, jarak-jarakan sedikit nanti biskut akan mengembang, dulang tak perlu di gris
  4. Bakar pada suhu 175c dalam masa 15-18minit (ikut oven korang)
  5. Setelah biskut perang, angkat, sejukkan atas redai sebelum masuk dalam bekas kedap udara.



( letak jauh-jauh sedikit ya, supaya cookies korang comel jer hasilnya, biskut nie akan mengembang dengan jayanya, seriusss besar koo)

(Eh, lupa nak syer rupa adunan semasa dipukul, suci gitu.. tukang gaul daku semestinya pembantu ajaib, anak daraku Nur Umairah)

(Nak kasi biskut korang sentiasa rangup walau dah sebulan korang buat, kena letak atas redai ya, tunggu sejuk, baru masukkan dalam bekas kedap udara)

SELAMAT MENCUBA





Jomm UNDI SAYA!!

Ewah,ala-ala pilihan raya pulak ya..
Sebenarnyakan, daku nak minta jasa baik kalian untuk KLIK LIKE di

https://www.facebook.com/advertlets/app_190322544333196

Daku dan beberapa sahabat blogger bersama-sama sedang bertanding dalam entry Peti Ais L4 Grande Mithsubishi Electric. Jommm sokong kami.


Friday, April 19, 2013

Time cuti jerlah masanya

Alhamdullilah, terjaga awal dalam jam 4 pagi, siap solat sunat.. ke dapur buat donut dan pau. Maklumlah hujan lebat kat luar buat diriku lapar..(sila percaya sekarang ni seleraku sangat besar. bahaha)
Seterusnya menunaikan janji pada sahabat, resepi pau kacang buat anak kecilnya yang sangat suka makan pau..
tapikan kalau korang nak video tu, boleh ku syer. Macam biasa email jer ke umairahayu@gmail.com

Teruskan misi ke halaman kebun kecilku, main dengan tanah sebab tak lama lagi kalau ada rezekiku, ada blogger yang baik hati poskan biji benih ulaman..
Time cuti inilah waktu yang terluang, jam 3 petang keatas dah ke pasar cari bahan mentah untuk berjualan. Curi2 masa pula bermanja dengan mertua,suami dan anak daraku.

Thursday, April 18, 2013

Nak cergas? Air Alkaline jawapannya

Alhamdullilah.. selain buatku semakin aktif, penyakit yang bertahun ku hadapi seperti sembelit dan radang kulit berjaya diatasi denga izinNya. Syukur, terima kasih Allah, sahabat blogger Ben Ashaari kerana memperkenalkan daku dengan air Alkaline.

Nak cuba rasa air ini? korang boleh dapati padaku, email umairahayu@gmail.com

Wednesday, April 17, 2013

Wedless Wednesday: Dia Penyeri kami


Seperti budak-budak lain, Umai minat lolipop, mainan yang beraneka rupa dan warna.

Banyak2 tempat yang kami pergi, Umai minat dengan haiwan, tak kisahlah jika haiwan itu pelbagai rupa, janji haiwan. Kebanyakkan channel TV ASTRO yang diminati adalah channel Haiwan...

Moga sentiasa menjadi anak yang solehah, Ibu doakan yang terbaik buat kamu. Amin.. Sayang kamu NUR UMAIRAH


ps: tahniah buat sahabat yang bakal bergelar ibu/ayah, yang bakal tambah bilangan ahli keluarga.. Tahniahhh semua

Monday, April 15, 2013

Majlis Akikah di Kampung Jaya Sepakat Senai

Kumpulan Yasin wanita Kampung Jaya Sepakat, Senai diundang untuk melengkapkan majlis akikah anak saudara sepupuku.
Majlis bermula jam 3 petang hingga 9 malam.
Ibu kepada bayi lelaki iaitu sepupuku Nur Shila Dolmat, seingatku majlis perkahwinannya pada hujung tahun 2011 kebanyakkan blogger ku undang, ramai yang hadir termasuk blogger sari yusa, oh oeya dan family blogger kasawari. Syukur awal tahun ini dah bergelar ibu.. Tahniah Shila dan Helmy
Mohd Amar Hadif Bin Aniss Helmy, kemerahan kulitnya, pasti cerah seperti ibunya apabila dewasa. Kacak seperti ayahnya yang bertugas menjaga keamanan negara.
Gelagat 3-4 sepupuku termasuk adik perempuanku dan anaknya. Banyak cerita dikongsi.. Daku? layan karenah Umai dan layan bacaan berzanzi.

Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar dengan izinNya..Moga Mohd Amar menjadi anak yang soleh dan diberi kesihatan yang baik-baik olehNya.

Friday, April 12, 2013

Anak berTUAH!!


Suci murni jer lantai nie. Bila hari cuti macam nie jelah aku dapat mengemas dengan erti kata sebenar BERSIH (eh!! bunyinya ala2 politik gitu), korek celah kerusi, korek bawah almari tv..
Akhirnya!!
Tara!!!!
Terselit mainan, potongan keratan majalah yang digunting, rambut (gerenti rambut hadapanya di gunting), dan macam-macamlah.

Bertuah punya budak, sat gi balik sekolah dapatlah 'hadiah telingamu ya' khutbah panjang dari ibumu...
Fuh!! sabar-sabar, hari jumaat kena cari sebanyak yang boleh pahala... Hehheheh

Thursday, April 11, 2013

Bersiap sedia....

Sebelum nak bebel panjang mari kita minum dulu. Roti coco Rasin pilihanku dan milo tanpa susu mahupun gula. Ya!! ku pengemar coklat,milo dan koko... korang suka perasa apa? (soalan Umai bila dia tengok aku update blog, ibu suka warna apa?, binatang apa?, perasa apa?..dan bla? bla?... ) jenuhlah aku selalu terbantut nak BW ke blog korang. Hahahhaha

Mai nak cerita, tak lama lagi 4 pekerjaku (yang baru dapat result SPM) akan ke menara gading, ada yang mohon cikgu, polis, pengurusan perniagaan dan ada yang mahu masuk mahad Agama Johor.

Alhamdullilah, rata-rata rezeki mereka memang murah, bijak.. satu kejayaan buat masa hadapan mereka. In Shaa Allah.

Pendek kata, kini aku kena bersiap sedia dari awal untuk melepaskan mereka..
Huhuhu.. nak nangis rasanya...

Tak apalah... pasti suatu hari akan ada penganti yang lebih terbaik untuk membantuku menguruskan CR. Amin...


Wednesday, April 10, 2013

Bertuahnya

Cenderhati yang didatangkan dari bumi kenyalang.. Seriuss... ianya amat bermakna buat diri saya.
Tersusun indah FM dari luar negara juga adalah cendermata dari sahabat blogger yang sudi mengingati diri ini.
Terima kasih buat kesua-dua sahabat blogger tersebut.

Jujur.. bertuahnya saya.

Zoo Johor sangat onshemmm!!

Boleh tunggang kuda, bayaran RM 3. Kalau tak berani tunggang sorang, ada 2 penjaga yang akan bantu anak-anak atau adik korang.

Umai dan sepupunya Haikal berani punya olang!!. Aku yang dah tua bangka takut ooooo nak layan go kart air, tasik kat Zoo Johor nie dengar katanya kedalamnya bersamaan 3 orang dewasa berdiri.
Makcik memang takut.. Bila 3 budak kecik nie pujuk macamanapun sorrylah. Bo layan!!. Korang berani, korang kena main sendiri. Aku perhatikan jer.
BAahahahahh....
Hah kannnn... kecil-kecil pun boleh kayuh atas air, badan kexil bukan penghalang. Okey mak ngah percaya korang memang boleh lakukan. Kayuh sungguh2 untuk pastikan go kart ini bergerak dengan baik. Bayaran hanya RM 5 untuk 10 minit.
Jommmmm. kita layan binatang pula.. oleh kerana aku terlalu YAKIN memory card dalam dslr aku ada.. akhirnya, pepahamlah sendiri... telefon bimbit jer buat penyelamat.APTB.

