CITARASA RINDUAN

Tuesday, July 30, 2013

Resepi BIskut Badam Ranggup super sedapp...

Gebu hasilnya...
Ranggup dan sedap rasanya..
Mudah dan cepat semasa membuatnya.
Itulah yang boleh dikongsikan tentang biskut Badam Ranggup resepi Blogger Dapur tanpa sempadan @ sifu masakkan CMG.... 2 tahun berturut-turut daku buat biskut ini. Dapat pujian kelas atasan kooo dari tetamu.. hahahhahaha. I Like!

Jomm semak resepi:
Sumber asal: DAPUR TANPA SEMPADAN
( Ayu minta icin copy paste resepi cmg ya)

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g mentega
100 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

UNTUK HIASAN:-)
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Monday, July 29, 2013

Resepi Almond London seriusss Rangup gile!!

Assalamualaikum, salam 20 Ramadhan sahabat alam mayaku yang beragama islam, wahhhh!! dah hampir menjelang syawal rupanya. Maafkan daku tidak dapat berlamaan di hadapan komputer, berniaga nasi campur dan mengambil tempahan biskut raya buatkan masaku terhad.

Terima Kasih tak terhingga buat pembaca baru dan pembaca yang sentiasa mengikuti blog CR, tiada yang indah di dunia blogging hanya kerana sokongan kalian buat diri ini. Love u alls...

Kalau korang nak tahu, inilah kali pertama daku mencuba resepi biskut di blog kak Nor (secubit garam, bukan secubit rasa ya puan Ayu... Bahahhaha, daku siratu typo!) Seriuss Ranggup gile Almond London beliau.. Terima kasih k.Nor atas pengkongsian kepada kami semua. Mudahan murah rezeki dan diberkati olehNya.

Jommm semak resepi beliau

Daku copy paste resepi beliau

Bahan:(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/08/almond-london.html#ixzz2aNZOAFnU
(keadaan selepas dibakar, yang putih tu belum ditopping lagi, yang coklat tu. Korang sudukan sahaja guna sudu plastik KFC)

(Cara daku mencairkan coklat, ambil loyang A yang berisi air panas, panaskan oven kalian. Ambil periuk yang kecil dari loyang A, letakkan coklat masakkan. Dalam masa 10 minit In shaa Allah, coklat akan cair dengan baik. Ingat ya... Jangan termasuk air kedalam periuk yang berisi coklat)

PS: Percayalah... resepi almond london k.Nor memang ranggup. Bagi tekakku, adunan 3 jenis tepung membuatkan biskut ini memang sedap. Selamat mencuba.

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Biskut Cornflakes Ranggup



Salam 15 Ramadhan buat pembaca blog CR, sekejap sahaja kita sudah berpuasa selama setengah bulan. Korang dah start buat kuih raya? Daku sedang kayuh perlahan-lahan, terujalah bila pelbagai biskut memenuhi ruang bekas balang tapaware. Malam tadi sempat daku buat 2 jenis biskut, bila ada pembantu yang comel dan kuat membantu, pastinya hati jadi riang. Terima kasih anakku Umai.

Kali ini daku buat Biskut Conflakes Ranggup, Umailah tukang jadi leraikan mangkuk kertas dan jadi tukang ramas conflakes. Hehehehhe.

Resepi biskut ini daku ambil dari blog kak Hayati Sinar Kehidupanku, terima kasih kak. Ayu minta izin syer dalam blog Ayu ya, moga ilmu diperpanjangkan.. Ameen


(Daku copy paste resepi beliau, bagi memudahkan sahabat membaca resepi beliau)

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.


(sebelum dibakar)

Tuesday, July 23, 2013

Resepi Biskut sarang semut


Sebagai suri rumah, pastinya lebaran yang bakal tiba kita mahukan tetamu datang beraya dengan makan masakkan air tangan kita. Lagilah di masak dengan penuh kasih sayang, Buat diriku, setiap Ramadhan tiba walau ku berniaga untuk juadah berbuka puasa kepada pelanggan CR, daku tetap membuat biskut atau kek pada waktu malam.. Itulah masa yang ku ada, hilang penat dan letih bila pandang masakkan kita terutamanya biskut memenuhi balang2 kuih raya. Kengkadang tu beli jugak biskut bila kengawan niaga, bantu membantu gituu...


Pagi semalam bila terpandang blogger Mas Duniaku syer gambar biskut sarang semut diFBnya daku terliur sama... Hinggalah tak sabar2 nak resepi. Dan kebetulan bila ku tidak online. Ibu dikampunglah jadi buku resepi untukku. Heheheh... Thanks Ibu.

