Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, April 15, 2011

Fidyah si mati


Assalamualaikum..alhamdullilah, selesai bacaan tahlil selama 3 malam berturut-turut  yang dihadiri ahli masjid , jiran terdekat dan saudara mara.

Untuk bacaan yasin, kami bacakan sendiri anak beranak, lagipun buat masa kini, citarasa rinduan bercuti, sehingga urusan yang penting dapat kami selesaikan.

Lagipun, dengan keadaan kini kami tidak dapat berfikir untuk memulakan perniagaan untuk tempoh terdekat atau tidak. Insyallah, ada kelapangan MIL,en zalie dan aku akan berbincang untuk kedai kami citarasa rinduan.
**************************

Kemarin, selepas urusan pengebumian arwah selesai, ada seorang sahabat arwah yang mengingatkan kepada kami tentang beberapa perkara tentang arwah iaitu
1.       Fidyah hutang  puasa simati
2.      Fidyah khatam Al Quran
3.      Hutang piutang sesama manusia
4.      Menunaikan Haji

    Alhamdullilah, mujurlah kami di terangkan oleh ahli yang telah dilantik oleh yang berkenaan bagi pengiraan fidyah hutang  puasa  semasa arwah hidup, dan kami telah membayar selepas kiraan di buat (tidak perlulah kami tangguhkah molek disegerakan)

    Manakala, bagi Khatam Al –Quran atas arwah dan lainnya kami segerakan kerana ada kemampuan atas lain-lain yang arwah tinggalkan.
    *****************************

    Semasa sessi penerangan/pembayaran dilakukan. Kami, bertukar-tukar permasalahan tentang beberapa perkara tentang kehidupan semasa di akhirat nanti... ada jua, beberapa perkara yang mungkin agak remeh namun aKu ingin kongsikan dengan kalian iaitu doa anak kepada ibubapa dan doa ibubapa kepada anak-anak

    Semoga kita sama-sama mendapat kesejahteraan dari anak-anak kita dan kita pula sentiasa di doakan oleh ibubapa untuk kesejateraan kita..amin

    Doa anak kepada ibubapa


    doa6.jpg

    “Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”



    Doa ibubapa kepada anak-anak.


    رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا

    “Wahai Rabb kami, anugerahkanlah bagi kami pasangan-pasangan hidup dan keturunan sebagai penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan: 74)

    **************
    PS: cara membantu orang yang sudah mati sila klik sini



    Wednesday, April 13, 2011

    Berat mataku memandang.....

    Assalamualaikum..salam petang rabu sahabatku semua...

    Awal pagi dalam jam 6 pagi, ku sudah menemani en zalie ke hospital,. Hari ini ambil darah untuk check up temujanji seterusnya dengan pakar medical pada 27 April 2011. Walau mataku nampak tidak bermaya, apatah lagi badan yang lesu..melihat en zalie yang lemah, ku gagahkan jua langkah pemanduanku..

    Mungkin kesan tangisan kemarin, mengakibatkan mata agak perit semasa memandu....lagilah ku perlu cepat sampai ke hospital untuk mengelak lalulintas orang ramai ke tempat kerja

    ***********************
    Sampai ke hospital, ada masalah untuk mengambil darah, jururawat kata perlu ambil dalam beribu ml. Untuk melihat ujian darah bagi keseluruhan penyakit termasuk buah pinggang, oksigen dalam darah dan lain-lain.

    Urat en zalie tidak timbul dengan jelas, cara terakhir adalah menunggu doktor mengambil darah en zalie, alhamdullilah jam 9.15 pagi doktor Maslini dapat mengambil darah en zalie....

    Kesian suamiku, banyak tombok2 lebam di kedua-dua tangannya, hingga ke pergelangan tangannya...ku tahu, beliau sakit.....semalam kurang rehat, semalam tidak menjamah makanan, di tambah sakitnya yang sedia ada...berat mataku memandang beliau, berat lagi beliau menghadapinya..

    PS: alhamdullilah, urusan di JPN kota tinggi pada hari ini berjalan dengan lancar untuk memohon sijil kematian arwah abah, IC abah di ambil oleh JPN... Awalnya, en zalie nak sangat simpan buat kenangan...ku katakan....tak boleh abang....JPN berhak keatasnya....( Ya Allah, tabahkan lah hatiku menempuhi pelbagai lagi pertukaran hak milik arwah kepada En Zalie..semoga urusan yang lain, selesai dengan mudah...amin)