Ada ular sawa yang sangat gemok, ungka yang cute, spesis burung yang comel-comel, ada kucing hutan yang sangat menawan warna bulunya. Ada buaya, singa dan macam-macam jenis binatang terdapat disini.

Sebelum balik kita layan tekak, ABC zoo JOhor sangat sedap. Isinya macam2 sampai senak perut aku nak habiskan.

Kesimpulannya, Zoo Johor memang tempat istirehat/riadah yang sangat bagus. Kedudukannya yang betul-betul terletak ditengah bandar, berhadapan masjid Abu Bakar, berjiran dengan Mahad Johor, malahan deruan ombak yag berhampiran buatkan kami sekeluarga terhibur berada di Zoo.

Bayaran sekepala untuk dewasa adalah RM 3, manakala untuk kanak-kanak hanya RM 2.
Bekal makanan tamo risau, makanan kat situ sedap-sedap.

Tuesday, April 9, 2013

Aku ada Wechat...

Korang!!
setelah daku ada pelbagai aplikasi komunikasi seperti viber, whatsapp, instagram, tango dan line. Kini tiba masanya daku ber WECHAT, bila terjebat dengan perbuatan salah seorang pekerjaku.. akhirnya kini aplikasi yang terbaru itu menjadi pilihanku,
Nak add daku mai taip citarasa rinduan.

Eh!! yang atas tu gambar en google, dok bayangkan banyak2 sahabay adalah tersangkut dengan nenek2, kann syok.. leh kongsi petua dan korek resepi masakkan. Bahhahahaha

Monday, April 8, 2013

Balik dah!!

Ingat lagi entry jumaat lepas ku?..
Alhamdullilah... sudah sembuh dah kereta nan satu nie, tak yah habaq harga caj pembaikkan kereta nie kat korang.. sebab harganya boleh buat akaun aku ke angka sifar.. Hahhahaha

L4 GRANDE MITSUBISHI ELECTRIC


Sinonimnya sebagai isirumah mahukan peti ais yang besar dan selesa untuk menyimpan segala barangan bahan mentah/basah. Begitu juga sebagai peniaga kedai makan, Aku mahukan ruang peti ais yang paling luas namun ku tidak mahu ruang dapurku kelihatan sempit. Aku mahu letak sebanyak yang boleh kuantiti barangan dalam ruang peti aisku tanpa merosakkan bahan mentah yang lain, malahan aku mahukan sebuah peti ais yang elegan dimata pelangganku.

Tahukah korang, apabila memandang peti ais Mitsubishi Electric aku ternganga.. YES!!!!!!!!!!!!! Tidak syak lagi, peti ais inilah menjadi idaman kalbuku...





Lihatlah gagah, bergaya dan kemas model keluaran Mitsubishi Electric ini, sangat sesuai digunakan oleh sesiapa pun. Mataku tidak berkedip apabila menyaksikan model ini dihadapan mataku,
Jom kita lihat ruang dalamnya pula, 


Ruang bahan mentah untuk sayuran, daging mahupun buahan boleh dimasukkan walau berapa berat kilogram sekalipun. Menabjubkan. Malahan pada masa yang sama ruang untuk mengisi minuman sejuk juga sangat lebar dan boleh disi dengan kuantiti yang banyak.
Ruang sejukbeku pula bilaku amati, daging seberat 20 kg boleh disimpan kedalamnya. Hebatnya!. Ianya bakal menjimatkan kuasa elektrik anda kerana kuasa LED untuk lampu telah dipasang didalamnya. Malahan ianya Anti bacteria.

Apa tunggu lagi, sekiranya anda berminat dengan keluaran terbaru peti ais Mitshubishi Electric, jommm ramai-ramai kita dapatkan model ini untuk menghiasi ruang dapur kita.


Terima kasih Mitshubishi Electric kerana mencipta peti ais yang sangat HAMPIR dan MESRA pelanggan. Tahniah dari kami!




