Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, December 8, 2012

Resepi : Blueberry Muffin Badam


Cair isi blueberry bila masuk ke mulutku, gebu dan lembut .. itulah yang mampu ku kongsikan dengan kalian blueberry mufin badam yang ku cuba lewat malam semalam. Kebetulan ku bukan amatur, maka resepi ku perolehi dari buku mufin keluaran karangkraf, hadiah dari blogger Anyss Jer.

Terima kasih teman. 3 Jenis mufin berjaya ku buat sejak buku itu kuterima, besar pahala yang temanku perolehi.. Mudahan.. Amin

Jom semak resepi:
(Resepi dari buku mufin, bertajuk mufin badam, namun ku olah dengan menambah blueberry

240g Tepung serbaguna kek
120g gula pasir
3 biji telur
65ml susu segar ( ku guna susu kotak dutch lady)
125ml minyak jagung
50g badam
Sedikit esen badam
50g paste blueberry
Sedikit garam halus

Cara menyediakan:

  1. Putar telur, minyak masak,susu dan esen badam. Kemudian masukkan gula pasir.
  2. Ayak tepung. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kedalam adunan utama. Di ikuti dengan badam.
  3. Panaskan oven 170'c selama 10minit
  4. Masukkan adunan dalam magkuk mufin mengunakan sudu. Ambil bluberry paste dengan sudu teh masukkan diatasnya diakhiri dengan menabur lebihan badam.
  5. Bakar selama 15minit dengan suhu yang sama.
  6. Sedia untuk dihidang apabila masak.

Wajah Umai yang rela makan mufin sebanyak 3 biji.. semuanya gara-gara daku membalas dendam atas kata2 nya kerana daku dah lama tak meng'baking'..
Hahahah.. lain kali jangan perli ibu Umai ya!!..

Jika terlebih 'malas' boleh sahaja bakar pada loyang..  Huhuhu (jangan contohi sifat daku.. )




Semalam, sebelum daku meng'mufin'.. ku panaskan jari jemari yang sudah lama tak meng'donut'. Jua berjaya dihabiskan oleh Umai.. thanks anak Ibu kerana menyukai air tangan ibumu

18 ulasan:

Nur-nba said...

Wah.. dah ada resepi.. Ada mood rajin nanti bolehlah Nur cuba.. tq for sharing..

anyss said...

Assalamualaikum,

Hu hu hu hu Untung Umai...ada ibu yg rajin, boleh mkn hari2 ;)

citarasa rinduan said...

nur..
sama2 kembali....
chaiyokk.. sila rajin ya. hehee

citarasa rinduan said...

waalaikumusalam...

anyss..
sila pindah kulai..daku rela jika kamu mcm umai. nanti umai tak makan. ada kamu y tolong habiskan.
hahahah

Chik Att said...

Ibu umai yg rajinn amat ...

Dr K said...

seronok Umai makan..hihihih..

kalau letak kacang gajus, lagi sedap..hahaha

kurus said...

sedapnyeee
rajin ayu buat !

adda syuhada said...

sedapnya..terasa blueberry tu kt ank tekak...

PCL said...

suka..nampak sedap jer nih..

jeBateja said...

Aiyaaa...untung anak suka makan....anak den kak...mak dia buat...tak maw makan...dah jemu katanya....ahakz

Mat Gebu said...

Ayu, tepung serbaguna kek tu, tepung berserbuk penaik tu ke?...

citarasa rinduan said...

ya cmg. tepung yang sedia dijual di mana2 kedai.
dah ada serbuk penaik

citarasa rinduan said...

rajin bila hari jumaat sahaja. heheh

citarasa rinduan said...

itulah daddy ZZ
kalau ada kacang gajus.. pehh mmg onsem

citarasa rinduan said...

kak ieda..

jomm buat. mudah shj

citarasa rinduan said...

jom adda..

try jomm.. nanti leh bagi kat jiran tertangga

citarasa rinduan said...

thanks pcl

citarasa rinduan said...

kalau kerap buat. compom umai boringkan..
hahahha