
Assalamualaikum…
Wah……..rindunya dengan korang. Sibuk sungguh minggu ini hingga tak sempat nak update entry…pergi ke citarasa rinduan awal pagi hingga malam…. di rumah dah malam hari..bila nak on lappy,tak sampai hati, kena layan umai dan en zalie…(sayang mereka berdua)………..lagilah Umai suka mendengar cerita yang aku sampaikan melalui buku-bukunya..
Hati ada keinginan nak update blog…nak blogging dan balas komen korang..tapi bila badan dah lesu…otak dah tak dapat nak fikir lagi….kiranya oksigen dah abis….itu yang nampak tilam…dah rasa tak dapat nak tangguh lagi mata dan badan yang lesu ini..
Keadaan di citarasa rinduan?...alhamdullilah…syukur.. ke hadrat Illahi.Rezeki semakin bertambah-tambah…memandangkan pekerja kerajaan dan felda dah dapat gaji…itu yang tak menang tangan….itulah kehidupan berniaga kedai makan, walaupun badan penat dan lesu, syukur dengan income yang datang mencurah
Esok 27 hb oktober…follow up untuk en zalie ke hospital Sultan Ismail..nampaknya apoinment bermula jam 8.00pagi, kenalah bersiap awal,,,,gerak dari rumah dalam jam 6 pagi, agar tak sangkut dengan kesesakan lalu lintas….isnyallah…
Semoga apa pun yang aku lakukan, dirahmati olehNya….syukur kerana ada keluarga yang memahami..bahagia dengan sababat blogger yang sudi berkawan dengan ku…….dan terima kasih kepada semua sahabat yang sudi membaca luahan hatiku …….
PS: agak mengantuk…………..harap-harap dapat tidur lena….salam sayang dari ayu- citarasa rinduan…
semoga kak sri diah dan suaminya selamat mengerjakan fardhu haji dengan selamat. Dan memperolehi haji makbur………amin




