CITARASA RINDUAN

Friday, May 31, 2013

Cuba yang terbaik!


 
Apabila anak2 bercuti sekolah, pastinya pelbagai aktiviti yang ingin ku kongsikan buat mereka, nak bercuti mustahil bagiku si peniaga nasi campur.

Selain belajar Iqra, belajar menanam tanaman dan mewarna bahan buku yang baru. Aku cuba mengajar mereka memasak. Hanya meng'baking' yang dapat ku percayai buat masa ini.
Alhamdullilah.. air tangan mereka menjadi.
Tahniah anak-anak!

Kalian pula apa aktiviti anak2?

ps: update sambil memasak, menu ayam masak ungkap, terung goreng kicap, bendir rebus dan sambal belacan jua udang panggang buat family.

Thursday, May 30, 2013

Selagi belum tutup mata.. Belajar

Belajar makan pelbagai sayuran, dipanggil belajar jugak kan?

Gigih makan sayuran hijau untuk kesihatan, lagi molek kalau ianya dari air tangan sendiri. Boh benih dalam tanah, boh baja, jirus air dan jaga sebaiknya dari serangga.
Hasilnya? pasti dalam sebulan dua dapat dimakan tanpa was-was. Horey!!

ps: Tengah belajar menuntut keagamaan dan berhijab.. Moga Allah permudahkan.. Amin

Wednesday, May 29, 2013

Wordless Wednesday: Terbayang-bayang!

Tempohari daku belikan buah tangan untuk family dikampung. Sekarang nie terbayang-bayang pula kemeriahan dikampung, sebesen buah pun boleh habis kami hadap bersama. Hahahahah.

ps: mood rindu berkumpul dengan adik beradik

Wordless Wednesday: Dah cuba!


Katanya bagus untuk buang white head, Jadi aku pun cuba. Hasilnya memang benar apa yang dikata.. Korang patut cuba tauu. Best!!

ps: nak tengok hasil di wajahku?, maluuu!! tak yahlah (jenis kulit mengerutu, tak kuasa nak tayang2. Bahahahaaha)

Tuesday, May 28, 2013

Alangkah indahnya....

Jika...
tidak perlu bekerja,
Jika...
tidak perlu bangun tidur,
Jika...
wang dipetik di rimbunan rumput,
Jika...
wang dipetik di tepian jalanan
Alangkah indahnya kannnn!

Tapi,
Apa jadi jika semua manusia menjadi malas?
Apa jadi jika semua manusia mementingkan diri sendiri?
Apa jadi jika semua manusia bermusuhan sesama manusia?
Apa jadi jika semua manusia saling menzalimi sesama manusia?

Kerana..
Kita hanya layak meminjami 'harta' yang sementara...
Di sana kekal abadi
Allahuakhbar!!! Bersyukurlah kerana kita wujud antara yang terbaik dari yang terbaik!

Alangkah indahnya......

Monday, May 27, 2013

Kisah ke kenduri perkahwinan sepupu blogger Elly

Mukadimah? Opkos aku cerita tentang nasi minyak yang tersangatlah lazat. Serius memang aku dah kosongkan perut sejak di CR, jadi jam 12 tengahari jumpa nasi kenduri daku makan tanpa malu2. Bahahhaha
Kemudian aku cerita pula tentang tuan rumah yang mengundang daku ke majlis ini, (yang berbaju dan bertudung warna peach itulah ibu pengantin) Tahniah makcik sebab dapat menantu. Orang perak ko.. hensem pulak pengantin baru, kebetulan saat aku makan, pengantin lelaki sedang berarak ke rumah pengantin. Aku suka!!! Nampak depan mata.

