Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, August 31, 2011

Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran 1432 khas buat pengunjung setia CITARASA RINDUAN


Asalamualaikum, dikesempatan bulan yang mulia ini,saya SITI RUHAYU AB RAHMAN dan seluruh ahli keluarga mengucapkan SALAM LEBARAN 1432 kepada seluruh umat islam. Semoga lebaran ini amat bermakna buat kalian…
Ampun maaf dipinta andai sepanjang persahabatan yang terjalin ada kiranya saya terkasar bahasa penulisan..
Berhati2 semasa memandu.. Ingatlah orang2 yang tersayang
ps: Happy birthdaY To my sister, Erni Nadia Tumian…… yang ke 22 tahun



Menu Lauk Pauk di pagi syawal 1432

Salam lebaran khas buat sahabatkub semua..
Terharunya daku dengan kalian.. mengirim ucapan SMS malah ada yang hantar MMS kepadaku, bertalu2 hp burukku menerima ucapan kalian.. TERIMA KASIH teman2..
Seperti tahun terdahulu.. ku akan memasak lauk pauk untuk family tersayang..
Namun, tahun ni amat berbeza kerana ku masak tanpa guna bahan asid urid seperti makanan laut mahupun daging lembu,kambing.. agak berlainan, namun untuk suami tercinta ku turutkan..
Jom!!
Lihat menu yang baru siap ku masak.. masak start jam 9 pagi, siap jam 11 malam... agak lama sebab hati asyik teringat arwah FIL







Ada serunding ayam, Ayam masak merah, lodeh sayuran, Ayam masak rendang, telur puyuh dicampurkan kentang dan ketupat…
Korang pula menu dipagi raya apa yang bakal terhidang diatas meja?? Jom!! syer sama2



Monday, August 29, 2011

Blog penyanyi CINTA MUKA BUKU~~Najwa lafif

Sebelum nak bercinta di dapur.. Jom, layan dahulu lagu yang ku sedang minat giles!!


Punyalah pulun nak cari pemilik lagu yang agak comel dan santai ini.. aku google dan dapat sesuatu untuk di kongsi dengan korang…
My Photo
Rupa2nya adik Najwa Latif nie blogger juga tau!! Jom… sama2 terjah ke blog beliau, daku follower ke 11951, korang dah follow blog adik yang masih bersekolah nie ker???


Opocot!!! Terperanjatnya........

Bilal kampungku tak ada, ke kelantan beraya disana.. sebab anak dan menantunya dah 3 tahun tak dapat cuti raya.. kiranya bilal ini memang paling terbaik dikampungku… suka mengaji tiap2 hari. Sebelum azan mesti dengar tahrim yang dibacanya, aduhai..mendayu2 suaranya....... rasa syahdu, menusuk ke kalbuku.
Bila beliau tiada, Masalahnya.. keindahan kampung agak tercemar… syok BW ke blog korang tiba2 dengar suara yang kuat tanpa ucapan pembukaan seperti bismillah buat aku terperanjat seperti nampak hantu……… azan untuk masuk waktu solat ala2 suara yang sumbang lagaknya....
Aduh!! Agak2.. ada ker pelapis yang terbaik yang boleh mengantikan tempat beliau??? 

Sunday, August 28, 2011

Sebab aku tak suka shopping!!

