Sahabat FB, dah pakat tanya resepi puding ini, sebenarnya kemarin BW.. bila singgah blog teratai. Daku ala2 terkejut sebab gambar perkahwinan anak saudarannya sama macam gambar perkahwinan anak saudara k.Nor Secubit Garam, (cerita nie panjang sedikit..) jadi penghujungnya barulah ku tahu kak teratai ada hubungan dengan k. Nor, kecilnya dunia. Terlanjur singgah blog kak Teratai, daku sekodeng entry lepas2.. sekali jer terpandang entry anaknya chef Aiman buat puding Oreo bercoklat tu. Wah!! apa lagi, edisi membuat puding bermula ( daku memang suka gile tau kat puding2 nie..) Lagipun resepinya mudah.
Yang kelakarnya, bila singgah ke link kak teratai berikan, ku masuk ke blog sehari di dapur (Namia namanya), bila baca resepi.. lah!! dari blog K.Nor secubit Garam rupanya.. Hahahhaha pusing2 kembali lagi ke blog kak Nor, Jadi kenalah bagi kredit pada ketiga-tiga blogger yang syer resepi Puding Oreo Bercoklat ini. Terima Kasih Teratai, Namia dan K.Nor..
Tapi kan resepi asal adalah dari blog HomeKreation Kitchen Corner (Along Ros namanya) terima kasih buat Along yang sudi syer resepi puding tersedap ini. Serius sedap sangat. Seperti dalam entry Along, time makan puding tu boleh terpejam-pejam mata. Lazat tau. Buat Along, salam persahabatan. Ayu memang tabik toing2 dengan kamu, puding milo bercoklat yang lazat ini memang buat tidur malam ayu nyenyak.
Jom, semak resepi Heavenly milo & Oreo Jelly (Agar-agar Milo Lapis Oreo)
Resepi asal Ros HomeKreation.
BAHAN-BAHAN
Saiz 8"persegi
1bungkus agar-agar/10gram serbuk jelly (Ayu pilih 1 bgkus agar-agar putih)
750ml air (sukat guna botol air mineral 500liter, tambah 1 cawan)
170 gula (ayu ikut k.Nor guna 140gram sahaja)
1 tin susu cair 400g
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih, kacau betul-betul ya.
- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati
- Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
- Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo. ( ada 3 LAPISAN ya )
- Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais
- Selamat mencuba.
TIPS UNTUK MELAPIS
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
- Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya..
39 ulasan:
sedap ni ayu. kc suka. aiman lagi la suka ..
ooo kena kuik ke? patut hari tu buat lapis2 elok je dia tertanggal2
kakcik:
betul tu kakcik, bukan budak jer, kita mak2 pun suka sangat
LYDIA:
semalam kak tak guris2 sebab kak sentiasa pastikan bila permukaan mcm dah nak keras, kak terus tuang adunan dari periuk
hehe.. pi mai pi mai tang tu ya ayu.. hehe.. teratai tu SIL k.nor dan aiman tu anak dara no 2 dia.. resipi asal alongroz guna milo tp kat rumah k.nor tk ada milo jd k.nor tukar pd serbuk coklat :) mmg sedap puding ni kan, masa raya baru2 ni k.nor buat lagi mmg laris di pasaran :)
erm sedap ni kak
teringin lak nk makan
buatnye mls
dpor xde lg
K.NOR:
oh.. tidak.. rupanya Aiman tu anak dara, mujur kak betulkan.. hehehhe..
kak...
mmg sedap dan lazat. masa ayu pi skodeng blog kak.. wahhh kak tukar koko, sbb tu warnanya lagi cun...
mana2 pun sedap..
IFFAH:
tak apa.. karang dah ada dapur buat ya dik...
mmg sedap dan kurang manis
nampak lemak berkrim sungguh.. pengakuan ikhlas..selain dari puding caramel.. saya tak pandai buat puding..hahaha..
sedappnyer..suka sgt kt oreo..mmg best!
nampak mcm sedap tp shda xmakan oreo huhu
Mesti sedap nie Ayu. Ada lagi tak?
makaihh pandai kak bt...mmg len dr len
nak try buat weekend nie... ^_^
salam kenal & follow bblog ni trs..
Sedapnya Ayu...nak try la..ank2 mmg suka oreo...
adeh.. dah lama tak memuding. nk kene tggu roh memuding mari kehkehkeh!!
sedapnye ayu, nnti eija nak try buat jgk ler..
Nk try la jugak..anak2,kakain mmg suka mkn benda2 mcm nii..
alaaa mcm susah je kak...hehehe almaklum la bukan kaki dapur, tgk ayat pnjang2 sket pon dh ckp susah...hahaha
assalamualaikum kak...lama x singgah sini...wah, menarik resipi..sayangnya, saya tak gemar puding...
ayu...
betul ker kesedapannya sampai terpejam2 mata? eishh...nak try laa.. walopon akak tak suka oreo tp dek pejam2 mata tu yg takleh tahanz tuh...
He,he...pusing2 rupanya 'serumpum'!
Tak dinafikan mmg sah puding ni sedap..ni nak kena buat utk potluck di sekolah Sabtu ni, anak2 dah sibuk nak bawa ke sekolah ,macam mana tu???Maknanya kena buat 2 adunanlah!
nampak sedap! nak cubalah!
Assalamualaikum Ayu :D
Sedap Puding Oreo ni yer...kalau anak2 ada balik nanti Insya Allah bolehlah Kak Lin cuba...
berbanding puding, IM lebih suka muffin.
Ayu, resepi asal tu dari Kak Alongroz.. Dia memang pakar bab2 membuat puding.. Nur juga yang belum sempat cuba.. Nampak sedap sangat..
SEDAPNYA..... NAK CUBALAH NANTI
ish, menggoda anak tekak betullah :)
nak cubalah nanti...
Nampak sedap.Macam terasa je sejuk di tekak.
Aslmkm Ayu.... dah tersesat2 baru terjumpa rumah Ayu ni....hehehe. TQ sudi mencuba resepi Along ni, happy dengar Ayu suka. Senang2 skodeng lah ke rumah Along ya.
jom singgah blog sy... sy menjual tudung yg gojes masa kini.. tq for support
ahahha. kantoi sudah =D
Bestnyaaa siti nurhaliza pun ikut resepi ni :-)
Salam Ayu..
rasanya dulu dh penah salin tp hilang ntah kemana..insyallah nk cubalah..teruja sebab Dato CT pun suka..rasanya anak2 pun suka ni..
salam sis, nak tanya...kalau guna agar-agar bungkus tu, brapa banyak yer??
senang dan sedap je tengok...nak cuba buat esok n beli barang mlm ni...tq for the best recipe
boleh tak tukar serbuk milo tu guna serbuk coklat
sedapnyer..makan sejuk2 musim panas..memang kenelah..
salam
tq share resepi.
rabu ni ada potluck kt ofis,. boleh buat. :)
Kalau sudi jom follow blog saya,
http://falizaworld.blogspot.com/
Puding ni mmg terbaik..melt kat dlm mulut kan..mmg syiokkk..hihi
Assalam.. Thankz tuk resepi.. Nampak sedaapp.. Cuma nk confirmkan blk.. Guna sebungkus agar2 yg tali2 tue ke.. Sbb kat packaging nie dia tulis masak dalam 1.4 L air.. Tq skali lg
Post a Comment