Kalau korang nak tau, aku dapat 2 kad undangan untuk majlis ini. Satu sampai ke CR satu lagi sampai ke kediaman kami, dan paling special mestilah aku dapat undangan khas dari blogger Elly Nadyra (beliau pernah sampai ke CR, puas aku belek di blog Elly, mana entah entry beliau ke CR bulan febuary 2013)

Inilah penemanku pada majlis tersebut, Umai dan Cosinnya Aimi, depa berdua nie asyik usya khemah photo   booth jer,maklumlah ada pelbagai coklat, gula-gula dan macam2 props yang cute hasil tangan/kreatif blogger Elly dan cosin2 mereka.. Cantikkan? kalau nak tahu betulkah kak Elly punya idea? mai baca kisah di sini

Tara!!!!!!!!!!!!!
Inilah props yang mereka suka, layan.. Mujurlah handphone daku masih okey2 lagi, sekarang nie dah nyawa2 ikan.. sabar jerlah. Mahu rosak pertengahan bulan pulak, mana aku ada wang lebih? Harus berganti ke Note 2 ker 3?? auwwwww..
Inilah saat kegembiraan budak-budak dimajlis perkahwinan cosin blogger Elly, syokk sangat. Zaman aku masa budak2 kecik, dapat telur pinang dah cukup bagus dah, bunga manggar bling2 dapat sebatang sukanya macam dapat gula-gula 2 biji. Hahahhahah

Bukti daku dapat bersua blogger Elly (walaupun kak Elly macam ada sikit2 lupa wajahku, Heheheh) kak Elly, thanks tau. Sepatutnya kedatangan Ayu dengan blogger GB. Namun apakah daya, dan KALAUlah GB ada kompommmmm gambar yang cun2 pasti tersiar di blog ini. kannnnnn

ps: Apapun selamat pengantin baru buat sepupu Kak Elly dan suaminya, mudahan kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah.
Jua, buat kak ELLY dan suami, happy aniversarry ke 12 tahun. Moga berbahagia selamanya

Sunday, May 26, 2013

2 Majlis jer! Apa ada hal

Undangan pertama aku bersua seorang blogger, itu entry nanti2. Ucapan buat kedua mempelai moga bahagia hingga hujung nyawa, pengantin lelaki asal dari perak. Jam 12tengahari pengantin lelaki dah berarak. Sweet tau mempelai... i like!

Yang ini sahabatku di sini. Aku tiak adik Miera. Dulu dia kerja kat kedai runcit hujung CR. Bila dapat undangan opkoss aku attend. Buat Miera dan Shieede selamat pengantin baru.

ps: perut kenyang, mengantuk ooooooo.. Alahai, kena jaga CR mana boleh rehat...

Saturday, May 25, 2013

Ber'nasi Ambeng pulak!

My cosin sentiasa muafakat bab2 kenduri, kumpul sama2, makan sama2... Ohsemm!!

Konon nak diet, maklumlah banyak sangat isi perut dari siang tadi, nampak ambeng satu dulang.. Wow! rugi tak makan..Hahahaa

Siap makan, laksanakan tugas. Ala.. setakat basuh dulang dan cawan sekelip mata jer siap.... Heheh

ps: moga dipermudahkan, sepupuku Azizi Latif di majlis nikah/kahwin  pada 16 Jun dengan pasangannya Amin

Cuti sekolah ertinya makan nasi minyak gitu....

Bahahhaha..
bersusun ko surat saman, esok ada 2 undangan. Ada dari kampung terdekat dan ada undangan dari kampung yang jauh2.

Pokoknya sediakan jer 'salam keruk' dan perut yang kosong.. lumayan tau. Hehheh

ps: tak kuruslah aku!

Friday, May 24, 2013

Bercuti dikampung!

Semalam ibu buat kenduri doa selamat. Adat yang namanya anak2 pastinya mahu membantu, apakah daya secepat manapun rancangan yang namanya manusia, daku sampai apabila tetamu pulang. Terkilan? tidak...... daku dapat mengemas dan mencuci periuk belanga. Bantu apa yang terdaya.

Akhinya jam 8 malam dapatlah daku berehat seketika, namun kunjungan adik beradik dan anak2 saudara secara mengejut membuatkan suasana kembali ceria. Ya! keletihanku hilang begitu sahaja.
Thanks Allah.....
Nikmat tak disangka kannnnn...

Kini pagi jumaat kami riuh sekali, nasi goreng dan cengkodok kentang sarapan yang simple habis dimakan kami semua. Daku memasak dengan penuh kasih sayang untuk keluargaku.

ps: sekejap lagi mahu pulang kerumah.. korang tak kemana2 hari ini?