Bahan-Bahan:
  1. Gula halus 1 cawan
  2. Buttercup/mentega/planta 1 cawan
  3. Tepung gandum 3 sudu 
  4. Tepung kastard 1 1/2 cawan (ikut gram kedua tepung adalah 400gram. Bila tepung gandum 50g, tepung kastard 350g ya)
  5. Kuning telur 1 biji
  6. Esen vanilla
  7. Mangkuk kertas. (adunan akan dapat 100biji)
  8. Hiasan - coklat rice

Cara Menyediakan:
1- Pukul gula dan mentega hingga kembang dalam 5-6minit
2- Masukkan telur kuning dan esen vanilla, gaul lagi.
3- Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adunan akan lembut sahaja.
4- Parut adunan seperti gambar diatas.
5- Masukkan dalam paper cup dan hias dengan coklat rice.
6- Bakar pada suhu 180c selama 10minit.
Selamat mencuba.

Friday, July 19, 2013

Corat Coret Seminggu berniaga di Bulan Ramadhan


Berniaga lauk campur, pelbagai kuih muih termasuk Donut, pau sambal, roti jala, tahu sumbat air tanganku, nasi ambeng, pelbagai mee dan bubur/pengat adalah antara menu jualan yang dijual

Pelbagai bumbu a.k.a bahan-bahan masakkan ku sediakan untuk menyedapkan masakkan, berbeza dengan jualan harian dari bulan Ramadhan.

Jam 11 pagi adalah waktu sibukku dihadapan tungku2 dapur, setelah 1 jam menyediakan bahan-bahan masakkan, sehingga jam3 petang barulah masakkan siap di masak.

Adat berniaga, ada harinya cerah dan sebaliknya. 

Saat manis apabila dikunjungi sahabat, saudara mara dan kenalan lama. Thanks korang

Bertambah terharu Dato Adham Baba, selaku Adun Negeri Johor mengunjungi perniagaan Kami. 


PS: Maaf sahabat bloggerku, keterbatasan masaku menghadkan daku mengunjungi blog2 kalian.Ketahuilah kalian semua sentiasa dihati, menjadi penguat semangatku untuk berniaga. Thanks Allah.

Friday, July 12, 2013

Resepi Sayur Kacang Buncis Campak-campak

Bingung nak masak juadah bersahur? Ikut tekak, pasti tamo ambil makanan yang berat. Makan oat atau Milo panas memadai. Tapi, buat si perempuan yang sudah berkahwin dan inginkan keluarga kita makan masakan segar, ianya amat membingungkan.. kannnn

Mai nak syer sayur yang segar, ranggup dan buat korang tak jemu nak bersahur seawal jam 5 pagi. Sayur kacang Buncis bersalut telur... Jom semak resepi

Bahan-Bahannya:

  1. Kacang Buncis - 200 gram (dipatah2 sahaja)
  2. Telur - 1 biji
  3. Carrot - 1 biji (dipotong halus atau ikut kreativiti kalian)
  4. Bawang Besar - 1 biji (dihiris halus)
  5. Bawang putih - 3 biji (dihiris halus)
  6. Garam - sedikit
  7. Lada merah - 1 biji (dihiris halus)
  8. Minyak bunga matahari - sedikit sahaja
Cara Menyediakan:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan lada merah hingga naik bau
  2. Masukkan carrot, kacang buncis dan garam jangan masak terlalu lama. Pecahkan telur. Matikan api, selamat mencuba

PS: Ku pohon maaf kepada pembaca blog Citarasa Rinduan andai daku tidak membalas komen kalian atau BW ke blog korang. Sesungguhnya keterbatasan sebagai peniaga menyukarkan daku berlamaan di alam maya. Salam pagi penghulu hari dan Salam 3 Ramadhan..

Thursday, July 11, 2013

Kerepek Rembow Kerepek Raya 2013

Siapa duduk area Bandar Baru Bangi, kajang, Bandar Seri Putra atau Nilai? Sila angkat tangan, Bahahhahaha.. Lawak 2 Ramadhan kah?, Eh bukannnn. Ini serius tau, Raya kan nak dekat. Pastilah korang sedang merancang untuk mencari keperluan lebaran nanti kann...

Mai sini daku nak habaq, Buat makluman korang pelbgai jenis kerepek telah kembali menyerang KEMBALI ke kawasan anda. Tu diaaaa... siapa yang pernah beli pasti tau keranggupan, kesedapan dan ke'kriuk-kriuk'kan rasanya..




(tetiba air liur aku meleleq..eik!!)

Hanya telefon atau sms ke nombor 0122459477 kerepek Rembow Raya 2013 akan sampai ke tangan anda, tempahan akhir pada 1 ogos 2013 ya. Lepas tu daku tak tau kalau korang terlepas peluang untuk membuat tempahan, maklumlah kerepek Rembow nie sangat meletop tau....

