Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, December 30, 2012

Resepi Puding roti karamel kukus

(Gambar puding masih panas, puan blogger tak sabar nak snap pic, hasilnya pastinya tak cantikkan)

Buat pengemar roti, takkan ada istilah membuang begitu sahaja untuk kepingan roti yang expied date. Setuju bukan? Balik dari hospital jumaat lepas, belah malam daku memulakan projek memudingkan diri, sambil tu telinga sempat gak layan rancangan Maharaja Lawak Mega.. Hehehhehe

(gambar puding sudah sejuk, pastilah lawa gitu : tekan lif naik sendiri.. huhuhu Buat sarapan dipagi sabtu)

Jom.. berkongsi resepi Puding roti karamel kukus.

Bahan-bahannya

(A) Karamel

  1. 1/2 cawan gula pasir
  2. 1/2 cawan air



(B) Bahan B

  1. 2 biji telur
  2. 1/2 cawan gula pasir
  3. 1 cawan air
  4. sedikit esen vanilla
  5. 2 sudu makan tepung kastad
  6. 1 tin (400ml) susu cair
  7. 1 tin buah peac (buah diasingkan)

(Anak dara ini pastinya akan membantu tanpa jemu, thanks Umai)

Cara Menyediakan
  1. Panaskan gula pasir, apabila kekuningkan tuangkan air biarkan hingga mendidih. Matikan api masukkan dalam loyang.
  2. Campurkan BAHAN B, (buat macam model diatas sedang mengayakan mangkuk biru itu. Hehhehe). tuang kedalam loyang. Kukus 40 Minit. Sejukkan baru boleh dihidangkan/dimakan. Hias dengan buah peac.

12 ulasan:

Hudalatip said...

Jap lagi pun rasa nak buat puding roti, bila cuti sekolah ni roti macam tak laku sangat..Cuba kalau hari sekolah, roti tak cukup sebuku beli.

Unknown said...

Makan ptg hari mmg sedap ni

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedapnyaa... Kak Sam skrg dah tak rajin Ayu. Kesibukan melanda2.

Wah! Umai dah makin besar dah pun. Rambut pun dah cantik.

suri solehah said...

Cantik betul dah tu ayu,,,rajin anak dara,,mcm anak akak..mak nak mak mula lah dia kelam kabut...

Unknown said...

wah sedapnyer... nak sgt rasa.. tunggu ayie blik terjah rumah sis..
sis kne buatkan.. boleh ker.??

Dr K said...

betul tu, daripada terbuang begitu sahaja rotinya kan..baik dibuat puding...bagaimana result pemeriksaan en zalie? harap semuanya ok, bagus...

Rtp Farra Arisha said...

unfortunately, i'm not usually a huge caramel bread pudding girl. :( well, i think it tastes as good as it looks. :)

zila norazila said...

klu akk suka mkn time sejuk2 sedap..wahh rajin umai tue:)

kurus said...

alahaiii kecur liuq akak nie mlm2 tgk puding caremel huhu ..

nanti nak tiru resepi nie lak ;)

Aku Anak Pahang said...

Salam, singgah ziarah drp kami semoga ceria sekeluarga. Jom Singgah, Citra Nukilan Sekadar Perkongsian" AKU ANAK PAHANG "

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

comel sungguh waris Citarasa Rinduan tu ya..

akak ambil resepi, tenkiuuuuuuuuuu

Nur-nba said...

Umai sangat rajin di dapur.. Tq sebab kongsi resepi.. :)