Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, February 5, 2010

satu hari dikampung tercinta


salam jumaat to yuyu.
memandangkan hari jumaat adalah cuti bekerja,
maka aku mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung
sebulan sekali adalah pekara wajib yang aku lakukan ke kampung adalah menghantar belanje dapur untuk bonda dan ayahanda tercinta.

sebelum pulang kehalaman kampung tercinta, aku akan singgah kemana2x pusat menbeli belah...
maklumlah...nak gak makan yang best2x....yang enak2x...sesekali pulang mestilah nak tunjuk skill memasak untuk ibu....cewah2x......
bukan mengapu tau....sajer, nak tunjuk bakat semulajadi.

aku singgah ke kid mart kota tinggi,suka berbelanjer disana macam2x ada..dr keperluan dapur,basah ke kering....pilihan untuk makan tengahari zali pilih ketam dan sotong jarum...
kalau dia dah memilih,aku akan automatik akan set apa yang bakal aku masak...maklumlah kaum laki nie, mana tau masak2x...depa tau ngap jer...heheheeh....
terima kasih sayang,.....besor2 ketam tu.....

sampai ke kampung halaman aku terkejut sebab macam2x perubahan yang berlaku,terutama sekali bahagian lanskap,...macam ada pertandingan pula....

felda tenggaroh 1, mersing..adalah kampung aku di besarkan...
tempat aku belajar dan mengenali mukadam ke al-quran...sekolah rendah ke menengah...semuanya tersemat dihati....

disini aku paparkan segala kejadian yang berlaku di kampung tercintaku






bahan2 mentah yang siap di siang....abahku paling rajin bab menyiang....tak perlulah aku bersusah payah nak bersihkan....terima kasih abah...........luv u




sebenarnya, rumah aku sedang di renovate..tukar bumbung...so,aku goreng epok-epok kentang....pekerja yang membantu menyiapkan rumah seramai 3 orang termasuk abah....


ibu, baru balik daripada kedai.....tolong belikan rempah untuk aku melaksanakan kerja2 memasak....siap aku mintak posing..hehehehehe



kalau aku rajin menanam pokok-pokok sayuran,,,,korang nak tahu dari baka mana yang buatkan aku rajin...tak lain tak bukan semestinya daripada bonda dan ayahanda....depa nie bab menyucuk tanam memang tak boleh kalah......semua subur2......macam2 ada.....



pekerja yang sedang membaik pulih keseluruhan bumbung,...tak silap dari tahun 1989 bumbung ini dipasang baru diganti dengan yang baru....



tanaman pokok-pokok bunga yang diilhamkan oleh bonda tercinta......


jiran tersayang aka kawan baik ibu,..puan salbiah...(panggilan manja cik sal)....batu2 bom yang sudah siap di cat....cantik sungguh lanskap cik sal nie..

abah tercinta................luv u...


jiran hadapan rumah en Tumian...sedang membersihkan lanskapnya....rasanya satu blok ibu, sedang sibuk menghiaskan halaman masing2...rajin sungguh depa nie..selain mencantikan halaman...badan pun sentiasa sihat...maklumlah peluh tak pernah kering....walaupun keseluruhan umur jiran tertangga dalam 50-60an...depa memang rajin,cekap dan amanah......hidup felda......
masih dalam proses membaiki......cuaca agak redup....alhamdullilah....


ibunda tercinta..puan Jumiah bte Ramli...ada banyak rupa aku....miss my ibu..





cantik2x dan gemuk2x tanaman ibu.......




lupa nak beritahu yuyu
dibo dah dipulangkan semula ke kampung..bukan tak mahu jaga...dah sampai tempoh dibo dibakakan......semoga anak2x dibo comel2x belaka

setelah jam 10pagi....aku mulakan tugas untuk memasak......lagipun buat kerja sorang2 lagi seronok...si umairah bermain dengan dibo, zali layan mata...heheheh...cuti2x sungguh2x

hasilnya................ketam kari,sambal sotong jarum,ulam timun,peria goreng dan sambal to-tok....







