Selamat malam jumaat sahabat, hari ini kalau diikutkan tak berapa nak ceria.. tapikan, bagi aku.. kalau kita buat2 ceria insyallah.. semuanya akan jadi happy, asyik nak bad mood tak elokkan.. senyumalah.. Insyallah, itulah petua untuk menjadikan diri kita rasa bahagia...
I'm In Love.. wahhh!! asal malam jumaat jer nak love2... ajer gatal anak Pak Rahman nie.. kikikikiki, sebenarnya nak cerita yang aku dah jatuh cinta dengan Qi, siapa Qi tu?? hah!!! abislah kalau En Zalie dapat tau.. ha'aah..... Tak tauuuu....
Qi Razali tu sekarang buah hati si penyanyi Yuna.. Malam nie jam 8.30 malam bermula malam ini 19 April 2012, dapatlah kita tatap muka dia hari2 di tv 9... Ewah!!!!!! gatal tak sudahhhhhhhh
Drama terbaru Friday i'm in love atau bahasa melayunya Mula Jumaat malam Khamis (pelik pulak kalau di transletkan hihihihi), jom layan sinopsipnya
FRIDAY I’m In Love mengisahkan Awang, seorang remaja yang juga seorang pembantu di sebuah kedai buku dan bersahabat baik dengan Ana, Nisha, Pitt, Jo dan Hansem.
Awang menyambut hari jadinya yang ke-21 bersama mereka pada Jumaat di kedai kopitiam milik bapa Nisha. Sedang mereka sibuk berbual, Awang terlihat seorang gadis cantik iaitu Amy dan secara tiba-tiba Awang cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengannya.
Tanpa disedari, mereka menjadi serasi dan Awang jatuh cinta kepada Amy dan kisah cinta mereka berterusan pada Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu tetapi pada Khamis, Amy menamatkan percintaan mereka dengan mengakui bahawa dia sudah berkahwin.
Awang berasa sangat kecewa, namun pada hari seterusnya, dia bangun dengan ingatan kabur terhadap Amy dan bertemu pula dengan Bella dan jatuh cinta sekali lagi.
Episod pertama Friday I’m In Love akan bersiaran bermula malam ini (setiap Khamis), jam 8.30 malam melalui slot Aurora di TV9 (Saluran 119).
Istimewa buat pertama kalinya, TV9 akan menyiarkan kesudahan episod cinta Awang ini dalam format telefilem selama dua jam di slot Skrin di 9 pada Rabu, 18 Julai, jam 8.30 malam.
Penampilan istimewa pelakon wanita popular seperti Fouziah Gous, Puteri Sarah Liyana, Izara Aishah, Nabila Huda dan Ayang Hussein sebagai kekasih hati Awang pastinya akan lebih menghangatkan lagi drama ini.
KREDIT TO METRO ONLINE
RESEPI KEK PISANG MUDAH
1 day ago
10 ulasan:
Salam Ayu cayang.. hakak memang minat giler dengan Yuna... jadi itulah kekasihnya yaa.. wahh kalau macam tu i pun coba untuk tumpang sekaki macam ko dik hehehe..... :))
wsalam kakakku sha tersayang..
jom kak kita layan. mana tau muncul si samsiah Abdullah tu.. hahahahha
.....tengah layan sambil makan bubur dan buat kerja skul...
ha ha ha...
tak blh nk tengok tv tak brapa nk jelas...huhu..
***ayu nti emel address ayu ye utk pos hadiah...jemarisuri@yahoo.com
kak Izat:
Hahhahahha, enak tu.. makan bubur tiup perlahan2 ya.. panas
salam ayu...payah nk tgk citer2 melayu ni sbb HB suka bukak channel sukan :D
kak Atie"
heheheh, budak2 lelaki part bola mmg tak ada chan buat si para isteri
mamadiana tgh layan pocong mengamok !!...pcl ?
setuju. jangan mencari bahagia .. kalau boleh ciptalah sendiri !
Salam, Ayu.. apake pelik sangat bila translate tu? Bukan jadinya.. 'Jumaat, Aku bercinta' ke?? hehehe
Post a Comment