Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, January 31, 2013

Keyakinan diri

Alangkah bagusnya jika aku seberani haiwan diatas.
Mengauummm tika dijentik.. Mengaumm tika bau musuh berhampiran.

Namun ku manusia yang asalnya kejadian tanah. Lembut bila bisikan kata2 dari Malaikat dikiri kananku. Menangis sepuasnya amat melegakan perasaanku

Syukur dilahirkan dikalangan umat islam... Terima kasih Allah... Terima kasih buat sahabat yang buatkan kehidupanku indah-indah.

Wednesday, January 30, 2013

Resepi Epok-epok kentang berkari Ayam

Buat pengemar epok-epok atau ada yang panggil kuih ini karipap dan curry puff. Ianya kuih tradisional yang paling ringkas dan mudah didapati. Rasanya yang sedap dan ranggup pasti membuatkan peminat epok-epok sering tercari-cari setiap hari.

Tapi tahukah kalian, kisah diriku sejak kecil ibu kandungku berniaga kuih muih setiap pagi untuk mendapatkan duit saku si anak. Dengan bermodalkan beberapa ringgit. Epok-epok dijadikan punca rezeki sampingan. Dapatlah si anak lima puloh sen buat makan tengahari disekolah. Segelas air sirap dan sepiring mee goreng dikantin sekolah. Kenyang puas si anak.

Malangnya hingga saat ini, aku tidak pandai membuat epok-epok.. Jariku tidak lembut untuk meng'elim..bertambah pilu  suamiku pengemar tegar epok-epok. Sehari RM 2. Sebagai bekal sarapannya. Dibeli ditepi jalan besar.. Berebut-rebut dengan minah kilang... ( asal aku rasa macam baca cerpen. Muhahahhahhaa) layan!!

Alhamdullilah.. Cenderhati dari seorang blogger kelantan dan kini menetap di Selangor membuatkan impianku terlaksana... Acuan epok-epok berserta  kayu pengelek ku terima. Terima kasih buat beliau berjuta kali..

Maaflah agak panjang sedikit intro untuk resepi Epok-epok kentang berkari Ayam.. Bila mengimbas kembali kisah lama. Ditambah menerima sesuatu dari sahabat. Ianya sangat terharu... Sedih.. Gembira. Semua perasaan bersatu..


Jom semak resepi:

( kulit)
400 g tepung gandum
4 sudu minyak masak
5 sudu majerin
1 gelas air suam
Sedikit garam

(Inti)
1 biji bawang besar**
4 biji bawang putih**
Sedikit lada kering (rebus) **
3 biji kentang (kupas kulit, basuh dan dipotong dadu)
Isi ayam bahagian dada (potong dadu)
5 sudu rempah kari ayam
Sedikit garam
Sedikit daun sop
Sedikit gula
Sedikit air


Cara menyediakan:

(kulit)

  1. Panaskan minyak, masukkan majerin. Matikan api apabila majerin cair.
  2. Ambil tepung. Buat lobang tengah, masukkan minyak dan majerin panas, kacau guna senduk kayu . Uli tepung dengan air suam yang sudah dilarutkan garam.
  3. Bentukkan bulat. Biarkan.. Tutup mulut mangkuk. Elakkan dari mengeras.


(Inti)

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda **. Tuangkan serbuk kari.
  2. Masukkan isi ayam dan kentang. Garam,gula dan air 
  3. Tunggu hingga bahan masak, tutup tudung kuali. 
  4. Apabila sudah masak sejukkan. Tabur daun sop.


(semasa menunggu inti masak, boleh gelek kulit epok-epok. Kurangkan tebal, elakkan terlalu nipis)


Isi inti sedikit, hujung klim kulit diletakkan air bertujuan melekatkan hujung kulit klim dari terbuka.

Goreng dengan api sederhana. selamat mencuba.