Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, September 20, 2010

Lelaki kudung cipta rekod seberangi Selat Inggeris


GAMBAR menunjukkan Philippe Croizon dekat Folkestone, Britain sebelum dia berenang di Selat Inggeris.


PARIS - Seorang lelaki Perancis yang kudung semua tangan dan kakinya berjaya berenang menyeberangi Selat Inggeris pada hujung minggu lalu dengan menggunakan kaki palsu yang dipasangkan dengan kaki sirip getah.

Lelaki itu, Philippe Croizon yang berusia 42 tahun itu dijangka menghabiskan cabaran sukar itu dalam tempoh 24 jam.

Namun, dia berjaya menamatkan renangan itu dalam tempoh hanya 13 setengah jam pada Sabtu lalu.

"Saya berjaya melakukannya. Saya sangat gembira. Saya tidak mempercayainya, gila," kata Croizon kepada stesen radio France-Info.

Sebanyak tiga ekor ikan lumba-lumba berenang bersama-sama dengannya buat seketika semasa dia berenang.

"Kami menganggapnya sebagai satu tanda tuah," kata bapanya, Gerard Croizon.

Croizon memulakan renangan dari Folkestone, Britain dan tiba di bandar Wissant, Perancis.

Kaki palsu Croizon yang dicipta khas membolehkannya berenang di dalam air.

Perenang itu kehilangan tangan dan kakinya selepas mengalami kejutan elektrik pada tahun 1994 semasa dia hendak membaiki antena televisyen.

Pada tahun 2007, Croizon mendapat liputan meluas kerana dia terjun dengan menggunakan payung terjun.

Dia pernah menulis sebuah buku, J'ai decide de vivre yang mendedahkan pengalaman dirinya. – AP



PS: kalau Croizon boleh, kita ????



HARAP KORANG MENGERTI

Sepanjang berniaga aku dah lama tak gym atau jogging, dah tak ada masa….serius nak habaq,,,bukannya aku tamo lakukan rutin harian yang membuatkan stamina aku bertenaga semula

Tapi, kalau dah kat dapur CITARASA RINDUAN, aku dah marathon ke kanan ke kiri….kehadapan ke belakang…..kira jogging jugalah kankan?

Kalau ikutkan aktiviti kat kedai jer, memang tak leh syer ngan korang…hanya orang yang pernah berniaga atau kerja kat mana-mana kedai makan jer yang faham…

Penat? Letih?.....tu dah tak masuk kamus….nie, sampai tak sempat nak makan, nak minum…apatah lagi nak duduk rehat?

Nasib sempat sarapan oat sahaja…kira okeylah kan, dari tak makan…..bila dah time en zalie sarapan dan makan tengahari…sempatlah aku balik rumah sekejap…mujur umai temankan abahnya dirumah…

Minta maaflah kat kawan-kawan blogger sekian, aku tak sempat nak blogging seperti sebelum nie…moga korang faham..kalau sempat pun aku buat entry berjadual sahaja….kalau ada blogger yang singgah dan tinggalkan komen..terima kasih banyak-banyak…..

PS: sabar………….