Monday, April 15, 2013

Majlis Akikah di Kampung Jaya Sepakat Senai

Kumpulan Yasin wanita Kampung Jaya Sepakat, Senai diundang untuk melengkapkan majlis akikah anak saudara sepupuku.
Majlis bermula jam 3 petang hingga 9 malam.
Ibu kepada bayi lelaki iaitu sepupuku Nur Shila Dolmat, seingatku majlis perkahwinannya pada hujung tahun 2011 kebanyakkan blogger ku undang, ramai yang hadir termasuk blogger sari yusa, oh oeya dan family blogger kasawari. Syukur awal tahun ini dah bergelar ibu.. Tahniah Shila dan Helmy
Mohd Amar Hadif Bin Aniss Helmy, kemerahan kulitnya, pasti cerah seperti ibunya apabila dewasa. Kacak seperti ayahnya yang bertugas menjaga keamanan negara.
Gelagat 3-4 sepupuku termasuk adik perempuanku dan anaknya. Banyak cerita dikongsi.. Daku? layan karenah Umai dan layan bacaan berzanzi.

Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar dengan izinNya..Moga Mohd Amar menjadi anak yang soleh dan diberi kesihatan yang baik-baik olehNya.

14 comments:

  1. ooh dah dapat baby ye sepupu ayu yang kenduri aritu..

    tahniah

    ReplyDelete
  2. Ehwahh.. dan sampai Jaya Sepakat tak singgah rumah kakak ye..

    ReplyDelete
  3. alahai..comeinya..

    teringat si kecik yg kena tinggal tu.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Meriahnya! Sampai mlm tu

    ReplyDelete
  5. tahniah dah dpt baby. comel!
    majlis akikah pun nampai meriah...semoga baby beliau sentiasa dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  6. dapat baby..seronoknya..Ayu pun dapat anak saudara la ye

    ReplyDelete
  7. Tahniah... dah dpt baby... comel pulak tu ;-)

    ReplyDelete
  8. hehehe....aku pun dah berbincang ngan wife nak buat kat mana majlis anak ke-2 kami nanti

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah selesai majlis..... comel baby Amar

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak ayu... i miss yu... sorry kak hari tu tak jadi turun johor pulak.. sebab kesihatan tidak mengizinkan...

    ReplyDelete
  11. tahniah..
    alhamdulillah semua berjln dgn baik..

    ReplyDelete