Sunday, August 15, 2010

AKU-CITARASA RINDUAN-BAZAR (PAKAT SERBU)

semasa aku menulis entry nie, en zalie dan umai sedang lena merehatkan diri,....masa nielah peluang aku berblogging...bila dah lama tak berblogging, agak canggung sedikit..mungkin gaya penulisanku ada cela setelah sekian lama tidak menaip...

tetapi untuk sahabatku sekian...akan ku mulakan semula cara penulisan ku...maaflah sekiranya ku kekok berblogging, yang pasti jariku yang keras ini perlu diasah semula untuk menari dan terus menari sepeti dahulu

Untuk persiapan raya, aku dah mulakan sessi mengemas rumah...maklumlah dah lama ku tinggalkan rumah, selepas sahur pasti ada sahaja yang ku bongkar...cuaca pun tidak begitu elok...kain basuhan yang banyak ku tinggalkan perlu dikeringkan...berbakul-bakul perlu ku lipat.

untuk menguruskan En zalie, aku sudah arif, walaupun beliau sukar berjalan..namun semangatnya kuat....insyallah, dibulan yang mulia ini kami banyak memohon pada yang esa agar dikenankan permintaan kami..amin

CITARASA RINDUAN beroperasi seperti:-
dibuka dari jam: 5 petang-10malam
jumaat-khamis
jualan makanan seperti biasa dari makanan panas hingga minuman

BAZAR di hadapan BANK SIMPANAN NASIONAL

dibuka dari jam : 3.30 petang- 6.30 petang
jumaat-khamis (kecuali pasar malam di F Sg Sayong)
jualan makanan seperti kuih muih, nasi ambeng, pengat, bubur, lauk pauk dan sebagainya

Salam ramadhan dari CITARASA RINDUAN untuk pengunjung blogger cincai ini...

PS: untuk pesanan paste bandung, aku cutikan dahulu, memandangkan kesihatan suamiku belum segar sepenuhnya....

9 comments:

  1. Akak.. Tukar link blog saya tu.. Saya dah pindah blog.. http://blog-ayie.com

    ReplyDelete
  2. ok ayie...sis tukar

    PS: TAPI KNP EIK

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut Ramadhan kak :)

    ReplyDelete
  4. Sebab saya dah tak pakai blogspot tu lagi...

    ReplyDelete
  5. alinac

    selamat menjalani ibadat puasa, semoga kita beroleh keberkatan di bulan yang mulia..amin

    ReplyDelete
  6. sis lelord

    opsss..sorry orang qatar.....(tak tahu lps ker tak kalau post luar begara, sbb ianya paste)

    ReplyDelete
  7. ayie

    blog baru awak sangat2 kemas, ayat awak dah banyak berubah..matang ajer...sis memang suka masuk....

    tq.perubahan yang bagus..

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadhan Ayu..
    Semoga bertambah rezeki di bulan yg mulia ini..:-)

    ReplyDelete