Thursday, May 23, 2013

SELAMAT BERCUTI


  • Kepada pembaca yang kebanyakkannya bekerja sebagai guru
  • Kepada pembaca blog CR yang kebanyakkannya suri rumah 
  • Kepada pembaca blog CR yang terdiri daripada pelajar
Dengan ucapan, kalau bercuti tu ingatlah daku yang bekerja ya.. Huhuhuhu
Ucapan lain, semoga selamat tiba ke destinasi yang ingin dituju
( kaitan dengan gambar? tu gambar umai di Melaka, kami bercuti pada 23 Disember 2012, entah bila dapat bercuti lagikannnnn)

Wednesday, May 22, 2013

Resepi Pavlova Pertama Kali Buat ianya menjadi, HOREY!!

Korang suka dessert yang berkhasiat? masam manis rasanya, cantik dan ceria kejadiannya?, apa kata korang cuba resepi pavlova mudah ini, ada 3 lapisan untuk dessert iaitu terdiri dari meringue (lapisan bawah), cream (lapisan tengah) dan topping adalah buahan (hiasan atas), Tadi aku kata mudah? sebab apa? antaranya:

  1. masa membakar tidak terlalu lama
  2. kerja2 mixes juga hanya sekejap
  3. buahan segar elok untuk kesihatan korang
  4. korang tak perlu pening2 tambat hati orang yang korang sayang, sebab korang dah terro buat pavlova (ingat, orang lelaki nie suka benor makan makanan si isteri, jadi belajarlah buat sendiri ya, sambil2 tu bacalah ayat2 Al Quran yang pendek2 atau cukuplah korang berzikir)

Nampak tu buahan segar yang menarik hati dan selera korang? hah!! carilah buahan yang masam-masam untuk digandingkan dengan lapisan bawah yang agak manis. Sejuk jer tekak bila dessert ini dimasukkan dalam peti ais, hidang time cuaca panas, peeh!!!

Panjang pula mukadimah malam ini, sebenarnya resepi pavlova tak banyak, kalau korang nak tahu inilah resepinya. Jommm layan

BAHAN-BAHANNYA

(lapisan bawah/ meringue)

  •  5 biji telur putih  ( jangan sampai kuning telur terikut ya)
  • 150g gula pasir
  • 1/2 sudu teh cuka masakkan (ala cuka yang buat sos atau sambal nasi ayam tu)
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1/2 esen vanilla
(lapisan tengah)
  • 250g whipping cream (daku guna jenama RICH'S)
(hiasan atas)
  • strawberry ( ingat lagi entry sebelum nie? daku dapat banyak cendermata dari CH?), anggur, tomato, buah Apple hijau. Kalau nak tambah kiwi ker, buah limau ker boleh jer, janji yang masam gitu

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan dahulu oven korang letak suhu 160c selama 1 jam (tujuannya agar meringue dibakar dengan  mudah dan cantik)
  2. Lapisan bawah/ meringue : putar telur putih hingga berbuih dan kental ( 5 minit) dengan kelajuan mixes yang paling tinggi, kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi, jika nak tahu ianya dah okey, cuit dengan jari, jika gula tak ada bergentil atau kasar maksudnya meringue korang menjadi, matikan mixes, masukkan cuka, tepung jagung dan esen vanilla dengan guna spatula godak satu hala sahaja. 
  3. Ambil kertas minyak, letak atas loyang sudukan meringue, kalau nak buat pavlova kecil-kecil boleh, besar-besar pun boleh ikut suka. Masa sudukan meringue tepi kena tebal, dalam bagi lekuk sedikit nanti senang nak topping, Sedia untuk dibakar dengan suhu 140c selama 15-20 minit
  4. Bila sudah masak, (luar kekuningan, dalam gebu) korang biarkan meringue pada suhu bilik.
  5. Sedia untuk topping
  6. Lapisan tengah : putar whipping cream dengan kelajuan sederhana diikuti kelajuan tinggi hingga cream berbentuk seperti gumpalan awan... ewah! tetiba daku teringat lagu awan nano.
  7. Topping atas : potong kecil buahan segar. (itu aje)
  8. Hias pavlova korang, apabila lapisan meringue dah sejuk, sudukan lapisan tengah. Tak payah tebal-tebal atau nipis sangat ya, kemudian tabur atau soleklah dengan buah-buahan kesukaan korang ya
  9. Sejukkan dalam peti ais, kemudian boleh dihidangkan.
  10. Selamat mencuba

