Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, June 30, 2010

TERIMA KASIH PARA SAHABAT

Alhamdullilah..

Akhirnya (hari yang ke 10 di ICU pakar putri) En zalie dah boleh makan bubur...sedikit, adalah dalam 4 sudu, namun ianya memadai dari minum susu dari tiub yang dipasang dari hidungnya.. aku tahu ianya menyakitkan...namun, perlukan masa untuk en zalie menyesuaikan keadaan sementara jantungnya yang belum kuat.

Sepanjang en, zalie mula sedar dari komanya...aku tahu, kerenahnya seperti budak kecil..hendak itu..hendak ini..bukannya dia tak boleh minum air tapi, kuantitinya perlu sedikit..namun, aku seperti ibu yang perlu bermain dengan emosi kanak-kanan, perlu tabah, kuat semangat dan pandai memujuk....(tapi sampai bila?)

Terharu dengan kedua orang tuaku...selama 5 hari berkampung dihospital, walaupun ruang di luar ICU agak kurang sesuai, namun..kamu berdua banyak meluangkan masa mengalunkan doa dan ayat-ayat al-Quran....penguat semangat en zalie....terima kasih Puan Jumiah dan En Rahman

Terima kasih kepada ahli keluargaku yang sanggup pulang ke JB, abang long, kak long, uda, jijai, jali, ain , ika, manja, haikal, dan amoi....memberi semangat kepada aku dan en zalie..aku tahu, mereka cinta akan suasana dahulu..namun kini berbeza..beri kami peluang dan ruang..ada jodoh, kami mengziarahi kalian

terima kasih kepada abangku Azlie dan kakakku Enn, korang penguat semangat aku...untuk meneruskan kehidupan...sesungguhnya kalian berdua amat bermakna kepada aku

Terima kasih, Isma dan Kak Dian, tanpa kalian..wajah ini kurang senyuman...(teringat hari ke 5 dihospital, aku dah lama tak sentuh nasi...itulah hari yang amat menyenangkan bila kalian disisiku, kumakan nasi seperti kebuluran.)

Terima kasih kepada kak lieya sekeluarga, abang ee (alhamdullilah, berangkat ke perth pada malam nie..bangga dengan abang ee, selamat pergi dan pulang), cik mat gebu, azila, ben ashaari,sis lelord yang selalu mengirimkan kata-kata semangat dan doa untuk aku dan en zalie..alhamdullillah..akhirnya keadaan en zalie bertambah pulih, hingga doktor terkejut dengan keadaannya yang amat memuaskan.

Jua, terima kasih kepada sahabat blogger seperti sis yatie, NJ, MM, azian, kella, mama miraki, jaja, cikgu isza, eija zakuan, sis zaidah, sis rizan, sis aja, sis ayu, cheqa, chielabayes, ayie, nuanza, azlina, chikali, sis ain, kniedaz, adik anis, nora asfa, sweeite 2010, mas duniaku, sis nurmalissa, eina (sugar spices). Sesungguhnya setiap doa dan kata-kata kalian ayu amalkan buat penguat semangat ayu menjadi wanita yang tabah dan berani

dan, kepada sahabat FB, seperti idah, ani ayu, eija, kak hasina dan lain-lain. Bukannya aku tidak mahu memberitahu keadaan en. zalie yang sebenar, namun aku tak punya kekuatan ketika dalam kesusahan dan kesediahan.
Kini, aku semakin berani,..terima kasih diatas kiriman mesej dan kata-kata semangat dari kalian. Berkat doa kalian, akhirnya en zalie diizinkan bertukar ke ward.

PS aku, perlu kuat bermain dengan emosi, agar tidak mengizinkan makanan yang tidak bagus untuk kesihatan en. zalie berada di perutnya, ianya ibarat racun yang cepat melarat.

Tuesday, June 29, 2010

TABAHKAN HATIMU

9 hari di ICU pakar putri, Johor Bahru

Zalie

  • Syukur kepadamu Illahi, Teruskan hidupku…aku perlukan isteriku dan anakku
  • Semakin banyak perkembangan, sudah sedar dan melatih diri menyesuaikan keadaan badanku yang terlalu lama terbaring (7 hari)
  • Tidak mengingati apa yang berlaku selama 7 hari yang lepas
  • Bingung, mengapa penuh wayar yang berselirat, dikaki, ditangan, di hidung, dan di tekakku seperti ada sesuatu yang tidak kena
  • Dimanakah aku sekarang?
  • Aku perlukan suaraku….
  • Alhamdullilah, aku sudah diizinkan minum menggunakan strow dan isteriku telah menyuapkan bubur ke mulutku…sedikit, namun ianya memadai dengan keuzuranku.

Ayu

  • Semakin lama aku semakin berani, aku perlu yakin…demi suamiku
  • Tak tergambar dihatiku untuk meninggalkan suamiku di hospital, apatah lagi aku sudah tak larat memandu selama 2jam setengah seharian namun, aku perlu patuh pada prosedur hospital
  • Aku takut ketika memandu…aku perlukan semangat yang tinggi, tapi…perjalanan hari ini sungguh mencemaskan…seekor babi telah melintas secara tiba-tiba, mujur aku selamat (mungkin amalan zikir memuji namaMU yang Tuhan dan selawat keatas Nabi Muhamad serta keluarganya).. alhamdullilah..aku selamat pulang ke rumah…semoga esok hingga suamiku sembuh sepenuhnya aku tetap selamat dunia dan akhirat…amin
  • Aku yakin semangat suamiku kuat..Kuat demi kami sekeluarga dan sahabat yang banyak memberi nasihat, doa dan kata-kata membina kepada kami..
  • Terima kasih padamu Illahi…kerana ujian ini, aku cekal menjadi wanita.