Sungguh, aku tak tahu pun yang esok anak daraku dah bermula persekolahan.. ingatkan sama macam sekolah rendah berhampiran, cuti seminggu sempena CNY
Glupppp…gluuupp… salah faham dah berlaku apabila hari jumaat lepas, aku minta pekerjaku ambil umai dari sekolahnya sebab aku ke HIS temujanji en zalie dengan pakar ENT… kebetulan, pekerja aku tu jenis pendiam.. mujurlah aku nie jenis ringan mulut tanya bibik bila umai start bersekolah..
Alahai.. baru nak ajak anak daraku ke johor esok pagi, kebetulan suamiku ada temujanji dengan pakar dada HSA.. ingatkan nak layan mee rebus di restoran ZZ.. jawapannya.. cancellllllll..
Sekolah wajib diutamakan….
Korang yang dapat bercuti panjang tu.. semoga percutian korang berjalan dengan lancar.. amin