Selamat malam semua, tak sampai 24jam kita bakal meraikan HARI RAYA.. Fuh!! Cepatnya masa berlalu..
Korang ada ker yang masih belum balik kampung lagi?? Atau ada ker yang masih bekerja lagi?
Saat ini ku tahu, ramai blogger yang dah bercuti berblog, kalau ada yang aktif pun mesti pakat sibuk buat persiapan raya….. atau ada yang pi shopping last minit?
Wah!! Ku tak sanggup nak shopping akhir2 hari.. lagilah aku bukan kaki shopping,
***************
Sebenarnya, selepas solat zohor en zalie ajak ke pusat membeli belah yang agak popular di kawasan Johor. Korang nak tau, apa yang dia cari? Minyak wangi dan kasut baru…
Kalau ikutkan, ku malas… tapi en zalie punya pasal.. ikutlah juga, asal kami balik sebelum berbuka puasa…..
En zalie, jenis yang suka beli barang2 branded… aku takat pasar malam atau barangan buatan Malaysia okey jer… kulit tak ada masalah.. heheheh… beg 5 tahun tak terganti yang harga RM 19.90 masih tahan lagi… tamo ganti, sebab aku boleh letak macam2 barang, macam2 ada baik barangan penjagaanku mahupun aksesori anak daraku Umai..… heheheh
Korang nak tahu apasal aku tamo shopping last minit??
·         Aku tak suka berbelajer disesuatu tempat yang dipenuhi orang ramai.. semput!!
·         Aku tak suka kesesakkan jalanraya, shopping tak sampai 1 jam, jem 1 jam, tambah semput!!
·         Aku tak suka berbuka puasa kat luar.
·         Aku tak suka harga barangan kat pasaraya yang besor2.. mahal gila.. beratus2 tu, minyak wangi RM 200 keatas, kasut AL IKHLAS sampai beratus2, bonia paling lembut dan paling murah pun hampir RM500… pitam balik!!
·         Aku tak kenal brand yang popular, tadi perasan kedai PADINI, ramai orang, kepala pelanggan dari tingkat atas ku lihat dah macam kepala kerengga, penuhnya!!
·         Eh!! Ku memang tak sanggup berbelanjer ke pasaraya terkenal… takat GIANT, TESCO okeylah… tu pun cari ikan dan bahan dapur.. hehheheh

PS: korang pula, kaki shopping tak?? Brand paling mahal agak2 berapa yang korang prnah beli? Jom syer pendapat, mana tau.. satu hari ku terjebak shopping ke pusat membeli belah yang terkenal.. heheh

Yes!! Dapat Biskut Raya Free

Salam ramadhan ke 28 sahabatku.. alhamdullilah.. sepanjang bulan ramadhan kami tak pernah tertinggal bersahur bersama2, seawal pagi ku sediakan masakkan panas buat en Zalie dan MIL tersayang…
Dengan amalan sunat ini membuatkan perhubungan yang sedia ada semakin erat dan kasih sekali..
**************
Seperti persahabatan jua ada kaitannya… walau ada pasang surutnya bersahabat, kadangakala masing-masing ada tanggungjawab tersendiri, tetap berhubung jua, walau sibuk macamana sekalipun.
Percayakah anda bahawa perhubungan antara blogger atau rakan maya, mengeratkan silaturahim sesama agama kita??
Buktinya????



Selain bertukar-tukar pandangan, selain bertukar-tukar pendapat dan idea, kadangkala hubungan seseorang yang jauh atau yang dekat dapat terjalin jua…
Terima kasih buat sahabat blogger yang sudi menjalinkan hubungan persahabatan, buat blogger ku rasakan something, tiada ucapan atau benda apapun yang boleh kuhulurkan sebagai tanda terharunya daku.. hanya ucapan TERIMA KASIH atas pemberian itu…… yang pasti biskut itu memang sedap!!



PS: jua, untuk sahabat yang sudi memberikan kad raya digital.. terima kasih tak terhingga.. salam sayang dariku AYU CITARASA RINDUAN

Saturday, August 27, 2011

26 Ramadhan Yang berkesan dihati...(kunjungan Keluarga terdekat)

Salam ramadhan ke 27 sahabatku……. Tiada ucapan yang dapat ku luahkan.. hanya perasaan gembira yang bercambah2 dihati ini.
Syukur, semalam kami sekeluarga menerima kedatangan adik perempuan MIL, 2 keluarga sebenarnya, dari Bandar Baru uda dan sekeluarga dari kampung yang sama dengan kami..
Malah ditambah dengan kehadiran mengejut adik iparku (SITI HAMIZAH JAMIL sekeluarga), seakan2. Iftar semalam adalah hari yang paling istimewa pada kami




Walau sekejap bersua.. ke3,3 keluarga ini pulang ke rumah masing2.. ianya membuatkan baki ramadhan 1432H diraikan dengan lebih meriah dan ceria sekali, Jauh berbeza dengan 25 ramadhan yang lepas.
Terima kasih kepada kedatangan mereka


  
 ***************
Menerima kunjungan dari adik perempuan dan adik lelaki dari kuala lumpur.. jua adalah saat paling berharga yang ku lalui semalam… Jam 10 malam, mereka selamat sampai ke LTSI.
Menunggu di ruang ketibaan ianya paling menyeronokkan sekali..
Lagilah dapat bersahur bersama adik beradik yang dah lama tak bersua…




PS: berhati2 kepada semua sahabat yang dalam perjalanan pulang ke halaman rumah.. semoga kalian selamat ke destinasi yang dituju.. berhenti sekiranya penat dan mengantuk, salam sayang dari Ayu Citarasa Rinduan


Friday, August 26, 2011

Aku terjebak dengan si budak Prima!!