 ( meringue yang belum dibakar)

(sudah sejuk, sudah boleh dimakan)



Wordless Wednesday: Percubaan pertama saya b' Pavlova



5 biji sebenarnya. Satu biji pavlova masih dalam oven.
Syukur alhamdullilah.. Percubaan pertama akhirnya berjaya dengan izinNya.


Sunday, May 19, 2013

Resepi Ais Blended Strawberry


Cuaca panas beberapa hari ini buat daku yang kesibukkan di kedai agak kepanasan. Memasak dan membuat air. 90% masaku berdekatan dengan bahan api. Wow!! air peluh deras ooooo...

Kalaulah dapat minum ABC kah!, cincau kah! Ais Blended kah! syokkkk ooooo.
Dan macam dirancang-rancang sahaja, adik iparku baru pulang dari Cameron Highland menghantar beberapa cendermata
Tara!!!

Syukur alhamdullilah, banyakkan.. Terima kasih Siti Hamizah Jamil. Moga murah rezekimu.
Tanpa buang masa, sebelum buah strawberry rosak, molek daku buat sesuatu. Hasilnya, seperti kehendak asalku, ais blended. TITIK. Bahahahhahaha

Jom, semak resepi
Bahan-bahannya

4 Biji Strawberry
1 cawan susu cair
2 sudu gula pasir
6 ketul ais
Hiasan : coklat rice berwarna warni

Cara menyediakan

  1. Masukkan susu cair, ais dan gula kedalam blender, blender hingga hancur.
  2. Masukkan buah strawberry, blander sekejap sahaja.
  3. Masukkan dalam mangkuk, dan hias mengikut kreativiti anda.
  4. Selamat mencuba




Horey!! stok banyak dalam freezer, esok-esok boleh minum sampai kenyang. Hahahahhah.

PS: masih kesuntukkan masa untuk berlamaan dilaman sosial, maafkan daku sahabat. Doakan daku sejahtera selalu ya, moga kalian juga baik2

Tahniah buat blogger SINAR RAUDAH dan suami diatas kelahiran zuriat sulung lelakinya pada 19 May 2013. (ku perolehi berita gembira ini dari beliau melalui SMS handphone) Beliau masih berada di hospital. Doakan supaya beliau dan baby cepat dcaj ya.

Friday, May 17, 2013

Karstad Fruit Cocktail berkrim


Assalamualaikum dan salam rejab untuk sahabat alam maya sekalian, cuaca yang cantik pastinya kebanyakkan sahabat berpuasa sunat dan mengantikan puasa tahun lepas. Beberapa hari yang lepas daku telah menyediakan percuci mulut dikala cuaca yang agak panas. Lelebih-lebih lagi keluargaku mengemari makanan sejuk selepas menjamu selera.

Nak kongsi dengan korang betapa daku peminat barangan Ayam Brand tak kisahlah kalau kemana-mana pastinya stok santan, sardine, nanas dalam tin dan macam-macam keluaran Ayam Brand menjadi pilihanku, selain barangan keluaran Ayam Brand amat sesuai dengan selera kami sekeluarga, daku mendapati setiap produk Ayam Brand amatlah bermutu tinggi dari segi kualitinya.

Terbaru daku perasan satu produk baru keluaran Ayam Brand iaitu Fruit Cocktail, wowww... mudahnya daku nak menikmati triffle pudding, cocktail bermacam aneka untuk pencuci mulut. Bila melihat keluaran terbaru itu daku terus rembat untuk mencuba. Hasilnya.................
Tara............... 