CENDOL KAMPUNG - Mama Jeli Recipe

Korang peminat tegar cendol? acap kali layan cendol tak berapa syok? tamo sedih-sedih noooo.. nie nak habaq mai, daku dah temui cendol paling ngammm kat tekak, syokkk habisss..
Perhatikan dengan ais kepalnya, pulutnya, cendol yang gemok2 memikat selera, kacang yang banyak giless dan ada tambahan jagung didalamnya, Eh!! lupa ada cincau yang disagat molek rupanya tauuuu. Hilang haus ko....

Hanya RM 2.80 ianya sudah menjadi milik korang, lagilah perkhidmatan yang disediakan oleh peniaga amatlah cepat dan pantas....Mabelessss!!! Nama cendol nie pun best CENDOL KAMPUNG KAWW...PUNYA
Hah!! rojak petis bukan calang-calang tau.. pedas dan rasanya sedap ooooo..

Mai kita tengok berapa ramai pelanggan yang datang? ramaiiii kannn. (awat aku lupa nak snap gambar kenderaan kat luor eik, tak apa... esok2 kalau kesitu lagi)

Buat aku bertambah "slute" kat peniaga cendol ni, dia menyediakan perkhidmatan lori bergerak ke kawasan sekitar, tapi belah kota tinggi jer kot, (malu nak tanya2 kat pekerja kat situ, sebab depa banyak kerja lain nak buat dari layan daku, bahahhahah)
Hah!!
inilah dia kedai yang aku pergi semalam ke kawasan Desaru,(buat apa aku ke sana?) korang rujuk entry sebelah lah ya, nama kedai nie MAMA JELI RECIPE, makanan yang paling special semestinya mee rebus, laksa johor, rojak petis, rojak manis,cendol kampung dan banyak lagi....
ALAMAT
JALAN KOTA TINGGI- DESARU
KAMPUNG BARU SUNGAI MAS
KOTA TINGGI

Sunday, April 7, 2013

Kisah Hujung Minggu- Ke Felda Adela - Sek Men Agama Penawar

(opss, ada model pulak kiri gambor, Sorry pakcik ter'snap')

Selamat pengantin baru buat anak sepupu arwah ayah mertuaku. Aiet dan Amet, moga bahagia selamanya... Bilaku berbual dengan ibu pengantin, sahlah.. pusing2 Cik Ara adalah anak kepada mak saudara belah ibuku, alahai... kecil jer dunia. Memangku akui, antara aku dan En Zalie ada hubungan persaudaraan. Bila 10tahun kami bersama, baru ku nampak belah mana satu yang buat kami ada bau bacang, Bahahhaha...

Dari felda Adela ( first time tu..aku ke felda nie, cantik ko felda nie, jiran dengan F Sening, F Keledang, F Tunggal...) Kami berempat teruskan perjalanan ke Sek Agama Penawar, ziarah anak makcikku. Dalam gambar yang pakai baju biru tulah Afifah Latif belajar kat situ.
Ala-ala kejutanlah ibu Afifah (yang pakaii tudung hijau Wak Lah) buat pada anaknya, sampai terlompat-lompat Afifah bila menerima kunjungan kami.

Alang-alang dah ketempat orang, wajiblah aku dan buah hatiku Umai 'posing' bersama-sama. ( nampak tak beg baruku? Ada gambor kasut ko.. hahahhahah)

Eh! lupa nak tunjukkan gambar Afifah terlalu GEMBIRA dengan kehadiran kami, sampai mau tertanggal tudung sebab tak percaya kami melawatnya disekolah, untuk sepupuku Afifah semoga berjaya untuk peperiksaan SPM yang akan datang. LUV u

Nie gambar telefon ala-ala zaman aku kat POLI, tapi tulah ada sedikit kecanggihan. Boleh SMS ko.... Pertama kali aku tauu

Tara!!!
Sepupuku Nor Hafizah paling 'excited' sebab dapat jumpa berpuluh-puluh telefon awam, katanya kat UKM mahupun kat mana-mana tempat awam dah tak jumpa dah alat telekomunikasi jenis nie, depa semua kena guna telefon bimbit.