Salam Pagi jumaat, salam ramdhan ke 26,Hari ni aku dah start bercuti.. bila mood dah makin hampir dengan raya.. nak buat kerja pun tak best rasanya.. hahahah (baik punya alasan)
Tak!! Sebenarnya, adik beradikku balik ke johor malam nie.. oleh kerana aku kena ambil depa di lapangan terbang Sultan Ismail senai malam nie, kenalah ready buat hidangan yang terbaik untuk mereka.. first time bersahur dengan mereka.. heheheheh




Eh!! Panjang pulak mukadimah.. yang sebenarnya nak syer tentang aktivitiku dipagi tadi.. hahhaha.. ku TERJEBAK dengan si budak prima tu…

Mana boleh kan, si Ady asyik cucuk baik punya ayat kat aku.. so, kenalah balas semula.. hehehe




Ucapan untuk sahabat yang paling akrab.. Untuk kamu TEMAN..



Ucapan ini untuk teman2 ku semua.. silalah beraya ke teratakku..







Dah jadi sessi berkasih sayang pulak!! Wah!! Yang penting ady budika SAYANG aku. hehehhehe

Ianya seakan berakhir..

Semakin akhir bulan ramadhan, semakin pilu hati ini… apa yang berlaku, ku tabah melalui semua itu.. baik keluarga ataupun sahabat kerap menyokong apa yang terbaik buat daku, kerana itu ku masih bertahan walau acapkali, ku melihat hujung tabir suami tercinta terdapat takungan air…
Ku perlu kuat, ku tidak perlu meminta permintaan seperti selalu, ianya pasti melukakan perasaan suamiku.. yang penting syawal perlu dilalui jua, kerana kita tak perlu menoleh ke belakang
Namun, ianya seakan berakhir apabila kedatangan sepupu en zalie ke rumah.. (anak saudara arwah abah mertua), dengan gelak tawa anak-anak abang Angah (nama timangan), kami sambut mesra, seronoknya berbuka puasa dengan kesudian mereka bersama-sama menghidupkan ramadhan..
Walau beberapa jam dengan mereka.. namun ianya berkesan jua di riak wajah suamiku….




Alhamdullilah.. 

PS: syukur, en zalie memberi keizinan untuk ku berbuka dengan ibubapa dikampung pada hari esok (27 hb ogos), walau tidak bermalam, sekurangnya.. dapatlah ku kucup jari jemari ibubapaku.. awal tak mengapa.. kerana raya ke 3, baru ku dapat beraya bersama familyku semula..

Thursday, August 25, 2011

Pagi-pagi lagi namaku terpampang di HOT.FM..


Assalamualaikum, hari ini dah hari ke 25 kita dibulan ramadhan… sekejap sahaja masa berlalu…
Mood beraya semakin menebal, lagilah daku berniaga.. hati asyik berbunga2.. teringat kampung, teringat ibubapa, adik beradik.. alahai……. Mana anak2 saudaraKU????
Korang masih bekerja ker hari ini?? Atau ada yang dah ambil cuti panjang???
*****************
Rasanya, hari ini hari terakhir ku berniaga di bulan ramadhan pada tahun ini… penuh sesak perasaan ini………. Dah tak sabor nak beraya.. hehhehe
Ditambah lagi dengan ucapan si budak PRIMA tu…..



Terima kasih dik, kak terharu sangat2 pagi ini….. ucapan pendek itu amat besar pada kak Ayu.. (sebenarnya sebelum kak pergi kerja, channel 8, hot.fm memang di hati)

PS: rasanya ada peluang nak berbuka dengan ibu dikampung,… ku doakan tercapai jua sebelum menjelang raya.. Amin

Wednesday, August 24, 2011

Carilah......


