Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, February 27, 2012

Kita cerita tentang mini gathering dulu..

Selamat hari isnin sahabat, tak sempat nak update blog.. banyaknya yang hendak dikongsi, semuannya tak menjadi, ditambah dengan rutin berniaga…Inilah kisah aku, yang sentiasa sibuk, mengalahkan menteri… menteri apa2 pun boleh… hehhehe…

Entry kisah perkahwinan sepupuku, kena postpone dulu.. banyak benar yang terlintas dikepala.. yang pasti pertemuan semalam.. mengeratkan silaturahim yang sedia ada…

Dalam jam 3 lebih (tak pakai jam, main agak2 waktu) dapat telefon dari blogger kasawari, Ya Ampun.. punyalah suka sebab ingatkan kesemua blogger tidak dapat hadirkan diri kemajlis yang sedang berlancar… (hari ahad, pastinya blogger2 lain ada agenda tersendiri)


Bila dapat call dari beliau, aku pandang jemputan.. tetamu masih ramai.. oh!! Tidak… macamana nak teruskan mini gathering, jangan sampai aku tak jumpa blogger kasawari sudahlah…

Dengan gigih, 5 khemah aku redah…nak cari juga keluarga blogger kasawari,.… kerusi meja semuanya penuh orang lagi… sukanya hati ini bila memandang blogger kasawari dikhemah yang ke tiga (kebetulan kitaorang pernah bertemu semasa gathering diteratak CMG), dengan isterinya yang cantik dan sopan santun ( tak macam aku, yang gagah lagi huru hara.. huhuhu), anak2 kasawari turut memeriahkan acara… (boleh pilih 1 buat calon menantu nie,. Heheh



Bila berbual rancak, dapat panggilan telefon dari blogger sari yusa… ewah!! Macam dirancang2 pula kehadiran beliau dengan blogger Oh Oeya, hah… nak tau tak? depa berdua ini ada kaitan.. jeng2.. nak tau.. tanya mereka sendiri ya….

Blogger sari yusa, hadir bersama anak tersayang dan suami tercinta, dan kecilnya dunia bila pakcik2 saya yang 3 orang suaminya memang kenal rapat..malahan sepupu saya edy sepaku jua kenalan suami beliau… kalau korang nak baca kisah entry semalam, korang boleh klik sini.. (entry dari blogger sari yusa)



Nak cerita panjang  lagi, kali ini tentang blogger Oh Oeya, sebenarnya.. aku nak minta maaf sangat pada beliau. Maklumlah, bila kurang berblog.. lappy hanya melekat time lewat malam.. banyak juga blog yang tak sempat aku singgah… rupa-rupanya blogger Oh Oeya kenal diriku.. malunya daku sebab tak mengenali beliau sangat….

Buat blogger Oh Oeya, bertuahnya daku mengenali kamu.. lepas nie nak belajar ilmu kesihatan dengan kamu ya… hehehhe


PS: dapat khabar, blogger sis lin (bisikan Hati) kurang sihat, untuk sahabat yang lain.. ku pinta kalian mendoakan kesejahteraan beliau moga cepat sembuh…

Sunday, February 26, 2012

Mana satu yang nak dikongsi? Entry majlis kahwin atau Entry mini Gathering?

Selamat malam sahabat, dah 2 hari aku bercuti berblog… nak jengah blog kawan lagilah tak dapat.. blog bersawang dah tak dapat diselamatkan, nie pun sedang usaha menyapu sawang yang ada.. hihihi

Badan terasa kepenatan, namun dalam hati ada taman… kikikiki (sila jangan pitammmmm bila baca ya) Banyak yang hendak dikongsikan… 

Selain dari majlis sepupuku yang berlangsung secara meriah.. opss.. bagi ucapan dahulu.. SELAMAT PENGANTIN BARU buat Helmi dan Ashila, moga panjang jodoh kalian hingga akhir hayat.. AMIN
Jua, pertemuan dengan blogger2 yang sudi menyembah duli. Singgah ke majlis perkahwinan, sedikit sebanyak mengeratkan hubungan sillaturahim yang sedia ada.. terharunya dengan pertemuan tadi,.. dan rasa cepatnya masa berlalu (alangkah eloknya kalau jam 3 petang tadi tak bergerak2.. hihihi)



PS: gambar dari tag di FB, kredit buat abang iparku dan blogger kasawari, sedang gigih upload pic perkahwinan.. (tapi sayang, line internet aku ibarat siput melangkah pergi..)