Assalamualikum, selamat petang sahabatku. Hari ini, ayahku singgah ke CR, kebetulan MIL teringin nak makan kek kukus, ku kongsikan resepi buat kalian semua....
(Gambar kanan kek Buahan yang dibakar, manakala gambar kiri Kek yang dikukus)
Bahan-bahannya5 Biji Telur
250g Buttercup
1 1/2 cawan gula pasir (digoreng jadikan gula hangus campurkan 1 cawan air)
1 cawan tepung serba guna (ku guna Blue Key)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikabonat soda
1 sudu teh cream of tartar
2 cawan mix fruits
3/4 cawan susu pekat
Cara menyediakan
1) Susu pekat dan buttercup dipukul hingga kembang,
2) Masukkan telur satu persatu pukul hingga kembang, masukkan cream of tartar dan bikabonat soda
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4) Masukkan gula perang
5) Masukkan mix fruits, Gunakan loyang yang telah digris dengan magerin/minyak. Untuk kelihatan menarik, anda boleh menabur lebihan mix fruits untuk menghasilkan kek buahan yang cantik
6) Panaskan pengukus, masukkan adunan kek yang telah siap, selamat mengukus. (masa 1-2 jam)
** untuk kek Buah-buahan bakar, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dalam masa 10 minit, guna suhu 160, selama 1 jam untuk membakar adunan.
Selamat mencuba
**sahabatku Blogger Kakakecil bertanya, macamana nak nampakkan hasil yang cantik untuk kedudukan mix fruits dalam kek buah-buahan ini, jawapannya. semasa gula pasir digoreng dengan air, buah-buahan boleh dimasukkan apabila gula hangus sudah cair** (mix fruits direbus dahulu dengan air gula)
22 ulasan:
untung mil dpt menantu yg pandai masak
rajinnya Ayu, hari2 buat kek sekarang... dengan kerja2 memasak di CR lagi, caiyuk!
kak tINI"
ayu tak reti kak.. tapi entah ya, ayu perhatikan minat bt kek muncul bila ayu dapat oven dari en Zalie..
kak YUS:
thanks my dear...
doakan keejahteraan ayu baik2 sahaja ya
ayuuuu~ rajinnya buat kek skang ni.. saje je kan nak buat bagi kami rasa terliur..ish ish..
kek ni buat juadah raya nanti sedap jugak kan...
Rai:
memang plan nk bt u raya. sebenarnya tiap2 tahun ayu niaga kat depan Bank kat kampung nie.
so asyik beli kek sahaja....
nak beli tak reti
alhamdullilah.. skrang nak buat sendiri...
heheheh.. asah sikit2
dni suka yang versi kukus :D
ayu...gula tu gula pasir dijadikan gula hangus yer...
waaaaaaaaaah makin rancak ayu buat kek skrg nie...
DINI:
alamak.. mak buyung.. maaf berlori ya dik
shida:
sahabatku memang bijak..
betul tu my dear
kerana kamu, ayu gagah buat kek.. heheh
wokeyyyy..boleh minta wife saya cuba resepi Ayu ni :)
rajinnya...
mana sedap ayu kukus ke bakar..?
Kak Nurul pun ingin buat kek kukus yg sedap,takut x menjadi aje...
Bakar dan kukus rasanya sedap kukus kot coz lebih lembab tapi kalau ada dua2 ngap2 sedap aje...hehehe...
salam ayu..yang kukus lagi sedap ye ayu..
rajin nye ayu..ari2 buat kek...^^
daddy Ziyyad:
okey...
suruh mama buat ya, nanti boleh niaga kek buah-buahan pula
k.Nor
Ayu lebih suka yang dikukus.. lembut..
kak Nurul:
insyallah.. pasti menjadi, nanti gunakan api yang besar u didihkan kak kukus kak ya
kak Jun:
citarasa kita adalah sama..
yes.. kukus mmg sedap...
Acik:
betul tu acik... mmg lebih sedap dan lembut adalah versi kukus
JS:
agak2 lepas dapat oven baru, ayu terus suka berbanking kot.. hehe
Post a Comment