Monday, April 22, 2013

Aku terlayan pulak!!


Siapa layan drama bersiri JODOH?? sila mengaku cepat?
pertama kali aku layan drama bersiri ini pada malam semalam (ahad malam isnin) teruslah hatiku tangkap leleh ngan drama best giles nie.

Macam biasa kalau dah suka, surelah aku meng'google' rupanya drama ini dah lama bersiaran, alahai!! terlambat gilessss... waka..waka....

Kalau yang biasa tengok, pasti tahu jam berapa tayangannya kan? Setiap hari isnin pada jam 9 malam kan? Hah yang macam gambar kat bawah nielah

(kredit to mr google)


Tapi apa yang berlaku pada diriku? tetibalah bila semangat jatuh cinta tu dah menyerap, siap jer solat maghrib, daku terus berdesuuuppp ke 2 pasaraya untuk belanja bahan-bahan untuk berniaga esok hari. Makan malam pun kelam kabut jer, maklumlah set jam 9 malam wajib di depan Tv.

Jam 9.15 malam masukkan bahan-bahan yang dibeli dengan cepat gitu, siap pujuk hatilah drama JODOH dah main 15minit, rugiiii ooooooo..

Masuk dalam rumah dah jam 9.30malam, siap arahkan EN ZALIE tolong kuncikan gate pintu sebab aku dah tak sabar nak tengoh Scha dan Dazrin berlakon, comelll gitu. Namun punyalah hampa bila lihat di tv saluran RIA 104, tak ada drama tu, meraunggg oooooo. Kira frust gak (putus cinta pun tak macam nie kannn), anak daraku boleh pula kata, "ibu.. belum mula lagilah, drama tu start jam 10 malam"

Wawwawawawwawaw,,. lorrr!!! rugi 30minit, kalau tak tadi dapat aku rembat minyak wangi bilik... APTB

(PS: korang pernah kena macam aku tak, baik mengaku?)

PSS: mujur gak dapat update blog, eh!! korang dah tolong aku ker?, mailah LIKE daku disini


CITARASA RINDUAN eik, nak vote kengkawan lain pun okey, CMG ada, BEN ASHAARI ada, ramai lagilah... jommm LIKE (vote) kami

9 comments:

  1. saya memang layan drama nie best giler hehe...lagi2 scha dgn dzrin blakon

    dah start 10malam sbb masterchef hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    sedang membayangkan betapa kelam kabutnya Puan Ayu dok kejar TV hu huhuhu hu ----> coolllll je Umai hu huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. heheheh... org dh lyn dr episod 1 kak, tp last2 nih kesian kt olly, sakit ati ngn azlan n katiah heheheh... next week dh abis dh

    ReplyDelete
  4. Kakak kalau bab tv ni memang selalu ketinggalan Ayu tak tahu pun ada drama itu..

    ReplyDelete
  5. Rumah akak tak ada Astro, sila percaya...hheheee...

    ReplyDelete
  6. ANAK BUAH SHIDA PUN SI FITRI PUN LAYAN JODOH NIE..SHDA KEKADANG TENGOK KEKADANG MISS TENGOK YANG ULANGAN HEHE

    ReplyDelete
  7. saya layan juga cerita ni. sekarang nak tahu lelaki tu pilih scha ke atau perempuan yang sorang lagi tu. hehe

    ReplyDelete
  8. Macam adaptasi dari siri omputeh jer kan?
    Kami pun kadang layan kadang missed

    ReplyDelete
  9. Iman yang layan cete Jodoh ni, Ayu.. hihi

    ReplyDelete