Malam ini malam ke 25 ramadhan.. rasanya bulan yang mulia ini hampir ke penghujungnya.. semakin akhir, semakin ligatlah kita mengejar amalan semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang beriman….
Ku kongsikan dengan kalian doa yang ku ambil dari FB teman baikku KELLA
Telah diriwayatkan dari Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, 
“Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. Bersabda :

“Ucapkanlah;
" Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yg meminta ampunan maka ampunilah aku.” 
Semoga ALlah mengampunkan dosa dosa ku.. Amin..
PS: pelbanyakkan doa apa yang ingin kita inginkan.. Insyallah.. ada rezeki kita, pasti DIA makbulkan.. Amin

Wordless Wednesday (Part 10) Hadiah GA dan kad Raya dari??

  HADIAH GA DARI BLOGGER MAK SU




 KAK RAYA DARI BLOGGER SINAR RAUDAH

 KAD RAYA DARI BLOGGER SUNAH SAKURA

KAD RAYA DARI BLOGGER CIKALI

HAPPY BIRTHDAY BLOGGER KAKCIK SEROJA

HAPPY BIRTHDAY KAKCIK seroja……..
Semoga panjang usia kamu, semoga murah rezeki kamu, semoga lebaran tahun ini dirai dengan lebih meriah lagi..
<b>Ucapan Hari Lahir</b> Buat Ukhti
Sebenarnya, kakcik berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan sepupuku Nurasila Dolmat, dan 4 lagi kenalan FB… moga kalian diberikan kesejahteraan yang baik2..

(ENTRY POST)

Wordless Wednesday (Part 10) Ku luahkan jua....




Salam ramadhan ke 24 sahabatku, semalam ku minta abah dari kampung datang ke rumah.. makanan, kuih muih, air mineral untuk ibu terpaksa ku hantar dahulu, ku benar2 sibuk menguruskan keperluan raya untuk ibu dan untuk MIL…
Belum ada kesempatan nak bersahur atau berbuka puasa dengan family dikampung, (tak pernah berlaku sepanjang usiaku ini), mungkin bukan tahun ini, mungkin akan datang, Insyallah.. tak sampai hati ini meninggalkan MIL berbuka keseorangan di rumah….
Kalau dahulu bolehlah ku cuti seminggu, memasang langsir, buat kuih raya, cuci longkang rumah dikampung.. namun tahun ini berubah…. Ku kena terima kenyataan ini.

PS: hari ini tanpa kata2.. namun ku berkata-kata untuk meluahkan jua.. (Maaf, tak dapat nak ber BW, apatah lagi nak balas komen kalian, hanya ucapan terima kasih untuk kalian)



Tuesday, August 23, 2011

Ucapan pendek namun amat bermakna, TERIMA KASIH




Selamat petang, TERIMA kasih kepada sahabatku yang memberi ucapan tahniah dan sentiasa mendoakan kebahagian kami… di FB, Blog, SMS atau ucapan secara langsung membuatkan hati ini amat indah sekali…
Sebenarnya, saat ini terasa amat terharu dengan ketulusan kalian… malahan, secara realitynya kami tak pernah menyambut apa-apa jua majlis ulangtahun perkahwinan atau majlis ulang tahun kelahiran.. mungkin kami dah terbiasa sibuk menguruskan kedai, tidak menyambut dimana-mana tempat mewah ataupun pusat peranginan..
**************
Namun hadiah paling bermakna hanya jatuh pada tahun lepas , saat en zalie dapat pulang kerumah, tarikh en zalie dapat dcaj dari hospital.. betul2  jatuh pada hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7.. itulah hadiah paling bermakna pada aku yang berbulan-bulan berteduh di hospital menjaga en zalie..
Syukur, dugaan yang DIA turunkan makin mengeratkan hubungan kami…
Semoga, kami kekal bersama-sama hingga hujung nyawa.. Amin
 PS; paling sedih saat en zalie menggengam jari jemari dengan sepotong ucapan HARI ANNIVERSARRY.. pendek, namun amat bermakna, terima kasih ABANG..

8 tahun menyulam CINTA... HAPPY ANNIVERSARY.


8 tahun yang lepas, seperti tarikh keramat ini…aku dan DIA disatukan…..
Semoga perkahwinan yang terbina kekal selamanya…..AMIN, terima kasih ahli keluarga dan teman sekeliling yang sentiasa mendoakan kebahagian kami.....




Monday, August 22, 2011

Korang dah pasang pelita???

