Pada awalnya hari ini pelbagai pogram kusenaraikan. Mencari bahan-bahan buat niaga untuk seminggu agak menyukarkan aktiviti lain.
Apabila En Zalie mencadangkan esok sahaja keluar ke bandar kebetulan CR tidak beroperasi pada 10Nov kerana ada majlis KONVO anak daraku . Aku kegembiraan, aktiviti membangking adalah terapi apabila ada 'sesuatu' menganggu fikiranku..
Mufin coklat chip adalah permintaan anak daraku, sejak pandai membaca, majalah masak2 ku habis di bacanya. Saat aku menaip entry ini. 6biji mufin dimakannya..
Jom.. kukongsikan resepi mufin yang ku pelajari dari majalah Mufin, tanda ingatan dari seorang blogger yang sering mengambil berat tentang hidupku kini. Terima kasih awak, kerana awak, kini saya didunia mufin.
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu teh baking powder (ayak)
1 cawan gula perang
2 sudu teh koko
3 biji telur, saiz c
1 sudu teh aisin vanila
140 mentega/magerin
100 g coklat chip
3 biji pisang , ku pilih pisang berangan, lenyek halus
Sedikit badam untuk hiasan, cincang halus.
20 mangkuk mufin
loyang mufin (kalau kertas mangkuk mufin tebal, loyang tidak diperlukan)
Cara menyediakan:
- Kacau mentega dan gula perang hingga sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau lagi. Tuang sedikit asin vanila.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau lagi. Baru masukkan pisang lenyek dan koko
- Masukkan coklat chip. Sudukan adunan kedalam mangkuk.
- Panaskan oven pada suhu 180c.
- Hias atasnya dengan coklat chip lebihan dan badam cincang..
- Bakar selama 20minit apabila oven cukup panas.
Selamat mencuba.