(Karstad Fruit Cocktail berkrim, hebat tauuuu... tak sampai 10 minit ianya berjaya mengenyangkan daku sekeluarga, siap boleh kongsikan dengan jiran sebelah rumah. Heheheh)


Sebelum daku nak berkongsi resepi hebat ini, molek jika daku kongsikan baru-baru ini pihak Ayam Brand ada membuat satu pertandingan dalam facebook AYAM BRAND hadiahnya lumayan tau antaranya Barangan Sengheng dan pelbagai produk Ayam Brand.

Korang masih ‘konfius’ ya dengan pertandingan itu?, jommm daku kongsikan sedikit maklumat tentang contest tersebut. Korang nak join sila klik sini: http://bit.ly/ABStudent

Setiap episode ada menyediakan pelbagai resepi yang kelakar seterusnya pasti buat kita terliur

  • Will (lakonan Will Quah) adalah pelajar, seorang yang kekok didapur malahan hancur didapur. Bahahahah.. nie dah buat daku gelak tak ingat, so lelaki!
  • Kakaknya Sarah (lakonan Aishah Sinclair) adalah sebaliknya, pandai memasak dan suka didapur
  • Will akan ke Australia untuk menyambung smesternya, dia bimbang jika dia tidak pandai memasak pastinya makanan Malaysia dirindui..
  • Sarah mengambil keputusan untuk membantu Will, tidak mustahil untuk Will menyediakan makanan kegemarannya sendiri.
  • Jommmmmmm.. tonton pengembaran Will dan Sarah, wow.. pasti melucukan
  • Terdapat 12 episode dan 12 resepi lazat


Tonton episode minggu ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan, korang berpeluang untuk memenangi barangan Sengheng dan produk yang lazat dari Ayam Brand. Hadiah berbeza setiap minggu dan semua berpeluang untuk MENANG!!


Resepi Karstad Fruit Cocktail berkrim
Masa hidangan 10minit
Penyedian 2 orang

Bahan-bahannya
-Bahan Kastard
  1. Tepung karstad – 1 cawan
  2. Gula 3 sudu teh
  3. Air – 2 cawan
  4. Santan AYAM BRAND -200ml
  5. Secubit garam
- 1 Tin Fruit Cokctail AYAM BRAND
- 1  Tin susu cair
- gula pasir 1 cawan (larutkan dalam air panas)
- pelbagai buah atau nata dicoco dan lain2 

Cara menyediakan

  • Masak bahan karstad, satukan dalam mangkuk kesemua bahan, kemudian buka api perlahan biarkan karstad masak. Sejukkan
  • Ambil mangkuk hiaskan karstad, satukan sirap fruit cocktail, gula dan susu cair. Hias dengan AYAM BRAND fruit cocktail
  • Sejukkan dalam peti ais,sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba.



Thursday, May 16, 2013

cikgu, selamat Hari Guru!

(cikgu Ina)

(cikgu Shida)

Minggu ini umai dan sahabat seusianya (6 tahun) tidak bersekolah kerana pelajar berusia 5tahun sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

Siap sahaja daku  menyiapkan tempahan dan memasak lauk untuk berjualan, segeralah daku mengambil Umai dari rumah untuk ke sekolahnya.

3 hadiah untuk cikgu Pasti dan cikgu mengaji Iqranya (gambar cikgu Yati tidak di kongsi atas sebab2 tertentu

ps: Kata kawan. Walau suri rumah, kita tetap guru kerana mendidik anak2 dirumah

pss: Selamat Hari Guru untuk semua guru2... termasuklah guru belajar buat kek, cikgu belajar memandu. Korang semua guru yang banyak menabur ilmu buat kami

Wednesday, May 15, 2013

Keletihan!

(nyenyak, atau rehat?)
Rezeki bulan Mei, selain menerima pelbagai tempahan.. ada beberapa orang memohon kerja di CR. Walau tenagaku boleh dikerah untuk melaksanakan tugas sebaiknya, namun ku perlu pembantu yang ada pengalaman untuk menguruskan CR.