Assalamualaikum, malam nie dah malam ke 23 kita berada dibulan ramadhan.. mari kita bersama2 membuat kebaikan dimalam ganjil 10 terakhir ramadhan.. Insyallah..
********
“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya
.
                                                                                           *********                                                                                          
Malah, malam ini juga malam 7 likur… setiap tahun.. ku pasti mencari kayu untuk pasang pelita… menjadi kebiasaanku…walau tiada yang menyuruh.. pasti aku akan berbuat sendiri… cari kayu, ketuk dengan tukul besi, letak pelita.. asal malam jer, pasti aku pasang sendiri pelita keliling rumah….
Namun, tahun ini agak berbeza… MIL order pelita jenis buluh… jom!! lihat versi pelita dirumahku???



PS; semakin hampir dengan syawal perasaan RINDU kian menebal.. AL FATIHAH

Selamat hari lahir, Semoga tenang disana.........

Hari ini, 22 Ogos,hari ulang tahun kelahiran arwah ayah mertua (hamis Bin Abu) yang ke 55 tahun…
Rasanya baru tahun lepas, ku berikan abah sepasang baju… hari2 abah sarung baju pemberian aku, sebenarnya, tiap2 kali hari kelahiran beliau, ku akan sediakan material untuk tanda kenangan dari anak menantunya seorang…
*****************
Selain ucapan, ciuman dan tanda penghargaan, arwah akan sentiasa mengharapkan aku `menyediakan sesuatu`  pada hari istimewannya.. en zalie tak pandai nak pamerkan kasih sayang pada hari kelahiran beliau… nak ucap hari lahir pada arwah pun, en zalie malu..,.
Apa yang aku lakukan adalah,Ku akan canang satu kedai… maka, berderetlah pembantu abah untuk bersalam dan ucapkan selamat hari lahir untuk abah…….
Semoga abah sentiasa tenang disana, dimasukkan dalam golongan orang2 yang beriman

PS: kerap kali berbuka atau bersahur.. ingatan pada arwah semakin menyerlah.. terasa sangat kerinduan pada arwah.. Yalah.. hanya aku menantunya.. yang menyediakan, yang menguruskan ubatan dan segalanya hanya aku yang mampu lakukan… Al fatihah untuk arwah…

Sunday, August 21, 2011

Happy Birthday blogger Izah Daut, Ada yang rindu aku ya!!


Assalamualaikum, kurang 9 hari kita akan menyambut lebaran, malah telah tertulis di dalam ayat suci Al Quran, malam ke 10 terakhir kita dituntut mencari malam lailatul Qadar.. semoga kita bersama2 beroleh apa yang dihajati.. Insyallah..
************
Selamat hari lahir ku ucapakan khas untuk blogger Izah daut yang menyambut hari kelahirannya pada hari ini.. 21 hb Ogos…
Semoga apa jua yang diimpikan tercapai,sebagai rakan alam maya, ku doakan agar tuhan berikan beliau kesejahteraan yang baik-baik sahaja, dirahmati dan sentiasa berbahagia disamping keluarga tersayang
************
Sebenarnya, hari ini beliau berkongsi hari ulang tahun kelahiran bersama sahabat baik lamaku (sama2 menuntut di Poli PSP tahun 1999) Rahieda  Rejab, sahabat di kampungku Seri Azmi, sepupuku Are Syikin yang berada di terengganu, (Raya nanti kalau ada masa singgah ke rumah wak Man ya….)
Ku doakan semoga kalian yang berkongsi tarikh kelahiran sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia kalian..

PS:Blogger Lydia Miza, cari daku.. Ya dik, kakakmu ini sangat sibuk dengan mengemas rumah.. deco itu, deco ini.. tanggal langsir, cuci langsir, pasang semula (hampir 3 tahun tak ganti, kain masih elok.. kita pakai jer!!!),
~~Harap kawan2 jangan berkecil hati jika ku tak sempat singgah ke blog kalian~~

Cuti lagi!!!! Apa agaknya yang aku rancangakan?



Salam ramadhan ke 21 teman-temanku..
Seperti entry semalam, nampak gayanya.. ku harus bercuti berniaga.. heheheh, ada barang-barang seperti lampu, bekas kuih raya dan barangan kecil-kecil pekakas peralatan rumah macam paku, nat yang perlu ku cari pada hari ini…
Nampak senang jer kan barangan yang ku harus cari??,, tapi.. aku nie jenis remeh sikit.. bila fikir barangan tu kena gunakan.. Risau pulak lauk pauk hari nie terlebih garam atau terlebih masam.. huhuhuh…. (alasan baik punya!!!)
So, buat kawan-kawan yang sentiasa bercuti hari ahad.. sila jangan jeles dengan daku…


PS: nak buat kek batik kot petang nanti.. tapi, rancangan jer.. kalau berat tangan nie.. HOLD dulu!! hehehe

Aku dah mula deco perabot rumah....


