Bungkus berkat sama-sama, sambil bergurau senda memang syok. Tiada masam muka, kerana 25 penerokawati rukun ibarat adik beradik.
(ibu gambar paling kanan berbaju ungu,walau kesihatan belum sembuh, tetap duduk bersama)
Berborak sambil menunggu nasi dalam periuk tanak, lauk pauk perlu ditambah jika tetamu bertambah, tugas walau berat. Dirasa ringan.
(Abah berbaju biru, bertopi membelakangkan aku yang mengambil gambar curi.
Bentuk hiburan perlu ada, karaoke memadai. kalau bentuk dalam gambar, orang dapur tak pandai nak sumbangkan suara. Sorry..
Tuan tanah bergambar dengan anak peneroka. Kami sudah lama tak bersua.. rinduuuu... lepaskan perasaan pelbagai.. Dahulu kami geng baling selipar, masak pondok2... Tak pakai baju, sluar besor warna merah. Hahahah.. 5-7 tahun siapa selera? Sekarang tak bolehh.. bahaya!
ps:
Inilah saat paling menyeronokkan, hadirkan majlis perkahwinan jiran rumah Ibu di felda....
Ya! sekarang semua sudah besar panjang, nak berjumpa inilah masanya
RESEPI KEK PISANG MUDAH
16 hours ago
17 ulasan:
seronok kalau kenduri kat kg nie...nak buat skit boleh jadi banyak
Rewang ni mmg seronok...time ni la kita nak rapatkan ukhwah sedara mara/jiran tetangga kan...Taoi lately, hampir semua majlis kawin buna catering...sedara mara dtg melawa aja..pakai pakaian cantik2...hihihih
Rewang dan majlis apa juga kalau di Felda kakak tengok memang meriah Ayu. Makanan lagi usah kata melimpah-ruah. Koci pulut hitam ada tak? Selalu ada kan:)
SUsah dah nak dapat lihat rewang ni, selalu di kpg2 je..kalau di kawasan bandar agak susah nak jumpa..semua pakai ambik catering je...
Seronoknyer....
nak2 kalau bungkus berkat nasi ambeng, lagi terangkat kan ayu?
masyarakat felda mmg mcm adik beradik, tu yg bestnya...
ayu..
mas suka sangat kenduri kat felda..
meriahhhh kan..
yg rewang tu yg syok..he3
akak mmg suka rewang2... klu balik kg mmg akan pi rewang :)
knduri kat kg mmg sronok..ukhuwah sesama jiran pn makin erat tp pnt cket la kn..
nens pon felda kak..kalo kenduri kendara mmg meriah kan..;)
dh lama tak ada rewang kt kwsan kmpung saya....semuanya guna catering....rindu dgn suasana rewang.....
Hidup bermasyarakat memang macam tu kan CR... kerja yang berat menjadi ringan... gurau senda menjadi hiburan :D
time time gini la kite dapat jumpa sedara mara!
Mmg syok klu takde anak kecik yg nak menempel dgn mommy je. Huuuu~
Klu kat Felda, rewang mmg meriah...
akk pun org felda jgk..dh terasa kenikmatan rewang tue..mmg meriah..:)
pakai seluar merah ya...hahaha..saya dulu balik sekolah pakai seluar katok je..bila kawan lalu lari sembunyi kat anjung hehehe
Kalu orang Banjar masa rewang camni, mesti ada Wadai Kipeng!
Post a Comment