Jommm order ramai-ramai, sila ke FaceBook KEREPEK REMBOW RAYA 2013
Foto


Tuesday, July 9, 2013

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Roger


Salam 1 Ramadhan buat semua pembaca blog Citarasa Rinduan, terlebih dahulu ku panjangkan kesyukuran kerana diberi peluang olehNya untuk merasai nikmat bulan nan mulia, moga ibadat yang kita lakukan diterimaNya. Ameen..

Sebenarnya daku peminat ayam kenny Roger, kebetulan bila daku tanya En Zalie menu apa untuk sahur esok pagi, beliau sarankan ku masak Ayam, masa kami berbual tu. Umai kata dia nak ayam kenny Roger. "Yalah anakkk!! ibu tau, lama dah kita tak masuk restoran mahal tu. Huhuhuhu.."

Okey, awal malam sebelum ku lakukan solat terawih, kasi perap dahulu ayam nie. Karang lepas solat sunat, mudahlah nak hasilkan ayam yang berbalut dengan rempah bumbunya..

Jomm kita lihat resepi ayam panggang ala kenny roger, 

Bahan-bahannya:

Resepi asal : kak Azlita Aziz Masam Manis
(maaf kak Ayu derhaka banyak sebab bumbu di dapur kurang mencukupi seperti madu dan lain-lain. Kalau korang nak tengok resepi lengkap sila ke blog kak Ita ya)

  1. Ayam - 1 ekor dipotong 4
  2. Bawang Besar - 1 biji **
  3. Bawang putih - 4 biji **
  4. Gula merah - 1 sudu besar **
  5. Halia - 1 buku ibu jari **
  6. Kicap pekat - sedikit sahaja
  7. Garam - sedikit sahaja
  8. Lada hitam- 1 sudu besar (daku beli sepeket RM 1.00 ku bahagi 2)**
  9. Oregano - 2 sudu besar
  10. Sedikit air untuk bander bahan
Cara menyediakan:
  1. Blander kesemua bahan bertanda ** bersama air
  2. Perap kesemua bahan blander, garam, kicap, oregano dan ayam dalam satu mangkuk, biarkan 1 jam. Jika perap lagi lama pun okey sahaja. Lagi sedapp oooo.
  3. Bakar dalam pemanggang ajaib, masa bakar dalam 25 atau 30 minit sahaja, ayam sudah masak, senang kerja. (Tapi, jika tak ada pemanggang ajaib. Korang guna jer periuk ker, kuali ker. Lepas tu ambil aliminium foil. Bakar jer atas api, dalam 1 jam masaklah ayam korang tu, kalau guna oven kan.. korang kena set masa 1 jam ya, masa bakar kena tambah 20 minit untuk keringkan ayam, sebab ayam korang akan keluarkan banyak air) 
  4. Selamat mencuba

Thursday, July 4, 2013

Resepi kerabu mangga ala-ala Thai, sedap oooo!!


Selamat tengahari sahabatku, tahukah kalian.. Antara juadah yang paling laris dijual di bazarku pada bulan Ramadhan adalah kerabu mangga?, dari RM 2 hingga RM 10 adalah jumlah yang sanggup dibeli oleh pelangganku? Alhamdullilah.. rezeki Allah, mungkin kerana masam,manis dan pedas adalah selera masyarakat kita. Daku pun suka tau, ratah lepas balik terawih. Hehehehehe

Jomm semak resepi mudah ini. Menu sihat buat kita semua.

Bahan-bahannya:

  1. Buah mangga muda 3 biji (dibasuh, dibuang kulit dan diracik halus)
  2. Kacang panjang 3biji (di basuh dipotong halus)
  3. Tauger 50 gram (dibersihkan)
  4. Carrot 1 batang (dibersihkan dan diracik)
  5. Bawang Besar 3 biji (dikupas kulit, bersihkan dan dipotong halus)
  6. Cili padi 15 biji (dibersihkan dan dipotong halus, jika tidak suka pedas kurangkan kuantiti)
  7. Udang kering 50gram atau ikan bilis yang bersalut madu (disanggan dan diblander halus, jika tidak suka cukup hanya biarkan seekor-seekor sahaja)
  8. Bunga kantan 4 batang (dibersihkan dan diracik halus)
  9. Kacang botol 4 biji (dibersihkan dan dipotong halus)
  10. Garam 1 sudu teh
  11. Gula 3 sudu teh
Cara Menyediakan
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan satukan dalam mangkuk, hiaslah dengan udang kering.
  2. Selamat menjamu selera

Tuesday, July 2, 2013

Ramadhan bakal menjelma,Jomm shopping Online

Anggun Solehah Shop



Daku pernah beli jubah dan tudung dengan peniaga online ini, usahawanita ini jua menjual pelbagai barangan tuppaware, biskut raya dan macam-macam lagi. Berminat? ala.... tak payah susah2, klik jer gambar diatas. Kalau nak cuci mata di FB sila ke https://www.facebook.com/anggunsolehahshop

HAPPY SHOOPING