Thursday, February 4, 2010

kisah aku di kedai

kadangkala manusia akan sentiasa berfikiran...samaada apa sahaja perbuatannya melampaui batas atau sebaliknya
aku tidak terkecuali darinya,memandangkan aku perniaga, selalu berhadapan dengan pelbagai situasi yang mengembirakan,yang menjelikkan,yang merapu dan yang serius

yuyu
kisah kali ini aku tulis daripada kisah benar aku pada hari semalam( rabu 3hb 2,2010)
masa kejadian: 2.15patang bertempat di:citarasa rinduan

masa ini,zali menghantar pekerjaku yang bertukar shif...
aku tinggal seorang di chasier, manakala ada 3 orang lagi pekerja yang membuat kerja2 seperti biasa

datang 2 orang permuda dikedai, aku nampak si aton(pekerja bahagian order) dah menjalankan tugasnya, jadi aku time ini,menyiapkan akaun kedai...berserta bil2 semasa yang dikemaskini
salah seorang permuda,masuk ke kawasan makanan, aku layan dengan mengambil nasinya...
aku perhatikan kawan mamat lagi sorang nie, masih lagi dengan aton.

dipendekkan cerita,aku kembali menyiapkan kerja2 aku...
mamat yang (senang aku katakan bertopi dan berambut panjang) masuk ke bahagian makanan,
aku tegur dia
`adik,kalau tak berminat dengan lauk-lauk (masa nie lauk tinggal sedikit sahaja,memandangkan jam dah 2.30petang) akak ada sediakan lauk-lauk panas seperti sop2 dan goreng2

mamat tu terus pandang muka aku,aku biasalah dengan penuh hormat sambil senyum kat dia....nak jaga pelanggan nie,bukannya mudah..kalau kita sakit pun kita kena buat muka ceria....

dengan nada meninggi dia menjawab`kak,,,,dari tadi saya duduk...tak ada seorang pun layan`..

aku senyum,yerlah tak kan lah aku nak jawab` ler,bukan tadi pekerja kak dah ambil order ker`

aku terus kata, ada macam2 lagi makanan kat sini...orderlah...

dia,dengan muka masam terus blah, aku perhatikan meja dia, time nie customer tak ramai, senang aku nak cam rupa mamat tu.....

boleh dia kata kat kawan dia, oooooi...dah lah blah2x aku tak nakmakan kat sini.,,,penat tunggu tak ada orang order

masa ini, dada aku dah rasa sakit....eik...bior betul mamat nie, suka2 nak ajak orang pergi...kebetulan kawan dia tengah makan nasi campur,kawan dia senyap,,,

pada masa yang sama,bak asynik bawa sepinggan nasi ayam. mamat yang bertopi tu dah berjalan ke arah kereta..... masa ini aku cuma memerhatikan tindak laku mamat tu,......
aku sebenarnya bingung....apa yang berlaku....

nasib.kawan mamat bertopi tu tak bangun....dia siap lambai pada mamat bertopi aka loya buruk tu.................aku still nak tahu apa tindakan seterusnya....mana tahu kalau dia terus start kereta dan pergi balik ker,...

hemmmmmmmmm
rupanya dia kembali kemeja sambil duduk tersengih2x.....
peeh..............memang aku nak jer. bangun dan balas kata2 dia sebentar tadi.....

apapun.....pengalaman sebegini memang sentiasa berlaku
yang aku perhatiakan kisah ini akan berlaku sekiranya aku yang menjaga chasier...
kalau zali yang jaga tak pernah berlaku...

adakah lelaki suka ambil kesempatan....?..
atau diorang ingat kita nie,lemah......

teringat kisah aku ditipu dengan pemandu teksi,,,,,
masa kejadian seperti peristiwa semalam......
(nantilah aku akan bercerita lagi)

rentetan peristiwa ini,
aku rasa.....mamat tu saja nak buat lawak bangang
atau.......dia memang suka kenakan orang....
yang peliknya,nasi ayam dan minuman dia habis dimakan..
bayaran pula,kawan dia yang bayar......
alahai.............teruknya,jangan jadi menantu aku sudah.......
tak rela aku.....