Sekurangnya ada pengalaman untuk mengambil order atau melayan pelanggan sudah mencukupi
Bukan bermaksud menolak mereka, sekurangnya kuranglah sedikit 'kepayahan' untuk mengajar itu dan ini...

ps: maafkan saya. Awak masih pelajar tingkatan 4, saya terpaksa fikirkan sebaiknya untuk masa hadapan awak.

Tuesday, May 14, 2013

Kunjungan family abah!!

Serius daku terharu..
walau hanya 3 orang pembantu di CR syukur alhamdullilah daku dapat menguruskan dengan baik.

Walau mendapat tempahan dan kunjungan mengejut.. Kami boleh menguruskan CR dengan baik

Kunjungan dari family abah dikampung membuatkan badan yang penat hilang begitu sahaja.
Terima kasih atas nikmat dari Allah..

Monday, May 13, 2013

Aku rinduu!!

 Lama tak memuding

 Lama tak uli epok-epok a.k.a Karipap Kentang

 Nasi Ambeng!! sluppp . Daku teringin nak makan macam nie, makan sedulang, last dapat makan dengan keluarga dikampung semasa kenduri selamat ibu lepas operation

 Gebu, lembut.. Ya! kira-kira 3 bulan daku tak meroti

 Sesekali kalau malas, inilah yang ku buat untuk kami makan-makan. 

 Pau oh!! Pau, sejak 2minggu tanpa pembantu.Kini daku gagal untuk mengdonut doh

 Kalau dapat sluupp musim panas nie, hilang rinduku.. Hahhaha

Bahan-bahan didapur dah cukup jika daku nak meng'baking'kan diri. Masalahnya.. daku semakin 'buzy' di dapur CR

PS: tak dapat BW, tak dapat berlamaan di depan lappy. Maaf berlori sahabat blogger dan pembaca setia CR, doakan kesejahteraanku baik2 ya.
Selamat berbuka puasa pada yang berpuasa.....

Sunday, May 12, 2013

Hari ibu versiku

Menerima sebiji karamel tanda ingatan kepadaku dan mak mertua
 sempena Hari Ibu. Thanks awak!

Famous amos cokiess dimalam hari, blogger itu menemani hingga lewat malam. Sambil meng'okies' daku rasakan beliau seperti adikku. Thanks awak!

Esok hari ( 12 Mei ) ku mengajak beliau untuk merasai majlis perkahwinan orang felda..Saje pancing pelbagai makanan, hujungnya aku juga yang habiskan. Bahahaahah. Thanks awak!

Penutup Hari ibu ku beli palova untuk diri sendiri. Seriuss nikmattt.. 


ps: tanpa sambutan, namun apabila menerima kunjungan beliau dan sahabat sejakku kecil iaitu Azlie Ayes bersama keluarganya serius ianya sangat bermakna.. thanks semua..12 mei saya sangat indah.

pss: umai beri kad hari ibu. TERHARUnya....

psss: apabila blogger itu pergi ku rasa kosong!!

Friday, May 10, 2013

Perbezaan tepung gandum dan tepung kek

Tengahari tadikan daku buat 2 keping kek pisang. Terlanjur tepung kek yang dibeli kat pasaraya Cowboy bulan ramadhan tahun lepas masih banyak (eikkk... cuba teka berapa kotak ku borong) Hahhaah

Lepas siap memasak lauk pauk tengahari daku meng'baking'.

2 jenis tepung ku cuba. Sebiji kek daku guna tepung gandum. Manakala sebiji lagi daku gunakan tepung kek.
Hasilnya? 
Ya.. berbeza

Yang ini hasil gunakan tepung kek, daku guna tepung soft flout atau tepung superfine. 
Perhatikan hasilnya.. Gebu namun stuktur kek tersebut bersepai (rapuh), walaubagaimanapun rasanya lebih sedap berbanding sebiji lagi kek.

Manakala gambar kek bahagian kanan (dalam piring) mengunakan tepung gandum yang diayak dan dicampurkan serbuk penaik.
Perhatikan hasilnya.. Padat, bagiku permukaan atas kek ranggup. Namun sedap..

Apapun ianya bergantung pada anda. Yang penting anda mencuba sendiri dari jari jemari anda.