Chak!!!
Tu dia,,,
Dah tengah malam ko,. Ku masih gigih mengemas dan mengubah suai kedudukan perabot di ruang tamu…
Dengan peluh satu badan.. heheheheh, penat? Sapa kata tak penat, lepas solat maghrib tanpa tarawih ku mulakan projek ubahsuai..
Korang pulak tengah malam minggu nie apa yang kalian buat tu????
Samada gigih buat kuih raya, atau ada yang balik kampung.. berbuka puasa dan bersahur bersama orang tua?? Jelesnya daku!!!

PS: kalau esok aku penat, rasanya nak cuti berniagalah….. tak shopping kot, tapi start buat kuih raya.. heheheh., orang lain cari amalan dibulan ramadhan, amalanku jauh dah menyimpang.. Bila nak berubah Ayu~~

Saturday, August 20, 2011

Nak cari kasut, dicarinya ini??

Salam ramadhan ke 20 sahabatku… hari ini dah hari sabtu.. masa yang sesuai untuk ibubapa mencari keperluan anak-anak..
Tadi malam, semasa beli barangan mentah dan kering untuk perniagaan… ku masuk beberapa kedai kasut, mencari kasut raya untuk Umai…
Penat menguruskan anakku itu.. bukan sebab dia memilih… apatah lagi minta yang bukan2… masalahnya… dia memilih kasut versi ini..
(gambar dari mr google, selipar yang dia cari… Umai-umai……..)
PS: kalaulah dia faham kasut raya perlu bertutup, cantik, warna yang sesuai untuk apa jua pakaian, kan senang…

Friday, August 19, 2011

Fedtri Yahya Masih Sedih Isteri Keguguran


PETALING JAYA: Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, mengakui masih berasa sedih selepas isterinya Nurul Anati Ismail, 26 mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.
Peristiwa itu berlaku selepas kedua mereka pulang daripada berbulan madu di Korea.
Kata Fedtri, keguguran kandungan yang baru berusia lima minggu itu berkemungkinan disebabkan isterinya terlalu banyak bergerak ketika mereka berada di sana selama empat hari.
“Sebelum pergi berbulan madu kami sudah membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu, namun tiada apa-apa tanda positif yang dia mengandung.
“Setelah beberapa hari pulang kami buat pemeriksaan sendiri dan keputusannya positif, namun beberapa hari selepas itu berlaku pendarahan yang menyebabkan keguguran,” ujarnya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Raya TV3 dan TV9, di sini, Khamis.
Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.
Biarpun masih bersedih, namun Fedtri menerima kenyataan bahawa belum dikurniakan rezeki dan menganggap ada hikmah di sebalik keguguran tersebut.
“Siapa tak sedih, semasa mendapat tahu isteri mengandung, saya paling teruja namun saya faham bukan rezeki saya untuk menimang cahaya mata.
“Apa yang penting isteri saya selamat dan saya faham perasaan dia selepas keguguran lebih sedih berbanding saya,” ujarnya.
Tambah Fedtri selepas kejadian tersebut, dia beberapa hari menjaga isterinya di rumah.
“Saya tidak cuti tapi saya kerap pulang ke rumah untuk menjenguk dan masak untuk dia.
“Itu juga pengalaman yang sangat berharga kerana sebelum ini saya hanya jaga diri sendiri tetapi kini ada tanggungjawab menjaga orang lain pula,” katanya.
Dalam pada itu, bercerita kehidupan selepas berumah tangga, Fedtri mengakui dia lebih bahagia dan sering menghabiskan masa di rumah.
“Kehidupan saya hanya di pejabat dan rumah, jika tiada kerja saya duduk saja di rumah. Isteri saya seorang yang rajin memasak dan saya pula pemakan,” ujarnya berseloroh. KREDIT TO mStar
PS: salam takziah untuk pasangan ini…  Semoga bakal ada penyambut zuriat kalian…. Usia masih muda, bukan penghalang untuk mengecapi kebahagian…